Hari ini adalah hari lahir puteri kedua saya, Amna Khadeeja Binti Mohd Azizulhasni. Khadeeja mempunyai perwatakan yang amat lembut, manja dan sentiasa mencuri hati saya. Sekeras-keras saya ketika bertanding dan bersaing dengan pihak lawan yang bagak-bagak, akan tetapi bila dengan si kecil comel ni, saya selalu tumpas. Tengok matanya, tutur katanya dan riak wajahnya sudah cukup membuatkan saya tersungkur mengikut permintaannya.
.
Akan tetapi kali ini sangat sedih, saya tak dapat tunaikan permintaan Khadeeja. Pada ulangtahun kelahiran beliau yang ke-6 tahun ini, Khadeeja minta supaya Abi pulang dan ada bersama untuk menyambut hari istimewanya itu. Sedih dia dan bercucuran air mata dia bila dengar Abi tak boleh bersama. Nak jelaskan payah perasaan tu, hanya seorang ayah yang prihatin dengan anak-anaknya saja tahu bagaimana jeritan batin yang melanda ni.
.
Selamat Hari Lahir sayangku Amna Khadeeja. Abi sayang awak, Ummi sayang awak dan kakak sayang awak. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan menjadikan awak seorang anak yang solehah.
.
Love you Khadeeja ❤️
.
#SanahHelwah #selamatharilahir
#birthday #happybirthday
#family #familytime #daughter
#daddydaughter #daddydaughtertime
#keluargamalaysia #WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia #MalaysiaBoleh
#teamazizul #azizulawang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「daddydaughtertime」的推薦目錄:
- 關於daddydaughtertime 在 Facebook 的精選貼文
- 關於daddydaughtertime 在 Facebook 的最佳解答
- 關於daddydaughtertime 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最讚貼文
- 關於daddydaughtertime 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於daddydaughtertime 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於daddydaughtertime 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於daddydaughtertime 在 Daddy Daughter Time | Facebook 的評價
- 關於daddydaughtertime 在 #daddydaughtertime - YouTube 的評價
- 關於daddydaughtertime 在 Love these two. #daddydaughtertime | Person - Pinterest 的評價
daddydaughtertime 在 Facebook 的最佳解答
・・・
Ya Allah rindunya dekat cinta hati Abi dua orang ni. Saya sangat sayangkan puteri-puteri saya ni. Ketika di Melbourne, walaupun sibuk dengan pekerjaan saya sebagai seorang atlet professional, saya sentiasa mencari ruang untuk meluangkan sebanyak mungkin masa dengan mereka. Solat berjemaah sama-sama, ajar baca quran dan iqra, makan bersama-sama, bawa mereka keluar jalan-jalan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.
.
Kadang-kadang kita nampak benda tu kecil dan remeh, tapi ianya amat besar dan bermakna buat pembesaran anak-anak. Saya menggunakan pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW, rasul kita. Baginda bersabda, ‘Sebaik-baik kalian adalah mereka yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku’ (At-Tirmidziy no.3895). Baginda yang di utuskan oleh Allah SWT untuk kita contohi dan ikuti, kenapa ada sesetengah dari kita lebih cenderung mengikut adat dan budaya?
.
Saya sebenarnya rindu waktu bersama-sama dengan keluarga. Rindu sibuk menguruskan anak-anak, rindu mengemas rumah dan rindu untuk masak-masak. Saya harap anak-anak faham lah tanggungjawab Abi mereka dengan profession yang lain dari yang lain ni. Kadang-kadang bila video call dengan anak-anak, diorang tanya Abi kenapa tak boleh teman mereka macam ayah kawan-kawan mereka yang lain di sekolah? GULLPPP, telan air liur saya sambil terdiam. Rasa bersalah sangat-sangat. Saya faham waktu begini anak-anak memang memerlukan perhatian penuh dari ibu bapa mereka dan masa pula memang kita tahu tak boleh di putar semula.
.
Amna Maryam dan Amna Khadeeja, Abi harap awak faham, kerja Abi lain dari yang lain. Sikit je lagi okay, lepas tu Abi janji Abi dah tak tinggal awak berdua lama-lama dah🙏🤲
Love you all ❤️
.
#family #familytime #daughter
#daddydaughter #daddydaughtertime
#keluargamalaysia #WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
daddydaughtertime 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最讚貼文
・・・
Semalam tengah kemas-kemas backyard melompat den bila ternampak ular. Mengucap dua kalimah syahadah sebab dah dekat sangat dengan tangan. Tapi bila tengok balik, bukan ular rupa-rupanya. Blue tougued lizard. Pandai die sorok kaki blakang kat bawah badan so nampak mcm ekor ular. Kalau kat kampung orang panggil mengkarung kalau tak silap ni. Ikutkan hati nak bela, tambahan budak-budak ni super excited dan suka tapi kitorang decided untuk lepaskan balik lizard ni ke habitat die balik. At least bila lepas balik, boleh la die cari kawan, ade makanan dan be part of the ecosystem balik. Dan sekurang-kurangnya dapat ajar anak-anak yang binatang pun nak kebebasan macam kita jugak. Gitcheww
.
#lizard #bluetougeskink
#familyazizulawang #family #familytime
#daddydaughter #daddydaughtertime
#teamazizul #azizulawang
daddydaughtertime 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
daddydaughtertime 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
daddydaughtertime 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
daddydaughtertime 在 #daddydaughtertime - YouTube 的美食出口停車場
Daddy-Daughter Time · Jivey Dreams. Jivey Dreams · 108 views 2 years ago ; Daddy daughter time on wash day routine #cute #daddydaughtertime #viral · The Chapman ... ... <看更多>
daddydaughtertime 在 Love these two. #daddydaughtertime | Person - Pinterest 的美食出口停車場
Oct 15, 2017 - This Pin was discovered by Wayne Stiles. Discover (and save!) your own Pins on Pinterest. ... <看更多>
daddydaughtertime 在 Daddy Daughter Time | Facebook 的美食出口停車場
Daddy Daughter Time, Grand Rapids, Michigan. 4232 likes · 37 talking about this · 339 were here. DDT helps fathers stay active and involved in their... ... <看更多>