Cucur Badak 🤣
cucur badak 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
RESEPI CUCUR BADAK MUDAH
Bahan Inti :
1 biji kelapa parut saiz sederhana
10 – 15 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai saiz kecil
1 biji bawang merah saiz bola tenis
3 ulas bawang putih
1 mangkuk udang kering
Cara Buat Inti Cucur Badak :
#1: Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut.Kisar dulu hingga lumat.Ketepikan. Kisar kering kelapa parut supaya halus.Kalau nak gantikan udang kering dengan udang geragau pun boleh. tiada masalah.
Masukkan dalam kuali semua bahan dan masak hingga kering.Tak perlu letak minyak ya.Bila dah kering elok, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera. Guna api perlahan sahaja. Ketepikan
Bahan Resepi Cucur Badak Bahagian Kulit :
1/2 kilogram ubi keledek oren
1 sudu makan marjerin
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
Cara Buat Resepi Cucur Badak Sedap :
#1: Ubi keledek oreng direbus atau dikukus terlebih dahulu hingga empuk. Lenyekkan ketika ianya masih panas menggunakan sudu. Lepas tu baru ketepikan hingga betul-betul sejuk.
Bila dah sejuk, masukkan tepung, marjerin dan juga secubit garam.Uli sekata dan bulatkan-bulatkan doh ikut saiz yang diingini. Nak cantik, timbang setiap doh.
#2: Doh bulat-bulat tadi diratakan/dileperkan dan masukkan inti dalam anggaran 1/2 sudu makan mengikut saiz doh anda. Tutup balik dan gentelkan bagi cantik bulat semula.Tak nak melekat jangan lupa oles sikit minyak pada tangan anda ya.
Dah siap semua boleh la panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
Sedap makan kuih cucur badak ini sebagai menu minum petang.Selamat mencuba tau.
cucur badak 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Cucur Badak by kak as...
Lama akk x bersiaran di sini..
Ramai ker yg suka cucur badak..
Inti pedas2 manis gitu...
*Resepi Cucur Badak*
Bahan A.
1 kg keledek (oren)
Tpg gandum
Bahan B.
Kelapa parut (putih 1 biji)
Bwg merah.. ( 2 biji)
Halia.. ( 3 in)
Serai... (3 btg)
Cili kering.. (1 senduk kecil)
Udg kering..(segenggam)
Kunyit serbuk.
Garam
Gula.
Cara2..
Kupas keledek.. Rebus dan tapis.. Sejukkan.
Lenyek keledek hingga hancur.. Campurkan tpg gandum sedikit demi sedikit.. (tpg jgn bnyk.. Nnt keras).. Ketepikan..
- - Inti Cucur Badak - -
Blend Bwg.. Halia.. Cili kering.. Udg kering..
Tumis bahan2 ni bersama serai yg di ketuk.. Masukan serbuk kunyit..
Masak bumbu hingga masak..
Sesuai kan garam dan gula..
Masukkan kelapa parut.. Sebati kan semua..
Msk inti hingga adunan nmpk msk dan kering..
Sejukkan..
(Inti kena pedas2 manis ya)
Ambil doh keledek.. Leper dan letak inti..
Bulat2kan dan tekan sedikit..
Jika nk lg cantik.
Ambil udg seekor dan letak diatas doh..
Goreng dlm minyak sederhana panas...
Cucur Badak Kak As siap.
Slmt Mencuba..
kredit:kak as.
cucur badak 在 cucur badak frozen - Facebook 的美食出口停車場
cucur badak frozen by Kuih Frozen Ipoh. 6 Likes. 5 people like this. Loading... Try Again. Cancel. Loading... Loading... ... <看更多>
cucur badak 在 Kuih Cucur Badak | Cooking recipes, Food, Snacks 的美食出口停車場
Kuih Cucur Badak Types Of Cakes, Dessert Recipes, Desserts, Muffin, Cooking Recipes. More like this. mabm2121 · Merak Kayangan. 7k followers ... ... <看更多>