TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 55)
Seekor Burung Bebas Dari Sangkar
31 Mac 2005 hari terakhir saya di UIAM. Saya amat sayang UIAM tempat saya mula belajar menjadi pensyarah, pentadbir akademik & seekor anak burung yang mula terbang di awan tinggi. Sedih sangat meninggalkan pintu pagar UIAM kali terakhir.Takut juga kalau syarikat saya gagal. Saya sekarang bekerja sendiri.
1 April 2005 saya boleh terbang ke mana saja. Ini perasaan baru saya. Saya tidak perlu minta izin sesiapa bagi terbang Saya hanya perlu ada tiket & paspot. Fasa baru dah bermula. Saya menjadi pengembara tegar. Kalau dahulu hanya terbang sebulan sekali kerana cuti yang terhad. Kalau nak terbang pun, bertolak hari Jumaat malam & pulang semula ke Malaysia pada pagi Isnin kalau cuti dah habis atau ada program resmi UIA/ kerajaan. Kalau nak jadi seekor burung Rajawali, mana boleh ada tali terikat di kaki!
Saya telah ubah cara hidup saya mulai detik ini. "Kalau hang nak berenang di lautan antarabangsa, siapkan diri sebagai pelayar lautan luas bukan di sungai dan tasik," satu suara menerjah kotak minda. Inilah masanya. Tidak boleh lagi berpatah balik. Sayap sudah mengepak. Dua kali tawaran dibuat bagi saya balik menjadi Rektor UIAM tetapi saya ingin bebas di awan biru & negeri orang.
Saya mula hidup cara baru. Saya beli beg travel baru. TUMI. Sampai sekarang masih kuat. Kata orang boleh tahan bertahun2. Sesuai untuk Rajawali. Saya dah pandai uruskan jadual tiket & penerbangan saya sendiri. Saya tidak boleh bergantung kepada travel agent. Saya kena lebih cepat & pandai daripada siapa sahaja. Jadual penerbangan saya kena lebih efisyen, selesa & murah. Saya seorang usahawan sekarang. Semua perkara kena diambil kira. Masa. Kos. Output.
Jadual penerbangan saya semakin padat. Berada di luar negara hampir 180 hari setahun. Tidak perlu kelam kabut seperti dahulu. Bebas. Saya boleh bekerja di udara, lapangan terbang & di kota2 dunia.
Sebelum 2005, saya selalu ke Bahrain, London, Brunei, Cape Town, Jeddah, Singapura, Istanbul & Jakarta. Selepas 2005, Dubai menjadi destinasi aktiviti saya. Saya muka beralih daripada MAS kepada SIA dan Qatar Airlines. Sekarang Emirates.
(al-Fatihah buat ruh Siti Sarah)
MDB
burung rajawali 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 31)
Masa dah sampai meninggalkan Granada. Rasa sayu & sedih. Terbayang bagaimana sarjana & saintis Islam bekerja keras membangunkan Islam di atas dunia sebelum bergembira di syurga. Agama & sains senada & senafas. Bila agama & sains terpisah, umat Islam mundur sampailah sekarang w/pun mungkin ramai ulamaknya.
Di pagi Ahad, saya dah bersedia di l/terbang Granada. Destinasi Madrid. Saya & Almarhum Dr Zainuddin dijemput Pengarah Museum Khazanah Islam di Madrid, Dr Isabella bagi melawat bangunan 4 tingkat yang menempatkan khazanah ilmu Andalusia paling terbesar di atas planet. Beliau juga hadir di Granada. Selepas saya bentang paper saya, dia orang pertama datang tegur saya yang masih malu2 & nervous.
"I like your paper. If you dont't mind, I would like it to be published in my journal al-Qantara," sopan & mengilhamkan kata2 beliau.
Sebelum menaiki pesawat, anak burung Rajawali terasa paruh, kuku & bulunya semakin tumbuh kuat & lebat. Tak sama sebelum & selepas datang Granada.
Hari Ahad petang, kami berjalan2 di kota Madrid sampai malam. Di pagi Isnin, kami sampai di pejabat Dr Isabella. Tergamam melihat beribu naskhah ilmiah Andalusia dari pelbagai bidang ilmu; agama & sains, sosial & seni, biologi & fizik. Ada yang dirampas dari kapal yang cuba melarikan diri ke Afrika Utara bila Andalusia mula diserang Ratu Isabella. Dua putera Andalusia bergaduh. Skrip kejatuhan yang sama.
"Di bawah basemen yang terkunci, ada apa?" saya tanya Dr Isabella.
"Itu khazanah ilmu yang belum dibuka kepada awam," jawab beliau.
Di sebelah petang, kami sampai di l/terbang Madrid. Destinasi Malaysia. Almarhum Dr Zainuddin banyak menolong saya. Dia bayar semua bilik di Granada & Madrid. Saya tumpang bilik beliau. Cerita kami akan bersambung di Harvard, Boston.
Burung Rajawali ada pilihan hidup 40 tahun @ 70 tahun. Tapi prosesnya amat menyakitkan. Semasa berusia 40 tahun, paruhnya sudah panjang. Perlu diganti. Kukunya tumpul. Bulunya berat sehingga tak boleh terbang.
Kalau sang Rajawali ingin hidup lama, ia kena patahkan paruhnya. Bila dah tumbuh yang baru, ia kena cabut semua kuku2 dan bulu2nya dengan paruhnya. Ia burung Rajawali baru. BERANI.
MDB
burung rajawali 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 30)
Anak burung Rajawali sudah berani mengepak sayapnya. Tiba2 datang keyakinan diri bagi terbang tinggi di udara.
Inilah objektif pendidikan & kursus serta seminar. Mesti ada kesan peningkatan segera (immediate). Setelah tamat 5 hari berseminar dari pagi ke petang, saya & Almarhum Dr Zainuddin Jaafar membuat rancangan menziarah beberapa bandar utama di Andalusia.
Sebelum itu, di petang hari Jumaat, hari terakhir seminar, saya sempat mengeluh dengan seorang rakan dari Maghribi. "Saya dah tak makan nasi & daging selama 5 hari."
"Kenapa tak beritahu saya," jawabnya.
"Di sini banyak kedai makan Maghribi," jawabnya lagi.
Saya dan Almarhum Dr Zainuddin (tak ingat samada Dato' Dr Munir Yaakob bersama kami atau tidak) terus pantas menuju ke bandar Granada & lorong yang ada kedai makanan Maghribi. Semuanya diorder. Kami makan dengan 'lahap' sekali. Lupa sekejap diskusi sarjana Orientalis & Islam tentang antrapologi keadilan, pengaruh sosiologi & psiki dalam fatwa ulamak2 Islam, pengurusan kelestarian sungai, tanah dan keharmonian masyarkat & pelbagai isu lain.
Mungkin ini 'meal' kami yang paling banyak di makan. Halal. Sedap. Sesuai dengan selera. Kekenyangan, kami berjalan kaki balik ke hotel. Indah sekali berjalan di bandar ini yang masih mengekalkan reka bentuk Andalusia.
Di hari Sabtu, kami pergi melawat beberapa bandar di sekitar. Antaranya kami singgah di bandar Cordoba (Qurtubah). Imam al-Qurtubi penulis kitab tafsir hukum al-Quran yang paling komprehensif pernah tinggal & berkarya di sini.
Kami juga singgah di bandar & mesjid di mana Imam Ibn Hazm pernah tinggal. Mesjidnya indah sekali (foto saya hilang). Mesjid Haram di Mekah banyak mengambil reka bentuk dalaman masjid ini. Di belakang Mesjid, ada taman besar. Hijau. Boleh juga buat tempat solat. Masjid & taman tidak terpisah di Andalusia. Di Malaysia, konsep ini amat jarang. Kenapa tidak adakan taman dalam kawasan Masjid? Nampak tenang & segar.
Reka bentuk paling menarik cara minbar dibuat. Apabila berkhutbah, semua dapat dengar w/pun pembesar suara belum ada. Tingkap dibuat dari pelbagai bahan & warna bagi mengawal pelbagai suhu.
Sains & agama tidak terpisah jua.
MDB