First Time Menonton Lord Of The Rings
Alkisahnya, Selain Harry Potter, ada satu lagi movie popular yang saya langsung tak rasa minat nak menonton, iaitu Lord Of The Rings.
Teringkat kali pertama kawan ajak tonton DVD, saya yang masih bujang, tahun 2001, waktu tonton, permulaan yang sangat perlahan, ada babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan saya tertidur.
Adohai..,
Can’t go kata orang putih.
Dua tiga tahun kemudian, filem ini masuk TV, ada malay sub okey kot , jom tonton, tapi masih sama, permulaan yang sangat perlahan, babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan bila iklan, saya keluar rumah, mengeteh dengan kawan, filem tu tak membuatkan saya rasa dahaga atau lapar untuk tonton. Tapi buat saya dahaga untuk keluar rumah.
Walau bagaimanapun filem tu sangat popular, markah rottens tomato tinggi, Imdb pun tinggi, lepas tu kawan-kawan cakap best, mereka ajak tengok wayang, saya tolak, serius tak minat cerita purba yang terlalu banyak watak dan terlalu banyak sembang mambang.
Bila filem ini menang Oscar, saya azam nak tonton, tapi tak tahu bila? Masa berlalu tiba tiba ada filem Hobbit pulak, okey baiklah, saya bagi peluang tengok di panggung wayang bersama rakan rakan yang lain, katanya bagus tengok filem ini dari Hobbit, sebab dia macam Star Wars episode one, tapi babak bosan berulang kembali, ahli sihir pergi ke kampong orang kerdil, dan borak di meja makan, lama gila mereka borak, dan saya tertidur! Bosan gila! Tak kena dengan jiwa, adohai..
Lain waktu masa lepak mengeteh dengan kawan, tengok ada naga yang cantik CGInya di kaca TV, tapi Naga itu bercakap Bahasa English, macam filem Disney chicken sahaja? Cerita apa ni?, Naga bercakap? kata sahabat saya: Itulah filem The Hobbit part three, what? naga bercakap? ha ha, mujur saya tak minat.
Namun sebagai kaki movie, saya azam satu hari nanti, saya akan beri peluang untuk tonton filem ini bila saya bosan gila, atau, satu hari nanti jika umur saya panjang, saya dah tua, lepak dengan cucu, maka saya akan tonton filem ini dengan cucu.
Tapi niat saya tak sampai, bila Malaysia kena PKP akibat Covid, anak anak saya sendiri yang ajak menonton filem ini.
Terperangkap dalam PKP, memang perlukan filem yang panjang sebegini, maka muncul juga seorang saya seorang berumur 40-an yang First time layan Lord Of The Rings.
Lepas tonton Lord Of The Rings saya tonton pulak Hobbits dan saya buat kesimpulan..
Jika korang suka filem fantasi yang ada banyak watak, (sangat banyak) dan jika korang penonton yang sabar, (dialog panjang meleret), dan korang suka tengok raksasa bercakap, orang kerdil bercakap, dewa bunian bercakap, binatang pelik bercakap, pokok balak bercakap, naga bercakap, hantu bercakap, dan lepas tu suka tengok perang lawan pedang, suka tengok orang tak bercukur, suka tengok orang tak mandi, maka filem ini untuk anda.
Babak aksinya sangat baik, sama macam waktu dialog, babak aksinya juga panjang, puas hati dengan aksi, walau geng hero selalu bernasib baik sampai tak masuk akal tapi inikan filem fantasi. Nasib baik terlau baik bagi geng hero, buatkan aksinya Panjang dan okeylah!
Tapi saya tak pelik kenapa filem ini ramai orang suka sebab novelnya orang dah baca sejak zaman berzaman, tahun 1937 lagi, maka kisah fantasi ini telah bersarang dalam jutaan pembaca. Di zaman itu yang jauh dari TV dan panggung wayang, maka membaca novel fantasi adalah hiburan indah. Masuk zaman perang dunia, novel ini masih dibaca orang hinggalah perang dunia berakhir, dan bila dunia filem tercetus lepas perang, maka cubaan demi cubaan telah di buat untuk filemkan novel ini, namun kesan khas masih belum mampu dicapai buatkan tertangguh sekian lama.
Akhirnya muncullah Peter Jackson yang membaca novel ini dalam 12 jam perjalanan dari Wellington ke Auckland, dan beliau terinprasi dan cuba buat satu filem purba yang baru tapi walau bagaimanapun ideanya dikembangkan, akhirnya tetap mewnjadi mirip kepada Lord Of The Rings, dari kena kutuk meniru novel LOTR, lebih baik adaptasi sahaja novel itu ke dalam bentuk filem, dan oleh sebab terlalu banyak watak maka filem ini pecah kepada enam episode. Then the rest is history.
Filem ini akhirnya sangat Berjaya di pasaran, walau saya tak minat, tapi bila tonton, masih enjoy sebab Peter Jackson pandai buat filem yang disulami aksi dan emosi, antara pengarah yang terbaik, rujuk karyanya yang lain seperti King Kong dan lain lain.
Sedikit Trivia dari filem LOTR
1. Saruman lakunan Sir Christopher Lee telah mebaca novel ini setiap tahun semenjak diterbitkan, beliau adalah satu satunya pelakon dalam filem ini yang pernah berjumpa dengan penulis novel, J.R.R. Tolkien.
2. Cincin dalam filem ini dihadiakah oleh pengarah kepada Fredoo sebagai kenangan.
3. Boromir sangat takut naik helicopter, bila filem ada babak atas gunung, Boromir mendaki dari bawah dalam keadaan lengkap berpakaian purba.
4. Gimli walaupun berlakon orang kerdil, tapi beliau paling tinggi dalam geng Fellowship. 6' 1"
5. Aragon tak boleh berenggang dengan pedang, waktu jalan minum di pekan pun bawa pedang, hingga polis selalu tegur bagi nasihat akan bahaya bawa pedang di khalayak ramai.
6. 200 Juta keuntungan telah mengalir dalam ekonomi New Zealand kerana lokasi filem ini, maka New Zealand telah lantik Menteri hal ehwal Lord of the Rings untuk terus rangsangkan ekonomi negara.
7. Patung mayat Boromir sangat sempurna, hingga ada kru filem selalu tegur dan ajak bercakap.
8. 300 ekor kuda berlakon dalam keseluruh filem ini .
9. Replika gajah raksasa adalah prop paling besar dalam movie ini, namun pengarah cakap, patutnya lebih besar.
10. "Well, I'm back", adalah ayat terakhir dalam filem, juga ayat terakhir dalam novel.
11. Movie ini untung 1000 peratus!
12. The Lord of the Rings trilogy adalah filem paling banyak tercalon dalam Academy Award dengan 30 pencalonan, berbanding Godfather trilogy (28) dan Star Wars film franchise (21). Lepas tu menang besar pulak! Pevah rekod!
13. Filem normal kesan khas sebanyak 200 visual effects shots. Tapi movie ini sebanyak 1,487 kesan khas!.
14. Tentera hantu adalah babak yang saya rasa tak best, bila baca perjalanan filem, Peter Jackson pun rupanya tak suka babak tentera hantu itu, sebab dah masuk elemen tahyul, tapi terpaksa diadakan sebab tak nak kecewakan peminat novel.
15. 100,000 orang berbaris di jalan Wellington, New Zealand untuk tayangan perdana. Jumlah itu adalah 1/4 dari penduduk bandar.
16. Tujuh tahun pengembaraan filem, 6 juta kasut digunakan,;48,000 bilah pedang, kapak, dan perisai. 20,602 background;19,000 costumes 10,000 pelakon ekstra; 2,400 kru; 1,600 pasang kaki Hobbit, 300 ekor kuda, 180 pakar kesan khas, 140 pelakon; 100 lokasi di New Zealand, 50 tailors, cobblers, designers, di Wardrobe department; dan 30 aktor dipkasa belajar bercakap Bahasa bunian, perghhhh!
17. James Cameron lepas tonton film ini terus dapat ilham nak buat filem Avatar, teknologi CGI dari file mini adalah penanda aras untuk sempurnakan Avatar.
18. Okey, dah nama sayapun keretamayat, maka ada sikit tazkirah..
19. Tazkirah dari movie: Dunia ni ada jin, sebelum manusia di cipta, malaikat cakap ada mahkluk telah berperang dan menumpahkan darah, ada riwayat mengatakan iblis mengetuai tentera malaikat usir makluk ni ke alam jin, ada yang kata makhluk itu adalah adam sebelum adam, ada yang kata mahluk itu adalah jin berdaging, tapi ianya bukan bunian, atau Hobbit, atau apa apa watak dari Lord Of The Rings, lalu turunlah Nabi adam ke bumi, eh? Macam tak kena tazkirah ini, adohai. Ok next!
20. Cerita LOTR adalah tentang cincin, di riwayatkan Nabi Sulaiman ada memiliki sebentuk cincin sakti yang menjadi lambang cop mohor pemerintahan kerajaannya. Kaum jin pernah mencuri cincin ini lalu menyebarkan ilmu Sihir buat seketika sebelum cincin ini diambil semula oleh Nabi Sulaiman. Setelah kewafatan baginda, tidak diketahui dimana keberadaan cincin Nabi Sulaiman ini. Sudah pasti cincin ini tiada kaitan dengan cincin milik Gollum serta Smeagol, jangan nak buat teori konspirasi.
21. Cincin dalam LOTR ada tulisan: One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all and in the darkness bind them, Apa yang tertulis pada cincin Nabi Muhammad?
22. Nabi Muhammad SAW ada cincin sebagi cop untuk tanda tangan kerana baginda tidak tahu membaca, Saidina Anas Bin Malik R.a berkata: Ukiran pada cincin Nabi S.A.W terdapat tiga baris. Baris yang pertama tertulis kalimah Muhammad. Baris yang kedua tertulis kalimah Rasul dan baris yang ketiga tertulis kalimah Allah.
23. Haram lelaki memakai cincin emas, tapi harus jika memakai Cincin perak. Haram juga jika memakai cincin Lord of The ring jika dibuat dari emas.
24. Seorang Raja telah memanggil kesemua bijak pandai dalam istananya, dan mengarahkan mereka mencipta sesuatu barang yang mana jika Raja dalam kesedihan lihat benda itu maka akan hilanglah kesedihan, jika dalam kegembiraan bila lihat barang itu maka hilanglah kegembiraan.
25. Maka berpakatlah para bijak pandai untuk mencipa 'benda' tersebut. Dan setelah di nasihati oleh seorang pemandu kederaan jenazah@kereta mayat maka terciptalah benda itu…
26. Dan hasilnya, Raja cukup berpuas hati...
27. Apa benda tu?
28. Sebentuk cincin yang cukup cantik dan halus pertukangannya dan tertulis perkataan di atasnya: "Semua orang akan menjadi mayat, semua mayat akan menjadi tanah, semua tanah adalah millikNYA"
Woha!
Sekian ulasan LOTR filem dari Hamka Kereta Mayat.
「bentuk pemerintahan malaysia」的推薦目錄:
- 關於bentuk pemerintahan malaysia 在 Facebook 的精選貼文
- 關於bentuk pemerintahan malaysia 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
- 關於bentuk pemerintahan malaysia 在 Facebook 的最佳解答
- 關於bentuk pemerintahan malaysia 在 Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia ... 的評價
- 關於bentuk pemerintahan malaysia 在 Hizbut Tahrir Malaysia - Khilafah adalah satu-satunya bentuk ... 的評價
bentuk pemerintahan malaysia 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
Ada ahli-ahli politik yang berhaluan kiri cuba gulingkan sistem raja-raja di Malaysia.
Perkara ini didedahkan oleh Musa Hassan.
Isu buli siber terhadap Raja Permaisuri Agong merupakan satu langkah untuk menjatuhkan imej raja-raja Melayu.
Cyberbully terhadap
Raja Permaisuri Agong sememangnya satu perbuatan yang sangat biadab.
Tidak mustahil usaha itu ada kaitan dengan rancangan untuk membentuk kerajaan republik di Malaysia.
"Wujudnya gerakan menggulingkan sistem Raja-Raja Melayu ini kerana ada golongan ahli-ahli politik yang membawa gerakan ini untuk menghapuskan sistem Raja-Raja Melayu,” kata Musa.
Raja-raja Melayu ada kaitan dengan simbol Islam di negara ini, dan penghinaan terhadap nabi dipercayai ada kaitan dengan perkara berkenaan.
Siapa yang agresif hendak bentuk sebuah negara republik di Malaysia?
Yang menghina raja-raja Melayu dan nabi ada kaitan dengan orang bukan Melayu, didapati majoriti di antara mereka pro DAP.
"Ini kerana mereka melihat sistem Raja-Raja Melayu melindungi tiga perkara. Pertama, melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan, kedua sistem ini mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan ketiga, golongan ahli politik ini ingin mewujudkan sebuah republik yang semestinya tiada sistem beraja," katanya.
Musa berkata, satu gerakan terancang oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menghasut rakyat ternyata wujud di Malaysia.
Mereka itu adalah aktivis yang berusaha untuk membentuk pemerintahan sekular agar Islam tidak lagi memainkan peranan dalam pentadbiran Malaysia.
"Gerakan ini terancang dan mendapat sokongan dari badan-badan dan persatuan dari luar negara," katanya.
Apabila perkara ini berlaku, secara automatik kuasa agensi-agensi penguatkuasaan agama serta Majlis Agama Islam yang diketuai oleh Sultan di setiap negeri berkurang dan undang-undang Syariah ditolak keluar.
Kata Musa, tanpa Raja-Raja Melayu, maka tiada check and balance terhadap pemerintah kerajaan.
"Kerajaan boleh berbuat sesuka hati," ujarnya.
Musa berkata, tindakan menggulingkan Raja-Raja adalah suatu kesalahan khianat yang merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121B di mana pesalah boleh dikenakan penjara seumur hidup dan denda.
"Siasatan boleh dijalankan dengan menggunakan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, (SOSMA), memperuntukkan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan," katanya lagi.
Sehubungan itu, bagi mengekang perkara ini, setiap rakyat Malaysia harus mengamalkan Rukunegara agar tidak menimbulkan kegawatan yang boleh merosakkan sistem kenegaraan yang sedia ada.
Selain itu, penguatkuasa perlu bertindak tegas terhadap kumpulan-kumpulan yang ingin merosakkan sistem kenegaraan dan pentadbiran negara.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri atau Menteri yang bertanggungjawab tentang keselamatan dan pertahanan Negara perlu membuat kenyataan mengutuk tindakan mereka yang ingin mengganggu-gugat Sistem Beraja di Malaysia.
"Isu yang melibatkan cyberbullying terhadap Permaisuri Agong tidak sepatutnya berlaku. Ini menunjukan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak mempunyai adab dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu," tegas beliau.
Rujukan: samudera.my
bentuk pemerintahan malaysia 在 Facebook 的最佳解答
Kenapa kecoh dua tiga hari ni tentang poligami?
Apa pendapat abang mayat tentang poligami?
Nampaknya abang kereta mayat terpaksa heret kembali pengalaman paling hampir dengan poligami iaitu Kisah aku first time masuk mahkamah sebagai saksi poligami...
Alkisahnya kawan aku nak kahwin dua, maka disuruhnya aku menjadi saksi kat Mahkamah Syariah sebab mengikut undang undang Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu, siapa nak kahwin dua, kena masuk mahkamah dulu, bicara dulu, bawak diri, bawak bakal isteri, Wali isteri, dan jugak bawak 2 orang saksi, termasuk IC, lepas tu interview sikit, dan jika pihak hakim puas hati dengan keterangan dari bakal isteri, Wali dan dua orang saksi tadi, barulah Hakim Syarei akan meluluskan permohanan kahwin poligami dan dapatlah kawan aku tu kahwin dua, tiga dan empat. Lantaklah…
Dipendekkan lagi cerita, akupun pergi mahkamah Syariah sebagai saksi kawan aku tu, tapi tak boleh masuk sebab pakai selipar, (apa punya kampong aku daa..), maka terpaksalah aku pinjam kasut dari satu orang brader kat situ..
Lepas bakal Isteri dan Wali bakal isteri kawan aku bagi keterangan masing-masing yang menyokong perkahwinan ini, dan lepas soal jawab dan pihak hakim nampak macam puas hati tapi masih sikit lagi tak puas hati, maka tibalah giliran aku sebagai saksi pulak dipanggil untuk beri keterangan bagi menambah sokongan..
Lalu aku dan sorang lagi member aku yang menjadi saksi ‘tertuduh’, pergilah mengadap hakim dengan kasut pinjam tadi..
Terus Hakim ni tanya:
“kamu berdua sokong ke Hamba Allah ni kahwin lagi satu?"
Terus kami angguk kepala dan berkata, “Sokong! Sokong!”
“Kenapa sokong?”
Tanya Hakim tu..
* * *
Ok, di sini ada dua jawapan, satu dari aku dan satu lagi dari member aku yang juga jadi saksi, kita pergi satu satu:
Jawapan dari aku:
Tuan Hakim, saya menyokong perkahwinan ini kerana, jika kita rujuk sejarah dunia berkenaan dua agama terbesar yang mana agama kristian jika di hintung umurnya berdasarkan tahun masihi, iaitu 2018 tolak hari lahir Nabi Isa Alahisalam, maka ketahulah kita bahawa umur ugama kristian dah mencecah lebih 2000 tahun bertapak di atas muka bumi yang fana ini,
Manakala, agama islam pula, jika di kira dari tahun Nabi berhijrah iaitu 1430 tahun yang lalu sebagai rujukan, (sambil seluk poket keluarkan handphone dan cari menu kalkulator) di sini bermakna dari segi matematiknya, 2021 tolak 1442 maka jawapan adalah 579 tahun beza ugama kita dengan ugama kristian, senang cerita 500 tahun beza..
Ok, dari fakta ini, secara logiknya, sewaktu perang badar berlaku iaitu selepas 13 tahun dakwah di Mekah, orang islam tak ramai, yang sertai perang hanya 313 orang, sedangkan waktu itu penganut ugama kristian adalah begitu ramai, seluruh dunia penuh dengan orang yang berugama kristian, logic sebab ugama mereka awal 500 tahun.
Tapi di zaman pemerintahan saidina Umar al Khatab, iaitu kira kira 20 tahun sahaja selepas tahun hijrah, dunia ini telah diperintah oleh orang islam, iaitu hampir dua pertiga ummat islam ada di seluruh dunia, bayangkanlah walaupun ugama kristian 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini, manakala ugama islam baru 20 tahun, saya ulangi: 20 TAHUN! tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia ini,
Baru 20 tahun!, tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia pada waktu itu!!, kalah ugama kristian yang dah lama 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini.
Tuan Hakim tahu kenapa?
Kerana Paderi kristian tak kahwin, pendakwah kristian juga tak kahwin!,
Tapi ummat islam, para pendakwah kahwin lebih dari satu! Jarang yang kahwin dua, banyak yang tiga, lagi banyak yang kahwin empat!!!
Nabi pulak galakkan sahabat tambahkan ummat, melalui dua cara, satu: dakwah, iaitu ajak orang kafir masuk islam, manakala satu lagi: POLIGAMI, kahwin banyak!, dan dapat anak banyak, atau kahwin dengan Mu’alaf yang dah ada anak kecik, automatic anak kecik tu masuk islam.., tak gitu tuan Hakim?
Tapi tuan Hakim,
Sayang seribu kali sayang, selepas 1400 tahun kemudian,menurut Michae H. Hart, pengarang buku “100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam sejarah manusia.”
yang mana beliau, Michae H. Hart, telah buat kajian pada tokoh-tokoh dunia dan bersetuju mengatakan Nabi Muhammad adalah tokoh yang tiada tolok banding, tapi menurut beliau dalam bukunya, orang kristian pada tahun 1974 adalah lebih ramai dari ummat islam, pelik?, paderi mereka tak kahwin sedang ustaz ulamak kita semua kahwin, tapi kenapa selepas 1400 tahun, mereka orang kafir lebih ramai?..
Jawapannya adalah kerana Ummat islam ramai yang tak buat dakwah, dan ummat islam juga ramai yang tak berpoligami, bak kata P ramlee, sedikit-sedikit sahaja yang kahwin empat..
Maka kerana itulah saya menyokong kawan saya ni kahwin lagi satu dalam usaha menguasai dunia dengan lebih cepat dan tepat, lagipun dia ni juga aktif berdakwah, elok sangatlah tu! maka pekej ‘menguasai’ dunia itu amat sesuai sangat, Dakwah dan Poligami!, jadi saya sokong beliau berkahwin 100 peratus!
Sokong!
*******
Ok, hujah itu adalah dari aku seorang yang bukan ustaz, jangan serius sangat, err, kat mana tadi? Ok, sambung balik, sekarang, dah penat membebel,: korang tahu apa reaksi hakim bila aku bagi jawapan dalam bentuk presentation macam tu?
Tak ada sebarang reaksi sebab semua tu hanya dalam minda aku, aku dah susun ayat dan babak tadi, tapi belum sempat aku menzahirkan apa yang ada dalam benak kepala, tiba tiba saksi yang satu lagi yang merangkap saksi nombor dua dah jawab dulu dah!!.
Jawapan dari saksi nombor 2
“Saya sokong sebab saya rasa dia mampu”
“Mampu?” soal hakim lalu menyambung kata-katanya:
“Dia gaji kecik, anak dah lima, macam mana nak kahwin lagi satu?”
“Dia mampu dari segi ilmu”
Terus hakim tu senyum bila dengar jawapan camtu. dan tanpa banyak cakap, terus keluarkan tarikh perkahwinan…
Sekian.
Hampeh, tak sempat aku nak berkata-kata, Hakim tu dah setuju dan tutup kes, tapi takpelah.., sebab maksud dah tercapai.
Selamat pengantin re-new!
Ps: Jangan lupa pakai kasut bila masuk mahkamah! Woha!
(di olah semula dari buku Hamka Keretamayat)
bentuk pemerintahan malaysia 在 Hizbut Tahrir Malaysia - Khilafah adalah satu-satunya bentuk ... 的美食出口停車場
Khilafah adalah satu-satunya bentuk negara dan sistem pemerintahan yang diwariskan oleh nabi Muhammad SAW. Beliau mendirikan negara Islam yang pertama di... ... <看更多>
bentuk pemerintahan malaysia 在 Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia ... 的美食出口停車場
Laman web video kurikulum : http://eduwebtv.moe.edu.my#eduwebtv #tvpendidikan #kementerianpendidikanmalaysia. ... <看更多>