Doa Arafah - Menjelang Hari Arafah.
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32 Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA 🌍 DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI
.
Kredit to Prof Muhaya & Dr Hajjah Azura Hashim
🔽tambahan
33. Ya Allah kurniakanlah buku catatan amalan dari sebelah kanan
34. Ya Allah hidupkanlah hati ku dan ahli keluarga serta keturunan ku dengan sentiasa dlm zikir dan selawat
35. Ya Allah lindungilah dan selamatkan daku dan ahli keluarga dari segala bahaya dan musibah yang tersembunyi dan nyata yg DTG dari atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang dan sekeliling.
36. Ya Allah selamatkanlah dan lindungilah kami dari pandangan Ain manusia yang bahaya
37. Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat dan kelilinginkami dengan mereka yg benar Jujur dan ikhlas mengasihi kerana Allah subhanahu wata'ala.
38. Ya Allah muliakanlah kami di hari tua
39. Ya Allah bebaskan kami dari sebarang hutang didunia dengan sesama makhluk.
40. Ya Allah, kurniakan lah kepada kami Qalbun Salim, yg tenang, taat dan sabar serta redho.
41. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yang halalan toyyiban lagi diberkati lagi dirahmati.
42. Ya Allah permudahkanlah urusan ibadah kepada MU dan jauhkan kami dari pandangan makhluk ketika beribadah dengan Mu ya Allah.
43. Ya Allah, didik jiwa kami untuk sentiasa ikhlas dan lindungi dari anasir mazmumah yg merosakkan.
44. Ya Allah kurniakanlah kami sifat dan sikap positif dan penuh dengan mahmudah . Buang yang negatif dan mazmumah dari diri kami Ya Allah. Tolong kami baiki diri kami Ya Allah
45. Ya Allah pilihlah kamu sebagai umat Baginda yang bersungguh menghidupkan sunnah dan mengikuti contoh tauladan Baginda .
46. Ya Allah, bimbingi daku dan ahli keluarga ku dalam menguruskan dan menundukkan nafsu amarah dan duniawi yg berlebihan lagi melalaikan.
47. Ya Allah , bantu kami mendapat Taufiq Hidayah Mu untuk senantiasa berusaha meningkatkan iman dan taqwa
48. Ya Allah bantu daku dan seluruh ahli masyarakat untuk saling tolong menolong dan mengasihi kerana Allah wa Rasul.
49. Ya Allah golongkan kami sebagai umat Baginda yang istiqamah menuntut ilmu untuk memperbaiki diri sebagai hamba dan bukan untuk bermegah.
50. Ya Allah kurniakanlah kami para Guru yang benar dan jujur dalam menyampaikan amanah warisan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
51. Ya Allah, ringankan tubuh badan kami melakukan kerja dan amal ibadah serta lisan yg sentiasa basah berzikir.
52. Ya Allah jadikan kami hamba MU yang ringan memberi maaf sesama insan dan yg paling banyak memohon ampun dan maaf dari Mu
53. Ya Allah terima lah taubat kami, bersihkan hati fikiran dan roh kami dari sebarang anasir yg merosakkan aqidah serta yg munkar
54. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami dikalangan golongan Ulul Albab
55. Ya Allah, kurniakanlah kemantapkan hati , roh, jiwa, fikiran dan keyakinan yg jitu berjalan dan mendokongi manhaj Nabawi sambil menjalani kehidupan di akhir zaman ini.
59. Ya Allah jadikan kami dan ahli keluarga lelaki dan perempuan kami benar benar mengikuti manhaj Nabawiyah yang benar
60 Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki kefasihan bahasa Arab, bahasa Baginda
61. Ya Allah kurniakanlah kami ingatan yang kuat untuk MB menghafal Al-Quran atau hadis atau pelajaran kami.
62. Ya Allah, golongkan kami dan pilih kami dan keturunan kami yang ikhlas dan suka membantu. Umat Baginda, yg suka memberi dari menerima.
63. Ya Allah jadikanlah AL Quran penunjuk bagi cahaya dan jalan yang benar.
64. Ya Allah, kurniakan kami zuriat keturunan yg Solehin lagi bertaqwa dan berakhlak mulia serta punya jatidiri yg teguh dan kental
65. Ya Allah rezeki kan kami mempunyai kejiranan yg baik, disenangi lagi terpuji adab perilaku.
66. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan ku ilmu yang bermanfaat untuk diri mereka dan ummah , minat dan penuh semangat dibidang yg dipilih oleh Mu yg baik buat agama dan dunia nya.
67. Ya Allah, kurniakan anak dan zuriat keturunan ku pasangan hidup yg benar mengikuti ajaran agama Islam yg Benar, punyai fikrah yg benar terhadap Allah wa Rasul dan mempunyai akhlak terpuji serta ikhlas dalam kasih sayang Mencontohi Baginda dan kehidupan berumahtangga yg diberkati , dirahmati, diredhai penuh Sakinah dan Mahabbah.
68. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga kami dan bakal ahli keluarga pasangan anak anak kami yang menghormati, baik pekerti dan mengamalkan kehidupan Islam yang benar
69. Ya Allah kurniakanlah Ilm dan pendidikan yang membentuk fikrah yg mengikuti manhaj Nabawiyah jln Ahli Sunnah Wal Jamaah serta berjaya dlm persekolahan atau madrasah dan di peringkat universiti .
70. Ya Allah kurniakanlah pekerjaan yang terbaik dan paling sesuai untuk anak dan zuriat keturunan kami dan menjadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat.
71. Ya Allah jadikanlah dunia ditangan tetapi bukan dihati kami
72. Ya Allah kurniakanlah pengakhiran Husnul Khatimah buat kami, anak anak kami, zuriat keturunan kami dan semua yang kami kasihi.
73. Ya Allah jgn dibolakbalik hati kami setelah engkau memberi hidayah dan tetap lah kami berada bersama Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin
74. Ya Allah kurniakanlah kami segala kebaikan, keaafiatan, kesejahteraan, Keselamatan dunia dan akhirat serta jauhkan dan bebas kami dari segala godaan hawa, nafsu, keinginan yg mendorong kepada azab api neraka.
75. Selamatkan kami dan zuriat keturunan kami dari fitnah dan azab kubur dan neraka.
76. Ya Allah pilih kami dan zuriat keturunan kami dibawah bimbingan Mursyid yang benar dan Haq dari ahli keluarga Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang mengenali dan mengikuti serta membantu Imam Mahdi diwaktu yang hanya diketahui oleh Mu jua ya Allah.
77. Ya Allah, tingkatkan perjalanan hidup kami dari seorang muslimin ke tingkatan Mutaqqin dan Mutaqinat
78. Ya Allah kurniakanlah anak zuriat keturunan kami yang Qurratun Ain
79. Ya Allah pilih lah kami dan ahli keluarga serta zuriat keturunan kami dikalangan Muhibbin yg ikhlas membantu dakwah nya Baginda Nabi mengikut kemampuan dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Mu kepada kami
80. Ya Allah kurniakanlah ibubapa ku tingkatan yg tinggi di Syurga bersama Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم beserta para ahli keluarga baginda, para sahabat, para Awliya ,Syuhada dan para Solehin
81. Ya Allah, kurniakan umur yang barakah, kelapangan rezeki, AAFIAH dan kebolehupayaan melangsungkan kehidupan dengan penuh Kebaikan tanpa sebarang kemudaratan .
82. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki berat timbangan amal dan sebelah kanan.
83. Ya Allah sembunyikan Aib kami didunia dan dipadang Masyar dan jadikanlah kami hamba MU yang suka menyembunyikan aib aib hamba MU yg lain.
84. Ya Allah kurniakanlah kami rezeki dibimbing kalimah Tauhid لا اله الا الله محمد رسول الله oleh Baginda Nabi di pengakhiran hayat.
85. Ya Allah kurniakanlah ahli keluarga wanita kami mengikuti contoh tauladan Ummahatul Mukminin dan penghulu syurga bagi kaum muslimah di syurga iaitu Sayyidatina Fatimah Azzahra
86. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami dalam bermujahadah mengikuti jalan yang benar dan lurus yg diajar Baginda Nabi.
87. Ya Allah kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada anak dan zuriat serta ahli keluarga kami yang lelaki muslimin menjadikan Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai contoh tauladan dan ketua dalam kehidupan dunia dan akhirat.
88. Ya Allah jika ada dari ahli keluarga kami yang tersasar dan jauh dari jln yg benar dan lurus, mohon di bimbing kembali ke jln yg benar dan lurus dengan. rahmat dan kasih sayang serta tawfiq hidayah dari Mu YaAllah.
89. Ya Allah berkatilah waktu dan masa kami serta jauhkan dari perkara yang melalaikan dan merugikan kejayaan akhirat kami.
90. Ya Allah pilihlah kami dan ahli keluarga kami sentiasa bersama para Awliya dan Solehin serta keturunannya Baginda yang benar jalan mereka.
91. Ya Allah pilih dan kurniakanlah kami , ahli keluarga kami anak dan zuriat kami dari kalangan Ahlillah, ahli zikir, ahli Quran, ahli selawat, ahli Hadeeth, ahli Bahasa Arab, ahli ilmu Sains dan matematik, jurutera, perniagaan, doktor, dll ahli di bidang yang membawa kebaikan umat Baginda khususnya yg tunduk lagi tawaduk.
92. Ya Allah kurniakanlah kami rumah yang selesa dekat dengan masjid dan mahligai yang tak terfikir oleh kami disyurga Firdausi.
93. Ya Allah rezeki kan kami mintasi titian sirat dengan jayanya
94. Ya Allah lindungilah kami dari panas terik matahari sejengkal di padang Mahsyar.
95. Ya Allah terimalah taubat dan amal baik kami dan ampuni kami , ahli keluarga dan zuriat kami.
96. Ya Allah pilihlah zuriat dan keturunan kami tetap didalam Iman, Islam dan Ihsan.
97. Ya Allah kurniakanlah rezeki menunaikan umrah haji kepada seluruh zuriat keturunan ku.
98. Ya Allah tetap kan hati kami, teguh kami dalam kecintaan dan kebersamaan serta rasa kasih terhadap Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersama para Muhibbin yang mencintai Baginda dan ahli keluarga Baginda dengan penuh tulus ikhlas.
99. Ya Allah jadikanlah kami hamba hamba MU yang dikasihi dan dicintai lagi dikenali oleh penduduk langit walaupun tidak dikenali didunia dan yg tetap istiqamah menghidupkan malam serta tidak jemu menadah tangan berdoa bermohon belas ihsan dari mu Ya Allah.
Aamiin Allahumma Aamiin
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Roti Puri sesuai sangat dijadikan sarapan atau minum petang keluarga. Kalau cicah dengan kari ke gulai ke, memang sedap. Nak buat ni pun senang sangat...
「bahasa arab 11」的推薦目錄:
bahasa arab 11 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
Biar Kerja Kuat2, Biar Graduasi Cepat2 (Bhg Akhir)
Mencari titik akhir & tempat pendaratan selamat setelah terbang di udara adalah mencabar. Dalam bahagian terakhir ini, saya ingin merumuskan semua points yang telah disebut atau belum disebut.
Memang kerja kuat penting tetapi kepelbagaian kerja juga penting bagi mewarnakan sedikit perwatakan diri. Ada sains & kemanusiaan dalam hidup kita. Tangkas memahami aspek teknikal tetapi handal juga aspek kemanusiaan. Ini bukan untuk orang lain tetapi diri sendiri. Kepelbagaian tugas & task adalah permulaan kerja yang kuat. Kalau seseorang itu hanya ada satu atau dua tugas, dia belum kerja kuat lagi. Orang yang lebih berjaya & lebih cepat bergraduasi adalah orang yang padat diarinya dengan pelbagai tugas.
Dalam bekerja kuat, mesti ada pertimbangan proportionality atau kewajaran yang seimbang untuk semua tugas. Kewajaran bukan bermaksud sama berat & sama banyak tetapi cukup dos untuk setiap perkara. Kalau gardening atau bersukan hanyalah hobi, ia tidak boleh melampau2 dari segi bajet, masa & fokus. Tetapi kalau anda seorang petani atau ahli sukan, timbangan kewajaran akan berubah. Ramai orang gagal dalam menekuni proportionality. Dah kerja kuat tetapi masih gagal. Tiada proportionality.
Graduasi mesti juga berlaku setiap detik & setiap masa. Sesiapa yang hanya ada satu graduasi dalam hidup pada satu2 masa, dia akan cepat rasa lemah, bosan & tidak bersemangat. Sambil menyiapkan tesis PhD saya, saya juga membuat suntingan dan terjemahan beberapa buku, membengangkan paper di beberapa seminar di segala cerok UK, mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Tahun 1 dan 2 di Universiti St Andrews sambil menjadi pemandu hujung minggu kepada anak2 Saudi Arabia untuk kelas agama mereka (yang terakhir ini bagi mendapat wang lebihan sara hidup yang memang tak cukup). Dalam menyiapkan sebuh buku atau novel, saya mula menulis tentang buku dan novel lain. Graduasi dalam graduasi.
Semalam di sebelah pagi saya telah memindahkan anak pokok timun, kacang pajang & sawi putih ke batas masing2. Ini adalah graduasi tahap pertama. Saya akan pantau pembesaran nanti. Di sebelah petang, saya terus membuat semaian baru. Ini rahsia kerja kuat.
MDB
bahasa arab 11 在 Facebook 的最佳貼文
*KEM CUTI SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH*
*Program CAKNA ILMU TAHAP 1*
*📹 TAHUN 1, 2 DAN 3 !*
*MATEMATIK*
*🧑🏻🏫 Cikgu Zulkifli*
*🗓️ 31 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin - Jumaat
🕰️ 10.00 pagi - 11.00 pagi
💵 RM80 (10 sesi kelas)
*BAHASA MELAYU*
*🧑🏻🏫 Cikgu Danial*
*🗓️ 31 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin - Jumaat
🕰️ 11.30 pagi - 12.30 tengahari
💵 RM80 (10 sesi kelas)
*SAINS*
*🧑🏻🏫 Cikgu Ghani*
*🗓️ 31 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin - Jumaat
🕰️ 2.30 petang - 3.30 petang
💵 RM80 (10 sesi kelas)
*BAHASA INGGERIS*
*🧑🏻🏫 Teacher Manisah*
*🗓️ 31 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin - Jumaat
🕰️ 3.30 petang - 4.30 petang
💵 RM80 (10 sesi kelas)
*Yuran (per subjek)*
🏫 10 sessi kelas (RM80)
💵 RM8 per kelas
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
*Program CAKNA ILMU TAHAP 2*
*📹 TAHUN 4,5 DAN 6*
*UPKK*
*🧑🏻🏫 Ustazah Azizah*
*🗓️ 24 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin | Selasa | Khamis | Jumaat
🕰️ 5.00 ptg - 6.00 ptg
💵 RM75.00 (15 sesi kelas)
*SAINS*
*🧑🏻🏫 GB Ridzuan*
*🗓️ 24 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin | Selasa | Rabu Khamis | Jumaat
🕰️ 12.30 ptg - 1.30 ptg
💵 RM75.00 (15 sesi kelas)
*BAHASA MELAYU*
*🧑🏻🏫 Cikgu Danial*
*🗓️ 24 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin | Selasa | Rabu Khamis | Jumaat
🕰️ 3.00 ptg - 4.00 ptg
💵 RM75.00 (15 sesi kelas)
*BAHASA INGGERIS*
*🧑🏻🏫 Teacher Manisah*
*🗓️ 26 Mei - 27 Jun 2021*
🎓 Rabu : 5.05 ptg - 6.05 ptg
🎓 Sabtu & Ahad : 9.00 pagi - 10.00 pagi
💵 RM75.00 (15 sesi kelas)
*MATEMATIK*
*🧑🏻🏫 Cikgu Zulkifli*
*🗓️ 26 Mei - 27 Jun 2021*
🎓 Rabu : 4.00 ptg - 5.00 ptg
🎓 Sabtu & Ahad : 10.00 pagi - 11.00 pagi
💵 RM75.00 (15 sesi kelas)
🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴
*Kelas ASAS BAHASA ARAB*
*🧑🏻🏫 Ustaz Karimi*
*🗓️ 31 Mei - 11 Jun 2021*
🎓 Isnin | Selasa | Rabu Khamis | Jumaat
🕰️ 9.00 pagi - 10.00 pagi
💵 RM80.00 (10 sesi kelas)
*KURSUS PENULISAN PKSK BERSIRI - BAHASA MELAYU*
*🧑🏻🏫 Cikgu Ghalib*
*🗓️ 6 Jun 2021*
*🗓️ 4 Julai 2021*
*🗓️ 11 Julai 2021*
*🗓️ 18 Julai 2021*
*🗓️ 25 Julai 2021*
🎓 Ahad
🕰️ 9.00 pagi - 12.00 tengahari
💵 RM150.00 (5 siri kursus)
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
*Utk sebarang pertanyaan, sila hubungi :*
Wasap.my/601156998919
Wasap.my/60126146039
Wasap.my/60192959863
bahasa arab 11 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Roti Puri sesuai sangat dijadikan sarapan atau minum petang keluarga. Kalau cicah dengan kari ke gulai ke, memang sedap. Nak buat ni pun senang sangat la. Sekali cuba, memang puas hati.
Resepi Roti Puri & Kari Ayam Mudah | Easy Poori & Chicken Curry Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Roti Puri
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
3 sb minyak
2 sk gula
1/2 sk garam
1 sk yis
1/2 cwn air
Nota:
1. Pastikan doh betul-betul mengembang sebelum dibulatkan dan dileperkan.
2. Leperkan doh kepada beberapa kepingan sebelum menggoreng. Ini bagi memastikan semua roti kembong gebu.
3. Jangan leperkan semua doh sekaligus baru menggoreng sebab ianya akan mengakibatkan kepingan doh yang terakhir tidak mengembong apabila digoreng.
Resepi Kari Ayam
Bahan-bahan
1 biji kentang (dipotong dadu)
500 gm isi ayam (dipotong kecil)
1/2 cwn minyak masak
200 ml santan
1/2 cwn air (ikut kepekatan kuah)
1/2 sb garam
1/4 cwn air limau nipis
8 sb rempah kari daging
2 sb serbuk cili
Sedikit air
Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit air
Bahan-bahan untuk ditumis
2 tangkai daun kari
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 buah pelaga
1 biji bawang merah (dihiris)
Nota: Bancuh dahulu rempah kari sebelum masak untuk mendapatkan kepekatan kuah kari sekata.
Cara memasak
1. ROTI PURI: Gaulkan tepung, minyak, gula, yis dan garam di dalam bekas.
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul rata dan uli sampai adunan tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang lembut.
3. Tutup mangkuk dengan plastik dan rehatkan doh selama 15 minit.
4. Setelah doh kembang, keluarkan doh supaya mudah diuli.
5. Bulatkan doh menjadi bola mini dan canai sehingga leper.
6. Panaskan minyak, goreng sampai agak kembung dan kekuningan.
7. KUAH KARI: Bancuh rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
8. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
9. Masukkan bahan kisar dan kacau seketika sehingga kekuningan.
10. Masukkan pes kari. Teruskan menumis hingga pecah minyak (tambahkan air jika terlalu kering untuk mengelakkan hangit).
11. Masukkan ayam dan kacau sehingga 2-3 minit.
12. Masukkan kentang, santan dan air limau nipis. Masak sehingga ubi kentang dan ayam menjadi empuk.
13. Tunggu sehingga mendidih dan perasakan dengan garam.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Poori Bread Recipe
Ingredients
2 cups of wheat flour
3 tbsp of oil
2 tsp of sugar
1/2 tsp of salt
1 tsp of yeast
1/2 cup of water
Note:
1. Make sure the dough is properly risen before round and flatten.
2. Flatten a few before deep fry. This is to ensure poori is puffy.
3. Do not flatten all dough simultaneously as it will make the last rolled dough not puffy when deep frying.
Chicken Curry Recipe
Ingredients
1 potato (diced)
500 gm chicken fillet (cut into small pieces)
1/2 cup of cooking oil
200 ml coconut milk
1/2 cup of water (according to the gravy consistency)
1/2 tbsp of salt
1/4 cup of key lime juice
8 tbsp of meat curry powder
2 tbsp of chili powder
Bit of water
Ingredients for grinding
4 onions
4 cloves of garlic
1 inch ginger
Bit of water
Ingredients for saute
2 stalks of curry leaves
2 cinnamon sticks
2 star anise
3 cardamoms
1 onion (sliced)
Note: Make the curry powder paste first before cooking to get an even curry gravy consistency.
Cooking methods
1. POORI BREAD: Mix flour, oil, sugar, yeast, and salt together inside a container.
2. Then, add in water bit by bit. Mix them well and knead until the dough does not stick to the hand and becomes a soft dough.
3. Cover bowl with plastic and rest the dough for 15 minutes .
4. Once the dough is risen, remove the dough so that it will be easier to knead.
5. Round the dough into a mini ball and roll dough until thin.
6. Heat oil, deep fry until puffy and yellowish.
7. CHICKEN CURRY: Mix curry powder and chili powder with bit of water to make a paste.
8. Heat the oil, saute sauteing ingredients until fragrant.
9. Add in grinded ingredients and stir for a while until golden.
10. Add in curry paste. Continue sauteing until the oil separates (add water if it is too dry to avoid burnt).
11. Add in chicken pieces and stir for about 2-3 minutes.
12. Add in potatoes, coconut milk and key lime juice. Cook until potatoes and chicken are tender.
13. Bring to a boil and season with salt.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#rotipuri #poori #rotiarab #roti #kariayam #kari #curry #chickencurry #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#lemankakap #rinrinchan #kdboom #sya #nntaca #mr_lovva
bahasa arab 11 在 Rasaflix Youtube 的最讚貼文
Sebut je nasi arab mesti terbayang rempah ratus dia yang sedap tu kan, nak makan kat kedai mahal pula. Jom buat sendiri kat rumah lagi puas hati, pakai pula rempah yang ada je kat dapur.. Jimat, murah dan gerenti sedap !
Resepi Nasi Arab Kabsa Ringkas | Easy Homemade Arabian Kabsa Rice Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan (Nasi Arab Kabsa)
3 bahagian paha ayam
1 cwn beras panjang
1 1/2 cwn stok ayam
2 biji bawang besar (dipotong mayang)
2 tomato segar (dipotong wedges)
1 sk pes tomato
2 sk pes bawang putih
2 sk pes halia
1 batang lobak merah (diparut)
1/2 biji lemon (dipotong hiris)
2 batang kayu manis
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk garam masala
1/2 sk serbuk cili
1/4 sk serbuk lada hitam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 sb mentega
100 gm kismis
100 gm gajus
1/4 cwn minyak sapi
1/2 sb garam
Minyak masak
Bahan-Bahan (Sos Harrah)
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1/2 biji perahan lemon
2 tangkai daun ketumbar
1 sk serbuk cili
Nota: Gunakan beras basmathi atau pusa. Sukatan air seperti berikut : 1 cawan beras = 1 setengah cawan air.
Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
2. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, dan biji lada hitam.
3. Tumis sebentar hingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang besar dan tumis sehingga keperangan.
4. Masukkan pes halia, pes bawang putih, pes tomato dan tomato. Masak & kacau di atas api yang tinggi.
5. Kemudian, masukkkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk cili, garam masala dan garam. Tumis bahan sehingga pecah minyak.
6. Masukkan paha ayam dan stok ayam. Gaul hingga rata. Kemudian, tutup kuali dan masak sehingga mendidih sekitar 20-25 minit.
7. Angkat ayam sahaja dan ketepikan.
8. Tuangkan sedikit minyak masak pada ayam dan panggang selama 20 minit pada suhu 250°C.
9. Masukkan lobak merah, limau dan beras ke dalam air rebusan tadi. Kacau sekata. Tutup kuali dan biarkan sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
10. Kemudian, gorengkan gajus dan kismis dengan mentega untuk hiasan.
11. Untuk membuat sos Harrah, kisar semua bahan-bahannya tanpa air.
12. Kemudian, sedia untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Arabian Kabsa Rice)
3 parts of chicken thighs
1 cup of long-grain rice
1 1/2 cups of chicken stock
2 onions (thinly sliced)
2 fresh tomatoes
1 tsp of tomato paste
2 tsp of garlic paste
2 tsp of ginger paste
1 carrot (grated)
1/2 lemon (sliced)
2 cinnamon sticks
1 tsp of coriander powder
1 tsp of cumin powder
1/2 tsp of masala salt powder
1/2 tsp of chili powder
1/4 tsp of black pepper powder
5 cloves
5 cardamoms
10 peppercorns
1 tbsp of butter
100 gm raisins
100 gm cashews
1/4 cup of ghee
1/2 tbsp of salt
Cooking oil
Ingredients (Harrah Sauce)
2 tomatoes
2 cloves of garlic
1/2 squeezed lemon
2 stalks of coriander leaves
1 tsp of chili powder
Note: Use basmathi or pura rice. The dosage of water is as follows: 1 cup of rice = 1 1/2 cup of water.
Cooking Methods
1. Heat ghee inside a pan.
2. Add in cinnamon sticks, cardamoms, cloves, and peppercorns.
3. Saute them for a while until fragrant. Then, add in onions and saute until golden brown.
4. Add in ginger paste, garlic paste, tomato paste, and fresh tomatoes. Stir over high heat.
5. Then add the cumin powder, coriander powder, black pepper powder, chili powder, masala salt powder and salt. Saute the ingredients until the oil separates.
6. Add in chicken thighs and chicken stock. Mix well. Then, close the lid and bring to a boil around 20-25 minutes.
7. Lift the chicken only out of water and set it aside.
8. Rub bit of cooking oil over the chicken and bake for about 20 minutes at 250°C.
9. Add the carrots, lemons and rice into boiled water. Stir evenly. Close the lid and let it fully cooked over medium heat.
10. Then, stir fry cashews and raisins with butter for garnishing purpose.
11. For Harrah sauce, grind all the ingredients without water.
12. Then, it is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#nasiarab #arabianrice #nasiarabkabsa #homemade #nasi #ayampanggang #roastedchicken #recipe #resepi
#kisahdunia #rasaflix
#cempakaberasap #mr_lovva #nntaca #kdboom #sya #rinrinchan
bahasa arab 11 在 Fahmis 96 Youtube 的最佳貼文
#simulasi #bahasaarab #bahasaketiga #uitmseremban3 #fskm