‘Apa yang kita buat disini, ibu bapa kena teruskan di rumah’ - Puan Azura Izham.
Pusat Autisme PDRM mempunyai seramai 20 orang murid. Tujuan pusat autisme ini ditubuhkan adalah apabila kami mendapati bahawa pusat autisme diluar sangat mahal. Kajian kami mendapati ibu bapa terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM 1200 sebulan malah ada sehingga RM 12 000 sebulan.
Ramai anggota PDRM mempunyai anak autisme dan disebabkan itu Pusat Autisme ditubuhkan bagi mengurangkan beban mereka. Ada anggota yang terpaksa menghantar anak autisme ke pusat penjagaan biasa dimana pengasuh tidak mempunyai latar belakang autisme. Early intervention sangat penting untuk kanak-kanak autisme. Jadi pusat autisme ini sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.
Di sini, murid seawal umur 4 tahun sehingga 9 tahun. Terdapat enam orang tenaga pengajar terdiri daripada tiga orang ‘lead teacher’, ‘occupational therapist’ dan tiga orang pembantu guru. Silibus disini dibawah selian Genius Kurnia. Perancangan pusat autisme ini bermula sejak tahun 2014. Kami mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyumbangkan dana untuk pengubahsuaian dan PDRM menyediakan tempat. Genius Kurnia pula sebagai perunding kami. Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, pusat autisme ini menjadi kenyataan.
Sebelum COVID-19, kami adakan sesi dengan ibu bapa bagi melatih mereka untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh anak-anak. Saya sering berpesan kepada ibu bapa untuk meneruskan apa yang kami ajar di sini disambung dirumah. Ibu bapa tidak akan sentiasa ada bersama anak selama-lamanya. Yang terbaru salah seorang murid disini kehilangan bapa beliau. Sekurang-kurangnya bila ibu bapa sudah tiada, anak-anak autisme boleh uruskan diri sendiri.
#autismawarenessmonth
#bulanautisme
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「autismawarenessmonth」的推薦目錄:
- 關於autismawarenessmonth 在 Ainie Haziqah Facebook 的最讚貼文
- 關於autismawarenessmonth 在 Ainie Haziqah Facebook 的最讚貼文
- 關於autismawarenessmonth 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
- 關於autismawarenessmonth 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於autismawarenessmonth 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於autismawarenessmonth 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於autismawarenessmonth 在 #autismawarenessmonth - Explore | Facebook 的評價
- 關於autismawarenessmonth 在 20 Autism Awareness Series by CADRRE 2021 - YouTube 的評價
- 關於autismawarenessmonth 在 April is #autismawarenessmonth #lightitupblue ... - Pinterest 的評價
autismawarenessmonth 在 Ainie Haziqah Facebook 的最讚貼文
Mendengar murid autisme boleh kenal nama saya dan panggil Cikgu Adila merupakan satu kepuasan kepada saya sebagai seorang pendidik.
Saya mengajar di sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan mempunyai seramai 35 orang murid autisme. Di sekolah, murid autisme berkongsi padang, kantin, bangunan belajar dan program bersama murid arus perdana. Malah murid autisme dan murid arus perdana diletakkan sekali dalam satu rumah sukan yang sama. ‘Paling seronok bila Hari Sukan. Murid arus perdana akan bersorak bagi semangat rakan-rakan mereka (murid autisme) sebagai satu pasukan. Mereka nak rumah sukan mereka menang’.
Berbanding murid arus perdana yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), murid autisme atau murid keperluan pendidikan khas (MBK) akan mengambil Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Instrumen PASR dibina berdasarkan KSSR PK Tahap 2 sahaja, dan terdiri daripada instrumen ProKhas 1 dan ProKhas 2. Antara komponen yang ditawarkan adalah penternakan, jahitan, masakan dan perkebunan.
Sebelum negara dilanda COVID-19, banyak aktiviti-aktiviti khusus dijalankan oleh pihak sekolah seperti program bowling, menonton wayang, bergaul dengan orang ramai. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada murid autisme agar tidak takut dengan dunia luar dan melatih kemahiran mereka.
Memasuki aliran sekolah yang betul dari awal amat penting bagi murid autisme. ‘Jika ibu bapa sudah mengetahui anak mereka mereka adalah autisme, ‘early intervention’ seawal yang mungkin.’ Early intervention membantu perkembangan kanak-kanak autisme terutamanya dalam perkara-perkara asas. Ini memudahkan mereka apabila memasuki alam persekolahan kelak.
Apabila murid autisme sudah pandai duduk dengan baik diatas kerusi, pandai melukis, boleh tulis nama sendiri malah ke tandas sendiri, itu merupakan satu pencapaian yang kami sebagai guru sangat bangga. ‘Sewaktu Hari Guru, guru pendidikan khas paling kurang dapat hadiah, tetapi sebenarnya itu bukan ukuran kami. Melihat anak-anak pendidikan khas berupaya menguruskan mereka sendiri adalah hadiah terbaik’.
Malah sempena bulan Autisme, pihak sekolah banyak menganjurkan program melibatkan murid arus perdana juga. Program seperti melukis poster, melukis baju t, tayangan video, pameran dan kuiz. Ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan didikan sejak awal kepada murid arus perdana agar menerima rakan-rakan mereka yang kelainan upaya ini. Program ini berkesan kerana ada murid autisme dan murid arus perdana menjadi rakan baik sehingga bermain bersama di padang dan makan bersama di kantin.
#AutismAwarenessMonth
#BulanAutisme
autismawarenessmonth 在 Ainie Haziqah Facebook 的精選貼文
APA ITU AUTISME?
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa. Sesetengah individu terjejas dengan autisme pada tahap yang rendah, sesetengah di peringkat sederhana dan sesetengah di tahap yang tinggi. Autisme muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.
Berbeza dengan penyakit lain, autisme tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal namun dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang. Nisbah 1 dari 68 kanak-kanak mengalami autisme. Kanak-kanak lelaki mempunyai kemungkinan mendapat autisme lebih 4 kali berbanding kanak-kanak perempuan.
Di Malaysia, sebanyak 595,000 individu OKU berdaftar dengan JKM dengan 28,941 daripadanya adalah individu autisme.
#AustimMonth #autismawarenessmonth
autismawarenessmonth 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
autismawarenessmonth 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
autismawarenessmonth 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
autismawarenessmonth 在 20 Autism Awareness Series by CADRRE 2021 - YouTube 的美食出口停車場
#20 Autism Awareness Series by CADRRE 2021 | # autismawarenessmonth. 382 views 1 year ago. CADRRE. CADRRE. 6.16K subscribers. Subscribe. ... <看更多>
autismawarenessmonth 在 April is #autismawarenessmonth #lightitupblue ... - Pinterest 的美食出口停車場
April is #autismawarenessmonth #lightitupblue #autismawareness ❤️ Aqua Background, Autism Awareness. kolejax. Kole Jax Designs. 1k followers. ... <看更多>
autismawarenessmonth 在 #autismawarenessmonth - Explore | Facebook 的美食出口停車場
JANUARY IS AUTISM AWARENESS MONTH! Autism is one of the commonly stigmatized illnesses in society. Generally, autism spectrum disorders (ASD) are a diverse ... ... <看更多>