PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang dan Kahang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang, Kahang dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Penyampaian kurniaan hari ini telah disampaikan kepada pesakit kanser payudara, pesakit jantung, dan keluarga yang hilang punca pendapatan serta berpendapatan rendah.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah, cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang serta dikurniakan kesihatan yang baik.
同時也有17部Youtube影片,追蹤數超過16萬的網紅Shalma Ainaa,也在其Youtube影片中提到,Please partake in this wonderful month of Ramadan and may god bless you with your sincere donation & efforts. Thank you https://ikhlas.com/sadaqah/en...
asnaf 在 Facebook 的最佳貼文
𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗬𝗔𝗠 𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗙𝗔𝗦𝗔 2 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔-𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗨𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗟𝗘𝗡𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗞𝗜𝗠 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗥𝗨.
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 Bulan September bertempat di Mukim Plentong dan Mukim Sungai Tiram daerah Johor Bahru.
Turut mengiringi Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan juga Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-
1- Warga emas terlantar akibat strok.
2- Warga emas sakit jantung,kencing manis,darah tinggi
3- Wanita menghidap sakit jantung kencing manis, darah tinggi dan paru-paru berair.
4- Pesakit jantung yang juga menghidap sakit tibi, gout dan jantung.
5- Seorang lelaki pesakit strok.
6- Warga emas yang menghidap masalah jantung.
7- Seorang lelaki kemalangan jalan raya mengakibatkan kecacatan kekal.
8- OKU Mental mengalami sakit kencing manis kronik dan strok.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan atas sebab pandemik ini, dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.
asnaf 在 Facebook 的最佳貼文
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada sepuluh (10) penerima di Mukim Tenggaroh dan Jemaluang Bagi Bulan September (Fasa 2 dan 3) Tahun 2021.
Penerima Kurniaan tersebut adalah:
Penerima pertama, seorang lelaki, berumur 63 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 4. Beliau menghidapi penyakit kulit yang kronik.
Penerima kedua, seorang warga emas wanita berumur 74 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 3 dan sedang terlantar sakit tua.
Penerima ketiga, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap masalah kesihatan selepas terbabit dalam kemalangan.
Penerima keempat, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap penyakit barah otak.
Penerima kelima, seorang wanita berumur 59 tahun, menetap di KM. 12, Kg. Wak Salam. Beliau menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Penerima keenam, seorang warga emas wanita berumur 84 tahun, menetap di Kampung Gajah Mati, Mersing. Beliau menghidapi penyakit sakit tua.
Penerima ketujuh, seorang warga emas wanita berumur 72 tahun menetap di Kampung Sri Pantai.
Penerima kelapan, seorang wanita berumur 55 tahun, menetap di Kg. Sri Pantai. Beliau menghidap penyakit Asma.
Penerima kesembilan, seorang lelaki berumur 33 tahun, menetap di Kampung Sri Pantai. Beliau adalah miskin tegar dan mempunyai anak kurang upaya (OKU).
Penerima kesepuluh, seorang wanita berumur 66 tahun, menetap di Kg. Air Puteri. Beliau menghidapi masalah pendengaran.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa'tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.
asnaf 在 Shalma Ainaa Youtube 的最讚貼文
Please partake in this wonderful month of Ramadan and may god bless you with your sincere donation & efforts. Thank you
https://ikhlas.com/sadaqah/en/essenshals-for-you
#essenshalsgiveback
#donation
#csr
asnaf 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳貼文
Terkejut sy Zulin Aziz dah kurus skrg..!!
.
terpegun sy melihat airmuka dia sgt cantik, peramah, tingtong mcm Odah, lebih kurang Odah je, tapi suara dia lebih sedap dr Odah..
.
Bila zulin komen xpernah makan labu air , sy ceritalah kebaikan dn khasiatnya.dia komen rasa karipap buncit bonda sgt bahagia , bila dia sudi makan semua produk frozen food daripada dapur kayu by bonda.. nak jadi agent kami untuk DKBB boleh contact Ain (0166497133) ‼️
.
keuntungan produk DKBB sikit tetapi sy bahagia dapat memberi peluang pekerjaan kpd kakitangan sy dikalangan org2 kampung yg dekat2 sini , menaikkan prestij dan cita2 sy untuk menaikkan projek bersama dngn teamwork yg bonda wujudkan drpd kalangan asnaf dan anak bangsa melayu..
.
Seronok tgok zulin dn krew habiskan makanan yg bonda dh siapkan sebelum shooting, kuah rojak dan sebagainya..
asnaf 在 Chazynash Youtube 的精選貼文
Misi menghantar bantuan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di sekitar Kota Setar.