BUKAN HAMBA ABDI
Sesungguhnya, cinta abadi adalah cinta Ilahi. Cinta manusia? Ada permulaan dan ada penamatnya.
Benar... Semua wanita sayangkan pasangan masing-masing. Tapi dalam sayang itu, letaklah sedikit had. Sedikit border. Letak beberapa terma dan syarat.
Setidak-tidaknya wanita, jom punya minima rumah sebuah 100% nama sendiri. Punya takaful perubatan andai diuji kesihatan.
Punya sumber menjana wang. Punya sedikit simpanan wang tunai dan emas 999. Ada 200g simpanan emas, dilanda musibah tak mudah rebah.
Cinta itu adakalanya menyakiti. Realiti cinta ada masa melukai.
Berpada-pada. Jangan letak 100% harapan pada pasangan semata-mata.
Memberi pada pasangan, jangan lebih 1/3.
2/3 lagi? Simpan dan peram untuk persediaan diri.
Pasangan kita?
Hakikatnya, bukan hak kita.
Ini fakta. Tak kira kita suka atau tak suka.
Mana pernah langit sentiasa cerah?
Ada waktu rumahtangga diuji.
Kewangan, kesihatan, mentua ipar, orang ketiga, anak-anak dan sebagainya.
Sebab itulah pesanan akak sejak dulu jelas. Elak berkahwin selagi tidak faham bahawa, cerai itu pasti, cerai itu realiti.
Samada cerai hidup?
Ataupun cerai mati.
Semua pasti bercerai nanti.
Tuhan tak ambik?
Ungka ambik.
Maka.... Cinta biar bersyarat. Setia biar bersebab.
Memberi hanya pada yang layak menerima. Elak taat membabi buta. Anda adalah isteri, BUKAN HAMBA ABDI sehingga perlu melutut di tapak kaki. #apeni?
Jaga diri semua wanita. Simpanan perlu ada, aliran pendapatan perlu sentiasa dijana.
Salam Sayang
Kredit : Marlia Ramli
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
apeni 在 Facebook 的精選貼文
Apeni .. apeni.. 😂 meracun kita 😈jahat tau ! Kita punyala kuatkan iman tak mou buat donut … bukan kita jer , ni semua telio tau tgk donut hangpa ni… saja ja DM & tag kita tau 😂🥴 hahahaha , …. Helok sungguh aih donut hangpa …. Ni baghu buat donut dah jadi , hangpa bayangkan kalau hangpa beli buku resipi tu , tak tau nak habaq dah… mou tak pandang YK lepaih tu🤣😂
Lekaih beli Buku tu sebelum sold out, satg sold out nak caghi mana , takpa aih caghi kat IG ja 😜
Jangan dok meracun lagi kat kita aih… kita meracun kat hangpa tak pa 😂
Beli buku 😈Beli buku😈beli buku😈
Sayang korang ♥️💯❗️💋
apeni 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
HILANG KERJAYA
1 - Bayangkan... Tuan ada seorang anak gadis. Satu-satunya anak gadis yang amat disayangi sepenuh hati. Tak ada dua dan tiga. Hanya seorang anak gadis saja yang dicintai.
2 - Tuan sekolahkan anak, bayar tuisyen yang paling mahal, hantar ke sekolah swasta malah tuan ikat perut untuk pastikan satu-satunya anak gadis ini mencapai sesuatu.
3 - Paling tidak Tuan harapkan anak gadis ini mampu menjana pendapatan sendiri sebagai bekalan harta peribadi. Tuan mahu bila pejam mata nanti, anak gadis ini mampu menyara diri
4 - Akhirnya anak gadis Tuan berkerjaya doktor, engineer, lawyer, professional manager, akauntan atau professor. Anak gadis tuan dah beli beberapa rumah dan mula membayar hutang yang baik. Tuan rasa lega bukan?
5 - Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tak layak digelar arjuna mahu menyunting anak gadis yang Tuan amat cintai. Lelaki yang bukanlah kaya mana. Tak kaya tak apa... Tuan bukanlah bapa yang kemaruk harta sesiapa.
T.E.T.A.P.I...
6 - Lelaki ini meletak syarat, pegi jahanam dengan kerjaya doktor, engineer, lawyer, professional manager, akauntan atau professor yang anak gadis tuan miliki. Saya suami!
7 - Nanti jika isteri saya bekerja, siapa nak sidai baju? Siapa nak mop lantai? Siapa nak masak? Siapa nak kemas rumah? Kalau isteri bekerja saya lantakkan saja semua urusan rumahtangga. Padan muka!
8 - Inilah hujah bakal hantu yang akan menjadi teman seumur hidup anak gadis Tuan. Satu saja soalan saya... Tuan nak ke serahkan anak gadis Tuan pada suami yang tak faham didikan sebenar agama? Yang berkahwin hanya untuk mendapat bibik percuma? #apeni
9 - Kata bakal hantu (baca : menantu), lepas kawen anak gadis Tuan wajib berhenti kerja. Jangan fikir hutang rumah jualkan saja dan hapuskan semua harta kerana dia isteri saya. Hak mutlak saya. Seriously lelaki ini bagitau pegi ke neraka lah kerjaya hebat anak gadis tuan.
10 - Tuan nak bagi ke satu-satunya anak gadis tuan pada lelaki begini? Tuan berani untuk meletak masa depan anak gadis Tuan dengan lelaki yang masa depan sendiri pun belum pasti? Tuan sanggup cagarkan anak gadis untuk kononnya menjadikan dia isteri sejati?
11 - Ikhlas lah jawab. Sebab sekarang Tuan dah tua. Mungkin Tuan akan meninggal esok lusa dan tak mampu lagi melindungi anak gadis tercinta. Tuan tidak selamanya mampu memerhati anak yang Tuan belai dan sayangi semenjak tapak kaki nya sebesar ibu jari. Lagipun, Tuan tahu benar, alam perkahwinan langit tak selalunya cerah. Ini fakta.
12 - Bagi pembaca yang belum kahwin, anda tak perlu jawab. Anda belum faham ujian ekonomi rumahtangga sebesar mana. Belum lalui jerih mengikat perut bagaimana. Sesak mengorek wang belanja sekolah anak pun belum rasa. Anda belum faham perit rasa bila wanita bekerjaya HILANG KERJAYA. Anda belum faham rasa hati juga harapan ibu bapa.
13 - Jika kita tidak mahu sesiapa melayan anak gadis kita di kelas kedua, letakkan isteri kita di tingkat pertama. Kita jaga anak gadis orang, Allah jaga anak gadis kita. Deal?
Salam sayang
#kongsiilmu
#learnfromobservation
#empoweryouranakgadis