Al-Kisah Seram Kuku
.
Saya terkejut melihat semuanya berterabur habis licin. Kotaknya terbuka sedikit seolah-olah ada yang curi-curi menjamunya. Yang peliknya, balutan-balutan ditinggalkannya satu persatu dengan rapi dan kemas. Mustahil rakan-rakan sepasukan yang lain punya angkara kerana saya di bilik seharian. Jadi gerangan siapa yang membuatkan saya berasa seram kuku ni?
.
Semalam tekak saya teringin nak menikmati coklat hitam setelah sekian lama. Saya bukanlah kipassusahmati benda-benda manis, akan tetapi sekali sekala saya akan mencari apabila timbul kemahuan. Saya makan semua jenis coklat sebenarnya, tetapi dalam keluarga coklat ni, yang berada di carta teratas adalah coklat hitam atau pada kebiasaan di panggil ‘dark chocolate’. Umum tahu banyak kebaikan coklat hitam ini dan selain daripada itu saya sebenarnya kecanduan rasa semulajadi koko itu sendiri.
.
Bila di ingat balik, selepas makan malam semalam saya ada menyentuh lima keping sahaja sambil mentelaah sesuatu di komputer riba. Ianya memang betul-betul menimbulkan ketidakpuasan hati saya. Baik. Saya akan buat jejak balik apa sebenarnya berlaku.
.
Sebelum saya baring di katil untuk tidur, saya ke tandas. Sebelum ke tandas tu saya kemas-kemas bilik. Dan sebelum itu lagi saya ada bercakap telefon. Sebelum itu pula saya ada mentelaah urusan kerja di komputer. Dan sambil mentelaah tu lah saya ada menyentuh lima keping coklat hitam ni. Haaaaaa dah hampir jumpa punca dia ni. Baik, kena fokus kena fokus.
.
Waktu tekun buat kerja tu, saya ada ambil lima keping lalu saya keluarkan dan letak di luar kotak sebagai tanda itu yang saya nak jamukan. Oleh kerana ketekunan lobus oksipital keatas urusan di skrin komputer tu, tangan saya secara tak sedar mengambil satu persatu coklat hitam yang didalam kotak tersebut. Di telanjangkannya satu demi satu disertakan dengan suapan ke ceropong mulut saya. Khayal, benda sedap memang membuatkan kita separa sedar. Setelah habis di kerjakan sekotak tu barulah tangan terarah ke lima keping yang saya keluarkan awal tadi tu. Saya terkesiap, rasa macam dah makan tadi, tapi kenapa masih ada lima keping ni? Lobus depan malas nak berfungsi, apa-apa sajalah, saya pun jamu satu demi satu yang lima keping tadi tu.
.
Selepas selesai urusan kerja saya pun tutup komputer riba dan terus bercakap telefon sebentar. Dan selepas itu saya kemas-kemas bilik dan seterusnya saya ke tandas untuk gosok gigi dan sebagainya. Dan selepas keluar dari tandas saya terus menuju ke katil dan baring untuk tidur. Memang seram kuku guys, saya buntu dan masih tak dapat jawapannya. Siapakah punya angkara yang menghabiskan coklat hitam saya itu. Sungguh misteri !
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
apa dia komputer 在 Facebook 的最佳貼文
Kisah saya dan Kabinet.
Okey ini ada Gambar Kabinet lama dan Kabinet baru di rumah saya.
Kabinet lama tu rumah teres, lepas tu pindah rumah baru, banglo mini.
Bagaimana boleh pindah rumah baru?
Alkisahnya, awal kerja gaji pertama beli rak buku.
Kemudian tiap bulan beli satu buku, cukup setahun ada 12 buku, sungguh tak sama orang bujang yang baca buku 12 bijik setahun dengan orang bujang yang kali terakhir baca buku waktu ambik SPM.
Lepas tu saya beli Komputer, dan belajar internet, dan belajar tulis blog.
Ketika kawan-kawan beli kereta Satria baru, atau Honda, atau Wira baru, saya beli kereta Cherede second hand, orang lain bayar muka kereta baru RM5000, saya bayar Cash RM2500 terus dapat kereta tanpa komitmen bulanan.
Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
Kereta Second hand ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Bila takde ansuran kereta, maka pinjaman rumah mudah lulus, saya beli rumah teres sahaja.
Waktu mengorat Puan Bini, saya tak cakappun ada rumah sendiri, saya tunjuk kereta buruk sahaja, dan sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Masa tu saya duduk rumah sewa kecik gila, tapi bulanan rumah itu di bayar oleh penyewa rumah saya, nampak tak permainan kapastalis saya?, malahan saya ada simpanan hasil sewa, bermakna rumah saya tu dah jadi asset walaupun hutang tak habis bayar lagi.
Ni semua berkat kawan dengan buku, pastikan lima jenis buku kita baca, (1) Agama, (2) Keluarga, (3) Kesihatan (4) Perniagaan (5) Masa lapang.
Apa tajuk buku best untuk baca?
Nanti saya cerita, sambung kisah saya,
Alkisahnya,
Bila bini mengandung anak sulong, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya beli kereta proton wira yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya beli MPV ala ala keretamayat, cukuplah kami tujuh beranak.
Oh, lupa, kereta charade saya jual waktu beli kereta wira dan jual dekat ejen MLM Suraco, pernah Nampak kereta ni melintas dengan sticker Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.
Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah pertama saya. Kemudian saya beli pulak kereta kancil second hand lampu petak agar senang urusan kerja, tak malu langsung saya pakai kancil tu, asal bulanan murah, dan saya tak sakit kepala. Bila kereta tu dah uzur, saya jual dan beli axia kompang, kereta paling murah di Malaysia.
Jadi, Bila hutang kereta kita kecik, maka layaklah beli beli tanah, boleh buat mini banglo, kawan saya beli rumah teres sama harga dengan saya beli tanah buat banglo mini, Cuma lecehlah nak beli tanah pecah lot, nak sewa lori tinggikan tanah, nak masukkan air, pinjam jiran dulu, tiang letrik takde nak kena urus dulu, lepas tu nak cari kontraktor lagi, tapi benda susah ni berbaloi, dan di kira best kita buat, sebab tak pernah buat, pengalaman apa apapun, bila first time rasa seronok.
Dah siap rumah saya buat track jogging, niat untuk terapi anak syurga, sudahnya waktu PKP, saya yang terapikan diri berlari keliling rumah hilangkan stress.
Jadi rumah pertama saya sekarang masih buat rumah sewa, dan pernah buat homestay, tapi rugi teruk, berniaga, ada untung dan rugi, maka bagi sewa sahajalah, tak untung besar tapi jadi aset dalam diam.
Ni Nak cerita pasal kebinet tapi melalut sampai ke kereta dan rumah, adohai… saya belum kaya, perjalanan masih jauh, hutang masih banyak, pelan pelan kayu, insyaAllah..
Moral of the strory, beli kereta baru separuh gaji nak kena bayar, memang masuk neraka wang, jika nak belajar uruskan wang, kena banyak membaca..
Oh yer, tadi saya janji nak bagi tajuk Buku asas wajib baca untuk ubah kehidupan.
Kita semua tahu, dari olahan hadis, ada lima perkara paling asas dan berharga dalam menentukan kebahagiaan hidup? Iaitu:
(1) Agama, (2) Keluarga (3)Kesihatan (4) Sumber Rezeki (5) Masa lapang.
Tanpa agama kita akan masuk neraka, tanpa keluarga kita akan kesepian, tanpa sumber rezeki kita akan meminta minta, dan tanpa masa lapang kita akan stress gila!
Jadi nak ubah cabinet rumah, mulakan dengan ubah maklumat dalam otak dengan membaca lima jenis buku (1) Agama, (2) Keluarga, (3) Kesihatan (4) Perniagaan (5) Masa lapang.
Untuk buku Agama bacalah (1)Taklim, setengah jam sehari, Buku keluarga, saya cadang baca (2) How To Friend and Influence People karangan Dale Carnegie, guna ilmu tu untuk tambah kasih sayang dalam keluarga, Buku kesihatan, pergi klinik, banyak (3) template dan nasihat free, buku bisnes, (4) Rich Dad Poor Dad, atau 4-Hour Workweek. Atau versi melayu baca buku BIjak Merancang wang tulisan Afyan Mat Rawi,
Dan Buku untuk masa lapang, bebas! Tak kisah nak baca novel ke, komik ke, teka teki ke, asalkan membaca, dan Saya cadangkan baca semua buku Hamka keretamayat serta rasailah perbezaannya.
Woha!
apa dia komputer 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Hari ni aku rasa tewas sebagai mak + org rumah + penjawat awam.. Tewas dgn nafsu marah.. Jujurnya aku rasa penat sgt.. Pkp ni bukan mudah utk aku..dengan anak2 kecik 5 org.. Anak2 yg pdpr perlukan perhatian penuh sbb baru darjah 1 dan 2..yg tabika tadika pun ada keja jugak.. Baby lagilah xtau apa,nak kena tgk dia.. Status bdr lagi.. Apa punya laaa..
Aku bangun pagi bukak komputer anak2.. Sediakan buku kat sebelah.. Along dah terlepas kelas english, ada 2 lagi online class yg dia masuk.. Si farhan kelas sains saja hari ni online, yg lain semua dalam GC. Itupun buku teks dah hilang ke mana, tak dapat aku jejak.. Jadi aku bukak buku teks online siap2.. Dah makan nasik goreng, dia pun masuk kelas dia.. Yg along tak habis2 sampai ke tengahari. Makan pun x sempat lg tu.. Sambil2 tula aku ni berlari sidai cadar selimut yg org tu kencing semalam.. Yg tak lipat pun bertimbun lg.. Kemas2 dapur, 2-3 kali bukak tutup peti ais, xtau apa nak masak.. Keluarkan ayam dulu.. Suapkan si kecik2 pulak.. Dahtu baru nak mandikan depa bertiga ni..
Sufiy habis kelas, aku suruh bwak buku bahasa melayu.. Mai abg, kita buat sikit ja ni.. Dia punya bebel sambil teruih tgk tv.. Ha, part tu aku memang sakit hati.. Makanya aku ambik buku tu dan aku koyak2 macamana koyaknya hati aku dengaq dia bebel kat aku.. Aku ni mak dia kot.. Lalu kekuatan yg aku dok tahan2 sejak 2 minggu kelam kabut dengan segala ni berakhir.. Aku reyau dan reyau.. Reyau sbb aku sgt penat.. Aku sikit pun tak berbangga bila aku koyak buku dia, aku geram sgt2.. Tp dia langsung macam takdak apa2.. Kalau along, dah reyau jugak tu..
Hari ni... Setelah aku penat reyau, aku buat keja skolah depa dua hari ni guna tangan kiri dan hantaq kat cikgu. Sofia dah settle tadi lg.. Pi mampuih la dgn pdpr dan bdr hari ni.. Aku penat.... Bagi aku rehat sat hari ni..supaya esok2 aku boleh jadi normal balik.. Dapoq tak berasap smpai ke malam. Maaflah anak2.. Hari ni hari emosi mak.. Tupun ptg mak kena jenguk jugak keja mak sendiri, malam pulak tggu hampa tidoq mak sambung lagi.. . Satgi org dok kata mak makan gaji buta saja kan..
Kredit : Shazila Johari
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG