Setelah berminggu minggu PKPD, hari ni dah habis, dan dapatlah jiran jiran korang pergi Solat berjemaah di surau. Alhamdulillah..
Sungguh mereka yang pergi solat berjemaah, telah di beri dengan lima nikmat yang besar!
Apa itu lima nikmat yang besar?
1-Masa lapang
2-Sumber rezeki
3-Kesihatan
4-Berkeluarga
5-Beragama.
Kenapa lima ini nikmat yang besar?
Jom bedah nikmat dan fahami lima keperluan asas ini.
(1) Masa lapang.
Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, sibuk memanjang dengan kerja tak habis, sakit tak sihat, cari harta tak kaya jugak, bayar hutang makih bertambah, oh sungguh sibuk macam hamba abdi, macam tawanan perang kena kerah buat jambatan, maka bersyukurlah jika ada masa lapang sebab jika tiada masa lapang maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk skill dalam seni, untuk lepak tenangkan diri, ohh.., hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi. Sungguh memiliki masa lapang adalah Nikmat hidup!
(2) Sumber Rezeki
Bayangkan jika kita tanpa sumber rezeki? hidup miskin, angat susah, bersama hutang keliling pinggan, aduh… kita langsung takde skill yang boleh menjana incone.. sungguh menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, meminta minta itu haram, sungguh dalam rukun islam ada dua tempat perlu pada harta, Zakat dan Hajii, maka fahamlah kita bahawa menjadi kaya itu tidak haram.., jadi tolong usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dalam hadis bagitahu, tangan memberi lebih baik dari tangan menerima, Sungguh dengan wang yang banyak kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh mendapat penderitaan tanpa membelipun. Fahamlah, memiliki sumber rezeki, adalah antara nikmat hidup terbesar!
(3) Kesihatan.
Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah?, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, maka telah hilang nikamt hidup, sebab itu Sihat adalah antara Nikmat hidup terbesar!
(4). Keluarga
Bayangkan jika kita hidup tanpa Keluarga atau tanpa cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati. Antara nikmat besar dalam hidup, ada keluarga yang saling sayang menyangi!
(5) Agama
Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar atau teori konspirasi dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita dan teori konspirasi takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih kepada Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
“KEJAP ABANG KERETAMAYAT? MANA DALIL 5 NIKMAT NI NIKMAT YANG BESAR?”
Nak dalil? Ada, rujuk Hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah (5) lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa (1)sihat sebelum sakit. Masa (2)kaya sebelum datangnya masa sempit. (3)Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. (4)Masa mudamu sebelum datang masa tua dan (5)Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Dari Hadis ini, dapatlah faham bahawa hidup ini ada 5 nikmat hidup!
1. Hidup sebelum mati, Nikmat AGAMA... Apa sahaja waktu hidup kita gunakan untuk agama, akan bagi kesan pada Akhirat!
2. Muda sebelum tua, Nikmat berKELUARGA, maka masa muda hargai mak ayah, hargai semua orang yang kita sayang, sebab bila kita tua semua itu jadi kenangan, hargai anak isteri, sebelum kita semua jadi tua. Hargai kawan sebelum mereka tua.
3. Sihat sebelum sakit.. Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, lidah boleh mengecap, kulit boleh merasa, kaki boleh melangkah, tangan boleh mencapai, syukur.
4. Kaya sebelum miskin, ini adalah SUMBER REZEKI.. duit ada dalam poket, makanan atas meja. Tidak meminta minta. Alhamdulillah
5. Lapang sebelum sibuk, Alhamdulillah bila ada MASA LAPANG.. boleh buat apa kita suka. Menulis, membaca? Terpulang.. enjoy the silence.
Jadi lima nikmat hidup ini buakn saya reka, Nabi yang bagitahu lima keperluan asas dalam menentukan kebahagiaan hidup. Dan sekarang saya cerita tentang jiran anda yang pergi solat berjemaah, yakinlah mereka telah dapat lima nikmat hidup!
Ada hadis bagitahu jika tengok orang ke masjid, yakinlah mereka benar benar beriman.
Bila beriman, yakinlah mereka ahli syurga!
Jom kita siasat, 5 nikmat ahli syurga ni secara terperinci.
Pertama, mereka ada masa lapang.
Macam saya cakap tadi, memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat berjemaah, alhamdulillah.
Habis bab masa lapang..
Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.
Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli surau tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.
Korang pulak yang kaya raya, kereta besar serba baru tapi gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA al istidraj, macam seekor tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi hakikatnya bala kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!
Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima (5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-
Nikmat kesihatan.
Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid, berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang ni, Alhamdulillah.
Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH, keluarga islam!
Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang macam sebuah keluarga, alhamdulillah.
Perasan tak? Orang yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, Nampak buruk AJK masjid, Nampak buruk budak tabligh, dan suka tuduh orang riak, padahal dia yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah dengan sangka orang riak padahal dia tak faham apa itu shiar islam. Hampeh!
Baik, last! Dan Nikmat kelima yang diperolehi oleh ahli syurga, adalah nikmat dapat Shiarkan Islam, ini bukan riak, sebab memang Nabi suruh kita Shiar(wujudkan suasana agama) hingga Nabi pesan, Azan kena tempat tinggi agar satu kampung boleh dengar, lepas tu Nabi pesan pergi masjid pakai baju solat dari rumah, ambik wudhu siap siap, setiap langkahan pahala dapat, darjat naik, dan dosa di ampunkan, lepas tu datang awal, dan bila balik lalu jalan lain, sebarkan salam. Itulah Shiarkan islam, bukan riak yer? Tapi Shiar kerana Allah!
Dan korang pulak yang duduk rumah, ternampak orang surau pergi balik ke masjid, jangan tuduh mereka riak, sebab Nabi ada pesanan untuk korang iaitu:
“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman kerana Allah Ta’ala berfirman, Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Jadi ingat tu, Nabi pesan pada korang yang Nampak ahli surau supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?
Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?, sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid, tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..
Eh? Tadi saya cakap nikmat ahli surau ada (5) lima, iaitu diberi (1) masa lapang, (2)rezeki berkat, (3)kesihatan, (4) kasih sayang dan (5)Nikmat menzahirkan iman, saya kena tambah satu lagi nikmat iaitu mereka semua dapat (6)saksi saksi yang akan sokong mereka ke syurga iaitu koranglah, jiran mereka, tahniah!
Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.
Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih korang semua yang jadi saksi!
Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?
Woha!
Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan solat dirumah akan dapat pahala sama macam lelaki. Jadi kepada wanita. Galakkan lelaki ke masjid. Alhamdulillah
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Jika korang rasa kerja korang sukar dan tak best, tengoklah video saya daki gunung Kinabalu ini, dan korang tengoklah geng maling gunung dan portal ya...
「alhamdulliah」的推薦目錄:
- 關於alhamdulliah 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於alhamdulliah 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於alhamdulliah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於alhamdulliah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
- 關於alhamdulliah 在 Emy Mellisa Mohd Kasim Youtube 的精選貼文
- 關於alhamdulliah 在 Luna Tasha Youtube 的精選貼文
- 關於alhamdulliah 在 How to Pronounce Alhamdulillah? | Arabic Phrase ... - YouTube 的評價
- 關於alhamdulliah 在 310 Best Alhamdulillah ideas - Pinterest 的評價
- 關於alhamdulliah 在 Alhamdulillah - 首頁 - Facebook 的評價
alhamdulliah 在 Facebook 的最佳貼文
Alhamdulliah dapat dah 1st Dose #cucukMyAZ. Tahniah pengurusan PPV di BCCK sangat A+. Dari tempat parking, ke pendaftaran, masuk untuk di jab, serta penerangan yang jelas. Last sekali beli Apam Balik dan terus balik.
Sapa-sapa belom mendaftar jangan lupak untuk mendaftar Program Vaksinasi Kebangsaan untuk Kesejahteraan kita bersama. #KitaBolehMenangBersama
p/s: Jangan terpedaya dengan gamba 1st yang Macho. Swipe gamba terakhir 🤫. #sayadahVaksin
alhamdulliah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
Biar Kerja Kuat2....Biar Graduasi Cepat2 (Bhg 5)
"Apa guna bertelur banyak2 tapi tak pernah menetas?" Saya pernah tanya soalan ini dalam sebuah artikel saya dalam majalah Malaysian Business.
Bertelur banyak & kemudian riuh sekampung adalah sikap sebahagian kita. Banyak projek & program dilancarkan. Smart school. Smart this & that. Skim pembangunan manusia & skim penjanaan kerja. Skim digitalisasi. Skim kejuaraan dalam kesukanan. Dan pelbagai lagi. Semuanya bervisi tinggi & bermotif nilai tambah yang baik.
Namun, tidak banyak (atau tidak ada langsung) yang graduasi. Kita juga kadang2 mempunyai beberapa projek atau hobi atau tanggungjawab. Kita masih belum graduasi. Kadang2 bukan salah kita pun. Lama2 kelamaan kita pun dah selesa dengan telur yang banyak walaupun tidak ada satu pun yang menetas.
Ada di kalangan negara dan masyarakat yang sentiasa menetaskan setiap telur mereka. Telur mereka tidak banyak tapi setiap telor menetaskan juara & pencapaian terbaru & tertinggi. Bagitu juga pada individu. Mengapa mereka boleh graduasi dan juga graduasi cepat sedangkan sebahagian yang lain tidak boleh (baca: gagal)?
Banyak faktor pada hemat saya. Antaranya mereka tahu apa yang perlu dibuat secara detail sebelum bertelur (baca: jangan bertelur kalau tidak tahu bagaimana nak menetas). Kemudian, tidak ada ketirisan dan kebocoran. Selepas itu, ada kawalan dan pantauan ketat secara dalaman atau luaran. Kalau yang tidak perform, diberikan skil dan kemahiran (upskilling). Dan juga ada benchmarking dengan yang paling terbaik bukan yang paling mudah.
Seminggu yang lepas, di samping menanam pokok bunga & buah2an, saya juga menyemai benih jagung manis. Semain yang pertama gagal. Ada sebabnya. Nanti saya cerita lain kali. Alhamdulliah, semain kedua sudah berjaya. Hari ini akan dipindahkan ke batas yang telah siap.
Kejayaan akan melahirkan kejayaan yang lain. Inilah motivasi yang paling power. Kalau kita banyak projek, kejayaan boleh mengubat kepedihan bila gagal sebahagiannya. Tapi kalau ada satu projek sahaja, kita mungkin kecewa. Manusia memang mudah kecewa.
Kalau telor kita sudah menetas, kita sudah graduasi untuk masuk dalam fasa yang baru. Ini punca inspirasi.
MDB
alhamdulliah 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳貼文
Jika korang rasa kerja korang sukar dan tak best, tengoklah video saya daki gunung Kinabalu ini, dan korang tengoklah geng maling gunung dan portal yang kerjanya angkat barang naik atas gunung.
Rezeki mereka ada dalam gravity, insaf tengok betapa rajin dan kuatnya mereka cari rezeki halal.
Sebelum ni ada orang tanya:
Kau naik gunung Kinabalu tinggi-tinggi apa kau dapat Hamka?
"Dapat ambik gambar"
Woha!
Maka oleh sebab dapat ambik gambar, maka jangan bosan jika Nampak wajah saya hamper 50 peratus dalam video ini, memang betul betul ambik gambar.
Bagi yang malas nak tonton, saya ringkaskan kisahnya iaitu pada 30 November 2018 yang lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat saya daki gunung tertinggi di Malaysia.
Kami team 5 orang, Lyn dari KL, Rizuan dan Rusy dari Perak, dan saya dari Terengganu, ada sorang lagi kawan Izuan, kemalangan motor patah tangan tak boleh nak join.
Jadi kami berempat di pimpin oleh Maling Gunung encik Wainer bin Jupinis, selamba dia daki gunung pakai seluar jeans. Kagum dari dekat.
Jarak dari bawah ke puncak adalah 9km, dan setiap satu km ada pondok rehat, ada tandas dan ada punca air, jadi tak perlu bawa air dari bawah, boleh top up di pondok.
Dalam perjalanan kita boleh jumpa pelancong dari luar negara, Ada Green Lantern, ada awek korea dan ramai lagi, sempat saya update kisah kamen rider terkini dari pelancong jepun, kah kah kah!
Kita naik pagi, sarapan kat bawah nasi lemak, Dan bila tengah hari, kitaorang berhenti makan mee segera, dan teruskan perjalanan.
Beberapa km kemudian, kami sampai ke hotel di panalaban, makan sedap, tapi air takde, adohai.., kena bayar asing. Adohai…
Lepas makan, terus jamak zohor dan asar, lepas tu cuaca gelap, terus jamak magrib dan isyak, dan terus tidur sampai jam satu pagi, lepas tu sahur dulu dekat hotel jam 2 pagi, sebelum sabung mendaki lagi 3km.
Sejok dan penat, tapi memang kena naik jam 2 pagi sebab waktu ni atas gunung kinabalu tiada awan, dan kami kena sampai sebelum subuh di puncak.
Waktu ni salah sorang dari kumpulan kami tewan, Cik Lyn dari KL ada masalah pernafasan, kena rehat di dorm, jadi tinggal kami bertiga terus mendaki.
Dan Alhamdulilah, ikut arah bintang, dapat solat di puncak kinabalu dan sempat lepak sebelum tiba waktu dhuha.
Pemandangan sungguh cantik, tengok dari jauh pun dah cantic, apatah lagi dari dekat, Subhanallah.
Waktu turun ada hujan sekejap, batu jadi licin, kena pegang tali kuat kuat, alhamdulliah, hujan sekejap sahaja, dan terus turun dalam keadaan cuaca cerah.
Sampai hotel di Lapanrata, makan lagi sekali, dan terus turun sampai bawah, 6km kemudian, akhirnya tiba ke bawah.
Panjang nak cerita, boleh tengok video, manapun kita pergi, solat jangan lupa, untuk itu, boleh bawa botol spray kecil untuk mudahkan wudhu di puncak gunung sebab tiba waktu subuh,. Sesungguhnya, Bersujudlah kamu wahai manusia walaupun ditempat paling tinggi di dunia kerana Syurga itu sangat tinggi.
Tapi jika tak solat, dan tiba tiba tergelincir di lereng gunung, bukan terus masuk lurah Kinabalu, tapi terus ke lurah Neraka.
Nauzubillah.
OK, terima kasih sudi menonton, jumpa lagi di lain video.
Woha!
alhamdulliah 在 Emy Mellisa Mohd Kasim Youtube 的精選貼文
? Bukan rendang je ada rendang nasib, lemak cili api pon ada lemak cili api nasib ? Lauk paling senang nak masak kalau last minute husband request nak makan bini masak ?
#masakapahariini #makanapahariini #masakuntuksuami #mahn #homecook #homecooking #dinner #earlydinner #makanmalam #sukusukuseparuh #youarewhatyoueat #salmon #salmonmasaklemakciliapi #lemakciliapi #lemakcilipadi #masaklemakciliapi #alhamdulliah #syukurselalu
alhamdulliah 在 Luna Tasha Youtube 的精選貼文
a little bit of my ice skating nationals will delete this sooon so enjoy while you can haha x tasha insta; iappleme twitter;ItsnatashaMs x
landed 3rd out of 11 competitors for podium . alhamdulliah !!! Tq to all my coaches and my family
alhamdulliah 在 310 Best Alhamdulillah ideas - Pinterest 的美食出口停車場
Nov 23, 2022 - Explore صفیہ's board "Alhamdulillah", followed by 452 people on Pinterest. See more ideas about alhamdulillah, islamic quotes, islam. ... <看更多>
alhamdulliah 在 Alhamdulillah - 首頁 - Facebook 的美食出口停車場
Alhamdulillah 。 1311 個讚 · 3 人正在談論這個。 All About Islam :) We Love ... 封面相片:Alhamdulillah 的相片。 ... 查看全部. Alhamdulillah, profile picture ... ... <看更多>
alhamdulliah 在 How to Pronounce Alhamdulillah? | Arabic Phrase ... - YouTube 的美食出口停車場
Hear MORE ARABIC WORDS pronounced: https://www.youtube.com/watch?v=PCXs3... Listen how to say Alhamdulillah correctly (Arabic), "how do you ... ... <看更多>