Ya Allah indahnya hadiah Kau buat adikku @ashrafmuslim
Doakan #Paknil ke sana lagi ya AM 🤲
.
#Repost @ashrafmuslim
・・・
Assalamualaikum.. Ya Allah! Hari ni kejadian yang amat pelik tapi tidak mustahil. Malam tadi waktu tgh tidur AM terkejut dr tidur dan rasa nak pergi masjid sangat-sangat. Waktu jam menunjukkan 12.15pagi. Masih awal utk solat subuh iaitu pada jam 4.30pagi. Tapi hati nak sgt pergi.. dan bila sampai masjid , buat tahjud dan solat sunat pastu sambung tdo pulak.. heheh.. sbb masa tu mata ngantuklah jugakkan. Dan bila azan yg pertama AM bangun dan kejutkan rakan sebilik yg ikut AM nih utk ambil wuduk dan standby solat subuh. Hati tergerak sekali lagi utk solat subuh di depan kaabah dan tanpa fikir apa-apa.. Terus lah meredah org ramai utk dapatkan saf didepan kaabah. Dengan kuasa Allah dan mmg Allah nk tetapkan AM berada ditempat laluan imam utk ke kaabah.. Dan apa yg menyentuh hati ialah Imam yg AM nanti2kan muncul didepan mata iaitu Sheikh Mahir Al Maquely .. mmg AM minat sangat dgn Imam ni dari dulu lagi. Selalu dgr suara dia dalam hp, dalam kereta mahupun di masjidilharam tapi tak pernah ternampak.. pastu yg best nya dapat tgk sekali lagi muka dia betul2 lepas solat Subuh.. ya Allah bersihnya muka dia.. dahlah baca surah quran yg tak pernah jemu utk didengar. YA ALLAH.. ini hadiah 1 Muharram dari Allah utk AM. Terima kasih Allah.. kadang2 nikmat yg Allah nak bagi kat kita yang kita sendiri tak tahu bila, bagaimana, dan apa.. So dekatkan diri pada Allah sungguh2 dan pasti nikamat akan kita kecapI walaupun nampak simple jer.. syukur.. terima kasih Allah..
.
.
.
@maheralmaiqulaii
#SubuhFighter
#PerjalananHajiku
#terimakasihAllah
..
.
.
@ashrafslegacy
@ashrafmuslimsmuayyid
#salamsayangsampaikesyurga
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「perjalananhajiku」的推薦目錄:
perjalananhajiku 在 Ashraf Muslim Facebook 的最讚貼文
#PerjalananHajiku
Alhamdulillah selepas selesai berwukuf di Arafah. tibalah masanya kami bermabit di Mudzallifah. Masa ni semua jemaah haji perlu bermalam seketika disitu sblum bergerak ke Mina. Boleh lihatlah betapa ramainya manusia yg hanya duduk beramai2 beratapkan langit, berbantalkan tangan dan beg masing2 dan masing2 tak putus2 berzikir dan berdoa pada Allah. Ada yg terlalu penat, sempat lelapkan mata walaupun dalam keadaan yg sempit. Ada pulak yg tak sihat dan berkerusi roda terpaksa direhatkan utk mematuhi syarat wajib haji bg menunaikan haji. Inilah dinamakan menunaikan haji dan inilah erti JIHAD. Dalam keadaan ihram, dimata Allah semuanya diibaratkan seperti bayi yg baru dilahirkan tetapi waktu ini juga kita diuji pelbagai dugaan utk menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita pada Allah. Senjata waktu ini hanyalah bersabar dan berzikir. Yang susah , yang payah tapi itulah yang manis dalam mengerjakan haji. insyaAllah byk perkara AM nak kongsi.. nantikan lagi yer.
@lembagatabunghaji
.
.
.