Baru-baru ini, ketika sedang ralit membaca postingan-postingan di Twitter, ternampak satu ciapan (gambar yang pertama) mengenai bagaimana seorang isteri melahirkan anak 8 bulan selepas kelahiran pertamanya. Tersentak seketika. Terbayang ketika itu, bagaimana agaknya perasaan isteri tersebut yang mana, bukan sahaja melahirkan anak dalam tempoh terdekat, malah cabaran-cabaran yang bakal beliau hadapi seperti tekanan menjaga dan menyusukan anak kecil yang tidak jauh jaraknya dalam keadaan berpantang. Nauzubillah, tidak terbayang dek akal. Kagum dan takut pada masa yang sama. Apa lagi jika mengambil kira pelbagai perkara yang mungkin berlaku pada kedua ibu dan anak-anak.
Teringat sebuah video yang Najmi tonton baru-baru ini, 'Bedroom story that we need to talk about' oleh dopstv, di mana sepasang suami isteri, Ustaz Zul dan Dr Harlina, berkongsi mengenai perancangan keluarga, sebuah topik yang Najmi kira masih lagi taboo, dan asing dalam kalangan masyarakat kita. MasyaAllah. Suka sekali penerangan yang diberikan, apatah lagi berkenaan rasa hormat antara suami isteri dan peranan yang dimainkan setiap pihak. Melihat kepada beberapa situasi hari ini, keluarga susah yang hidup melarat dengan anak yang ramai, isteri yang membunuh anak yang baru lahir akibat sindrom 'postpartum syndrome' serta kes-kes penderaan anak memberi gambaran cukup akan betapa pentingnya pendedahan mengenai ilmu perancangan keluarga dalam masyarakat.
Perancangan keluarga, sebuah isu yang cukup hangat, dan seringkali menjadi isu perbahasan, seringkali dipandang sebagai sesuatu yang negatif dalam masyarakat. Meletakkan bahawa mendapat zuriat merupakan tunjang utama sebuah perkahwinan, perancangan keluarga melupakan satu perbuatan yang zalim kerana ia seperti menolak rezeki yang diberikan Allah. Benar, anak membawa rezeki kepada keluarga. Namun janganlah kita menutup mata kepada faktor lainnya yang boleh dijadikan asbab kepada perancangan keluarga.
Isteri bukan kilang membuat zuriat. Isteri merupakan tunjang dalam sesebuah keluarga. Justeru bagi memastikan sebuah keluarga aman dan harmoni, kesihatan seorang ibu perlulah dititikberatkan, kerana ibu bukan sahaja perlu menjaga dan membesarkan anak, tetapi juga menjadi tulang belakang kepada suami. Berbalik pada isu asal, perancangan keluarga, haramkah? Perancangan keluarga dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Tahdid al Nasal dan Tanzim al Nasal. Tahdid al Nasal adalah mengehadkan atau menamatkan terus kemampuan pasangan untuk mendapat anak melalui kaedah perubatan seperti pemandulan kekal atau pengguguran(yang bukan atas alasan kesihatan).
Kaedah ini haram kerana bercanggah dengan syariat agama. Allah swt berfirman,
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.
Surah al-An’am, (6:151)
Tanzim al Nasal pula bertujuan untuk menjarakkan anak bagi tujuan kestabilan keluarga dan perkara-perkara lain yang dibenarkan syarie
dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur, memakai kondom, melakukan azal (ejakulasi luar rahim), dan mengeluarkan air mani daripada kemaluan wanita selepas selesai persetubuhan dan memasang peranti intrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara. Dalam hal ini, jumhur ulama membenarkan untuk menjarakkan tempoh mendapat anak berteraskan iktikad bahawa Allah SWT mempunyai hat mutlak untuk menganugerahkan nikmat anak kepada setiap pasangan walaupun pelbagai pencegahan telah dilakukan.
Justeru, perancangan keluarga yang baik adalah perlu untuk memastikan kebajikan setiap pihak terjamin. Baik suami atau isteri, berbincanglah sebaiknya. Dapatkan kata persetujuan yang memuaskan hati semua. Ya benar, orang sekeliling akan bertanya, dan terus tertanya, kenapa perlu tangguh rezeki Allah nak bagi? Tetapi bukan menjadi tanggungjawab kita untuk memuaskan hati mereka kerana pada akhirnya mulut orang tidak boleh ditutup. Ada anak atau tidak, orang akan terus mengata. Ukurlah baju di badan sendiri. Cari tahu setakat mana kemampuan kita. Seandainya tidak mampu menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk keluarga tidak perlulah terburu-buru mengejar untuk mendapat zuriat, kerana membesarkan anak bukan semata-mata melahirkan, tetapi juga merangkumi memberi tempat berteduh, pendidikan, makan dan apa-apa keperluan bagi memastikan anak tersebut membesar dengan baik. Tambahan pula kos membesarkan anak sekarang bukanlah murah. Setidaknya jika dijarakkan kelahiran tidaklah begitu membebankan. Malah lebih baik untuk anak tersebut kerana tempoh tersebut dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberi kasih sayang yang secukupnya pada anak.
Begitu juga untuk kesihatan mental dan fizikal seorang ibu. Melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Sakit! Sembilan bulan mengandungkan anak, jerih perit yang ditanggung seorang ibu. Selepas bersalin, mereka jugalah yang akan menjaga dan menyusukan anak tersebut. Dalam tempoh itu, emosi mereka sangatlah rapuh. Dalam ketika mereka sedang berusaha memulihkan diri mereka, luar dan dalaman, sokongan seorang suamilah yang sangat diperlukan kerana pada saat ini mereka mudah terganggu dengan perkara-perkara di persekitaran. Oleh itu bertolak ansurlah. Jangan dibebankan seorang isteri hanya kerana ego kita. Apatah lagi besar impaknya emosi seorang ibu terhadap kandungan dan sahsiah anak. Kerana ibu terlalu tertekan, anak dilahirkan pramatang, sakit. Kerana ibu terlalu tertekan, mereka melepaskan tekanan pada anak, lalu berlakulah penderaan. Jadi kalau berlaku sesuatu yang tidak enak setelah mengabaikan hak isteri, tidak perlu berfikir panjang, tanya diri sendiri di mana silapnya? Benar, anak itu kebahagiaan. Tetapi kebahagiaan itu hanya menjadi sekiranya suami turut memainkan peranan mereka di samping isteri. Tidak salah ingin anak ramai berderet. Kalau mampu, maka teruskan. Yang salah pada hari ini, ramai suami yang hanya tahu mahukan anak yang ramai tetapi berlepas tangan dengan alasan sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Bukankah itu satu penyiksaan? Cuba bayangkan, kalau kita terpaksa menyiapkan satu projek besar seorang diri tanpa sedikit pun bantuan daripada orang lain, bukankah kita juga akan lelah? Akan rebah? Jadi bagaimana seorang suami tega melakukan kezaliman pada isteri, dan juga anak atas keegoan diri?
Lihat pada hari ini, berapa banyaknya institusi keluarga yang musnah. Keluarga berpecah-belah dek kerana tanggungjawab yang diabaikan. Akhirnya yang disalahkan siapa? Takdir. Anak itu amanah, isteri juga amanah. Jagalah sebaiknya. Kerana mereka jugalah yang boleh menjadi asbab kita ke syurga atau neraka. Sekiranya kita benar-benar menginginkan sebuah keluarga bahagia, biarlah kebahagiaan itu dibina atas keberkatan. InsyaAllah, sekiranya kita tahu peranan kita, dan jalankan sebaiknya, keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah itu milik kita.
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir”. Surah Ar-Ruum, (30:21)
Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1847-irsyad-al-fatwa-ke-146-hukum-merancang-keluarga-kerana-berpendapatan-rendah
https://youtu.be/ZVTlUFV2jJM
Kredit: Impian Wanita
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「pakej berpantang murah」的推薦目錄:
- 關於pakej berpantang murah 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於pakej berpantang murah 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
- 關於pakej berpantang murah 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
- 關於pakej berpantang murah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於pakej berpantang murah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於pakej berpantang murah 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於pakej berpantang murah 在 Pakej Berpantang Murah Johor Bahru - Facebook 的評價
- 關於pakej berpantang murah 在 Testimoni Pakej Berpantang murah Feelpantang Confinement ... 的評價
pakej berpantang murah 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
JADI, APA SUAMI PERLU BUAT? =)
- Tuan perlu ambil tahu di mana & bagaimana isteri tuan nak berpantang nanti.
- Tuan perlu jauhkan isteri tuan dari orang sekeliling yang lebih membuatkan isteri tuan rasa stress.
- Tuan perlu hormati keputusan isteri nak berpantang di mana & rumah siapa.
- Tuan perlu cipta suasana indah walaupun ketika isteri tuan tengah berpantang.
- Tuan perlu ada ilmu berpantang & menyusukan anak supaya tuan tahu kepayahan yang dilalui bidadari tuan. Bantulah dia memberikan makanan terbaik buat anak...
SEBAB?
Ramai isteri berdepan meroyan sehingga akhir hayatnya & ada yang mencederakan anak anak & keluarga tanpa dia sendiri sedar sebab terlalu tertekan seawal #9bulan10hari kehamilan... kelahiran & ketika berpantang =(
.
.
CARA RINGANKAN KERJA MASA PANTANG?
Tuan boleh sediakan Confinement Lady (CL/Bidan) jagakan untuk 2 minggu atau 3 hari atau 7 hari berturut turut & hari ke 45 berpantang. Ada pakej yang mahal sehingga RM200 sehari & ada pakej yang terlalu murah semurah RM30. Carilah yang paling terbaik.
.
.
KALAU TAK MAMPU...?
Jika tidak mampu sediakan CL, tuan bolehlah jaga sendiri dengan siapkan air mandian herba, tungku, makanan pantang & bantu proses isteri menyusukan anak =)
.
.
TEMPOH BERPANTANG :
#44Hari : Pantang keluar rumah, pantang berjalan sana sini, pantang masak makanan untuk semua, pantang kemas2 rumah, pantang buat itu & ini.
.
.
#100Hari : Pantang bersama suami, Pantang mandi air sejuk & pantang berair-cond, pantang angkat benda berat & pantang kena hujan.
.
.
#6Bulan : Pantang makan makanann berbisa selagi bayi masih menyusu, pantang angkat berat2 dan pantang lakukan senaman yang berat.
.
.
#1Tahun : Pantang minuman berais, pantang makan laksa pulut.
Banyakkan pantang.. hehe... tapi percayalah ibu ibu selepas bersalin yang jaga pantang & pandai jaga badan, kesihatannya sangat luar biasa baik walaupun dah bergelar nenek =)
Selamat berpantang =)
COPYRIGHT@9bulan10hari. Tak dihalalkan copy paste! Silakan share & elakkan budaya copy paste!
pakej berpantang murah 在 9bulan10hari Facebook 的精選貼文
JADI, APA SUAMI PERLU BUAT? =)
- Tuan perlu ambil tahu di mana & bagaimana isteri tuan nak berpantang nanti.
- Tuan perlu jauhkan isteri tuan dari orang sekeliling yang lebih membuatkan isteri tuan rasa stress.
- Tuan perlu hormati keputusan isteri nak berpantang di mana & rumah siapa.
- Tuan perlu cipta suasana indah walaupun ketika isteri tuan tengah berpantang.
- Tuan perlu ada ilmu berpantang & menyusukan anak supaya tuan tahu kepayahan yang dilalui bidadari tuan. Bantulah dia memberikan makanan terbaik buat anak...
SEBAB?
Ramai isteri berdepan meroyan sehingga akhir hayatnya & ada yang mencederakan anak anak & keluarga tanpa dia sendiri sedar sebab terlalu tertekan seawal #9bulan10hari kehamilan... kelahiran & ketika berpantang =(
.
.
CARA RINGANKAN KERJA MASA PANTANG?
Tuan boleh sediakan Confinement Lady (CL/Bidan) jagakan untuk 2 minggu atau 3 hari atau 7 hari berturut turut & hari ke 45 berpantang. Ada pakej yang mahal sehingga RM200 sehari & ada pakej yang terlalu murah semurah RM30. Carilah yang paling terbaik.
.
.
KALAU TAK MAMPU...?
Jika tidak mampu sediakan CL, tuan bolehlah jaga sendiri dengan siapkan air mandian herba, tungku, makanan pantang & bantu proses isteri menyusukan anak =)
.
.
TEMPOH BERPANTANG :
#44Hari : Pantang keluar rumah, pantang berjalan sana sini, pantang masak makanan untuk semua, pantang kemas2 rumah, pantang buat itu & ini.
.
.
#100Hari : Pantang bersama suami, Pantang mandi air sejuk & pantang berair-cond, pantang angkat benda berat & pantang kena hujan.
.
.
#6Bulan : Pantang makan makanann berbisa selagi bayi masih menyusu, pantang angkat berat2 dan pantang lakukan senaman yang berat.
.
.
#1Tahun : Pantang minuman berais, pantang makan laksa pulut.
Banyakkan pantang.. hehe... tapi percayalah ibu ibu selepas bersalin yang jaga pantang & pandai jaga badan, kesihatannya sangat luar biasa baik walaupun dah bergelar nenek =)
Selamat berpantang =)
COPYRIGHT@9bulan10hari. Tak dihalalkan copy paste! Silakan share & elakkan budaya copy paste!
pakej berpantang murah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
pakej berpantang murah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
pakej berpantang murah 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
pakej berpantang murah 在 Testimoni Pakej Berpantang murah Feelpantang Confinement ... 的美食出口停車場
Feelpantang Confinement Services & Product menjalankan perkhidmatan penjagaan dan terapi untuk wanita selepas bersalin, wanita sedang ... ... <看更多>
pakej berpantang murah 在 Pakej Berpantang Murah Johor Bahru - Facebook 的美食出口停車場
Pakej Berpantang Murah Johor Bahru, Johor Bahru. 1729 likes · 1 talking about this · 6 were here. Kepakaran kami adalah memudahkan semua muslimah untuk... ... <看更多>