Mampukah anda selesaikan dalam masa 60-saat?
Selesaikan apa? Jangan salah faham. Maksud soalan ini ialah Mampukah anda menerangkan/ menjelaskan tentang diri anda & perniagaan anda dalam masa 60-saat?
Ini adalah perkara No.1 yang saya "dikerjakan" oleh mendiang Jay Conrad Levinson, pengasas Guerilla Marketing dan penulis beratus buku mengenainya ketika saya di "sekolahkan" dirumah beliau 3 tahun dahulu di Orlando US.
Jay mahu saya kenalkan diri dan ditangannya ada timer stopwatch untuk start dan stop saya. Ia meminta saya mengulangi hampir 20x bagaimana saya menerangkan tentang diri saya.
Sebenarnya inilah antara perkara penting nampak mudah tetapi memberi impak yang maksima kepada diri, bisnes dan media presence seseorang apatah lagi jika mahu menjadi Juara Industri.
Ramai usahawan perlukan berminit-minit untuk menerangkan tentang perniagaan mereka dan itupun tidak "landing" ke landasan yang betul.
Mereka yang pernah hadir kelas bisnes atau pemasaran saya pasti pernah diajar formula ini iaitu "E-Pitch" atau "Elevator Pitch"... Ia formula penting dan anda hanya ada 60-saat untuk buat orang suka ingin terus mendengar dari anda atau mahu tahu lebih banyak tentang anda.
Ia formula penting untuk membina kredibliti serta networking power dengan orang lain yang lebih berpengaruh.
Saya akan kongsikan formula ini di dalam Klinik Usahawan Dr Azizan Osman- Siri Mudahnya Berniaga yang akan bermula nanti. Ini hadiah dari saya buat anda yang bakal hadir.
Bayangkan anda diundang untuk wawancara di TV secara live dan anda hanya ada 60-saat dan anda ditanya tentang, Encik berniaga apa?
Dan anda hanya mampu jawab.... "Adalah....!" Atau "Adalah berniaga sikit-sikit!" Atau "Mana ada berniaga, baru nak mula!"
Atau "Errrrrrrrrrrrrrrrrrr, saya, errrrrrrrrrr, ada berniaga, errrrrrrrrrrr, apa nama, errrrrrrrrrr" dan masa pun dah habis.
Anda baru membazir nilai media bernilai RM1,500,000 untuk NLKO yang mempunyai penonton 1-1.5 juta.
Bodohs dan mengecewakan.
Sebab tu suruh belajar. Kadang-kadang bisnes kita bagus tetapi bila kita sendiri tidak mampu terangkannya dalam masa yang singkat dan precise, maka apatah lagi staf kita nak faham atau orang luar berminat nak tahu lebih banyak tentang kita atau produk kita.
Belajar itu percuma atau murah dibandingkan dengan kebodohan itu lebih mahal kosnya. Itu pengalaman saya sendiri.
#DAO
P/S Anda yang berniaga atau bakal berniaga, daftar dan hadir ke Klinik Usahawan Dr Azizan Osman. Layari KlinikUsahawan.com
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「guerilla marketing」的推薦目錄:
- 關於guerilla marketing 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
- 關於guerilla marketing 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
- 關於guerilla marketing 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於guerilla marketing 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於guerilla marketing 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於guerilla marketing 在 guerilla marketing, guerrilla, advertising - Pinterest 的評價
guerilla marketing 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
[Jangan berangan nak banyak duit jika...]
Ramai nak buat duit yang banyak samada melalui kerjaya mereka, perniagaan mereka atau kononnya melalui pelaburan tetapi sebenarnya mereka tidak sedar yang mereka tidak cukup ilmu. Mana mungkin saya dan anak-anak murid saya Alhamdulillah berjaya capai apa yang kami capai jika bukan dengan kesabaran kami menuntut ilmu untuk upgrade diri mereka dari Mentor yang terbukti berjaya dan terbaik disertai dengan TINDAKAN yang luar biasa dan terus konsisten bertindak dan belajar.
Jika anda lihat ada anak murid saya yang membuat RM50,000 sebulan atau RM350,000 sebulan atau ada yang RM800,000 sebulan sehingga RM18 juta sebulan jualan mereka dengan keuntungan 15-35% margin. Anda jangan pelik, ramai mereka ini adalah orang yang fokus bukan hanya dalam satu bisnes yang mereka ceburi tetapi mereka fokus belajar dari satu mentor sehingga habis. Mereka komited belajar dari saya untuk tempoh 6-bulan ke setahun di sertai dengan tindakan luar biasa.
Begitu juga saya, bila saya berguru dengan seseorang guru atau mentor, kriteria utama saya ialah Proven Success Result. Adakah mentor yang saya pilih ini telah terbukti berjaya membina ramai orang lain? Minta result atau bukti kejayaan anak murid dia. Jika ramai yang telah terbukti berjaya, itu salah satu tandanya. Lagi banyak bukti kejayaan itu adalah lebih baik. Saya tidak invest masa dan tenaga berguru dengan mendiang Jay Conrad Levinson, founder Guerilla Marketing yang terkenal guru pemasaran secara Guerilla, saya tidak akan spend masa duduk 3- hari di rumah dia di Orlando, US mengadap belajar dengan dia, jika dia bukan antara yang telah terbukti berjaya membantu mencipta kejayaan untuk ramai anak murid dia. Lain guru ada lain pendekatan mereka tetapi kitalah yang perlu bijak memilihnya dan komited menyedut ilmu mereka sampai habis. Zaman hari ini, orang tidak belajar banyak perkara yang praktikal di universiti tetapi orang belajar secara live di universiti kehidupan. Saya tidak perlu belajar 3-4 tahun hanya nak bina website yang bagus, saya hanya perlukan 3-hari duduk bersama pakar wordpress untuk tahu dan mampu membina website yang luar biasa.
Zaman telah berubah, hanya mereka yang belajar daripada mereka yang telah terbukti berjaya akan mudah mencipta kejayaan yang sama atau lebih bagus lagi.
Dulu, susah kita nak dengar orang kita mempunyai pendapatan RM30,000 sebulan melainkan kerja di Petronas atau bidang Oil & Gas tetapi sekarang, anda boleh jumpa mereka yang buat RM60,0000 sebulan, RM200,000 sebulan, RM500,000 sebulan ramai peserta yang telah hadir kelas-kelas saya.
Rezeki memang dari Allah swt tetapi firman Allah swt dari ayat Al-Quran yang bermaksud, Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri.
Bila saya mengajak orang ramai untuk hadir Seminar Hidup Luar Biasa secara percuma yang bermula hari ini di JB dan esok di KL, ramai yang kata, aku sibuk ada hal lain atau ini semua poyo. Sedangkan sebenarnya tahap kewangan mereka dan hutang mereka berlambak-lambak dan itu tidak poyo? Simpanan pun tidak ada atau sentiasa habis digunakan dan itu tidak poyo? Duit mereka nak guna sendiri pun tidak cukul apatah lagi nak bersedekah dan itu tidak poyo? Duit kereta sentiasa bayar lambat 4-5 bulan walau Kancil jer pun itu tidak poyo? Prepaid sentiasa tak ada kredit dan asyik miss call orang untuk call balik dan itu tidak poyo? Jangan nak hantar mak ayah gi umrah tapi nak hulur RM50 pun terketar-ketar dan itu tidak poyo? Nak
kahwin pun berhutang dengan Bank Rakyat dan itu tidak poyo? Kerja setiap hari susah payah berjam-jam tersangkut kat trafik jem, kerja punya khusyuk sampai tak sempat nak solat zohor dan asar serta maghrib atas jalan hanya untuk gaji yang sekadarnya dan itu tidak poyo?
Saya pernah lalu semua itu berbelas-tahun dahulu.
Saya mengajar anak murid saya untuk bagaimana hidup luar biasa. Ada banyak masa bersama keluarga dan ada kewangan yang bagus untuk anda gunakan untuk capai impian anda.
Adakah ia mungkin? Insha Allah mungkin bila ada ilmu dan tindakan yang betul.
Kita kata dunia ini semua poyo dan kita nak akhirat tetapi itu semua poyo jika kita sibuk dengan dunia yang tidak seberapa dan tidak ada masa pun untuk akhirat.
Hidup kita poyo bila kita tidak ada ilmu yang dapat membantu kita kaya berjaya dunia akhirat.
#AzizanOsman
#HidupLuarBiasa
#HLB2014
guerilla marketing 在 guerilla marketing, guerrilla, advertising - Pinterest 的美食出口停車場
Nov 25, 2019 - Clever, unusual, and unexpected marketing and advertising campaigns for inspiration... See more ideas about guerilla marketing, guerrilla, ... ... <看更多>