TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 24)
Tarikh 5 Januari 1994 sudah ditetapkan bagi viva kepada tesis PhD saya. Jam 5 petang. Musim sejuk. Jam 4 petang, hari sudah gelap. Hati berdebar2. Ini hari penentu. Adakah tesis saya berkualiti atau tidak?
Alhamdulillah, viva berjalan dengan baik. Saya lulus dengan pembetulan satu perkataan dalam abstrak. (Cerita detail telah dinukilkan dalam buku saya Kembara Ilmu).
Jam 6 petang saya pulang ke rumah. Perjalanan 5 minit daripada jabatan saya ke rumah dalam kegelapan & kesejukan malam adalah detik terindah. Teringat susah jerik emak & abah di kampung. Susah payah seorang isteri. Susah payah diri sendiri menjejak kaki ke bumi United Kingdom untuk belajar membuat kajian sendiri dalam bahasa asing yang belum ditekuni sebelum ini. PhD bukanlah tanda kemuncak keilmuan. Ia hanyalah latihan perwatakan seorang penyelidik.
Isteri & anak2 happy. Sedih juga sebab nak tinggalkan UK khususnya St. Andrews yang memang sweet.
Pada 19 Januari, ada majlis makan2 di kalangan komuniti masyarakat pelajar Malaysia. Ini memang tradisi di sini. Beberapa hari selepas itu, majlis makan2 bersama komuniti masyarakat Islam di St Andrews. Saya pernah menjadi Presiden komuniti (1992-1993). Kami berjaya mendapat sebuah surau pada penggal tersebut.
Pada 29 Januari saya & keluarga dah bersiap ke l/terbang Edinburgh untuk penerbangan ke London sebelum ke KL. Saya berumur 29 tahun 11 bulan ketika itu.
Di l/terbang Edinburgh, ramai rakan2 & keluarga mereka datang dari Dundee, St Andrews & juga Edinburgh. Rasa baru semalam sahaja sampai di sini. Masa berlalu dengan cepat seperti angin yang meniup wajah dengan lembut.
Sewaktu masuk dewan berlepas, tiba2 minda jadi kosong. Kosong dari tesis, St Andrews & UK. Ada gelombang pemikiran baru yang mula bertapak dalam seluruh sel2 lembut otak. Kaki berjalan tapi minda juga bergerak cerdas. Minda ini agak asing. Tidak pernah datang sebelum ini.
Pada 26 Disember 1990, kami sampai di UK empat beranak. Izzatie baru berumur 45 hari. Pada 29 Januari 1994, kami pulang berlima. Atiqie baru berumur 73 hari. Inilah putaran hidup manusia. Semuanya dalam surat ikatan takdir.
Apakah yang tersedia untuk saya besok?
MDB
「dundee united」的推薦目錄:
dundee united 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 12)
Setelah menikmati goreng pisang panas & teh o dalam cawan berwarna-warni, saya dipelawa berehat & mandi sebelum teruskan perjalanan ke Dundee. Saya sudah mengembara hampir 25 jam dari Alor Star - KL- London-Manchester. Badan perlukan basahan air.
Apabila mendapat siraman & basahan air, terasa semua keletihan hilang. Apa ada pada air? Apa rahsianya? Amat hebat kejadian Allah. Banyak lapangan terbang dunia mempunyai bilik mandi (nanti saya cerita tentang hal ini).
Setelah siap, saya turun ke ruang tamu. (Allahyarham Dr) Abdul Rahim baru ballk mengambil anak2nya dari sekolah. Semua mereka nampak ceria & happy. Luarbiasa suasana sekolah di United Kingdom. Berjaya memberikan keterujaan kepada semua murid. Apa rahsianya?
Saya terus teringat kepada anak sulung saya Sharafie yang baru berumur 1 tahun dan beberapa bulan. Rasa rindu & sedih terus melayang pulang ke Alor Star kepada isteri yang terpaksa melahirkan anak tanpa suami di sisi. Bukan mudah. Saya terlalu terbayang 'adakah saya bersalah mengutamakan peluang biasiswa daripada berada di sisi isteri di detik penting?" Tiada jawapan sehingga sekarang.
Sekitar jam 4 petang saya ke lapangan terbang Manchester. Pesawat ke Dundee pesawat berkipas & kecil. Hanya 12 orang penumpang sahaja. Patutlah tak ada orang terbang ke Dundee. Semuanya ambil pesawat dari London ke Edinburgh atau Glassgow. Ilmu saya masih cetek & naif.
Dalam tempoh 90 minit, saya sampai di Dundee. Lapangan terbang kecil dikelilingi padang rumput (ini bakal jadi tempat kami bermain bola). Saya ditunggu sahabat & senior saya (Dato Dr) Hasan Basri (sekatang Naib Canselor UNISZA) dan (Dr) Hanifah (bekas pensyarah matematik UM).
Saya terus dibawa kerumah Hasan Basri. Beliau telah berkahwin dengan Ust. Jamilah di Kuwait. Beliau membuat master Bahasa Arab di St Andrews.
Selepas makan malam, saya terus bertanya.
"Ada tak rumah sewa yang ready to move in?"
Saya memang teringat keluarga saya. Saya ingin bawa mereka secepat mungkin ke sini. Rumah kena siap dulu. Dalam setiap perjalanan saya di setiap pelusuk dunia, saya ingin pastikan tempat tinggal keluarga siap sebelum apa2.
Sila share, like & follow. Foto 1992
MDB
dundee united 在 Culture Trip Facebook 的最佳貼文
Whether you're looking to visit Edinburgh, Dundee, or Glasgow with these low-cost hotels you'll be able to spend more time exploring, than commuting to the central city sights. Click to discover more 👇
dundee united 在 Dundee United Football Club - Home | Facebook 的美食出口停車場
The Official Dundee United Football Club Facebook page. Please use this facebook page to interact... Tannadice Park, Tannadice Street, DD3 7JW Dundee, UK. ... <看更多>