Jangan main-main. Walaupun ireng atas dia tadi kan, tapi dalam tetap molek. Alhamdulillah.... Kek sarang semut saya ni tak ada pantang-pantang. Nak gaul laju2 boleh, nak corner kiri kanan pun boleh. Air gula pun x perlu tunggu sejuk. Paling best, tak perlu perap.
Resipi #KekSarangSemutTanpaPerap
(Noy Yullan)
Bahan Karamel
2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)
3 sudu besar mentega
2 cawan air panas
Bahan Ayak
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan Blend
7 biji telur gred A
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu pekat
Cara-Cara
1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.
2. Masukkan mentega. Kacau rata.
3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak de la terpercik sangat. Ketepikan dulu.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.
5. Blend telur, esen vanila dan susu pekat hingga sebati.
6. Tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati.
7. Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.
8. Sediakan loyang 7 x 7 x 3 inci. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.
9. Panaskan dahulu oven dengan suhu 170'C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, ya. Tak semestinya sama dengan saya.)
10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga adunan masak.
11. Potong kek melintang urat. Kalau tak faham, tengok video yang dah disediakan.
Selamat mencuba 😉
#KekSarangSemut #VideoTutorialNoyYullan #ResipiNoyYullan #BuatDuluSebelumKecam 😊
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
buatdulusebelumkecam 在 AXL RAMANDA FEAT. DUL JAELANI | OFFICIAL MUSIC VIDEO 的美食出口停車場
... #sejujurnya Wowww Gajah Mada Record Buat Karya TERBARU! ... bersama lagu SEJUJURNYA dan mention ke instagram kita @gajahmadarecord yaaa! ... <看更多>