RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP
Saya ni memang sangat suka makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.
Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.
Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.
Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.
10. Siap!
Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍
Selamat mencuba semua.
Sumber/Credit: resepujuwita
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Musim pandemik ni mesti ada yang tak dapat makan nasi kenduri kan ? Kalau korang nak makan nasi ala kenduri, boleh cuba buat sendiri nasi jagung ni ka...
「ayam masak sambal cili kering」的推薦目錄:
- 關於ayam masak sambal cili kering 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ayam masak sambal cili kering 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ayam masak sambal cili kering 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ayam masak sambal cili kering 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
- 關於ayam masak sambal cili kering 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於ayam masak sambal cili kering 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳解答
ayam masak sambal cili kering 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Nasi goreng ayam ❤
Lama sangat dah sy tak jumpa nasi goreng ayam rupa mcm ni..kat kedai sekarang kebanyakan nasi goreng warna putih,ayam goreng kunyit,sos pun guna sos cili biasa...
Mesti ramai yang pernah lalui zaman nasi goreng ayam macam ni kan..?🤗🤗
Resepi
❤nasi goreng
Kisar 👇
Cabai kering
Bawang merah
Ikan bilis
Tumis bawang putih sampai naik bau,masukkan bahan kisar,masak sampai garing..,masukkan kicap,garam,cukup rasa megi,sedikit gula..agak kering boleh tambah air..masukkan sawi seterusnya nasi..gaul rata..👍👍
❤ayam goreng
Rebus ayam bersama halia,serai,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang..garam secukup rasa..rebus hingga masak..
Toskan ayam dan perap bersama kicap manis,sos tiram dan lada sulah selama setengah jam..goreng sekadar utk menggelapkan warna ayam..👍👍
❤air rebusan boleh jadikan sup kosong
❤ sos sambal
Kisar 👇
Cabai kering
Cabai melaka
Bawang putih
Masak bahan kisar,tambahkan sos cili,sedikit cuka,serbuk pati ayam,gula dan garam secukupnya..boleh tambah sedikit kicap manis untuk rasa dan warna yang lagi sempurna..kepekatan sos ikut selera ya..tambah sedikit bancuhan tepung ubi utk pekatkan sos..
💜💜maaf,tiada sukatan khas..sebab sy masak campak2 😁😁✌semoga bermanfaat ❤❤
ayam masak sambal cili kering 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
RESEPI TAUHU BERGEDIL
Bahan- bahan
👉🏻Tauhu
👉🏻Kentang
👉🏻Daging/ayam (kisar/ potong kecil)
👉🏻Bawang goreng ( X ltk pon blh)
👉🏻Daun sup - hiris halus
👉🏻 Maggi cukup rasa
👉🏻Garam
👉🏻Serbuk lada sulah
👉🏻Serbuk lada hitam
👉🏻Telur
Cara-cara
👉🏻Potong kentang kemudian goreng @ rebus
👉🏻Goreng daging / ayam sampai air kering
👉🏻Lenyek kentang sampai lumat
👉🏻Campurkan semua bhn di ats kecuali tauhu dan telur.
👉🏻Perasakan ikut kesesuaian dan Gaul sebati.
👉🏻Gunting tauhu bentuk X pada satu permukaan.
👉🏻Masukkan bergedil yg dah siap ke dlm kulit tauhu ( blh jg guna piping beg)
👉🏻Pukul telur dan celupkan tauhu.
👉🏻Goreng beberapa minit hingga salutan telur itu garing.
SAMBAL KICAP
Bahan2
👉🏻20tangkai cili padi
👉🏻5 ulas bawang putih
👉🏻 gula
👉🏻Kicap
👉🏻Perahan limau nipis
Cara-cara
👉🏻Goreng cili padi dan bawang putih dgn sedikit minyak hingga layu
👉🏻Blender semua bahan tadi, jgn ltk byk air
👉🏻Perasakan ikut kepedasan dan kemanisan yg disukai
Ada jg yg suka mkn campur sambal merah.
SAMBAL CILI MERAH
Bahan-bahan
👉🏻6 biji cili merah
👉🏻3 ulas bawang putih
👉🏻Garam
👉🏻Gula
👉🏻Cuka
Cara-cara
👉🏻Blend cili merah dan bawang putih.
👉🏻Masak sekejap ats api.
👉🏻Perasakan dgn garam gula dan cuka. Biar kuah pekat dan manis.
Selamat Mencuba.
kredit : nur masri
ayam masak sambal cili kering 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Musim pandemik ni mesti ada yang tak dapat makan nasi kenduri kan ? Kalau korang nak makan nasi ala kenduri, boleh cuba buat sendiri nasi jagung ni kat rumah. Lagi menyelerakan bila buat sendiri. Jom try buat ?
Resepi Nasi Jagung Manis Dengan Sambal Ayam | Sweet Corn Rice With Chicken Sambal Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Nasi Jagung Manis Dengan Sambal Ayam
Bahan-bahan (Nasi Jagung)
2 sb mentega
1 batang kayu manis
2 bunga cengkih
2 bunga lawang
1/2 tin kernel jagung
2 cwn beras (dibasuh)
1 helai daun pandan (disimpul)
1/2 cwn susu cair
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 1/2 cwn air
1 sk garam
Bahan-bahan (Sambal Ayam)
1 cwn cili kering (dikisar)
5 tangkai cili besar (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang kayu manis
2 inci halia (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
3 sb sos cili
3 sb sos tiram
1 sb serbuk stok ayam
1 sb gula
1 sk garam
1/3 cwn minyak
1 sk serbuk kunyit
Sedikit air
Bahan-bahan (Acar Jelatah)
1 batang timun (dipotong)
2 tangkai cili merah (dipotong)
1/2 nanas (dipotong segitiga)
1 batang lobak merah (dipotong)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 sb cuka
1 sk garam
1 sb gula
Cara memasak (Nasi Jagung)
1. Panaskan periuk, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
2. Masukkan daun pandan (disimpul) dan kacau sekata.
3. Masukkan susu, air dan jagung. Perasakan dengan garam.
4. Masukkan beras yang telah dibasuh. Kacau rata dan biarkan masak.
Cara memasak (Ayam Sambal)
1. Goreng ayam yang disalut dengan kunyit dan garam separuh masak.
2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai, cili besar dan sedikit air.
3. Dengan menggunakan minyak goreng ayam, tumiskan kulit kayu manis, bahan kisar dan serai yang diketuk. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. Perasakan dengan serbuk stok ayam, gula dan garam secukup rasa.
6. Masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul sebati ayam tersebut.
7. Sambal ayam siap untuk dihidangkan.
Cara memasak (Acar Jelatah)
1. Campurkan potongan timun, lobak merah, nanas, bawang merah dan cili merah ke dalam mangkuk.
2. Perasakan dengan garam, gula dan cuka. Gaul sebati.
3. Simpan jelatah di dalam peti sejuk dan hidangkan bersama nasi jagung dan sambal ayam.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sweet Corn Rice & Chicken Sambal
Ingredients (Corn Rice)
2 tbsp of butter
1 cinnamon stick
2 cloves
2 star anise
1/2 canned corn kernels
2 cups of rice (washed)
1 pandan leaf (knotted)
1/2 cup of fresh milk
3 cloves garlic (sliced)
1 red onion (sliced)
1 1/2 cups of water
1 tsp of salt
Ingredients (Chicken Sambal)
1 cup of dried chilies (blend)
5 red chilies
3 red onions (blend)
3 cloves garlic (blend)
1 cinnamon stick
2 inch ginger (blend)
1 lemongrass stalk (blend)
2 stalks lemongrass (bruised)
3 tbsp of chili sauce
3 tbsp of oyster sauce
1 tbsp of chicken stock powder
1 tbsp of sugar
1 tsp of salt
1/3 cup of cooking oil
1 tsp of turmeric powder
Bit of water
Ingredients (Acar Jelatah)
1 whole cucumber (julienne cut)
2 red chilies (julienne cut)
1/2 pineapple (cut into triangles)
1 carrot (julienne cut)
1 red onion (sliced)
1 tbsp of vinegar
1 tsp of salt
1 tbsp of sugar
Cooking methods (Corn Rice)
1. Heat the pan, melt butter and saute garlic, red onion, star anise, cloves and cinnamon stick to fragrant.
2. Add in pandan leaf (knotted) and stir well.
3. Add in milk, water and corn. Season with salt.
4. Add in washed rice. Stir them until well-combined and let it cook.
Cooking methods (Chicken Sambal)
1. Deep fry chicken coated with turmeric powder and salt until half-cooked.
2. Blend dried chilies, red onion, garlic, ginger, lemongrass, red chilies and bit of water.
3. Using the chicken oil, saute cinnamon stick, grinded ingredients and bruised lemongrass. Cook until the oil separates.
4. Add in chili sauce and oyster sauce. Stir and bring to a boil.
5. Season with chicken stock powder, sugar and salt to taste.
6. Add in fried chickens and mix well.
7. Chicken sambal is ready to be served.
Cooking methods (Acar Jelatah)
1. Put julienne cucumber, carrot, red chilies, cut pineapples, sliced onion in a bowl.
2. Season with salt, sugar and vinegar. Mix well.
3. Refrigerate acar jelatah and serve with sweet corn rice and chicken sambal .
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#nasijagung #sambalayam #nasikenduri #cornrice #chickensambal #sambal #jagung
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #kdboom #nntaca #makenon #mr_lovva
ayam masak sambal cili kering 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Mak aihh..nasi ayam madu beb !..ayam dia yang juicy dan aroma nasinya yang wangi..ditambah dengan sos yang pedas..sumpah stingg! yuhuuu..!
Resepi Nasi Ayam Madu Asli Mudah | Easy Original Honey Chicken Rice Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan (Sup)
1 inci halia (dihiris)
3 ulas bawang kecil (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
24 gm serbuk sup
1 sup bunjut
2 sk serbuk stok ayam
5 akar ketumbar
3 akar daun bawang
1 1/2 liter air
2 sk lada sulah
1/2 sk garam
2 bahagian paha ayam
Minyak masak
Bahan-Bahan (Perapan Ayam)
Kicap
2 sk sos tiram
1 sb madu
1/2 sk lada hitam
Minyak (secukupnya)
Bahan-Bahan (Nasi)
2 cwn beras (dibasuh)
2 cwn air rebusan ayam
24 gm mentega
2 ulas bawang kecil (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 daun pandan (disimpulkan)
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
1 sk garam
Bahan-Bahan (Sambal)
10 tangkai cili kering (dibuang biji dan direbus)
Segenggam cili padi
1/2 lemon (diperah)
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 sk garam
3 sk gula perang
2 sk serbuk stok ayam
150 ml air
Bahan-Bahan (Kuah Kicap)
1 cwn air rebusan ayam
1/2 cwn kicap perapan ayam
Cara Memasak (Sup Ayam)
1. Tumis bawang putih, bawang kecil, halia dan bawang besar di dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masukkan sup bunjut, akar ketumbar dan akar daun bawang. Kacau sekata.
3. Masukkan rempah sup dan kacau sehingga naik bau. Tuangkan separuh liter air dan kacau seketika.
4. Tambahkan ayam dan satu liter air. Masak sehingga ayam lembut.
Nak tahu lagi tentang resepi ini ?
Boleh layari di https://rasaflix.com/
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Ingredients (Soup)
1 inch ginger (sliced)
3 cloves shallot (sliced)
1/2 onion (sliced)
2 cloves garlic (sliced)
24 gm soup powder
1 soup spices (Bunjut soup)
2 tsp of chicken stock powder
5 coriander roots
3 scallion roots
1 1/2 litre water
2 tsp of white pepper
1/2 tsp of salt
2 parts of chicken thigh
Cooking oil
Ingredients (Chicken)
Soy sauce
2 tsp of oyster sauce
1 tbsp of honey
1/2 tsp of black pepper
Cooking oil (as needed)
Ingredients (Rice)
2 cups of rice (washed)
2 cups of chicken stock
24 gm of butter
2 cloves shallot (sliced)
1/2 onion (sliced)
2 cloves garlic (sliced)
1 inch ginger (sliced)
1 strand of pandan leave (knotted)
2 star anise
4 cardamoms
2 cinnamon sticks
1 tsp of salt
Ingredients (Chili Sauce)
10 dried chilies (deseeded and boiled)
handful of bird’s eye chilies
1/2 lemon (squeezed)
4 cloves shallot
3 cloves garlic
1/2 tsp of salt
3 tsp of brown sugar
2 tsp of chicken stock powder
150 ml water
Ingredients (Soy Sauce)
1 cup of chicken stock
1/2 cup of soy sauce from the marinated chicken
Cooking methods (Soup)
1. Saute garlic, shallot, ginger and onion inside a pan.
2. Put in soup spices, coriander roots and scallion roots. Stir well.
3. Put in soup powder and stir until fragrant. Pour in half litre of water and stir for a while.
4. Then, add in chicken and one litre of water. Cook until the chicken is softened.
5. Cook soup for a while and season with salt, white pepper and chicken stock powder.
6. Cook until the soup bubbling and reserve the chicken in a bowl.
Cooking methods (Chicken)
1. Put in soy sauce, oyster sauce and honey. Coat boiled chicken thoroughly.
2. Season the chicken with salt and marinate it for an hour.
3. Preheat cooking oil and deep fry at medium heat until it is fully cooked.
4. Lift up and drain excess oil off chicken. Now, it’s ready to be served.
Cooking methods (Rice)
1. Heat the pan, cook butter until fully melted and sauteed cardamoms, star anise and cinnamon bark until fragrance.
2. Put in sliced garlic, ginger, shallot, onion and knotted pandan leaf. Saute them until golden brown.
3. Place washed rice inside a rice cooker.
4. Lastly, pour in chicken stock sauteed ingredients. Mix them well and cook seasoned rice.
Cooking methods (Chili sauce)
1. Using the blender, blend dried chilies into paste.
2. Then, put in bird’s eye chilies, shallot and garlic. Blend them until well-combined and smooth in texture.
3. Pour the blending mixture into the pot, add water and cook until bubbling.
4. Lastly, season the sauce with salt,chicken stock powder, lemon juice and sugar to taste.
5. Chili sauce is now ready to be served with the chicken and rice.
Note: Brown sugar can be replaced with granulated sugar.
Cooking methods (Soy Sauce)
1. Mix chicken stock with the balance of soy sauce from the marinated chicken.
2. Mix them well soy sauce is now ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Telegram Rasaflix di
https://t.me/rasaflix
#nasiayam #chickenrice #ayammadu #maduasli #honey #originalhoney #easyrecipe #ayam #chicken
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #mr_lovva #makenon #kdboom #rinrinchan
ayam masak sambal cili kering 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳解答
KUAH LAKSA LEMAK NYONYA:
1500 ml air rebusan tulang ayam
1500 ml air rebusan kulit udang
250 ml pati santan
10 biji fish ball
10 biji tau pok, potong 2 setiap 1
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
3 siung bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus
4 biji buah keras
1/ cawan udang kering, rendam 10 minit & toskan
1 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah
ULAM:
Timun, hiris nipis dan mayang halus
Bawang besar, dihiris nipis2 dan leraikan
Taugeh secukupnya, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 genggam daun kesom, dimayang halus
Bunga kantan, dihiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Mee kuning- dicelur
Limau kasturi
Telur rebus
Sambal belacan tumis
Kaedah:
UNTUK KUAH LAKSA LEMAK :
1. Panaskan minyak & bahan2 kisar hingga harum.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan2 tadi garing.
3. Tuang air rebusan kulit udang dan air rebusan tulang ayam. Kacau rata dan biar mendidih.
4. Masukkan bunga kantan dan daun kesom. Kacau dan didihkan selama 5-8 minit.
5. Tambah fishball dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih.
6. Masukkan tau pok, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
SAMBAL BELACAN TUMIS:
1 cawan cili kisar
1 inci belacan bakar
Gula dan garam secukup rasa.
Kaedah:
1. Tumis cili dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak.
2. Tambah garam dan gula secukup rasa.
#resipiChefZam #LaksaLemakNyonya #ChefZam #cheflife #masak #laksa #meekari