First Time Menonton Lord Of The Rings
Alkisahnya, Selain Harry Potter, ada satu lagi movie popular yang saya langsung tak rasa minat nak menonton, iaitu Lord Of The Rings.
Teringkat kali pertama kawan ajak tonton DVD, saya yang masih bujang, tahun 2001, waktu tonton, permulaan yang sangat perlahan, ada babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan saya tertidur.
Adohai..,
Can’t go kata orang putih.
Dua tiga tahun kemudian, filem ini masuk TV, ada malay sub okey kot , jom tonton, tapi masih sama, permulaan yang sangat perlahan, babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan bila iklan, saya keluar rumah, mengeteh dengan kawan, filem tu tak membuatkan saya rasa dahaga atau lapar untuk tonton. Tapi buat saya dahaga untuk keluar rumah.
Walau bagaimanapun filem tu sangat popular, markah rottens tomato tinggi, Imdb pun tinggi, lepas tu kawan-kawan cakap best, mereka ajak tengok wayang, saya tolak, serius tak minat cerita purba yang terlalu banyak watak dan terlalu banyak sembang mambang.
Bila filem ini menang Oscar, saya azam nak tonton, tapi tak tahu bila? Masa berlalu tiba tiba ada filem Hobbit pulak, okey baiklah, saya bagi peluang tengok di panggung wayang bersama rakan rakan yang lain, katanya bagus tengok filem ini dari Hobbit, sebab dia macam Star Wars episode one, tapi babak bosan berulang kembali, ahli sihir pergi ke kampong orang kerdil, dan borak di meja makan, lama gila mereka borak, dan saya tertidur! Bosan gila! Tak kena dengan jiwa, adohai..
Lain waktu masa lepak mengeteh dengan kawan, tengok ada naga yang cantik CGInya di kaca TV, tapi Naga itu bercakap Bahasa English, macam filem Disney chicken sahaja? Cerita apa ni?, Naga bercakap? kata sahabat saya: Itulah filem The Hobbit part three, what? naga bercakap? ha ha, mujur saya tak minat.
Namun sebagai kaki movie, saya azam satu hari nanti, saya akan beri peluang untuk tonton filem ini bila saya bosan gila, atau, satu hari nanti jika umur saya panjang, saya dah tua, lepak dengan cucu, maka saya akan tonton filem ini dengan cucu.
Tapi niat saya tak sampai, bila Malaysia kena PKP akibat Covid, anak anak saya sendiri yang ajak menonton filem ini.
Terperangkap dalam PKP, memang perlukan filem yang panjang sebegini, maka muncul juga seorang saya seorang berumur 40-an yang First time layan Lord Of The Rings.
Lepas tonton Lord Of The Rings saya tonton pulak Hobbits dan saya buat kesimpulan..
Jika korang suka filem fantasi yang ada banyak watak, (sangat banyak) dan jika korang penonton yang sabar, (dialog panjang meleret), dan korang suka tengok raksasa bercakap, orang kerdil bercakap, dewa bunian bercakap, binatang pelik bercakap, pokok balak bercakap, naga bercakap, hantu bercakap, dan lepas tu suka tengok perang lawan pedang, suka tengok orang tak bercukur, suka tengok orang tak mandi, maka filem ini untuk anda.
Babak aksinya sangat baik, sama macam waktu dialog, babak aksinya juga panjang, puas hati dengan aksi, walau geng hero selalu bernasib baik sampai tak masuk akal tapi inikan filem fantasi. Nasib baik terlau baik bagi geng hero, buatkan aksinya Panjang dan okeylah!
Tapi saya tak pelik kenapa filem ini ramai orang suka sebab novelnya orang dah baca sejak zaman berzaman, tahun 1937 lagi, maka kisah fantasi ini telah bersarang dalam jutaan pembaca. Di zaman itu yang jauh dari TV dan panggung wayang, maka membaca novel fantasi adalah hiburan indah. Masuk zaman perang dunia, novel ini masih dibaca orang hinggalah perang dunia berakhir, dan bila dunia filem tercetus lepas perang, maka cubaan demi cubaan telah di buat untuk filemkan novel ini, namun kesan khas masih belum mampu dicapai buatkan tertangguh sekian lama.
Akhirnya muncullah Peter Jackson yang membaca novel ini dalam 12 jam perjalanan dari Wellington ke Auckland, dan beliau terinprasi dan cuba buat satu filem purba yang baru tapi walau bagaimanapun ideanya dikembangkan, akhirnya tetap mewnjadi mirip kepada Lord Of The Rings, dari kena kutuk meniru novel LOTR, lebih baik adaptasi sahaja novel itu ke dalam bentuk filem, dan oleh sebab terlalu banyak watak maka filem ini pecah kepada enam episode. Then the rest is history.
Filem ini akhirnya sangat Berjaya di pasaran, walau saya tak minat, tapi bila tonton, masih enjoy sebab Peter Jackson pandai buat filem yang disulami aksi dan emosi, antara pengarah yang terbaik, rujuk karyanya yang lain seperti King Kong dan lain lain.
Sedikit Trivia dari filem LOTR
1. Saruman lakunan Sir Christopher Lee telah mebaca novel ini setiap tahun semenjak diterbitkan, beliau adalah satu satunya pelakon dalam filem ini yang pernah berjumpa dengan penulis novel, J.R.R. Tolkien.
2. Cincin dalam filem ini dihadiakah oleh pengarah kepada Fredoo sebagai kenangan.
3. Boromir sangat takut naik helicopter, bila filem ada babak atas gunung, Boromir mendaki dari bawah dalam keadaan lengkap berpakaian purba.
4. Gimli walaupun berlakon orang kerdil, tapi beliau paling tinggi dalam geng Fellowship. 6' 1"
5. Aragon tak boleh berenggang dengan pedang, waktu jalan minum di pekan pun bawa pedang, hingga polis selalu tegur bagi nasihat akan bahaya bawa pedang di khalayak ramai.
6. 200 Juta keuntungan telah mengalir dalam ekonomi New Zealand kerana lokasi filem ini, maka New Zealand telah lantik Menteri hal ehwal Lord of the Rings untuk terus rangsangkan ekonomi negara.
7. Patung mayat Boromir sangat sempurna, hingga ada kru filem selalu tegur dan ajak bercakap.
8. 300 ekor kuda berlakon dalam keseluruh filem ini .
9. Replika gajah raksasa adalah prop paling besar dalam movie ini, namun pengarah cakap, patutnya lebih besar.
10. "Well, I'm back", adalah ayat terakhir dalam filem, juga ayat terakhir dalam novel.
11. Movie ini untung 1000 peratus!
12. The Lord of the Rings trilogy adalah filem paling banyak tercalon dalam Academy Award dengan 30 pencalonan, berbanding Godfather trilogy (28) dan Star Wars film franchise (21). Lepas tu menang besar pulak! Pevah rekod!
13. Filem normal kesan khas sebanyak 200 visual effects shots. Tapi movie ini sebanyak 1,487 kesan khas!.
14. Tentera hantu adalah babak yang saya rasa tak best, bila baca perjalanan filem, Peter Jackson pun rupanya tak suka babak tentera hantu itu, sebab dah masuk elemen tahyul, tapi terpaksa diadakan sebab tak nak kecewakan peminat novel.
15. 100,000 orang berbaris di jalan Wellington, New Zealand untuk tayangan perdana. Jumlah itu adalah 1/4 dari penduduk bandar.
16. Tujuh tahun pengembaraan filem, 6 juta kasut digunakan,;48,000 bilah pedang, kapak, dan perisai. 20,602 background;19,000 costumes 10,000 pelakon ekstra; 2,400 kru; 1,600 pasang kaki Hobbit, 300 ekor kuda, 180 pakar kesan khas, 140 pelakon; 100 lokasi di New Zealand, 50 tailors, cobblers, designers, di Wardrobe department; dan 30 aktor dipkasa belajar bercakap Bahasa bunian, perghhhh!
17. James Cameron lepas tonton film ini terus dapat ilham nak buat filem Avatar, teknologi CGI dari file mini adalah penanda aras untuk sempurnakan Avatar.
18. Okey, dah nama sayapun keretamayat, maka ada sikit tazkirah..
19. Tazkirah dari movie: Dunia ni ada jin, sebelum manusia di cipta, malaikat cakap ada mahkluk telah berperang dan menumpahkan darah, ada riwayat mengatakan iblis mengetuai tentera malaikat usir makluk ni ke alam jin, ada yang kata makhluk itu adalah adam sebelum adam, ada yang kata mahluk itu adalah jin berdaging, tapi ianya bukan bunian, atau Hobbit, atau apa apa watak dari Lord Of The Rings, lalu turunlah Nabi adam ke bumi, eh? Macam tak kena tazkirah ini, adohai. Ok next!
20. Cerita LOTR adalah tentang cincin, di riwayatkan Nabi Sulaiman ada memiliki sebentuk cincin sakti yang menjadi lambang cop mohor pemerintahan kerajaannya. Kaum jin pernah mencuri cincin ini lalu menyebarkan ilmu Sihir buat seketika sebelum cincin ini diambil semula oleh Nabi Sulaiman. Setelah kewafatan baginda, tidak diketahui dimana keberadaan cincin Nabi Sulaiman ini. Sudah pasti cincin ini tiada kaitan dengan cincin milik Gollum serta Smeagol, jangan nak buat teori konspirasi.
21. Cincin dalam LOTR ada tulisan: One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all and in the darkness bind them, Apa yang tertulis pada cincin Nabi Muhammad?
22. Nabi Muhammad SAW ada cincin sebagi cop untuk tanda tangan kerana baginda tidak tahu membaca, Saidina Anas Bin Malik R.a berkata: Ukiran pada cincin Nabi S.A.W terdapat tiga baris. Baris yang pertama tertulis kalimah Muhammad. Baris yang kedua tertulis kalimah Rasul dan baris yang ketiga tertulis kalimah Allah.
23. Haram lelaki memakai cincin emas, tapi harus jika memakai Cincin perak. Haram juga jika memakai cincin Lord of The ring jika dibuat dari emas.
24. Seorang Raja telah memanggil kesemua bijak pandai dalam istananya, dan mengarahkan mereka mencipta sesuatu barang yang mana jika Raja dalam kesedihan lihat benda itu maka akan hilanglah kesedihan, jika dalam kegembiraan bila lihat barang itu maka hilanglah kegembiraan.
25. Maka berpakatlah para bijak pandai untuk mencipa 'benda' tersebut. Dan setelah di nasihati oleh seorang pemandu kederaan jenazah@kereta mayat maka terciptalah benda itu…
26. Dan hasilnya, Raja cukup berpuas hati...
27. Apa benda tu?
28. Sebentuk cincin yang cukup cantik dan halus pertukangannya dan tertulis perkataan di atasnya: "Semua orang akan menjadi mayat, semua mayat akan menjadi tanah, semua tanah adalah millikNYA"
Woha!
Sekian ulasan LOTR filem dari Hamka Kereta Mayat.
avatar imdb 在 Umie Facebook 的最佳貼文
今天去看了3D馴龍高手,真的超級好看!!!!!!!!!!!!!已經列入我今年第一季電影的前二名了!!!(其實我覺得和AVATAR差不多好看了!!!!) IMDB分數已經上升到8.3了!大家一定要去看!!
avatar imdb 在 AVATAR 2 - Official Trailer (2022) | 20th Century Fox 的美食出口停車場
... <看更多>