8 SEPTEMBER 2021 | RABU
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada tiga belas (13) penerima di Daerah Mersing Bagi Bulan Ogos (Fasa 4) Dan September (Fasa 1) Tahun 2021.
Penerima Kurniaan tersebut adalah:
Penerima pertama, seorang lelaki warga emas, berumur 64 tahun, menetap di Jalan Awang Daik, Mersing Kanan. Beliau menghidapi penyakit kencing manis dan kaki beliau sudah dipotong disebabkan penyakit berkenaan.
Penerima kedua, seorang wanita berumur 48 tahun, menetap di Jalan Awang Daik, Mersing Kanan. Beliau mengidap penyakit kencing manis dan ketumbuhan di belakang mata.
Penerima ketiga, seorang wanita berumur 67 tahun, menetap di Kg. Tenglu Laut, Mersing. Beliau mengidap penyakit Angin Ahmar.
Penerima keempat, seorang wanita berumur 64 tahun, menetap di Kg. Tenglu Laut, Mersing. Beliau mengidap penyakit darah tinggi.
Penerima kelima, seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 bulan, menetap di Taman Wawasan 2, Mersing. Kanak-kanak tersebut menghidapi penyakit jantung berlubang.
Penerima keenam, seorang wanita berumur 23 tahun, menetap bersama keluarga di Kampung Felda Endau. Beliau menghidapi penyakit radang pau-paru.
Penerima ketujuh, seorang warga emas wanita berumur 60 tahun menetap di Kampung Baru Air Tawar. Beliau menghidapi penyakit Stroke, darah tinggi, dan kencing manis.
Penerima kelapan, seorang wanita berumur 58 tahun, menetap di Tmn Haji Ariffin, Endau. Beliau menghidap penyakit Angin Ahmar
Penerima kesembilan, seorang warga emas lelaki berumur 60 tahun, menetap di Tmn Haji Ariffin, Endau. Beliau mengidap penyakit darah tinggi dan komplikasi salur darah pecah.
Penerima kesepuluh, seorang warga emas wanita berumur 80 tahun, menetap di Jalan Teluk Lipat, Kampung Semanyir. Beliau mengidap penyakit darah tinggi.
Penerima kesebelas, seorang warga emas wanita berumur 73 tahun, menetap di Kampung Semanyir, Endau. Beliau mengidap penyakit kencing manis.
Penerima kedua belas, seorang lelaki berumur 20 tahun, menetap di Kampung Sungai Mengkuang, Triang. Beliau seorang OKU dan mengidap penyakit komplikasi jantung.
Penerima ketiga belas, seorang lelaki berumur 48 tahun, menetap di Kampung Sungai Bebuta, Triang. Beliau seorang OKU.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa'tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.
Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah dan cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang.
𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔
"𝙈𝙀𝙍𝙎𝙄𝙉𝙂 𝘽𝙀𝙍𝙎𝙄𝙃 𝙆𝙀𝙎𝘼𝙔𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙆𝙄𝙏𝘼"
#RoyalJohor
#HRHCrownPrinceofJohor
#MersingBersihKesayanganKita
#AmazingMersing
#MesmerisingMersing
#pejabatdaerahmersing
#logpdmg2021
#HapusCOVID19
#KitaMestiMenang
#KitaJagaKita
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「amazingmersing」的推薦目錄:
amazingmersing 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
amazingmersing 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
amazingmersing 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
amazingmersing 在 Gunung Arong Amazing Mersing I Vlog 010 - YouTube 的美食出口停車場
XPDC Gunung arong yang terletak di Mersing, Johor antara gunung yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Mohon maaf sebab dah lama tak ... ... <看更多>
amazingmersing 在 #amazingmersing - Explore | Facebook 的美食出口停車場
explore #amazingmersing at Facebook. ... #AmazingMersing. #AmazingMersing. MY Mersing is at Pantai Air Papan. · January 18, 2022 · Mersing, Malaysia ·. ... <看更多>