Aku tak ingat ini video Kongsi Rezeki yang ke berapa, tapi aku seronok dapat bila dapat buat video macam ni. Dapat bantu peniaga kembangkan perniagaan. Lagi best kalau viewers semua dapat sama-sama bantu usaha ini.
Adam Nasi Kukus ni diusahakan oleh pasangan suami isteri. Adam tu ialah nama anak kepada akak dan abang yang aku jumpa hari tu (26 Februari 2020). Mereka mula berniaga pada 2014 dengan hanya berbekalkan meja, kerusi dan payung ditepi jalan. Alhamdulillah usaha mereka berniaga (kumpul duit dan terus berniaga) mereka berjaya beli lori kecil supaya memudahkan mereka ulang-alik berniaga. Lori itu pun bukan yang baru mereka beli. Beli 2nd, 3rd hand punya lori yang berharga RM4000-5000. Sangat kuat semangat mereka berniaga sehinggakan dah ramai regular customer yang datang membeli makanan yang mereka jual : Nasi Kukus, Nasi Lemak dan Nasi Kerabu.
Resepi yang mereka dapat tu hasil ihsan seorang kawan yang sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan makanan ni. Dengan hanya berkongsikan resepi sahaja, mereka dapat memulakan perniagaan sendiri dan aku sangat berharap perniagaan mereka dapat terus berkembang.
Dari segi kualiti makanan, memang sangat berkualiti. Tak kedekut bahan-bahan mereka bagi. Ikhlas mereka memasak. Harga? RM6.50 untuk Nasi Kukus Ayam Berempah. Sangat berbaloi dengan portion yang korang dapat.
Terima kasih kepada pihak Mediherba HQ (Kerengga) kerana bersama-sama menjayakan aktiviti membelanja orang awam yang datang berkunjung. Tanpa mereka, mungkin usaha ini tidak akan berjaya. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa mereka.
#PaduBebBros #AdamNasiKukus #Kerengga #KongsiRezeki
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/te8Y2E2Nmfs/hqdefault.jpg)
adamnasikukus 在 Adam Nasi Kukus Damai Utama | Puchong 的美食出口停車場
Adam Nasi Kukus Damai Utama · Page · Food Truck · +60 12-960 2062 · Closed now · Not yet rated (0 Reviews) · See more about Adam Nasi Kukus Damai Utama. ... <看更多>