2017 dalam Kenangan
Tahun itu adalah tahun di mana umur aku cecah 40 tahun. Di umur ini ada ramai rakan sebaya yang sudah pergi mengadap ilahi kerana masalah kesihatan. Aku insaf, di umur senja begini, mengejar kekayaan bukan lagi tujuan utama. Jaga kesihatan lebih utama sebab makin tua kita makin sakit, dan belanja besar diperlukan untuk merawat diri yang sakit. Jadi sedari diri tak sekaya mana, maka mencegah lebih baik. Lagipun ibadat sewaktu sihat adalah jauh lebih sempurna dari ibadah sewaktu sakit.
Maka tahun itu aku azam nak jaga kesihatan. Lantas pada 3hb Jan 2017 aku mulakan diri dengan Diet serius pertama dalam hidup. Sewaktu itu berat badan aku 91kg. Dan kaki selalu rasa lenguh bila duduk lama lama, kadang kadang tumit kaki ada rasa mencucuk dari dalam.
Kredit di berikan kepada Aizat Razak, sewaktu promosi buku bersama di Kelantan pada hujung tahun 2016, aku sempat duduk slot kongsi kurus beliau, dan jumpa personal tanya tentang jaga kesihatan, beliau berjaya turunkan berat dari 220kg hingga 90kg. Kagum dari dekat! aku siap beli buku dari beliau dan suruh bini masak ikut menu sihat dalam buku tu.
Jadi aku pun amalkan makan hidup sihat, makan tak berminyak, tak bergula dan tak bergaram, bukan tak de langsung, tapi di kurangkan. Seminggu sekali cheat day. Makan enam kali sehari, dua kali makan berat, empat kali makan ringan.
Diet aku jenis tak berlapar langsung, nasi makan hari-hari, dan alhamdulillah, berat badan turun jugak walaupun ambik masa yang agak lama. Badan pun rasa lebih ringan dan mudah nak buat aktiviti lasak. Aku juga memang tak makan apa apa ubat ke, produk kurus ke, program pil kurus ke, memang takde.
Sekali seminggu memang ada cheat day, bolehlah lepas hajat nak makan nasi dagang, teh Tarik kaw, ayam goreng berempah dan sebagainya, ha ha. Lagipun hari minggu banyak jemputan kenduri, memang membedal lah waktu tu, adohai…
Senaman pulak, sekarang aku banyakkan berjalan kaki, kurang kurang 30 minit, jika bini kirim beli barangpun, pergi jalan kaki, ke surau pun jalan kaki jika awal, atau baca FB dan balas wasap sambil jalan kaki keliling kampung. Orang nampak macam main pokemon Go, lantaklah, nak sihat memang kena buat pekak jer orang nak kutuk apa pun.
Satu lagi, sejak berdiet ni, aku dah jadi seorang laki yang rajin tolong bini kemas dapur, basuh pinggan, bergurau lasak dengan anak anak dan lain lain aktiviti yang banyak bergerak, sebab aku nak aktifkan badan agar kalori cepat terbakar, sambil menonton pun aku tolong bini apa yang patut, bini suka tengok aku rajin dan bertambah semangat dia masak makanan sihat pada aku.
Alhamdulillah, kata bini aku yang tengok aku rajin kemas dapur dan kemas rumah.
So dari Jan 2017 ke pertengahan tahun, berat darim91 kg turun kepada 81kg, bulan puasa cecah 79kg, lepas raya naik 81kg.
Okey, masalah bermula lepas raya, iaitu lepas aku buat ujian darah, doctor periksa semua penyakit takde, Alhamdulilah,sakit pada kaki semua dan hilang. Lalu bila dah tahu diri sihat wal afiat, terus buat aku takde motivasi nak jaga makan, terus aku jadi malas nak sambung diet, maka aku kembali makan macam dulu, hari hari the tarik, hari hari makan sedap.
Tapi aku tetap amalkan gaya hidup sihat iaitu aku aktif bersukan, hujung minggu akan akan panjat bukit, berapa kali dah aku panjat bukit Pelindung, Bukit besar Terengganu dan Bukit keluang siap dukung baby.
Aku juga pernah seawal subuh panjat bukit Panorama. Lepas tu panjat Gunung Suku di Cameron Highland, tak lama lepas tu panjat pulak Gunung Irau yang cantic dengan 'Mossy Forest'.
Selain dari Hiking, aku juga pernah masuk Fun Bike, kayuh basikal 40km, ada dua tiga kali join. Masuk jugak larian amal, larian jantung dan lain-lain.
Balik kampung memang lepas rindu pada laut, berenang dan menyelam, pernah jugak Island Hoping di Langkawi terjun tasik dayang bunting.
Jadi hari ini, setahun kemudian, aku yang dah tak makan menu diet, berat badan masih 82kg. Cuma aku dah tak makan sebanyak macam dulu, makan sedap, tapi tak makan banyak.
Rekod derma darah pun okey, bebas dari sebarang penyakit-Alhmdulillah. Nikmat mana lagi yang aku dustakan.
Jadi tahun ni, di awal 2018 ini, aku nak sambung diet pulak.
Aku azam nak turunkan berat badan bawah 80kg, aku nak naik beberapa gunung, aku nak menyelam beberapa lautan, aku nak kembara masuk hutan. Kalau ada rezeki, aku nak panjat gunung Uhud!
Insya-Allah.
Misi ini di namakan: Misi kuruskan mayat part 2.
Semoga mayatku tidak membebankan orang ramai menguruskannya!
Jomhensem!
Ps: Jika ada orang gemok nak kuruskan badan, lepas tu jaga makan dan bersenam, memang ada jenis member yang suka kutuk dan jadikan orang gemok bahang lawak. Orang tu berlari kejap lepas tu berhenti, korang gelak, makan sikit, korang sindir.
Dari jauh korang mengumpat orang gemok siang malam. Yang korang tak tahu, orang gemok bila mereka bersungguh sungguh nak kuruskan badan bermakna mereka dah tak ada masalah lain dalam hidup. Syukur Alhamdulillah, semua masalah mereka dah selesai,Mereka tak ada masalah duit, tak ada masalah dengan pasangan, tak ada masalah ekonomi. Semua OK.
Masalah mereka Cuma satu, berat badan berlebihan.
Jadi korang jangan kutuk mereka, tapi cemburukan mereka yang dah tak ada masalah hidup.
Woha!
#kisahlakigemok
#jomhensem
#hamkakeretamayat
「menu diet 1 minggu turun 2 kg」的推薦目錄:
- 關於menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 7 Hari Berat Badan Turun 5 kilo Dengan Rutin Menu Seperti Ini. 的評價
- 關於menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 Menu Diet Sehat 7 Hari Cuma 50 Ribu Untuk Menurunkan ... 的評價
- 關於menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 MENU DIET SEMINGGU UNTUK YANG MALES OLAHRAGA ... 的評價
- 關於menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 Mau share menu diet GM yg udh saya jalani selama 6 hari ... 的評價
menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 Menu Diet Sehat 7 Hari Cuma 50 Ribu Untuk Menurunkan ... 的美食出口停車場
Yuk masak menu diet menurunkan berat badan hari ke- 2 ini! Menu diet kali ini cocok untuk kamu yang ingin menurunkan berat badan namun tetap ... ... <看更多>
menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 MENU DIET SEMINGGU UNTUK YANG MALES OLAHRAGA ... 的美食出口停車場
10 PORSI MAKAN DIET NO MINYAK NO GULA · 5 LANGKAH MUDAH TURUN BERAT BADAN DALAM WAKTU 1 MINGGU · 7 Makanan Yg Harus Dihindari Untuk Menurunkan ... ... <看更多>
menu diet 1 minggu turun 2 kg 在 7 Hari Berat Badan Turun 5 kilo Dengan Rutin Menu Seperti Ini. 的美食出口停車場
hai semuanya assalamu'alaikum di video ku kali ini saya CHALLENGE menu sehat dalam seminggu bisa menurunkan berat badan sbnyk 5 kilo....dan ... ... <看更多>