TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 81)
Masa Berlepas Pelik
Walaupun saya kerap terbang & tidak ada masalah jet lag, satu perkara saya tidak tahan ialah masa penerbangan antara pukul 2 pagi hingga 7 pagi. Inilah masa paling mencabar.
Kalau boleh saya ingin elakkan masa sebegini. Tapi tak mungkin saya dapat atasi semua ini. Lebih teruk lagi kalau penerbangan sampai ke sesuatu destinasi sudah hampir tengah malam & kemudian akan sambung penerbangan jam 5 atau 6 pagi. Maknanya, saya sudah kena berada di airport sekitar jam 330 pagi. Maknanya juga kena bangun & siapkan diri jam 3 pagi. Ahhh...ini yang paling menyiksa minda & badan.
Banyak pengalaman sebenar. Saya sampai di Dubai dari KL jam 11 malam. Saya keluar tidur di hotel sekejap. Saya kena ambil Turkish Airline ke Istanbul jam 5 pagi kerana ada mesyuarat penting pukul 10 pagi waktu Istanbul. Saya kena bangun tidur jam 3 pagi. Bila bangun tidur, saya lupa diri saya sendiri buat seketika. Blank. Minda tak sempat reset. Tak tahu siapa saya, kenapa saya berada di sini & apa yang perlu saya buat. Badan & minda amat letih. Sebelum saya datang ke Dubai, saya berada di Korea beberapa hari. Tenaga dah habis. Tambah lagi dengan masa penerbangan ke Istanbul yang pelik. Saya hampir nak terus sambung tidur semula bila kembali sedar siapa saya. Saya dah tak kisah kerja resmi. Lantak. Minda hampir koyak.
Di sinilah kekuatan minda amat penting. Penerbangan saya banyak mengajar saya tiga perkara: pengurusan masa optimum, bersabar & kecekalan minda. Saya terus bangun. Mandi dengan air panas. Solat dua rakaat. Pakai baju travel. Kemas barang & bag. Ambil teksi. Check in. Boarding. Kena ikut flow kalau nak berjaya dalam kehidupan.
Insiden kedua berlaku di lounge di Istanbul. Penerbangan ke Munich pukul 3 pagi. Saya terlelap semasa transit. Bila terbangun, jam sudah menunjukkan pukul 2.35 pagi. Saya terus berlari sekuat mungkin ke pintu berlepas. Berpeluh2. Nama saya berkumandang di dalam airport. Famous. Nasib baik sempat.
Lebih teruk lagi bila ini semua berlaku di musim sejuk below zero. Ini berlaku di Almaty, Kazakhtan. Flight jam 4 pagi balik ke Dubai. Cuaca freezing. Mata mengantuk. (Foto bersama rakan2 dari Amanie).
MDB
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過5,700的網紅Joanna Ramdzan,也在其Youtube影片中提到,Here's a short video of my 19 hours transit in Istanbul. Thank God,Turkish Airline has a free tour! Tip : Be careful with the taxi scams! DISCLAIME...
turkish airline transit 在 Joanna Ramdzan Youtube 的精選貼文
Here's a short video of my 19 hours transit in Istanbul.
Thank God,Turkish Airline has a free tour!
Tip : Be careful with the taxi scams!
DISCLAIMER : THIS IS NOT A SPONSOR VIDEO!
Follow me at :
Instagram - https://www.instagram.com/jrmdzn/?hl=en
XX,
JR.