#BuffetRamadhan di Amansari Residence Resort - Official membawakan 'Iftar Bazar' yang menyediakan lebih dari 150 menu sepanjang Ramadhan.
Sis suka suasana tempat makannya, dia macam kita pi dewan majlis kahwin gitu, lapang, luas dan teratur. Menu-menunya juga bertukar setiap minggu dan warung-warung bazar akan penuh mengelilingi dewan. Kompom meriah nanti!.
Antara menu yang menjadi tumpuan adalah; Kambing Kuzi, Laksa Johor, Nasi Ayam Hainan, Hot Pizza, Aneka jenis Sup dan yang menarik perhatian Sis adalah 'Air Bodo'.. apa tu air bodo? Kenalah datang berbuka di sini ya 🤭
Pembelian 'early bird' sudah pun berlangsung, BUY 5 FREE 1! Sah pembelian dari 16/3 hingga 12/4/2021.
Walk-in juga boleh:
RM85nett Dewasa
RM40nett Kanak-kanak.
Untuk tempahan boleh hubungi:
+607 -381 7070 samb 811 (F&B Dept) samb 831 (Sales Dept).
Email: sa@amansarihotels.com
Pakej penginapan juga ada:
Hanya RM280 bilik Deluxe
Penginapan 2 hari 1 malam termasuk Buffet Ramadhan + Sahur untuk 2 orang.
Norma baharu, patuhi SOP!
IFTAR BAZAR RAMADHAN 2021
Grand Ballroom and Bazar Street
Amansari Residence Resort
Jalan Persiaran Seri Alam
Bandar Seri Alam
81750 Masai Johor
#iftarramadhan #menuberbukapuasa #amansarihotels #bukapuasa #jdtblogger #akusislin
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過12萬的網紅Fizo Omar,也在其Youtube影片中提到,Habis kita pusing Pantai Timur #traveldengandata Bersama @redonenetwork, kalini Abe Joe ke Selatan pulakkkk ekk. Johor Darul Takzim, JDT. Korang tahu ...
「tempat menarik di johor」的推薦目錄:
- 關於tempat menarik di johor 在 AKU Sis Lin Facebook 的精選貼文
- 關於tempat menarik di johor 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的最佳貼文
- 關於tempat menarik di johor 在 AKU Sis Lin Facebook 的精選貼文
- 關於tempat menarik di johor 在 Fizo Omar Youtube 的最讚貼文
- 關於tempat menarik di johor 在 Qim Anna Youtube 的最佳解答
- 關於tempat menarik di johor 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於tempat menarik di johor 在 Tempat menarik di Johor -... - Facebook 的評價
- 關於tempat menarik di johor 在 Tempat Menarik Di JOHOR - Pinterest 的評價
- 關於tempat menarik di johor 在 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI JOHOR BAHRU ... 的評價
tempat menarik di johor 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的最佳貼文
Orang JB kongsikan kat mana lagi tempat makan menarik kat JB ni ya?
tempat menarik di johor 在 AKU Sis Lin Facebook 的精選貼文
Ada yang sedang mencari tempat penginapan semasa Tahun Baru Cina? Ye laa kan tak boleh rentas negeri. Tapi korang jangan risau, korang boleh tempah GONG XI STAYCATION di Renaissance Johor Bahru Hotel bermula dari sekarang sehingga 13 Februari 2021 untuk penginapan 12 hingga 14 Februari 2021.
Bukan itu aja, mereka akan mengubah penginapan korang menjadi detik kenangan paling manis yang takkan korang lupakan.
Jangan lepaskan tawaran menarik ini dari RENmazing! Istimewanya penginapan korang termasuk makan malam Sempena meraikan Tahun Baru Cina untuk 2 orang. Bestkan?.
Juga korang diberikan kelonggaran waktu istimewa untuk Check-Out lewat sehingga jam 3 petang dan lain² servis/kemudahan istimewa untuk korang.
Jadi, apa tunggu lagi, buat tempahan sekarang dan nikmati #GongXiStaycationwithRenJB!
Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik di bit.ly/RenJB_GongXi
#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #cuticutimalaysia #visitjohor #chinesenewyear
tempat menarik di johor 在 Fizo Omar Youtube 的最讚貼文
Habis kita pusing Pantai Timur #traveldengandata Bersama @redonenetwork, kalini Abe Joe ke Selatan pulakkkk ekk. Johor Darul Takzim, JDT. Korang tahu tak di Johor ni sebenarnya banyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh dibuat. Memang tak cukup la wei nak bercuti sehari je di Johor ni.
Kalini Abe Joe bawak Kak Leha bunting a.k.a @faizdickie bercuti. Lepas gian bercuti guys. Terperap je di rumah sekali sekala pegi la bercuti. Tapi sekarang musim PKP. Kosabajapp, jangan keluar. Tapi korang kena put in the list la tempat yang Abe Joe pegi ni. Confirm best punya.. tak menyesal!
First, Abe Joe dan @faizdickie ke Desaru. Fulamak weiii, memang syokkk habis kitorang main air. Kembali ke zaman kanak-kanak riang. Macam macam aktiviti seasports di @lotusdesarubeachresort di Bandar Penawar dan jugak di Pengerang. Hotel dia tkyh cakap memang tiptop dengan fasiliti yang memang paduuuu.. kitorang sangat enjoy dengan view pantai gittew! Abe Joe akan repeat stay sini nanti…
Kalau korang ke Desaru tak sah kalau tak ke Desaru Fruit Farm @dffdesarucoast. Macam2 buahan tempatan ada wei. Lauk-lauk lunch pun berasaskan buah, memang rare! Lepastu Abe Joe jumpa member lama @faizdickie ni haaa, ke Taman Buaya. Beribu buaya ada kat @teluk_sengat_crocodile_world.
Next, Abe Joe ke Johor Bahru. Kat sini Abe Joe pilih utk stay di Holiday Inn @holidayinnjbcc. Hotel paling terbaru dan Abe Joe dan Faiz adalah orang terawal yang rasmi hotel ni, memang gempakkk wei kat sini. Sangat moden dan exclusive.
di JB ni tempat makan paling famous ialah di @suptulangzz. Setiap kali dtg JB mmg tkkan missed dtg restoran ni. sup yg kaw memang menjilat jari...
Siapa-siapa sini yang nak menang smartphone secara PERCUMA?! Ha… Abe Joe nak kasi kat korang 10 unit dekat korang semua… cara dia mudah jer korang just pergi ig @redonenetwork, follow mereka dan jawab soalan berserta slogan ( redONE best kerana….) tu jer mudah kan?. Good luck korang! Link utk jawab soalan : https://bit.ly/KuizEpisod4
Byk lagi episod #kesanakesini bersama @redonenetwork, korang stay tuned tau byk lagi tmpt menarik yg akan Abe Joe share dgn korang semua hanya di Youtube Fizo Omar Channel, pada jam 11 pagi (setiap Khamis)…
Production: Fizo Omar Channel Sdn. Bhd
Produce by: Fizo Omar Creative
Supported by: redONE Netwrok Sdn. Bhd
#kesanakesini
#redonenetwork
#traveldengandata
#redonememangbest
#rangkaianterluas
#visitjohor
#johordarultakzim
#jdt
#faizdickie
tempat menarik di johor 在 Qim Anna Youtube 的最佳解答
JOJO Rakit terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor. Ia betul-betul menghadap ke Pulau Tanjung Surat, Tanjung Langsat dan Pasir Gudang. Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, tidak perlu risau. Ia terletak berdekatan dengan Teluk Sengat dan jaraknya hanya kira-kira 12 kilometer sahaja dari Bandar Kota Tinggi dan 30 kilometer dari Bandar Penawar, Desaru.
Jojo Rakit ini telah diilhamkan daripada apungan 200 tong pelampung dan ia mampu menampung antara 80 hingga 200 orang pengunjung pada satu masa. Sebelum terciptanya rumah rakit ini, tempat ini terlebih dahulu diketengahkan sebagai restoran atas air sebelum dinaik taraf menjadi chalet.
Atas sambutan yang begitu menggalakkan, ia kemudiannya telah mengalami proses ubahsuai sehingga menjadi sebuah rumah rakit yang serba lengkap dan begitu selesa untuk dijadikan tempat istirehat buat seisi keluarga.
SPOT MEMANCING+PERCUTIAN
Rumah rakit yang berkonsepkan inap desa atau homestay atas air ini pastinya akan menjadikan pengalaman percutian yang amat bermakna terutama bagi kaki-kaki pancing.
Apa tidaknya, apabila bilik yang anda diami dikelilingi air, pastinya begitu mudah sahaja untuk anda melepaskan gian di sini.
Tambahan pula, kedudukannya yang strategik dan dikelilingi pokok bakau pastinya menjadikan Jojo Rakit ini sebagai ‘highway’ ikan mudik ke muara apabila air mulai pasang.
Jadi tidak hairanlah kawasan ini didiami oleh spesies-spesies berharga seperti, kerapu, siakap, jenahak, senangin, semilang dan pelbagai lagi. Sepanjang kunjungan penulis ke sini, pelbagai jenis ikan berjaya kami daratkan di sini. Tidak menang tangan juga apabila kami dihujani oleh sekumpulan ikan cencaru yang galak menyambar mata kail apollo yang kami hidangkan pada waktu petang.
Namun, bagi mereka yang inginkan aktiviti memancing yang lebih thrill, Jojo Rakit juga turut menyediakan khidmat sewaan bot dengan kadar bayaran RM180 hingga RM200 bergantung kepada jenis dan muatan bot.
KEMUDAHAN
Menurut pihak pengurusan Jojo Rakit, di sini terdapat 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz bilik yang tertentu iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120 (dilengkapi air-cond), sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.
Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen. Malah, pengunjung boleh menonton rancangan daripada saluran Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan jelas.
Selain bilik, Jojo Rakit turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dapur, tempat untuk BBQ, ruang istirehat, mini playground untuk kanak-kanak, dan tempat untuk berkaraoke. Selain itu, bergantung kepada permintaan, para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berkayak, dan pelbagai pengalaman menarik berkaitan aktiviti nelayan seperti menjaring, menjala, merawai dan pelbagai lagi.
PENGALAMAN BERHARGA, KESERONOKAN BERGANDA
Apa yang dapat penulis simpulkan, Jojo Rakit pastinya perlu menjadi lokasi yang harus dicuba oleh kaki pancing serata Malaysia. Dalam keasyikan memancing bersama rakan-rakan, apa salahnya bawa keluarga anda pula untuk merasai sendiri pengalaman riadah sambil memancing yang sudah tentunya dapat mengeratkan lagi hubungan anda seisi keluarga.
Song : Zee Avi Book of Morri Johnson
tempat menarik di johor 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Mee Bandung merupakan makanan yang berasal dari daerah Muar di negeri Johor. Bandung membawa maksud berkembar atau berpasangan, dalam hal ini Mee Bandung merupakan sejenis hidangan yang menggabungkan mee dan telur.
Hidangan ini sudah pun terkenal diseluruh Malaysia tetapi ramai yang masih mengganggap bahawa Muar adalah tempat terbaik untuk merasai kenikmatan Mee Bandung yang asli.
Kru Destinasi TV singgah ke Restoran Murtabak Tanah Melayu yang terletak bersebelahan dengan Kilang ST untuk merasai Mee Bandung asli Muar.
Saksikan Rhys William menjamu Mee Bandung Muar asli dalam siri Mat Salleh Cari Makan musim ketiga.
Nak tahu apa reaksi dan komen Rhys William? Jangan lupa tonton video ini.
#matsallehcarimakan #meebandungmuar
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
tempat menarik di johor 在 Tempat Menarik Di JOHOR - Pinterest 的美食出口停車場
2020 Mar 5 - Jom tengok Tempat Menarik Di JOHOR! Rugi besar kalau tak tahu tempat - tempat yang best ni di Johor pada tahun 2019. ... <看更多>
tempat menarik di johor 在 TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI JOHOR BAHRU ... 的美食出口停車場
TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI JOHOR BAHRU (PALING BEST, MURAH DAN SEDAP) DATANG JB WAJIB KE SINI! VIRAL OH VIRAL CHANNEL. ... <看更多>
tempat menarik di johor 在 Tempat menarik di Johor -... - Facebook 的美食出口停車場
10 Tempat Menarik di Johor Diantara tempat menarik untuk bawa keluarga dan anak - anak bercuti di Johor. Next time, admin akan share lagi tempat -... ... <看更多>