MASYAALLAH
Penyejuk mata,penenang hati <3 <3 <3
Surah al-Furqan 71-75
Kredit: muzammilhb
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「surah penenang hati」的推薦目錄:
- 關於surah penenang hati 在 Himpunan Nasihat Ustaz Facebook 的最佳貼文
- 關於surah penenang hati 在 Pai Syahira Facebook 的最佳解答
- 關於surah penenang hati 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於surah penenang hati 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於surah penenang hati 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於surah penenang hati 在 Zikir penenang hati - עוד של Popia Sambal - Facebook 的評價
surah penenang hati 在 Pai Syahira Facebook 的最佳解答
• MACAM-MACAM SIHIR DAN PENGOBATANNYA 2k3g2 (1)
• Othman b. Hamzah
• 1- Sihir perceraian
• Ta’rif: iaitu sihir untuk menceraikan hubungan antara suami isteri atau untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua orang sahabat.
• Bentuknya meliputi:
• 1- pemutusan hubungan antara seseorang dengan ibunya.
• 2- pemutusan hubungan antara seseorang dengan bapanya.
• 3- antara sesorang dengan temannya.
• 4- antara seseorang dengan rakan kongsinya.
• 5-antara seorang suami dengan isterinya.
• Tanda-tanda sihir perceraian
• 1- berubah secara mendadak, dari cinta menjadi benci.
• 2- banyak terjadi saling meragukan antara keduanya.
• 3- Orang yang kena sihir akan membenci tempat tinggal pihak lain, misalnya isteri melihat suami di luar rumah dalam keadaan baik, tetapi ketika masuk rumah dia merasa tidak betah.
• Cara Pengobatan
tahap pertama
• 1- bersihkanlah rumah pesakit dari berbagai macam gambar / foto makhluk bernyawa.
• 2- Keluarkan azimat-azimat atau tangkal-tangkal lainnya yang ada dalam rumah tersebut.
• 3- Jauhkan dari lagu-lagu atau muzik.
• 4- Memberikan pelajaran tentang akidah kepada pesakit dan keluarganya, sehingga hati mereka tidak bergantung kepada selain Allah.
• 5- kemudian menguji keadaan, iaitu dengan mengajukan beberapa pertanyaan kepada pesakit untuk mengetahui gejala yang ada, misalnya:
• “Apakah kadang-kadang kamu melihat isterimu dalam wajah yang buruk?”
• “Apakah terjadi perselisihan antara kamu dalam perkara yang remeh?”
• “Apakah kamu merasa lega berada di luar rumah daripada tinggal di dalam rumah?”
• “Apakah kamu merasa cemas dalam tidurnya atau mimpi yang menakutkan?” Dan seterusnya.
• 6- Berwudhuklah sebelum mula merawat dan perintahkanlah wudhuk kepada orang yang ada bersama.
• 7- Jika pesakit itu wanita, janganlah mulai merawat sehingga pastikan telah menutup auratnya agar tidak terbuka pada saat merawat.
• 8- jangan masukkan orang yang bukan mahramnya.
• 9- bacalah لاحَوْلَ وَلا قـُوَّة َإلاَّ بـِاللهِ dan mintalah pertolongan Allah.
• Tahap kedua
• Letakkanlah tangan di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah atau ayat-ayat Al Quran.
• Setelah membaca kan ruqyah, maka terjadilah 3 keadaan:
• Keadaan pertama: Jin yang merasuk berbicara melalui lidah pesakit. Apa yang dikatakan jangan dipercayai bulat-bulat.
• Jika Jin itu memberitahu tempat-tempat sihir dan anda telah keluarkan sihir tersebut, maka bacalah ayat-ayat pembatal sihir di atas mangkuk berisi air.
• Ketika membaca ayat-ayat tersebut kenakanlah udara yang keluar bersama bacaan Al Quran pada airnya.
• Kemudian larutkanlah sihir tersebut di air yang sudah dibacakan ruqyah tersebut, baik berupa kertas atau wangi-wangian atau benda lainnya, kemudian buanglah air tersebut ke tempat yang jauh dari tempat laluan orang.
• Keadaan kedua: Jika pada waktu dibacakan ruqyah, merasa pening, gementar, memberontak tetapi jin tidak bercakap, maka ulangilah membaca ruqyah 3 kali.
• Lakukan selama 3 hari, 7 hari, atau sembilan hari. Insya Allah, ia akan sembuh.
• Selama dalam tahap kedua ini:
• 1- rakamlah surah As Safaat satu kali dan ayat kursi berulang-ulang di dalam sebuah kaset untuk didengarkan 3 kali dalam sehari.
• 2- Menjaga solat dengan berjamaah.
• 3- Setiap setelah selesai solat subuh membaca doa di bawah ini sebanyak 100 kali selama satu bulan.
• لا إلـَهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لـَهُ الـْمُلـْكُ وَلـَهُ الْحَمْدُ وَهـُوَ عَلَى كـُلِّ شَيْءٍ قـَدِيْرٌ
• Kadaan ketiga: Sipesakit tidak merasakan apa-apa ketika dibacakan ruqyah. Dalam keadaan ini, tanyakanlah kepadanya symptom-symptom sihir perceraian sekali lagi.
• Jika perawat tidak menemui symptomnya, maka ia bukan orang yang terkena sihir dan juga tidak sakit.
• Perawat boleh melihatnya sekali lagi dengan membacakan ruqyah lagi sebanyak 3 kali, jika ada symptomnya.
• Dan ketika perawat membacakan ruqyah berkali-kali dia tetap tidak merasakan sesuatu hal, maka lakukan perkara berikut:
• 1- rakamkan surah Yaasiin, surah ad Dukhan dan surah Jin di dalam kaset dan perdengarkanlah kepadanya 3 kali setiap hari.
• 2- Memperbanyakkan istighfar 100 kali atau lebih dalam setiap hari.
• 3- Memperbanyakkan membaca
• (لاحول ولا قوة إلا بالله ) 100 kali atau lebih setiap hari. Semua itu dilakukan selama satu bulan.
• Tahap ketiga: Apabila Allah berikan kesihatan melalui usaha anda, jangan sombong dan pujilah Allah.
• Berikan bimbingan kepadanya seperti berikut:
• 1- Usahakan menjaga solat 5 waktu.
• 2- jauhkan mendengar lagu-lagu atau muzik.
• 3- hendaklah berwudhu’ sebelum tidur dan membaca ayat kursi.
• 4- Membaca Basmalah setiap memulai sesuatu.
• 5- Setiap selesai solat subuh bacalah zikir ini:
• لا إلـَهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لـَهُ الـْمُلـْكُ وَلـَهُ الْحَمْدُ وَهـُوَ عَلَى كـُلِّ شَيْءٍ قـَدِيْرٌ
• 6- Setiap hari jangan sampai sepi dari bacaan Al Quran, atau sepi dari mendengarkannya.
• Bergaullah dengan orang-orang solih.
• Selalu menjaga zikir-zikir pada waktu pagi dan petang.
• 2- Sihir Mahabbah (guna-guna)
• Mengenai guna-guna ini Rasulullah bersabda: “sesungguhnya jampi, azimat, tangkal dan guna-guna adalah syirik”.
• Disamping itu nabi juga bersabda:
• (لا بَأسَ بِالرُّقـَى مَا لـَمْ تـَكـُنْ شِرْكـًا)
• “Tidaklah mengapa berubat dengan roqyah selagi tidak mengandungi kesyirikan”
• Symptom sihir mahabbah
• 1- Asmara dan cinta yang sangat berlebihan.
• 2- Tidak dapat menahan rasa cintanya.
• 3- Mabuk kepayang untuk melihatnya.
• 4- Keinginan yang sangat besar untuk melakukan hubungan seksual.
• 5- Selalui mematuhi apa yang diperintahkannya.
• Cara tukang sihir melakukan sihir mahabbah
• Biasanya tukang sihir meminta dari pelanggannya bekas pakaian suaminya (korban) yang mengandungi bau peluh, kemudian diambil beberapa benangnya lalu dihembus dan dibuat buhul-buhul sihir padanya. Kemudian diperintahkan agar benang sihir tersebut ditanam di tempat jauh atau dikerjakan sihir di dalam air atau dimakan.
• Sihir yang paling dahsyat ialah sihir yang dibuat di dalam benda najis terutama darah haid dan kemudian diletakkan pada makanan, minuman atau minyak wangi suami.
• Cara pengubatannya
• 1- Bacakan kepada pesakit ayat ruqyah.
• 2- Biasanya yang kena sihir mahabbah jin tidak menzahir, tetapi hanya merasa ngilu ujung jemarinya, pening kepala, sesak dada atau sakit berat dilambung terutama jika telah minum air sihir bahkan akan muntah.
• 3- jika si pesakit merasakan sakit dilambung atau ingin muntah, bacakan ayat pembatal sihir dalam air dan perintahkan agar meminum sebahagian dihadapan perawat. Jika ia memuntahkan sesuatu berwarna kuning, merah, atau hitam maka bererti telah hilang sihirnya.
• 3- Sihir menipu penglihatan
Symptos
• Melihat benda diam (tidak bergerak) seolah-olah bergerak dan begitulah sebaliknya.
• Melihat sesuatu yang kecil menjadi besar, dan begitulah sebaliknya.
• Melihat sesuatu yang tidak sebenarnya, menjadi sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat ular yang bergerak.
• Bagaimana terjadinya sihir hipnotis
• Tukang sihir mengucapkan sesuatu ucapan yang dimengerti, kemudian mengucapkan mentera-mentera syirik dan azimat-azimat kekafiran untuk meminta bantuan syaiton sehingga orang melihat sesuatu barang tersebut tidak sebagaimana sebenarnya.
• Cara pengubatan.
• Seseorang yang ingin menyingkirkan sihir hipnotis, hendaklah terlebih dahulu dalam keadaan suci.
• Langkah-langkah untuk menghilangkan sihir hipnotis ini adalah seperti berikut:
• 1- Mengumandangkan azan.
• 2- Membaca ayat kursi.
• 3- Berzikir dan berdoa untuk mengusir syaiton.
• 4- Membaca Basmalah.
• 4- Sihir gila
symptom-symptomnya
• 1- Percakapannya tidak terarah.
• 2- Matanya meloyot.
• 3- Tidak merasa tenang berada di suatu tempat.
• 4- Tidak boleh meneruskan pekerjaan tertentu.
• 5- Tidak memperhatikan penampilannya.
• 6- Selalu berjalan kesana kemari tanpa tujuan, dan terkadang tidur ditempat-tempat sunyi.
• Bagaimana berlakunya sihir gila
• Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk ke dalam jasad orang yang disihir dan berpusat di otaknya. Kemudian menekan sel-sel otak .
• Cara merawatnya
• 1- Dibacakan ayat ruqyah.
• 2- Atau rakamlah beberapa surah dari Aql Quran, kemudian didengarkan kepada pesakit 3 kali setiap hari selama sebulan penuh.
• Surah-surah itu ialah: Al Baqarah,Hud, Al Hijr, As Saaffat, Qaf, Ar Rahman, Al Mulk, Al Jin, Al A’la, Az Zalzalah, Al Humazah, Al Kafirun, Al Falaq,dan An Nas.
• 5-Sihir lesu
Symptom-symptomnya:
• a-Suka menyendiri.
• b-Menutup diri sepenuhnya.
• c-Berdiam terus menerus.
• d-Tidak suka dengan berbagai pertemuan bersama temannya.
• e-Pikirannya kacau dan tak menentu ucapannya.
• f- Selalu pening.
• g-Dan selalu santai, lesu.
• Bagaimana berlakunya sihir lesu
• Tukang sihir mengutuskan jin kepada seseorang yang diinginkan, dan jin jahat itu diperintahkan masuk ke dalam otaknya serta membuatnya mengasingkan diri.
• Kemudian jin tersebut bekerja sehingga muncullah symptom tersebut pada yang kena sihir.
• Cara merawatnya
• 1-Bacakan ayat-ayat ruqyah.
• 2- jika jin menzahir, perintahkanlah ia dan atau laranglah ia dari mengganggu orang tersebut.
• 3-Jika setelah dibacakan ruqyah, jin tidak zahir bercakap, rakamkan surah tertentu untuk diperdengarkan kepadanya pagi dan menjelang tidur, dilakukan selama 45 hari.
• Surah-surah yang dirakam ialah:
• Al Fatihah, Al Baqarah, Aali ‘Imran, Yaasiin, Ash Shaaffaat, Ad Dukhan, Az zariyat, Al Hasyar, Al Ma’arij, Al Ghosiyah, Az Zalzalah, Al Qari’at dan Al Mu’awwidzaat.
• 4- Semasa rawatan pesakit dilarang minum pil-pil penenang.
• 5- Jika pesakit merasa sakit dilambung, maka bacakan ayat-ayat ruqyah di air, kemudian airnya disuruh minum selama masih merasakan sakit dalam lambung.
• 6- sihir suara panggilan
symptom-symptomnya:
• 1- Seseorang itu sering mimpi menyeramkan atau menakutkan.
• 2- Ia bermimpi seolah-olah ada orang yang memanggilnya.
• 3- Mendengar suara orang berbicara dalam keadaan terjaga, tapi tidak melihat orang yang berbicara.
• 4- Selalu was-was.
• 5- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
• 6- Mimpi melihat binatang yang mengejarnya.
• Bagaimana berlakunya
• Tukang dsihir mengutuskan jin jahat (syaiton) kepada orang yang disihir pada waktu tidur atau terjaga.
• kemudian jin menampakkan diri dalam tidurnya dengan berupa berbagai macam binatang buas yang menerkamnya.
• Atau memanggilnya dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suara-suara aneh pada waktu dia terjaga.
• Gejala-gejala ini berdasarkan lemah dan kuatnya jin yang merasuk,. Kadang-kadang bertambah sampai menjadikannya gila dan kadang-kadang melemah hanya berupa was-was sahaja.
• Cara merawatnya
• 1- Bacakan ayat-yat ruqyah.
• 2- Jika jin bersuara, perintahkannya keluar dan tidak mengganggunya.
• 3- Jika jin tidak bercakap, maka berilah amalan-amalan berikut:
• a- Suruhlah wudhu’ dan sebelum tidur suruhlah membaca ayat kursi.
• b- himpunkan kedua telapak tangannya, dan bacalah surah al Mu’awwidzat dan tiupkan ke dalam ke dua tapak tangannya lalu usapkanlah ke jasadnya 3 kali sebelum tidur.
• c- Membaca surah As Shaaffat pada waktu pagi dan surah ad Dukhan sebelum tidur atau mendengarkannya.
• d- Setiap pagi dan petang bacalah doa di bawah ini 7 kali.
• حَسْبـِيَ اللهُ لاَإلـَهَ إلاَّ هُوَ عَلـَيْهِ تـَوَكـَّلـْتُ وَهُوَ رَبُّ الـْعَرْشِ الـْعَظِيْمِ
• “Cukuplah Allah bagiku sebagai penolongku, Tidak ada Tuhan kecuali Dia, kepadaNya aku berserah diri dan Dia adalah Tuhan Penguasa ‘Arasy lagi Maha Agung”
• e- Membaca dua ayat terakhir dari surah Al Baqarah sebelum tidur.
• f- Dan membaca doa sebelum tidur iaitu:
• بـِسْمِ اللهِ وَضَعْتُ جَنْبِيْ، اللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذَنْبِيْ وَأَخْشِئْ شَيْطَانِيْ وَفَكَّ رَهَانِيْ وَاجْعَلْنِيْ فِي النَّدِيِّ الْأعْلـَى
• “Dengan nama Allah aku letakkan lambungku, Ya Allah ampunilah dosaku, usirlah syaitonku, bebaskanlah tawananku, dan jadikanlah aku di dalam himpunan orang-orang yang mulia”
• g- Rakamlah surah Fussilat dan surah al Jin dan dengarkanlah selama 3 kali sehari. Semuanya dilakukan selama sebulan penuh.
(untuk menjadi perawat ilmu ini perlu berguru)
surah penenang hati 在 Zikir penenang hati - עוד של Popia Sambal - Facebook 的美食出口停車場
Zikir penenang hati. Semoga kita semua dirahmati Allah di bulan yang mulia ini. Amin. Surawan Suardi ו-עוד 12K אחרים. 258,336 צפיות · 12,250 · 1,057. ... <看更多>