Tips Urus Masa:
1. Jadikan solat 5 waktu sebagai jadual hidup kita. Maksudnya, jika mahu belajar punctual dalam setiap perkara. Belajarlah untuk solat awal.
2. Minta pada Allah, "Ya Allah jadikan saya orang yang pandai mengurus masa atas tujuan untuk beribadah padaMu."
3. Masa 24 jam dibahagikan kepada 3 bahagian. Setiap 1 bahagian ada 8 jam. Tulis dan uruskan setiap 3 bahagian itu sebaiknya.
4. Setiap detik, setiap saat adalah rezeki. Accident berlaku beberapa detik saja. Orang lumba lari menang hanya kerana cepat sesaat. Belajarlah hargai setiap masa yang Allah bagi.
5. Buat jadual. Ini memang cara lama, tapi masih boleh dipakai lagi. Saya upgradekan lagi dengan letak masa Dhuha, Tahajud, Taubat sekali. Jadikan ia sebahagian rutin seharian dalam jadual masa kita.
6. Berkawanlah dengan orang yang sharp, tepat masanya. Sangat teliti tentang masa. Selalunya orang begini amat berkira. Tak apa, ia akan memaksa kita menjadi produktif.
7. Peluang besar dalam hidup ini bukan datang sekali. Peluang datang setiap saat. Masa itu menentukan siapa diri kita. Kalau dalam solat kita terabur, di luar solat pun kita terabur.
8. Bahagikan masa kita ikut prioriti. Sebagai contoh, pagi hingga petang adalah waktu kerja. Lepas maghrib, masa untuk luangkan masa dengan family dan sebahagian sedikit dari malam, masa untuk Allah. (Private sesi, Tahajud seumpamanya.)
Seperti Umar Al Khattab, waktu siangnya adalah waktu untuk kerjanya dan malamnya untuk Allah.
Selain dari menjaga masa solat 5 waktu, lebihkan sikit lagi masa untuk Allah. Iaitu kerjakan amalan-amalan sunat.
9. Jangan menunggu masa lapang, carilah masa lapang. Sesibuk mana pun, pastikan kita ada masa untuk hiburkan kita sendiri, atau masa menenangkan fikiran, bercuti, berehat dan seumpamanya.
10. Beli Ipone pun tapi tak sempat bergambar dengan mak ayah, pun tak boleh juga. Kita mahu keberkatan masa. Ziarahlah emak ayah kita. Berkat itu penting.
11. Kadang kadang kita rasa macam cepat saja masa berlalu. Mungkin betul juga, sebab sibuk dan lain-lain. Saranan saya, kalau boleh buat perkara yang penting saja. Perkara yang urgent, yang kita boleh bagi orang lain tolong buat.
Bagi mereka buat. Hire staff. Itu sudah menjimatkan masa kita berjam-jam. Pandai membahagikan tugas seharian. Delegate.
Boleh menggunakan OPT. Iaitu, "Other People Time". Menjimatkan masa dia dengan bagi kerja pada orang yang buat kerja yang dia patut buat.
Cuma pastikan, ada situasi menang-menang diantara satu sama lain. Adil.
12. Orang kata," Time is money", ubah sikit "Time is ibadah". Bila kita niat setiap masa kita atas tujuan untuk ibadah, menarik perhatian Allah. InshaAllah segala kerja keras kita akan dihargai dan dibalas Allah sebesar-besar ganjaran.
13. Saya menulis nota ini ketika menunggu lrt. Ambil kesempatan. Itu kuncinya untuk full-out menggunakan masa yang ada. Jangan lepaskan masa begitu saja. Jika sedang menunggu, di dalam lrt. Ambil masa itu untuk upgrade amalan kita.
Hafaz Quran ke, baca buku ke, menulis nota ringkas ke, dengar ceramah ke. Apa saja. Ambil kesempatan itu.
14. Banyak masa juga tidak semestinya tanda masa itu berkualiti. Tengok wayang 2 jam. Boleh saja, tapi bila suami atau isteri ajak bercakap walaupun mungkin sempat 10 minit sahaja. Jadikan itu 10 minit paling mesra. Paling berkualiti.
15. Masa dengan dunia kita sudah terlalu banyak rasanya kan? Luangkanlah masa kita untuk belajar agama. Masa yang Allah bagi pada kita bukan semata hanya untuk kejar duit.
Ambillah masa untuk bawa keluarga kenal Allah. Bawa ke masjid. Baca kitab Fadhilat amal. Baca Kisah Para Sahabat.
Siapa bagi masa untuk Allah, Allah akan bagi seluruh masa di dunia untuknya. Silakan share. Semoga bermanfaat.
Kredit : Surya Sufei
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「solat dhuha ringkas」的推薦目錄:
- 關於solat dhuha ringkas 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於solat dhuha ringkas 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於solat dhuha ringkas 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於solat dhuha ringkas 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於solat dhuha ringkas 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於solat dhuha ringkas 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
solat dhuha ringkas 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
Seusai kuliah dhuha di Shah Alam, kami bergegas ke Sg Besi untuk bertemu dengan seorang asatizah senior. Kehadiran kami disambut dengan senyuman dan pelukan oleh beliau.
Bayangkan pada usia 71 tahun, beliau mampu memberikan antara 3-4 kuliah setiap hari di lokasi yang berbeza dari kuliah Subuh, Dhuha, Zohor & Maghrib! Malahan beliau juga perlu menyiapkan nota untuk setiap kelasnya.
Anda terpegun? Belum selesai lagi. Malahan beliau juga aktif menulis buku dan beliau telah selesai mengarang kitab tafsir sebanyak 14 juz!!! Beliau juga menjaga solat fardhu berjemaah di masjid atau surau. Kami bertanya apakah rahsia beliau mampu memiliki stamina untuk memandu serta memberikan 3-4 kuliah setiap hari serta menulis nota untuk setiap kelas, dia menjawab ringkas itu semua nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala.
Kami merasa malu mendengar kepadatan jadual dan usaha beliau dalam menyebarkan ilmu pada usia 71 tahun. Sedangkan ramai yang berusia 20an & 30an mudah mengadu penat walaupun jadual tidak sepadat beliau.
Apakah alasan kita yang muda jikalau Dr. Ustaz Abdullah Yasin yang berusia 71 tahun boleh dan mampu melakukannya? Semoga Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kesihatan yang baik dan pelihara serta panjangkan umur Dr. Ustaz Abdullah Yasin untuk terus mendidik umat Islam. Allahumma Ameen.
solat dhuha ringkas 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU DZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.