你知道....為什麼要過聖誕節🎄嗎?今天是聖誕老公公原型的主教聖尼古拉斯的忌日呢....
聖誕節到底是誰的生日?
首先,大家很常誤會,聖誕節是慶祝聖誕老公公的生日。不對!你說,是慶祝耶穌基督的生日,根據聖經的考據,耶穌出生的月份應該是在四月左右。現在12月25日,其實是羅馬人所信仰太陽神(Sol Invictus)的生日,因為「基督是我們的新太陽」,就突然成為了「聖誕節」。
聖誕老公公是荷蘭🇳🇱教會主教
聖誕老公公的前身,是教會的主教聖尼古拉斯(Sinterklaas),荷蘭人以12 月 6 日為「聖尼古拉斯節」(這還不是生日,是忌日)。大家在這一天會模仿他的善行,送禮物,後來跟聖誕節合流,變成「要送禮物」類似購物節的大型商業造勢活動。
其實✝️基督徒週週在紀念
耶穌降生以後的頭300年,都是按耶穌吩咐擘餅記念他。而到了第400年後,大家覺得慶祝主耶穌生日也不錯,就訂了個日子,中間還換了幾次。
我們不是一年一度儀式化的慶祝耶穌降生,而是每一週守主日記念他的死與復活,時時經歷他活在每個基督徒的靈裡。羅馬書14章5節:「有人看這日比那日強;有人看日日都是一樣。只是各人心裏要意見堅定。」
平安夜🎅要真平安
對不是基督徒的人而言,聖誕節的由來根本不重要,現代人看重的,是社會營造出那浪漫、溫馨,甚至商業氣息濃厚的氛圍。
根據美國的統計數據,每年聖誕假期,有數百人因醉酒、吸毒等因素,在交通事故中喪生,被列為一年當中最危險的假期之一,所謂「平安夜」,變得一點都不平安。
#藝之星教會 #回家 #福音 #聖誕節 #耶穌 #基督
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅howtindog,也在其Youtube影片中提到,最新消息請到 http://www.howtindog.com 或訂閱 http://facebook.com/howtindogs 特別嗚謝: queenie 同 anson 本"基督解密"...
「sol invictus」的推薦目錄:
sol invictus 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Santa Claus Tidak Kenal Rusa Terbang & Kereta Salji?
Santa Claus adalah satu watak yang sangat terkenal di dalam perayaan Krismas. Watak ini diambil dari seorang tokoh agama Kristian iaitu Saint Nicholas (270-343 M) yang merupakan seorang Bishop Kristian dari Myra (Lycia, Turki hari ini) di abad ke 4 M di bawah kerajaan Rom.[1]
Beliau dikenali sebagai seorang yang bermurah hari dan gemar membantu orang. Setelah beliau meninggal pada 6 Disember 343, kisah tentang kebaikkannya itu tersebar di seluruh dunia Kristian dan ia mulai disebut sehingga ulang tahun kematiannya itu sentiasa dirai oleh masyarakat Kristian Barat dan Timur.
Perayaan mengingati beliau itu dikenali sebagai Saint Nicholas Day yang dirayakan pada 5/6 Disember oleh masyarakat Kristian Barat dan 19 Disember oleh masyarakat Kristian Timur.[2] Pada abad 13 M, sejarah ketokohan St Nicholas mula dikenali di Belanda dan beliau dikenali sebagai sebutan Sinterklass.
Perayaan Saint Nicholas Day ini telah berlaku kombinasi dengan perayaan Krismas pada 25 Disember memandangkan jarak tarikh kedua sambutan itu tidak jauh. Sehingga apabila berlaku Krismas maka watak Santa Claus tidak dapat dipisahkan. Akan tetapi watak Santa Claus pada zaman awal tidak dikenali seperti bentuk hari ini. Wataknya yang berpakaian serba merah, menaiki rusa terbang dan memberi hadiah ke dalam stokin itu merupakan penokok tambah oleh zaman terkemudian. Ia berpunca dari beberapa faktor:
1) Imej memberi hadiah ke dalam stokin: John Pintard yang merupakan pengasas kepada New York Historical Society merupakan individu penting dalam mempromosikan watak Santa Claus memberi hadiah ke dalam stokin. Pada hari Saint Nicholas Day pada tahun 1810, Alexander Anderson iaitu kerabat John Pintard telah melukis watak St. Nicholas meletakkan hadiah ke dalam stokin kaki kanak-kanak yang tergantung rapi. Ia seolah-oleh menggambarkan bagaimana St Nicholas membantu setiap orang. Hasil dari lukisan tersebut maka tersebar gambaran Santa Claus memberi hadiah ke dalam stokin ke dalam filem dan lukisan.
2) Imej menaiki kereta salji dan rusa terbang: Pada tahun 1822 terdapat seseorang yang penulis bernama Clement Moore menulis sebuah buku cerita bertajuk The Night Before Chirstmas dan di dalam buku tersebut beliau menambahkan beberapa elemen kisah dongeng dari Jerman dan Norway. Ia mengambarkan Santa Claus seorang dewa yang memiliki kelebihan yang istimewa. Dalam buku tersebut menambah konsep Santa Kalus menaiki kereta salji yang ditarik oleh lapan ekor rusa terbang, yang digunakan Santa untuk mengantar hadiah yang dimasukkan ke dalam stokin kaki kanak-kanak.
3) Imej berbaju merah dan putih: Baju Santa Claus yang disinonimkan dengan warna merah adalah disebabkan faktor komersial produk antaranya jenama gula-gula Sugar Plums di Amerika Syarikat pada tahun 1868 menunjukkan Santa Claus memakai baju merah. Setelah itu, imej Santa Claus disinonimkan warna merah putih adalah hasil promosi besar-besaran dari Coca-Cola pada tahun 1931 iaitu sebuah lukisan oleh Haddon Sundblom mengambarkan Santa Claus memakai baju merah dan putih seperti yang terkenal pada hari ini.[3]
Selain dari Santa Claus, pokok Krismas juga adalah simbolik yang sinonim dengan perayaan tersebut. Pokok Krismas yang biasa digunakan untuk perayaan ini adalah terdiri dari jenis pohon cemara. Sejarah menghias pokok cemara ini ia bermula dari Martin Luther dari Jerman yang merupakan reformis Protestan di dalam agama Kristian pada abad ke 16 M.
Dikisahkan pada suatu malam saat Martin Luther sedang berjalan-jalan di hutan. Dia kagum dengan keindahan gemerlap bintang di langit yang sinarnya menembusi celah-celah pohon cemara tersebut. Lalu Martin Luther menebang sebuah pohon cemara kecil dan membawanya pulang ke rumah. Untuk menciptakan gemerlap bintang seperti yang dilihatnya di hutan, Martin Luther memasang lilin-lilin pada setiap dahan pohon cemara tersebut.[4] Dari tradisi ini bermulanya konsep menghias pohon cemara dan dibuat pada perayaan Krismas.
Menghiasi pokok Krismas pada malam Krismas ini masih lagi menjadi perdebatan di kalangan masyarakat Kristian sendiri. Ada yang menolak berdasarkan ia bukan ajaran di dalam Bible. Malah ada pandangan yang menolak mengatakan ia adalah pengaruh dari ajaran paganisme iaitu dari perayaan Saturnalia yang dirayakan oleh masyarakat Rom pada suatu ketika dahulu. Masyarakat Rom akan menghias pokok dengan mengantung topeng-topeng kecil sempena hari kelahiran dewa Sol Invictus pada 25 Disember.
Kesimpulan
Hasil dari pengaruh ini menyebabkan wujudnya bentuk amalan yang disandarkan kepada agama yang akhirnya amalan tersebut menjadi perbahasan dikalangan ilmuan Kristian sendiri. Contoh terdekat adalah perayaan Krismas pada 25 Disember itu sendiri menjadi perdebatan.
Selain itu, watak Santa Claus juga dibayangi dengan imaginasi oleh orang terkemudian dengan menokok tambah rusa terbang bersama kereta salji dan imej berpakian serba merah. Penokok tambah itu berlaku secara bertahap sehingga ia menjadi imej yang penting di dalam perayaan Krismas.
Kini dapat dilihat, antara promosi mereka adalah dengan mengenakan pakaian seperti Santa Claus, pemakaian topi Santa Claus dan tanduk rusa sebagainya itu merupakan imej pemakaian orang Kristian bagi menyambut Krismas. Walaupun ia bukan suatu bentuk ajaran di dalam agama Kristian tetapi ia sudah membentuk suatu imej dan identiti khusus bagi penganut agama Kristian bagi sambutan Krismas.
Nota kaki:
_____________________
[1] Lihat Lloyd, John Mitchinson (2008). The book of general ignorance (Noticeably stouter edition). Faber and Faber, hlm 318.
[2] Lihat Carus, Louise (2002). The Real St. Nicholas. Quest Books, Illinois, USA, hlm 2
[3] Lihat laman web Coca-Cola, 5 Things You Never Knew About Santa Claus and Coca-Cola artikel 1 Januari 2012 - www.coca-colacompany.com
[4] Lihat laman web History, History of Christmas Trees, artikel 27 Oktober 2009 - www.history.com
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
sol invictus 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Krismas: Benarkah Jesus Lahir 25 Disember?
Umumnya masyarakat kita telah mengetahui bahawa Krismas atau hari Natal ia dirayakan pada 25 Disember setiap tahun. Natal dalam bahasa Latin bermaksud ‘lahir’. Ia adalah sebuah hari perayaan dalam agama Kristian yang bersempena menyambut hari kelahiran Jesus Christ. Pada hari ini perayaan ini telah disinonimkan dengan perhiasan pokok Krismas, Santa Claus, rusa, hadiah, salji dan bermacam lagi. Pada hari tersebut juga terdapat lagu-lagu khusus mengenai Krismas.
Kisah mengenai hari kelahiran Jesus ini sememangnya disebut di dalam Bible. Dinyatakan di dalam buku Lukas:
“Ketika mereka di Betlehem, tibalah masanya bagi Maria untuk bersalin. Dia melahirkan seorang anak lelaki, anaknya yang sulung. Anak itu dibedungnya lalu diletakkan di dalam palung, kerana mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang. Pada malam itu, beberapa orang gembala sedang menjaga domba di padang.” (Lukas 2: 6-8)
Ini adalah riwayat yang paling terperinci yang menceritakan situasi mengenai hari kelahiran Jesus di dalam Bible. Cuma apabila merujuk kepada teks di dalam Bible ini ia menimbulkan beberapa persoalan. Benarkah Jesus lahir pada 25 Disember? Ini kerana pada waktu itu adalah musim sejuk dan adalah mustahil untuk ada pengembala kambing pada waktu malam. Jika merujuk Bible, situasi itu sesuai dengan musim kemarau yang mana terdapat pengembala menjaga kambing-kambingnya di padang. Ia mewujudkan banyak persoalan.
Jika Jesus tidak lahir pada bulan Disember maka bagaimana boleh muncul perayaan Krismas pada 25 Disember ? Adakah Jesus pernah menyuruh pengikutnya menyambut pada hari kelahirannya?
Jika dirujuk di dalam Bible, tidak terdapat satupun perkataan ‘Krismas’ atau ‘Natal’. Perkataan dan perayaan ini datang setelah beberapa abad dari zaman kehidupan Jesus.
Mengutip ulasan seorang tokoh Kristian di Amerika Syarikat bernama David C. Pack di dalam bukunya The True Origin of Christmas ada menyatakan:
“Consider these quotes from the Catholic Encyclopedia, 1911 edition, under ‘Christmas’: “Christmas was not among the earliest festivals of the Church…The first evidence of the feast is from Egypt.” Further, “Pagan customs centring round the January calends gravitated to Christmas.” Under “Natal Day,” Origen, an early Catholic writer, admitted, “…In the Scriptures, no one is recorded to have kept a feast or held a great banquet on his birthday. It is only sinners (like Pharaoh and Herod) who make great rejoicings over the day on which they were born into this world” (emphasis mine).”[1]
Beliau menyambung lagi, kemungkinan yang kuat hasil dari pengaruh kewujudan Krismas:
“Nearly all aspects of Christmas observance have their roots in Roman custom and religion. Consider the following admission from a large American newspaper (The Buffalo News, Nov. 22, 1984): “The earliest reference to Christmas being marked on Dec. 25 comes from the second century after Jesus’ birth. It is considered likely the first Christmas celebrations were in reaction to the Roman Saturnalia, a harvest festival that marked the winter solstice—the return of the sun and honored Saturn, the god of sowing. Saturnalia was a rowdy time, much opposed by the more austere leaders among the still-minority Christian sect. Christmas developed, one scholar says, as a means of replacing worship of the sun with worship of the Son. By 529 A.D., after Christianity had become the official state religion of the Roman Empire, Emperor Justinian made Christmas a civic holiday. The celebration of Christmas reached its peak—some would say its worst moments—in the medieval period when it became a time for conspicuous consumption and unequaled revelry.”[2]
Beliau mengatakan bahawa setiap kepercayaan yang terpalit pada perayaan Krismas berakar dari adat Rom dan agamanya. Ia adalah amalan Saturnalia dan Brumalia yang merupakan perayaan musim sejuk oleh orang Rom yang diraikan sehari sebelum 25 Disember.
Untuk memahami kronologi ini, kita hendak mengatahui bahawa pada zaman hayat kehidupan Jesus, kerajaan Rom tidak menganut ajaran yang dibawa oleh Jesus. Malah mereka menentang dengan termakan hasutan dari para Rabbi Yahudi yang mendesak kerajaan Rom supaya menghukum Jesus. Malah pengikut-pengikut Jesus juga diperangi oleh tentera-tentera Rom.
Menurut Graydon F. Snyder dalam bukunya Ante Pacem: Archaeological Evidence of Church Life Before Constantine mengatakan pada zaman itu, masyarakat Rom beragama dengan paganisme. Mereka menyembah dewa-dewi yang pelbagai. Malah pada zaman awal itu terdapat sorang Raja yang bernama Antoninus Pius (86 M -161 M) beliau menyembah matahari dan mengangkat Dewa Sol Invictus sebagai dewa yang diangkat pada zamannya. Dewa Sol Invictus merupakan dewa matahari bagi masyarakat Rom pada ketika itu. Malah mereka telah sedia ada perayaan menyambut hari kelahiran dewa Sol Invictus pada 25 Disember. Mereka namakan sebagai Natalis Solis Invicti (birthday of the unconquered sun).[3]
Selain itu terdapat juga pandangan mengatakan ia adalah perayaan bagi menyambut kelahiran dewa Mithra yang disembah oleh sebuah cult di Rom yang mana dewa Mithra juga lahir pada 25 Disember.[4]
Tradisi perayaan itu sentiasa diteruskan dari zaman berzaman. Beberapa ratus tahun kemudian, situasi keagamaan di Rom mula berubah apabila ajaran yang dibawa Jesus mula berkembang terutama ia dikembangkan dibawah idea baru oleh seorang paderi yang berpengaruh bernama Saint Paul. Sehinggalah pada beberapa abad setelah itu agama Kristian mula mendapat tempat di istana Konstantin lalu mereka mula menyerap agama Kristian yang telah didoktrinkan oleh St Paul.
Apabila kerajaan Konstantin mengambil alih agama Kristian, mereka telah menyatupadukan antara dua watak ini di dalam satu perayaan. Digantikan perayaan kelahiran dewa Sol Invictus itu dengan diganti sebagai merai hari lahir Jesus. Situasi sinkretisme (mencampur) itu lebih menyelesakan masyarakat Rom terhadap rutin keagamaan yang telah mereka imani dengan paganisme.
Begitu juga dengan ibadat sembahyang yang dikhususkan pada hari ahad (Sun-day) juga merupakan sinkretisme daripada amalan paganisme menyembah dewa matahari pada hari ahad. Apabila dilakukan sinkretis diantara tokoh ini menyebabkan masyarakat yang sedia beragama pagan senang untuk menerima agama Kristian.
Hasil daripada pengaruh inilah terjadinya perayaan Krismas pada 25 Disember. Menjelang tahun 529 M selepas Kristian telah menjadi agama rasmi kerajaan Empayar Rom, Raja Justinian I telah mengisytiharkan Krismas sebagai perayaan rasmi bagi negara pemerintahan mereka. Pada ketika itu tradisi ini berkembang dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini.
Sebenarnya isu sambutan Krismas ini menjadi perbincangan yang besar dikalangan ilmuan Kristian sendiri. Malah pada harini terdapat tarikh yang berbeza-beza bagi sambutan Krismas mengikut tempat dan denominasi (aliran Kristian) yang berbeza-beza. Sebagai contoh Kristian Armenia mereka sambut Krismas pada 6 Januari. Manakala Kristian Ortodoks dan Koptik mereka meraikan pada 7 Januari.[5] Manakala yang lain-lainya secara umumnya mereka akan mengikut denominasi Roman Katolik yang merayakan pada 25 Disember.
Kesimpulan
Krismas adalah sinonim dengan sambutan hari kelahiran Jesus. Ia adalah sambutan keagamaan yang menjadi perdebatan tentang tarikhnya. Ini kerana jika merujuk Bible, jelas menggambarkan bahawa Jesus tidak lahir pada musim sejuk. Walaubagaimanapun bagi penganut Kristian ia bukanlah suatu masalah besar untuk mereka fikir mengenainya. Kebanyakkan mereka sudah menganggap ia perayaan adat malah terkini terdapat perbahasan samada mereka hanya perlu mengucapkan Happy Holidays atau Merry Christmas dikalangan mereka sendiri.
Jika dilihat, para sarjana Kristian berbeza pendapat akan asal usul sambutan Hari Krismas ini. Memandangkan ada sebahagian mereka menolak di atas sebab tidak ada petunjuk di dalam Bible dan ia adalah pengaruh dari perayaan pagan. Sebab itu timbul polemik samada mereka perlu mengucapkan Marry Christmas atau hanya Happy Holidays sahaja.
Di samping itu, ulama Islam berbeza pendapat dalam bab orang Islam memberikan ucapan Merry Christmas kepada penganut Kristian. Akan tetapi secara ijmak-nya ilmuan Islam mengharamkan perayaan ini disambut oleh muslim.
Nota kaki:
_____________________________
[1] Lihat David C. Pack, (2011). The True Origin of Christmas, The Restored Church of God, USA, hlm 8
[2] Lihat Ibid hlm 7
[3] Lihat Graydon F. Snyder, (2003). Ante Pacem: Archaeological Evidence of Church Life Before Constantine, Mercer University Press, Macon, hlm 120
[4] Lihat Franz Valery Marie Cumont, (2007). Mysteries of Mithra, Cosimo Classics, New York, hlm 167
[5] Lihat laman sesawang Office Holidays artikel Christmas Day around the world.
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
sol invictus 在 howtindog Youtube 的最佳貼文
最新消息請到 http://www.howtindog.com
或訂閱 http://facebook.com/howtindogs
特別嗚謝: queenie 同 anson 本"基督解密"
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/YnJCizP0L-4/hqdefault.jpg)
sol invictus 在 Sol Invictus - Facebook 的美食出口停車場
Sol Invictus. 17882 likes · 7 talking about this. Tony Wakeford vocals, guitar With Renee Rosen violin, mandolin Eilish McCracken violin, flute,... ... <看更多>
sol invictus 在 Sol Invictus - Gods - YouTube 的美食出口停車場
More info & purchase:http://en.prophecy.de/sol-invictushttp://en.prophecy.de/ sol - invictus / sol - invictus -thrones.html. ... <看更多>