刚刚在警察局报案👮♂️
多几天再安排去SKMM
🔴各位注意🔴
有诈骗集团盗用了我Emily名义和头像,去PM联系我的粉丝
⚫外约服务
⚫裸聊
⚫裸体影片
#诈骗集团
注意本公司只是卖产品,没有其他什么叫鸡服务。
以上照片的都不是我EMILY本人,包括银行户口
如果各位宝贝,这个诈骗集团有联系你,或者你已经是受害者,请报警👮♂️
🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴
本公司名,银行
EMILY LOVE FUN TRADING
Public Bank
38-1549-3735
EMILY LOVE FUN TRADING
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Sidang Media Janna Nick pada petang tadi menjelaskan kapsyen gelaran 'Lisa Blackpig' itu diberikan bagi membezakan tahap pencapaian watak dalam telefi...
skmm 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最讚貼文
KAMAR KHAS PARLIMEN : KERJASAMA ANTARABANGSA MENANGANI JENAYAH PEDOFILIA
Malaysia mencatatkan jumlah teramai dalam melayari pornografi kanak-kanak di rantau Asia Tenggara menurut laporan The Star pada Januari 2018 dan setakat 2020, PDRM telah berjaya mengesan 10,000 alamat IP individu yang telah mengakses bahan lucah berkaitan pornografi kanak-kanak.
Sehubungan dengan itu, YB Nurul Izzah Anwar di dalam sidang Kamar Khas telah mengetengahkan isu pornografi kanak-kanak bagi Kementerian Dalam Negeri menerangkan isu sama ada terdapat usaha-usaha yang sedang dijalankan.
Berikut merupakan jawapan Menteri Dalam Negeri :
1. Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) merangkumi kesalahan seksual seperti pornografi kanak-kanak, pengantunan kanak-kanak (child grooming), Amang seksual (sexual assault (fizikal dan bukan fizikal).
2. Bagi bentuk kerjasama sedia ada, PDRM telah menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Siber Seksual (MICAC) pada 2018. Di bawah D11, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ini bertanggungjawab dalam menguruskan
siasatan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku secara atas talian.
3. Pihak PDRM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kerjasama dua hala dengan agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara/ antarabangsa dalam aspek perkongsian maklumat dan juga capacity building.
4. Akta 792 ini adalah bersifat “extra-territorial” iaitu turut terpakai di luar wilayah. Seksyen 3 Akta ini memperuntukkan sekiranya kesalahan-kesalahan seksual tersebut dilakukan oleh warganegara Malaysia
terhadap mana-mana kanak-kanak di luar Malaysia, penjenayah juga boleh didakwa di bawah Akta ini.
5. Bagi isu pelaporan, pengesanan dan pemadaman kandungan pornografi kanak-kanak, Unit MICAC dengan kerjasama agensi penguatkuasaan undang-undang daripada luar negara, kebiasaannya menerima maklumat dalam bentuk alamat IP Address yang didaftar di Malaysia yang dipercayai digunakan untuk berkongsi Child
Pornography (CP).
6. Namun unit MICAC berhadapan dengan kekangan peralatan, kemudahan ICT serta kekurangan pegawai yang terlatih atau 'subject matter expert' menyebabkan jumlah tangkapan atau output adalah rendah berbanding maklumat yang yang diterima.
7. Pada ketika ini Unit MICAC turut bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha menyekat akses kepada laman web yang mengandungi bahan pornografi kanak-kanak di internet.
skmm 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
KENYATAAN MEDIA
Lemah penguatkuasaan undang-undang, punca institusi Raja-Raja Melayu dihina dan diperlekeh
Kepentingan Institusi Raja-raja Melayu telah dipahat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal dalam tahun 1957 sejurus sebelum negara ini mencapai kemerdekaannya.
Perkara 181, 38(4), 44, 70 dan 159(5) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas merujuk kepada kedudukan tinggi dan kedaulatan Yang Dipertuan Agong serta Raja-raja Melayu berbanding kita sebagai warganegara dan rakyat. Institusi Raja bukan sahaja sebagai tonggak kuasa kerajaan Malaysia, malahan juga sebagai penegak kedaulatan serta lambang bangsa Melayu secara tradisinya.
Perkara 32(1) Pelembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong ‘hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan’. Manakala Perkara 70(1) Raja-raja Melayu yang lain adalah ‘tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain’. Manakala itu, Perkara 8 meletakkan, semua orang lain adalah sama di sisi undang-undang.
Perkara 38 pula menyentuh tentang Majlis Raja-Raja; Perkara 181 menyentuh tentang Kedaulatan dan Keistimewaan Raja-raja Melayu; Perkara 70 yang menyentuh Keutamaan Yang Dipertua Negeri dan Raja Melayu, manakala Perkara 153 yang menyentuh tentang Hak dan Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.
Kita sudah sedia mempunyai undang-undang bagi menghalang perbuatan menghina Raja-raja Melayu.
Seksyen 3 Akta Hasutan jelas menyebut bahawa perbuatan ‘menghasut’ itu bermaksud mendatangkan kebencian, penghinaan dan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Jika disabit bersalah, bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula memperuntukkan kesalahan bagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain di ruang siber. Ini termasuklah perbuatan penghinaan ke atas Raja-raja.
Jika disabit bersalah, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Semua di atas telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Adalah amat malang jika pihak berkuasa khususnya PDRM dan SKMM hanya pandang sebelah mata. Bahawasanya, apa sahaja bentuk kata-kata penghinaan kepada Raja Raja Melayu perlu diambil tindakan TEGAS dan memberikan HUKUMAN yang setimpal kepada pelaku.
Jika alasan bahawa undang-undang berhubung penghinaan terhadap institusi Raja ini yang terlalu lemah, nampaknya ahli-ahli Parlimen perlu menggubal undang-undang khusus berupa ‘Lese Majeste’, iaitu untuk menghalang perbuatan ‘derhaka terhadap Raja’.
Sebagai contoh, di Thailand, seseorang yang didapati bersalah menghina institusi Raja, boleh dipenjara sehingga 15 tahun. Pada Ogos 2017, seorang remaja Thai berusia 14 tahun juga tidak terkecuali daripada didakwa atas kesalahan menghina mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.
Maaf jika saya terkasar bahasa. Namun realitinya rakyat resah melihat penghinaan demi penghinaan dilakukan ke atas institusi Raja Raja Melayu tanpa sebarang tindakan tegas kepada si pelaku.
Wan Muhammad Azri Wan Deris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
skmm 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Sidang Media Janna Nick pada petang tadi menjelaskan kapsyen gelaran 'Lisa Blackpig' itu diberikan bagi membezakan tahap pencapaian watak dalam telefilem berkenaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
"Janna menerima kecaman apabila akaun IG milik produksinya telah memuat naik gambar pelakon yang membawa watak Lisa dengan kapsyen 'Lisa Blackpig'. Kapsyen tersebut merujuk kepada watak Lisa iaitu antagonis.
"Lisa adalah watak seorang perempuan yang menjengkelkan tetapi berasakan dirinya menjadi pujaan ramai. Oleh itu, kapsyen gelaran tersebut diberikan bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan, (individu itu) tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
"Ia sama sekali tidak memburukkan nama Blackpink tetapi sebagai satu penghargaan kerana watak Lisa itu dilihat sebagai seorang tidak layak untuk disama tarafkan dengan Lisa Blackpink. Malah telefilem itu lebih menghargai Blackpink dan budaya Korea," ujarnya.
Sementara itu, Ben turut memberitahu kes tersebut kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan anak guamnya menerima ugutan bunuh daripada pengguna media sosial.
Pihak mereka juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan pampasan terhadap pengguna yang sudah dikenal pasti menyebarkan fitnah sehingga memberi impak negatif kepada reputasi dan perniagaan Janna.
"Janna menerima kecaman daripada pengguna media sosial termasuk ugutan bunuh, jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis sudah dilakukan. Kes ini masih dalam siasatan SKMM terutamanya dalam mendapatkan identiti pemilik akaun yang menggunakan nama samaran.
"Pihak kami juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan di mahkamah di bawah akta fitnah terhadap pengguna media sosial yang dikenal pasti kerana menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan reputasi serta perniagaan anak guam kami bagi menuntut bayaran pampasan terhadap kerugian anak guam kami alami," katanya.
#JANNANICK #BLACKPINK #LISABLACKPINK
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw - My Vlog
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/l0HPVvLqEIE/hqdefault.jpg)
skmm 在 Izzue Islam Youtube 的精選貼文
Nak jadi pengguna yang bijak, kenalah jadi pembeli yang bijak. Layari http://mcmc.gov.my dan pastikan anda ‘check’ peranti komunikasi anda mempunyai label MCMC atau pun tidak! Check Jangan tak check tau.
#checkjangantakcheck
#checkyourlabel
#adalabelandaselamat
#mcmc
#skmm
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/8sS15Ts7-s0/hqdefault.jpg)
skmm 在 まみぃぽこ Youtube 的最佳貼文
☆コメント大歓迎!参加歓迎☆
ご視聴ありがとうございます!
FPSゲームを基本プレイしております。
が、上手ではありません。エンジョイ勢です。
上手いプレイをご期待の方はチャンネル登録と高評価だけ押して回れ右でお願いします。
ホラーゲームをしているかの如く叫ぶ事が多々あります。
音量注意してください!
またVCに参加される際、主と試合に同行している場合のみでお願いします。
また、PCで配信していますのでVCのシェアするしないに関わらず配信に声が載ります。ご注意ください。
試合は1回ごとに交代をお願いします。参加する場合は参加表明をお願いします。
参加表明がない場合は交代なしで次戦に出発します。
フレンドを送る際は必ずコメントにyoutube名を記載してください。
それ以外で誰か確認できない場合はお受けできません。
PSID sarasara_127
Twitterアカウント https://twitter.com/mamipoco_channe
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/IPv-skMm-k8/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEbCKgBEF5IVfKriqkDDggBFQAAiEIYAXABwAEG&rs=AOn4CLBHL_uHKDiYq3RoxYC-CicK634CrA)