KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 5)
Saya dah buat segala2nya di Kuwait bagi cuba mendapat visa kepada isteri saya. Kerap saya berjumpa dengan rakan2 ahli parlimen & menteri Kuwait bagi meminta tolong.
"Maaf sahabatku. Urusan visa bukan lagi urusan kerajaan atau menteri. Ia adalah kuasa mutlak Raja." Kuwait dalam ancaman Iran. Ini jawapan yang 'tidak adil' kepada usaha, semangat & pengorbanan saya. Unfair.
Saya juga gagal mendapat tempat belajar di program Masters Syariah walaupun cukup semua syarat sebab saya bukan anak bumi Kuwait atau Negara Teluk. Saya hanya anak Kedah.
Saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Gembira sangat memijak kaki di bumi bertuah Malaysia di bulan Disember 1988. Lagi gembira dapat melihat wajah isteri yang sudah lama ditinggalkan. Remuk rasa hati. Ada yang pengalaman kena tinggalkan isteri kerana tugas & kerja?
Ahh...saya sudah bekeluarga. Saya kena bekerja. Bukan nak bergantung kepada abah & emak. Lagipun saya dah tamat belajar ijazah pertama. Saya terus mohon kerja guru sementara di Maktab Mahmud, Alor Star. Saya juga memohon bekerja sebagai pengajar di Akademi Islam, Universiti Malaysia.
Saya dapat kerja di Maktab Mahmud di awal tahun 1989. Gaji sekitar RM800 sebulan sambil menunggu keputusan dari UM. Saya diberikan amanah mengajar Nahu di Tingkatan 2 Maktab Mahmud (Banat @ Puteri) & juga Balaghah di Tingkatan 6 Rendah.
Saya amat seronok ajar anak2 muda bahasa Arab. Banyak ilmu & tips yang saya dapat sewaktu saya bekerja sebagai pengkaji bahasa Arab di Kuwait saya curahkan kepada pelajar2 saya. Saya dapat lihat di wajah mereka kegembiraan. Indah & mudahnya bahasa Arab.
Saya tinggal di rumah abah & emak (foto dikepilkan). Sebuah rumah papan di sebelah sawah padi. Saya tidak ada kenderaan ke tempat kerja. Ust Radhi, bekas pelajar Kuwait yang juga bekerja di Maktab Mahmud yang menyewa rumah di Teluk Chengai, datang jemput & hantar saya di rumah dengan motorsikal setiap hari bekerja. Hebat jasa beliau kepada saya. Tak akan saya lupa sampai bila2.
Hati berkocak setiap masa mendoakan supaya permohonan kerja saya di UM diterima. Saya ingin ambil cabaran baru. Cabaran menara gading.
(foto bersama isteri di Istanbul 2017).
MDB
同時也有81部Youtube影片,追蹤數超過5萬的網紅Asri Ahmad,也在其Youtube影片中提到,Biasanya duit raya anak-anak, ibu bapa akan simpan atau beli barang keperluan mereka. Tetapi lain pula yang DJ Fuzz buat.. Nak tahu apa yang beliau l...
「saya anak malaysia」的推薦目錄:
- 關於saya anak malaysia 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於saya anak malaysia 在 Facebook 的精選貼文
- 關於saya anak malaysia 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於saya anak malaysia 在 Asri Ahmad Youtube 的最讚貼文
- 關於saya anak malaysia 在 Zarul Umbrella Youtube 的精選貼文
- 關於saya anak malaysia 在 Hazeman Huzir Youtube 的最佳貼文
- 關於saya anak malaysia 在 Saya Anak Malaysia 2020 (All-star Mandarin Version) Official ... 的評價
- 關於saya anak malaysia 在 Usop & Hazama - Saya Anak Malaysia [Official Lyric Video] 的評價
- 關於saya anak malaysia 在 Saya Anak Malaysia - Karaoke Version (Bahasa Malaysia) 的評價
- 關於saya anak malaysia 在 WebTVAsia - Saya Anak Malaysia 2020 (Bahasa ... - Facebook 的評價
- 關於saya anak malaysia 在 SAYA ANAK MALAYSIA | METAL Cover Collaboration 的評價
saya anak malaysia 在 Facebook 的精選貼文
“Yeoboseyo...”
“Ye. Gamsahabnida...”
“Ozan oppa?”
Aaisyah pandang aku.
“Nampyeon?”
“Aniyo!”
“Museun bidio?”
“Mwolago yo?!!”
Semakin kuat suara Aaisyah.
Terus dia letakkan telefon.
“Kenapa? Kenapa?”
“Video yang viral tu...”
“Kenapa? Mwo? Mwo?”
“Dah masuk dalam Whatsapp group fakulti dan... Haneul ada komen kat sana. Dia cakap yang dia tolong awak tadi.”
Aku terduduk!
Aku dah terlambat!
Ah...
Macam mana ni?
Pastinya...
Malam ini tak ada sesiapa pun boleh tidur.
Telefon aku berdering.
Telefon Aaisyah pun berdering lagi.
Nak tak nak, dia terpaksa menutup telefon dia begitu juga aku. Aaisyah mengeluh dan dia nampak... Tertekan!
“Okey... Okey... Macam ni. Cakap orang memang susah kita nak kawal. Kita tak boleh nak buat apa-apa sekarang sebab bila tengah viral macam ni, macam apa yang saya cakap... Cakap banyak pun tak guna. Jadi, kita kena kawal apa yang kita boleh kawal dulu.”
“Apa yang kita boleh kawal? Sekarang macam semua dah tak terkawal. Saya bernasib baik sebab mengandung masa tengah pandemik dan semua kelas berjalan secara atas talian. Saya berjaya sembunyikan diri saya selama 9 bulan ni tapi dalam masa satu hari... Semuanya dah tersebar. Ah... Kenapalah saya pergi ketuk pintu awak? Kenapalah awak tak tunggu aje ambulans tu?”
Aaisyah mengeluh berat.
“Ah... Ini semua salah saya. Memang salah saya! Kenapalah saya degil juga nak buatkan Gimbap untuk Hana? Kalaulah saya tak berdegil untuk cari duit lebih... Saya tak adalah termalu macam ni. Sepatutnya saya lahirkan aje Aayan dan lepas tu balik aje ke Malaysia tanpa orang tahu yang saya ni mengandung anak luar nikah!”
Dan...
Aku tersentak.
Aayan...
Anak luar nikah?
#MrGroom
saya anak malaysia 在 Facebook 的最佳貼文
Dalam sejarah Islam, ada kisah romantic dari Raja Islam yang mungkin kita terlepas pandang.
Bayangkan di malam hari, di tengah padang pasir, ada pasangan kekasih sedang berjalan pulang ke rumah sambal melihat keindahan bintang bintang di langit.
Di wajah mereka ada tanda kepuasan menjadi hamba Allah kerana mereka baru pulang dari berkhidmat kepada rakyat.
Alkisahnya, Raja orang islam ini, di malam hari akan buat rondaan dengan berpakaian seperti rakyat, untuk melihat sendiri masalah rakyat.
Di jalanan, sewaktu meronda, Raja orang islam ini tiba tina ternampak di tengah padang pasir ada khemah yang baru di dirikan, rasa ingin tahu siapakah pemilik khemah itu, Si Raja mendekati.
Di luar khemah ada seorang lelaki yang sedang susah hati, kerana dari dalam khemah terdengar suara perempuan menjerit kesakitan.
Si Raja mendekati lelaki itu dan bertanya khabar, tapi lelaki itu bagaitahu: Jangan sibuk jaga tepi kain orang.
Si Raja bertanya siapakah dalam khemah? Kata lelaki itu isterinya nak bersalin tapi tiada siapa nak bantu.
Si Raja tanya ada Wanita lain tak dalam khemah? Katanya isteri sorang sahaja, dan mereka adalah musafir yang ada hajat untuk bertemu Raja bagi minta sedikit bantuan kewangan.
Raja terus berlari balik rumah, dan ceritakan masalah rakyat kepada si isteri.
Terus isteri berkemas dengan bawa gandum, minyak, periuk dan lain lain keperluan.
Kemudian mereka berdua meredah kepekatan malam berlari ke tengag padang pasir untuk bantu musafir tadi.
Sampai sana, isteri Raja masuk bantu isteri musafir dan raja pulak, hidupkan api, letak periuk, letak air, letak gandum, letak minyak, dan kacau sampai masak. Kelihatan asap asap keluar dari janggut Raja sewaktu si Raja mmebesarkan api dengan cara meniup kuat kuat.
Tak lama kemudian, terdengar suara bayi menangis memecah sunyi, dan isteri raja berkata dengan kuat:
“Wahai Raja orang islam, bagitahu temanmu, tahniah sebab dapat baby boy!”
Terus musafir kat luar tu terkejut dan gelisah kerana orang yang dia halau awal tadi adalah seorang Raja, kemudian Raja datang lagi bantu masak manakala isteri raja bantu isterinya bersalin.
Tapi Raja menenangkannya, jangan risau, tak perlu takut pada saya.
Esok, datang jumpa saya, akan saya berikan bantuan yang sepatutnya.
Raja kemudian hulurkan makanan ke dalam khemah untuk di makan oleh isteri musafir.
Bila semua selesai, raja dan isterinya pulang ke rumah dengan wajah berseri-seri kerana telah dipilih oleh Allah, untuk tunaikan hak rakyat dengan tangan sendiri.
Rupanya bukan malam itu sahaja Raja buat begitu, malam yang lain, ada kisah raja sewaktu sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Raja kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.
Terus Raja berlari pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun ada orang menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh raja Islam dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Raja sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut saksi yang melihat Raja memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Raja orang Islam, ketika keluarga itu makan, Raja lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka menangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
Wah…, wujud lagikah Raja berjiwa rakyat macam ni?
Siapakah nama Raja orang islam ini?
Alkisahnya, Namanya adalah Saidina Umar, jajahan takluknya sangat besar dan kebanyakkannya kekal sampai sekarang dan Namanya termasuk dalam senarai sejarah barat sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Jadi kepada semua pemimpin di Malaysia, ada tak yang bercita cita nak jadi pemimpin macam Saidina Umar?
Pemimpin berjiwa rakyat?
Hari tu pernah dengar pemimpin DAP nak jadi macam Saidina Umar, tapi janji politik ni, adohai..
Akhir kata…
Setiap orang akan ditanya tentang hak orang bawahannya, jika tidak di tunaikan, azab akhirat menanti kerana mahkamah Allah sangat adil, sungguh seorang ibu akan di tanya tentang hak anak anak, seorang suami akan di tanya tentang hak anak anak seta hak bini bini, seorang majikan akan di tanya tentang hak pekerja, seorang pemimpin akan ditanya tentang hak rakyat.
Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
Fikir fikirkan lah.
Woha!
Hamka (Kereta Mayat) 2021, 24 Sept.
saya anak malaysia 在 Asri Ahmad Youtube 的最讚貼文
Biasanya duit raya anak-anak, ibu bapa akan simpan atau beli barang keperluan mereka.
Tetapi lain pula yang DJ Fuzz buat..
Nak tahu apa yang beliau lakukan?
Jom tonton video ini sampai habis.
Cara ini memang terbaik dan luar biasa!
Mungkin anda pun boleh ikut tips yang sama ?
Jika anda "Zero" tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia sertai kami di http://www.asriahmadacademy.com
#Saham
#MentorSaham
#SahamIsCool
#LaburSyariah
#AsriAhmadAcademy
Mari follow saya di:
Facebook: https://www.facebook.com/hj.mohdasriahmad/
Instagram: https://www.instagram.com/hj.mohdasri
Twitter: https://twitter.com/hjmohdasriahmad
Website: https://www.asriahmadacademy.com
Join Telegram Channel AAA: https://t.me/AsriAhmadAcademy
saya anak malaysia 在 Zarul Umbrella Youtube 的精選貼文
Extended version of Amy Mastura Raya Edition Special Video ini merupakan gabungan dua bideo saya bersama Amy Mastura sebelum ni ditambah dengan "edit semula" bbrp bahagian yg melucukan serta bbrp footage "beauty shot" dr Amy dan juga bloopers2 yg lawak
saya anak malaysia 在 Hazeman Huzir Youtube 的最佳貼文
Perbincangan mendalam isu viral dalam Malaysia bersama Angker Sister. Hasil dari Iklan YouTube di Infaqkan kepada mereka yang memerlukan secara rahsia untuk elak komen tidak elok.
0:00 Teaser & Disclaimer
1:23 Intro Mesyuarat Tingkap
2:17 Sajat Terlupa Tentang Sesuatu Bila Post di Media Sosial
4:15 Saya Nak Berubah Berhijrah Tapi Orang Tak Support
10:53 Haze Masuk Lorong Hitam Haji Taib
12:46 Self Reflection Vibe Keluarkan Dekat Dunia Itu Lah Kau Dapat Balik
15:19 Zul Yahya Berhentikan Anak Dari Sekolah
18:04 Next episode: Dakwah di Lorong
saya anak malaysia 在 Usop & Hazama - Saya Anak Malaysia [Official Lyric Video] 的美食出口停車場
Usop #Hazama #akuMalaysiaku #rocketfuelentOfficial Music Video - https://youtu.be/Z_z_o-9HMNsDi mana Malaysia berdiri, bermula daripada kita ... ... <看更多>
saya anak malaysia 在 Saya Anak Malaysia - Karaoke Version (Bahasa Malaysia) 的美食出口停車場
【Free Download】Perhatian kepada semuaaaaaa Anak - Anak Malaysia ! Sempena hari kemerdekaan ini, kami nak tanya adakah anda bangga menjadi ... ... <看更多>
saya anak malaysia 在 Saya Anak Malaysia 2020 (All-star Mandarin Version) Official ... 的美食出口停車場
Let's sing along to “ Saya Anak Malaysia 2020” 你曾因身为一个马来西亚人而自豪吗? 让我们在这星期五送你一首马来西亚专属的歌,一起大声唱《 Saya ... ... <看更多>