Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Ulang kaji ksah sebelum PKP,
Alkisahnya anak perempuan umur 13 tahun mengadu ada masalah di asrama, saya pun suruh dia senaraikan sepuluh masalah itu:
Katanya:
1.kawan suka mencarut.
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing.
3.Warden tak bagi bawa telefon.
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat.
5.Ayah ambik lambat waktu cuti.
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar.
7. Baju sukan hilang kena curi
8.cicak berak atas berus gigi
9.kena ejek sabab baju sama
10. Pingan makan hilang.
Okey, Alhamdulillah dia nak mengadu, jadi saya jawab lebih kurang..
1.kawan suka mencarut. (Jangan rapat sangat dengan kawan macam tu, cari kawan yang suka berzikir, dan jadikan diri kita seorang yang jaga lidah)
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing. (pilih kawan yang perangai macam penjual minyak wangi, kawan yang ramai, kita boleh pilih)
3.Warden tak bagi bawa telefon. (ayah setuju, tak bagus langung bawa smartphone ke asrama)
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat. (nanti pergi belajar oversea Bahasa English lagi pekat)
5.Ayah ambik lambat waktu cuti. (maaf, ayah agak sibuk, tapi anak lelaki semua balik naik bas, na ayah tetap ambik walaupun jauh 90km, tak sanggup tengok na naik bas macam abang-abang)
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar. (bincang dengan cikgu, dan ketua kelas, nak duduk kerusi depan sekali, benda boleh bincang)
7. Baju sukan hilang kena curi (Pakai dulu baju sukan mana yang ada, dan lain kali tulis nama baju besar besar kat Kawasan dalam tudung diluar baju biar pencuri malu)
8.cicak berak atas berus gigi (basuh jer lah, beli baru dekat koperasi)
9.kena ejek sabab baju sama (ayah orang lelaki, bangga jika ada baju sama dengan kawan, jadi maaf tak dapat bantu bab ini)
10. Pingan makan hilang. (ayah call warden ganti pingan baru, ayah akan bayarkan)
Okey, begitulah lebih kurang masalah terbesar anak mengadu pada ayahnya, lepas tu saya suruh dia senaraikan 10 kelebihan duduk asrama, katanya:
1.Dapat belajar berdikari.
2.Dapat ramai sangat kawan
3.Dapat kenal budaya terengganu.
4.Bangun awal subuh
5.Sekolah yang luas, banyak kemudahan (dulu dia sekolah rendah sekolah agama yang kecil sahaja)
6.Banyak program keagamaan
7.Ayah ambik bukan naik bas. (tak macam abang abang)
8.Tak bergaduh dengan adik dan ayah.
9.Banyak masa belajar sebab tak kena jemur baju, angkat baju, lipat baju macam kat rumah.
10.rindu menambah kasih sayang.
Haha ha, kelagar jugak tengok cara anak berfikir, rupanya seronok duduk asrama sebab kat rumah selalu kena suruh sampai gaduh gaduh, ha ha.
Lepas tu saya tanya dia satu soalan:
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.
Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.
Jadi, apakah masalah terbesar itu?
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Emak saya pun dah mati, dan saya tak sedih sangat sebab saya tahu emak saya orang islam dan tempatnya di syurga, Cuma saya takut saya lambat masuk syurga sebab banyak dosa..
“Mak, Hamka ada mimpi mak pakai baju emas tersenyum di tempat indah, rindu pada mak, tapi takpe, Allah ambik mak dalam keadaaan mak seorang islam. Terima kasih Ya Allah”
Jadi anakku di asrama, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Kepada Allah, aku menyebut nyebut nikmat hidup dalam keadaan beriman ini.
Oh Tuhan yang boleh membolak balikkan hati manusia, kasihanlah kami yang hina dan banyak dosa ini, janganlah kau matikan kami tanpa iman, dan andai kata umur pendek baik untuk kami, pendekkan umur kami, jika umur Panjang baik untuk kami, maka panjangkan umur kami,
Tiada daya upaya melainkan dengan Izinmu.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam,
Terima kasih. Alhamdulillah
Semoga kita semua Woha sampai Syurga.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過72萬的網紅Warner Music Malaysia,也在其Youtube影片中提到,Lagu ini boleh didapatkan di iTunes sekarang : http://smarturl.it/akumaafkankamu Muat Turun RBT "Aku Maafkan Kamu" sekarang!! Maxis Caller Ringtones,...
「satu satu aku sayang ibu」的推薦目錄:
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Facebook 的最佳解答
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳貼文
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Sayang Semuanya (Satu Satu Aku Sayang Ibu) - Lidya Lau dkk 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Sayang Semua (Satu Satu Aku Sayang Ibu) - Lagu ... - YouTube 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Lagu Anak Indonesia | Satu satu aku sayang ibu | Kumpulan 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Satu satu Aku Sayang Ibu| Sayang Semuanya | Lagu Anak TV 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Satu Satu Aku Sayang Ibu - Lagu Anak Indonesia Terbaik 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Sayang Semuanya (Satu satu aku sayang ibu) - YouTube 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Satu satu Aku Sayang Ibu | Lagu Anak Indonesia - HEY BLO! 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Lagu Anak Anak - Satu Satu Aku Sayang Ibu - Nursery Rhymes 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 用印尼童謠《Satu Satu Aku Sayang Ibu》學習印尼語~ | 疫情嚴峻 的評價
- 關於satu satu aku sayang ibu 在 Lagu Anak Indonesia | Satu satu aku sayang ibu | Kumpulan 的評價
satu satu aku sayang ibu 在 Facebook 的最佳貼文
Tashkil Cash, siapa nak ke Gaza BBNJ (belanja besar Negara Jauh) bagi nama..
Woha!
Dua tiga hari lepas saya tulis kisah derma terang terang, takdelah nak duduk mana mana pihak, Saya jawab soalan boleh ke derma terang terang? Jawapannya boleh..
Jadi saya mohon nitzen tak payahlah taksub melampau, sebab manusia akan ada buat silap. Tiada yang Mat som macam Nabi,
Zaman Nabi Sahabat yang di jamin syurga pun boleh berperang satu sama lain. Korang tahu tak?
Okey, Bagi yang tak tahu, Talhah r.a dan Saidina Ali r.a kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir 18 ribu nyawa orang islam.
Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahankan hokum Qisas, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.
Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.
Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,
Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.
Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, bukan perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, juga bukan perang sipa banyak like waktu live, siapa ramai follower, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?
Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.
Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka perang bermula.
Lalu bermulah perperangan...
Hujung perperangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:
“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”
Lalu Aisyah menjawab;
“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."
Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.
Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”
Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?
Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.
Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?
Jadi keretamayat sokong siapa, Ustaz Ebit? Atau NGO otai di Gaza? Kedua duanya islam, kedua duanya baik, keduanya banyak bantu orang?
Soalan provokasi macan ni, pernah di tanya kepada Saidina Ali r.a yang menang perang, beliau di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?
Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Rupanya ramai sahaja Sahabat Nabi lain yang tak terlibatpun nak sokong mana mana pihak, mereka berkecuali.
Salah sorangnya adalah Saad bin Abi Waqqas yang juga di jamin syurga yang mana apabila sekumpulan lelaki datang bertemu dengan Sa'ad bin Abi Waqqas r.a bertanya:
"Wahai Sa'ad, kenapa engkau tidak turut serta dalam peperangan itu - Engkau adalah Ahli Syura dan engkau lebih layak berpihak pada yang banar!”
Jawab Sa'ad Ahli syurga:
"Aku tidak akan berperang selagimana kalian tidak mendatangkan kepadaku pedang yang boleh bercakap dan berkata pihak mana yang kafir?”
Terus orang islam zaman itu faham, jika ada dua orang islam bergaduh, tak perlu kita sokong mana mana, lebih baik kita mendamaikan.
Sebab sejarah dah buktikan, bila orang islam bergaduh, yang rugi hanyalah orang islam sendiri.
Sekarang ini Ada banyak tulisan para penyokong sesuatu isu yang membina sangkaan untuk kita saling membenci, atau saling bersangka buruk, dan melihat Islam sebagai agama pecah belah, adohai..
Sabaiknya, jadi jika nak komen, tulis yang baik baik, jika tak mampu nak tulis yang baik, diam itu lebih baik.
Panjang lagi nak cerita, saya ringkaskan.., Bagi mereka yang nak tahu kisah lebih lanjut tentang perang Ahli syurga, dan apa kita boleh belajar dari perang itu, boleh tonton ulasan saya di sini.
Link video penuh: https://youtu.be/m4TDLuOKO4w
Semoga Woha sampai Syurga.
satu satu aku sayang ibu 在 Facebook 的最佳貼文
Tag orang-orang yang anda sayang
DOA ARAFAH - Esok, 19/7/21 Rebutlah satu jam ini
Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.
🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
Like & Share Pesan Bonda
In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2021 jatuh pada 19/07/2021 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).
Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!
Aamiiin...🌹
Baca besok 5.21pm-6.21pm (khutbah Arafah)
satu satu aku sayang ibu 在 Warner Music Malaysia Youtube 的最佳貼文
Lagu ini boleh didapatkan di iTunes sekarang : http://smarturl.it/akumaafkankamu
Muat Turun RBT "Aku Maafkan Kamu" sekarang!!
Maxis Caller Ringtones, dial *131*238806# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones, sila dial *888*131803# dan tekan call/send
Digi Caller Tunes, Taip CT 0137083 dan hantar ke 2000
U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*321527# dan tekan call/send
WMM Facebook : http://www.facebook.com/warnermusicmalaysia
WMM Twitter : http://www.twitter.com/wmmalaysia
-Lirik Aku Maafkan Kamu-
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
satu satu aku sayang ibu 在 Sayang Semua (Satu Satu Aku Sayang Ibu) - Lagu ... - YouTube 的美食出口停車場
Lagu anak Indonesia kali ini berjudul Sayang Semua yang biasa dikenal dengan Satu Satu Aku Sayang Ibu ini bisa digunakan untuk belajar ... ... <看更多>
satu satu aku sayang ibu 在 Lagu Anak Indonesia | Satu satu aku sayang ibu | Kumpulan 的美食出口停車場
Teman-teman selamat menonton video terbaru kami Satu - Satu Aku sayang Ibu dan jangan lupa subscribe untuk berlangganan dengan Channel kami. ... <看更多>
satu satu aku sayang ibu 在 Sayang Semuanya (Satu Satu Aku Sayang Ibu) - Lidya Lau dkk 的美食出口停車場
Sayang Semuanya karya pak Kasur dibawakan oleh Lidya (@nataliamiu) dkk dengan iringan musik Kak Nunuk. Dari album Koleksi Abadi Lagu Taman ... ... <看更多>