Resepi Ayam Goreng Berempah
Resepi ayam goreng berempah serai selambak ini memang sedap di makan dengan nasi. Dan resepi ini tidaklah sesukar mana.
Bahan yang digunakan untuk ayam goreng berempah ni pun simple sahaja dan mudah didapati! Semuanya tiada sukatan. Agak agak sahaja
bahan-bahan ni.
Bahan Bahan
Ayam
Serbuk Kari Daging
Serbuk Cili
Kunyit
Garam
Daun Kari
Serai (Lagi Banyak Lagi Sedap!) *
Halia *
Bawang Putih *
(Jangan letak bawang merah ya! Petua dari Mak Lang kenduri kahwin)
Tumbuk Lumat Bahan Yang Bertanda *
Jangan Lumat Sangat. Agak agak serai tu berambut ok dah.
Cara Cara Memasak
#1 Basuh ayam dan tos
#2 Letak kunyit, serbuk kari daging , serbuk cili , garam. Agak agak macam kita garam kunyit ikan tu.
#3 Gaul rata, masuk bahan tumbuk & daun kari tadi .
#4 Tunggu minyak panas dah boleh goreng . Api sederhana besar, jangan besar sangat, nanti ayam tak masak dalam & serdak hangus.
Nota 1 : Serai jangan potong halus halus sebelum tumbuk, potong agak agak sejengkal ruas jari tu. Kalau halus halus lepas tu tumbuk, dia tak jadi panjang panjang macam tu. Dia jadi serdak macam rendang
Nota 2 : Kalau nak lagi sedap lepas gaul boleh perap dalam peti , tapi tak perap pun sedap jugak
Selamat mencuba
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Resepi Ayam Gunting Pedas Enak Ala Pasar Malam, Makan Satu Pun Tak Cukup Nak tahu cara masakan? Tonton di https://youtu.be/soapELM_EYE #Shorts...
「resepi ayam goreng berempah simple」的推薦目錄:
- 關於resepi ayam goreng berempah simple 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi ayam goreng berempah simple 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi ayam goreng berempah simple 在 Chef Ustazah Facebook 的最佳解答
- 關於resepi ayam goreng berempah simple 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
- 關於resepi ayam goreng berempah simple 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
resepi ayam goreng berempah simple 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Resepi Ayam Kicap Berempah Yang Pastinya Sangat Sedap
Bahan-bahan untuk resepi ayam kicap simple ni:
8-12 ketul ayam,Sedap gunakan bahagian bertulang
4 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 cm halia *
Kesemua bahan bertanda ditumbuk.Jangan blend.
3 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
Kicap manis Enaq ikut rasa
2 sudu makan minyak
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa
Memang sedap sungguh bila masak resepi ayam kicap macam ni. Anak-anak duk puji mama dia pandai masak.Suka hati tengok anak ratah ayam berselera.
Bahan yang menyedapkan kuah ayam kicap :
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 biji lada merah/hijau yang besar
10 helai daun kari
Cara masak resepi ayam kicap mudah :
#1: Goreng separuh masak ayam dengan garam. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil
#2: Masuk air asam jawa, air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap .Sesuaikan rasa hingga sebati.
#3: Masukkan ayam dan gaul biar sebati. Tambah bawang besar, lada besar dengan daun kari. Masak hingga bawang layu.
resepi ayam goreng berempah simple 在 Chef Ustazah Facebook 的最佳解答
RESEPI SIMPLE NASI KUKUS AYAM BEREMPAH
Nak cuba masak sendiri Nasi Kukus Ayam Berempah. Jom cuba Resepi Simple ini. Kurang dari setengah jam dapat siapkan hidangan lengkap ini.
Memang kegemaran ramai ni..
Cara-caranya ialah :
Nasi Kukus
*******
Basuhkan beras Siam sehingga bersih.
Masukkan beras dalam bekas atau loyang kukus nasi.
Masukkan air 3/4 bekas kukus.
Kukuskan beras sehingga masak
Kuah Kerutuk Special :
*********
Masukkan santan dalam periuk. Tambah pes kerutuk Chef Ustazah. Masukkan daging jika mahu. Jika nak kuah sahaja pun boleh. Masak sehingga kuah pekat.
Ayam Goreng berempah Sedap.
************
Perap ayam dengan Pes Ayam Goreng Berempah Chef Ustazah.
Lagi lama perap lagi sedap sebab meresap masuk ke dalam isi ayam.
Pecahkan telur dan masukkan 3/4 cawan tepung kanji/ubi kayu. Gaul rata pada ayam.
Goreng sehingga garing dan cantik. Boleh taburkan daun kari dalam minyak semasa menggoreng.
Cara Hidangan
*******
Hidangkan Nasi Kukus Bersama Kuah Kerutuk dan Ayam Berempah.
Nak lagi best. Tambah sambal belacan atau Sambal Jantan.
RM20 dapat 2 pes hidangan Nasi Kukus iaitu : Pes Kerutuk dan Ayam Berempah.
Hubungi 011-11299710.
resepi ayam goreng berempah simple 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Resepi Ayam Gunting Pedas Enak Ala Pasar Malam, Makan Satu Pun Tak Cukup
Nak tahu cara masakan?
Tonton di https://youtu.be/soapELM_EYE
#Shorts
resepi ayam goreng berempah simple 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Sejak PKP ni mesti susah nak dapat ayam gunting kan ? Haa kalau buat sendiri lagi jimat dengan dapat portion lagi besar. Makan pulak masa rangup dengan rasa yang cukup pedas tu fuh sedap betul.
Resepi Ayam Gunting Pedas Enak Ala Pasar Malam, Makan Satu Pun Tak Cukup
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Ayam Gunting Pedas
Bahan-bahan
2 keping ayam bahagian dada
2 sb sos tiram
1 biji telur
garam secukup rasa
50 ml susu segar
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
4 sk serbuk cili
1 sk serbuk lada hitam
serbuk lada putih (secukupnya)
1 sk serbuk kunyit
minyak masak secukupnya
Cara memasak
1. Potong dada ayam menjadi dua bahagian dan ketuk sehingga nipis. Ketepikan.
2. Kemudian, campurkan telur, sos tiram, garam dan susu segar. Kacau sebati.
3. Masukkan ayam ke dalam campuran tersebut dan perap selama 15-30 minit.
4. Sementara itu, campurkan tepung gandum, tepung beras, lada hitam, serbuk kunyit dan serbuk cili. Satukan hingga sebati.
5. Kemudian, salutkan ayam dengan tepung dan lalu celup pula dalam campuran telur.
6. Salutkan sekali lagi dengan tepung. Goreng ayam pada suhu sederhana sehingga perang keemasan.
7. Toskan lebihan minyak, taburkan serbuk cili dan serbuk lada sulah.
8. Gunting ayam tersebut kepada beberapa bahagian. Ayam Gunting Pedas siap untuk dinikmati.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Delicious Night Market Spicy Chicken Fillet Recipe, One Is Never Enough
Since PKP it's quite difficult to find this spicy chicken fillet right ? If you do it at home, the budget is cheaper with bigger portion! With a crunchy texture and spicyness of chili powder, superb!
Spicy Chicken Fillet Recipe Night Market Style
Ingredients
2 fillet chicken breasts
2 tbsp of oyster sauce
1 nos egg
salt (to taste)
50 ml fresh milk
1 cup of wheat flour
1/2 cup of glutinous rice flour
4 tsp of chili powder
1 tsp of black pepper
white pepper (as needed)
1 tsp turmeric powder
cooking oil (as needed)
Cooking methods
1. Cut chicken breast into 2 and pound to thin. Set aside.
2. Then, mix well egg, oyster sauce, salt, and fresh milk.
3. Dip the chicken into the mixture and marinate for at least 15-30 minutes.
4. Meanwhile, mix well wheat flour, glutinous rice flour, black pepper, turmeric powder, chili powder and white pepper.
5. Then, coat the chicken to all parts and dip back into the egg mixture.
6. Coat the chicken back into the flour mixture and fried them using medium-high heat until golden brown.
7. Strain excess oil and sprinkle with chili powder and white pepper.
8. Cut the chicken and Spicy Chicken Fillet is ready to serve.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #ayamgunting #chickenfillet #spicy #pedas #chicken #ayam #snek #snack #sosej #nightmarket #pasarmalam #foodfestival #mudah #simple #resepisimple #resepimudah #easy #resepi #recipe
#kisahdunia #rasaflix
#mr_lovva #nntaca #kdboom #nrsalnaz