~Islam di Perancis - Islamophobia~
.
Sejak beberapa hari ni, ramai bertanya saya tentang keadaan sebenar apa yang berlaku di Perancis.
.
Saya mohon maaf sebab hanya berdiam diri, kerana saya ingin menunggu kenyataan rasmi organisasi Muslims of France (Musulmans de France), Majlis Ulama dan kenyataan Imam-Imam Perancis.
.
Walaupun saya telah lama tinggal di Perancis, tetapi bagi saya rakyatnya lebih memahami akan urusan negara mereka sendiri berbanding seorang penumpang seperti saya.
.
Sebenarnya keadaan Islamophobia di Perancis adalah sangat rumit untuk diringkaskan, kerana ia adalah hasil daripada satu pengalaman yang panjang.
.
Kata ulama terkenal Perancis, Syeikh Dr Tariq Ramadan, kita perlu kembali ke zaman raja monarki, kemudian ke zaman kolonial, sebelum ke zaman moden Perancis, agar boleh memahami peristiwa ini.
.
Secara ringkas, Perancis asalnya merupakan negara barat yang paling kuat beragama pada zaman dahulu. Kuatnya pengaruh mereka sehinggakan Pope di Vatican hanyalah boneka raja Perancis.
.
Tetapi setelah sekian lama, akhirnya agama telah mengecewakan mereka. Puluhan peristiwa berlaku seperti penipuan Raja Philip IV sehingga terbubarnya Knights Templar, peperangan 300 tahun atas nama agama dan kezaliman agamawan yang hidup bermewah tanpa memikirkan kemiskinan rakyat marhaen.
.
Pengalaman selama ribuan tahun ini mengakibatkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada golongan agamawan. Lalu lahirlah konsep Laïcité iaitu Sekularisme di Perancis, di mana agama dipisahkan daripada pemerintahan.
.
Sekular di sini juga bermaksud kepercayaan agama tetap boleh diamalkan kerana ia adalah hak individu, tetapi tidak boleh dipamerkan di khalayak ramai. Konsep ini terpakai untuk semua rakyat Perancis.
.
Maka orang Islam tidak boleh memakai purdah/niqab, orang Kristian tidak boleh memakai salib dan orang Yahudi tidak boleh memakai kippah di khalayak ramai.
.
Saya pernah cerita secara terperinci sejarah Sekularisme di Barat dalam post saya yang terdahulu di Instagram. Secara umum, sistem Sekularisme ada baik dan buruknya di Barat.
.
Antara kebaikan Sekularisme di Barat ialah muslim yang merupakan kumpulan minoriti telah dijamin hak mereka dan tidak boleh didiskriminasi oleh undang-undang.
.
Maka tidak hairan terdapat Imam-Imam Perancis yang menyeru pemerintah untuk menghormati konsep Laïcité (Sekularisme Perancis) ini, sama seperti mana ulama-ulama di Malaysia menyeru pemerintah menghormati Perlembagaan Persekutuan.
.
Sekarang mengenai Islam pula. Kita perlu faham bahawa Perancis mempunyai peratusan muslim paling ramai di dunia Barat, iaitu seramai 10%.
.
Untuk memahami konteks, peratusan kaum India di Malaysia hanyalah sekitar 7%. Ini bermaksud kita lebih mudah bertemu muslim di Perancis berbanding bertemu sahabat India kita di Malaysia.
.
Tetapi sedihnya, orang Islam Perancis umumnya terpecah kepada 2 golongan: majoriti yang bermanhaj sederhana, dan minoriti yang berfahaman ekstrimis. Para Imam Perancis memanggil golongan minoriti ini sebagai Jemaah Takfiri atau Salafi Jihadist.
.
Tambahan pula, sejak 10 tahun kebelakangan ini, banyak aktiviti keganasan telah berlaku di Perancis, yang mana kesannya telah mengeruhkan lagi imej agama Islam.
.
Di bawah ini ialah ringkasan statistik keganasan di France sejak 10 tahun yang lepas:
.
# 2010 - 3 kejadian, 1 mati
# 2011 - 8 kejadian, 4 cedera
# 2012 - 65 kejadian, 8 mati, 8 cedera
# 2013 - 12 kejadian, 5 cedera
# 2014 - 14 kejadian, 1 mati 15 cedera
# 2015 - 36 kejadian, 161 kematian, 300 cedera
# 2016 - 12 kejadian, 89 mati, 451 cedera
# 2017 - 9 kejadian, 3 mati, 16 cedera
# 2018 - 3 kejadian, 10 mati, 30 cedera
# 2019 - 3 kejadian, 4 mati, 16 cedera
# 2020 - 7 kejadian, 4 mati, 11 cedera
.
Berdasarkan statistik ini, kita boleh faham bahawa kebimbangan dan ketakutan rakyat Perancis mempunyai asas yang kukuh.
.
Tambah memilukan kita, suara muslim yang moderat dan sederhana di Perancis seolah-olah tenggelam dengan amukan media yang memukul rata bahawa Islam adalah agama keganasan.
.
Kata Imam Hassan Chalghoumi, imam besar Masjid Drancy bahawa kita muslim telah kalah dalam melontarkan suara dan mempromosi kebaikan agama kita sendiri.
.
Sewaktu saya berforum awal tahun ini dengan Mufti Perancis, Syeikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Ghonim al-Azhari, beliau berkata bahawa kadangkala banyak tindakan orang Islam Perancis ini telah merugikan agama Islam itu sendiri.
.
Islam mengajar kita supaya sentiasa berhikmah dalam berdakwah, terutama ketika dalam keadaan lemah dan sedikit. Saya tidak katakan kenyataan President Emmanuel Macron adalah tepat kerana sudah tentu ucapannya telah mengguris hati umat Islam.
.
Tetapi saya katakan biarlah kita berlawan dan berprotes dengan saluran yang tepat, bukan dengan keganasan. Mesej perlu diberi dengan tegas, jelas dan berhikmah.
.
Hargai dan hormatilah jasa para ulama Eropah, yang bersusah payah memerah otak untuk mengsyi'arkan agama Islam di sebuah bumi yang asing. Perjuangan ini bukan dihampar dengan permaidani merah.
.
Buat para sahabat yang ketawa dan me"padan muka"kan peristiwa ini, ingatlah apa yang saya beritahu tadi, bahawa muslim di Perancis adalah muslim teramai di dunia Barat.
.
Kebanyakan mereka walaupun berkerakyatan Perancis, tetapi sebenarnya ramai daripada mereka dari segi genetik keturunan, berasal dari benua Arab Afrika (Morocco, Algeria, Tunisia, Libya etc).
.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kenyataan di media-media sosial, dan berlaku banyak konfrontasi di jalanan, untuk menghalau muslim pulang ke negara asal mereka.
.
Hal ini meresahkan hati mereka kerana mereka adalah rakyat Perancis yang sah, bukan rakyat mana-mana negara lain.
.
Tidak seperti saya, jika berlaku apa-apa kejadian tidak diingini, saya sentiasa boleh pulang ke Malaysia pada bila-bila masa.
.
Buktinya sewaktu pilihan raya umum 2017, penentang utama jawatan Presiden Perancis, Marie Le Pen telah menjadikan agenda penghapusan Islam sebagai modal utama kempen politik beliau.
.
Sebab itu para Imam Perancis telah mengarahkan rakyat Muslim Perancis untuk menyokong Emmanuel Macron pada waktu tersebut, melihat kepada mudarat yang lebih ringan.
.
Keadaan Muslim di Perancis sama seperti kata pepatah Melayu, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, ditelan mati emak, diluah mati bapa.
.
Alhamdulillah rakyat Perancis secara umum telah menolak politik kebencian yang cuba dibawa, menyebabkan kempen anti Islam tersebut mentah-mentah dibakul sampah oleh rakyat. Alangkah indahnya jika mereka semua ini muslim.
.
Tetapi orang bijak pandai akan nampak yang bibik-bibik kehancuran sudah mula sedikit demi sedikit terzahir, seolah-olah bom jangka yang menunggu masa untuk meletup jika tidak dirawat.
.
Sebab itu kami penduduk muslim di Eropah menyeru dunia untuk lebih memfokuskan agenda menzahirkan dan melonjakkan suara kesederhanaan ini, dan melawan kegilaan media, daripada mengecam tanpa mengetahui konteks dan realiti di Perancis.
.
Di samping itu mesej yang tegas perlu diberi kepada kerajaan agar tafsiran konsep Laïcité (Sekularisme Perancis) tidak disalah guna sebagai tiket menyebarkan kebencian dan permusuhan antara rakyat.
.
Saya bersetuju dengan kata-kata Dr Khaliesah Kamal, bahawa kerajaan Perancis adalah sangat pemurah, adil dan saksama, tanpa mengira warganegara, bangsa dan agama, menjadikan kami selesa berada di tanah air kedua kami ini.
Akhir kata,
Je suis musulman. L'Islam est parfait, pas moi. Si je fais une erreur, rejetez la faute sur moi, pas sur ma religion!
(I am Muslim. Islam is perfect, not me. If I make a mistake, blame it on me, not my religion!)
Doakan sahabat-sahabat se-akidah kalian di bumi bersejarah ini dengan penuh kebaikan dan kekuatan.
Sekian,
Solehin Ismail,
Khamis 20/10/2020
Bandar Grenoble,
Pergunungan Alpes, France
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Apa Yang MeleTOP Episod 293 Anda semua nak lagi parodi yang lawak? Jangan lupa subscribe channel MeleTOP dan kami akan bagi yang lagi parodi-parodi y...
「raja france」的推薦目錄:
- 關於raja france 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於raja france 在 吉隆坡美食大胃王 Facebook 的最佳貼文
- 關於raja france 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
- 關於raja france 在 MeleTOP Youtube 的最讚貼文
- 關於raja france 在 MeleTOP Youtube 的精選貼文
- 關於raja france 在 Raja france - Facebook 的評價
- 關於raja france 在 फळांचा राजा | Phalancha Raja |Class 2 | Marathi | English Medium 的評價
raja france 在 吉隆坡美食大胃王 Facebook 的最佳貼文
【劲爆超红超掂的Online Delivery Service名为【Canteen19】除了超平靓正Promotion带来30多道美食为打工仔多一个Optional之外~~现在还推出超可爱的爱心便当让小孩到女生都觉得心花怒放哟~~!!】
【Canteen19】是以KL区最Yummy Yummy三家餐馆分别以日式筑地鱼市场为概念的【Yamaguchi Fish Market】~~浪漫情调中西料理咖啡厅【Caffeinees】& 美食优美西餐馆【Black Market】合三为一推出Online Delivery Service哟~~!!
而现在【Canteen19】还推出超可爱的爱心便当让小孩到女生都觉得心花怒放哟~~!! 最Special是以3种不同国家的料理任你选,而且一律只需RM19 only~~!! 它的分别有:
1. 【I Love Sushi Bento】 - 【Japan日本】
2. 【I Love French Bento】 - 【France法国】
3. 【I Love Bear Bear Bento】 - 【Italy意大利】
记得【Canteen19】每天都会有两款不同国家的料理任你选~每个便当都制作得非常精致~~最棒的一点是~【只要你买多就Free更多】
Buy 2 Free 1!Buy 5 Free 3!Buy 10 Free 7!记得要享受这个优惠的,记得要在订购时填上一下的Promo Code:
-Buy 2 Free 1 C19W1
-Buy 5 Free 3 C19W3
-Buy 10 Free 7 C19W7
*若要订购超过15盒Lunch boxes的朋友,可以直接致电或发email给他们~~But Only只不过需要两天前预订噢~~!!
【Canteen19】Delivery Service的其中Cover的地区如下:
- Bukit Bintang
- Bukit Bintangr City Center
- Pudu
- Chan Sow Lin
- Pandan Jaya
- Jalan Sultan Ismail
- Taman Nirwana
- Ampang Hilir
- Yap Kwan Seng
- U-Thant
- Kg Pandan
- Taman Maluri
- Miharja
- Jalan Ampang
- Jalan Damai
- Stadium Merdeka
- Stadium Negara
- Jalan Raja Chulan
【新加入路线】-【Updated 15/5/17】
- Bangsar South
- Taman Bukit Angkasa
-Angkasapuri
- Angkasapuriy
- Abdullah Hukum
-Bangsar
- Bangsar Pantai
-Bukit Bandaraya
- Bukit Bandaraya
- Brickfields
- Masjid Jamek
- Chow Kit
- Pasar Seni
- Petaling Street
- PWTC
- Taman Dagang
-Ampang Mewah
- Ampang Mewah
- Mont Kiara
- Desa Sri Hartamas
- Sri Hartamas
【新加入路线】- 【Updated 30/5/17】
Wangsa Maju【一些地方】
Setapak【一些地方】
AU2
Jelatek
Setiawangsa
Danau Kota
Keramat
Sri Rampai
Titiwangsa
【Canteen19】
Website : 【 www.canteen19.com】
FB link : 【https://www.facebook.com/canteen19】
运送时间 : Mon - Thu : 11.30am - 2.30pm
Friday 11.30am - 1.30pm
联络号码 :【012-988 5226】
Email : 【canteennineteen@gmail.com】
让我们一起攻略这世上数之不尽的美食!
希望以获得更多关于得知更多美食的好料与资讯~~!!
与你们Like一Like同分享在Tuesday,Friday & Saturday~~!
raja france 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
Apa Yang MeleTOP Episod 293
Anda semua nak lagi parodi yang lawak? Jangan lupa subscribe channel MeleTOP dan kami akan bagi yang lagi parodi-parodi yang kelakar!
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
raja france 在 MeleTOP Youtube 的最讚貼文
MeleTOP Episod 250 [15.8.2017]
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
raja france 在 MeleTOP Youtube 的精選貼文
Tahniah, Jihan Muse kini hamil 4 bulan. Katanya baby made in France. Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
raja france 在 फळांचा राजा | Phalancha Raja |Class 2 | Marathi | English Medium 的美食出口停車場
Install the Home Revise App for 3 days FREE Trial : https://bit.ly/2ZgoiJxVisit us: http://www.homerevise.co.in#LearnMarathi #Marathi ... ... <看更多>
raja france 在 Raja france - Facebook 的美食出口停車場
Raja france. 3 likes. Personal blog. ... <看更多>