Sekadar perkongsian bersama antara tempat2 wajib pergi bila di Ho Chi Minh. 🇻🇳
1. Saigon Central Post Office
- Rekaan dalaman sangatlah unik dan cantik. Kagum sekejap bila masuk dalam bangunan ni. Info menarik untuk di kongsi dan bagi sesiapa yg belum tahu, Ho Chi Minh di namakan sempena nama bekas Perdana Menteri mereka iaitu Ho Chi Minh sendiri. Kelakar bukan? *saya pun baru tahu. Hihi.
2. Pasar Ben Thanth
- Pasar ni di buka seawal pagi tapi sayangnya malam dah tutup. Pasar ni memang besar, nak jalan pon tak habis. Pastikan korang bawa duit lebih sebab macam2 barang di jual tapi hati2 dengan makanan dia. Takut tak halal. Berhati2 juga dengan orang sekeliling, takut ada yang mencuri.
3. Jalan Malaysia
- Jalan ni terletak bersebelahan Pasar Ben Thanth. Jalan ni di namakan Jalan Malaysia sebab ramai sangat orang Malaysia di sini. Selain shopping, makanan halal pon banyak di sini dan begitu juga dengan hotel bajet.
4. Cu Chi Tunnel
- Tempat ni merupakan sejarah peperangan Vietnam & America. Terdapat kesan2 peperangan di tayangkan seperti kereta kebal buatan America, kawasan yang di bom, dan banyak lagi. Di khabarkan terdapat lebih kurang 5000 lubang di bina bagi memasuki terowong bawah tanah. Pengunjung boleh merasai pengalaman memasukit terowong bawah tanah. Free je nak masuk tu. Kalau nak merasai pengalaman menembak pun boleh juga, tapi agak mahal, satu bullet dekat RM11.00.
5. Sungai Mekong
- Tempat wajib pergi bila dah sampai sini. Rasa tak lengkap kalau tak singgah. Bila naik sampan ni, terasa sedih dengan kesusahan rakyat Vietnam sampai mereka cakap "terima kasih kerana datang dan tolong kami". Bagi tips okay dekat diaorang.
6. Muzium Perang
- Sejarah peperangan di coretkan di muzium ini. Muzium ni 3 tingkat. Pelbagai senjata dipamerkan. Kesengsaraan orang vietnam juga di tayangkan. Sangat perit. Nak tahu? Kenalah pergi and baca. Hehe
Banyak lagi tempat menarik untuk di kongsi tapi setakat ini sahaja coretan saya. Papepun, diorang memang best. 👍
Kredit: Hafiz Aziz
Pakej percutian ke Ho Chi Minh, http://bit.ly/2phqn7R .
#hochiminh #vietnam
「pakej percutian bajet dalam malaysia」的推薦目錄:
- 關於pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Mat Travel Facebook 的最佳貼文
- 關於pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的最佳解答
- 關於pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Pakej Percutian Bajet Murah - Facebook 的評價
- 關於pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Pakej Percutian Ke Turki Murah - YouTube 的評價
- 關於pakej percutian bajet dalam malaysia 在 OFFER #pakej #percutian MURAH #terengganu ... - YouTube 的評價
pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的最佳解答
Hai semua.
Ramai yang mesej mira tanya percutian ke Tokyo Jepun baru-baru ni.
Ok baru ada kesempatan nak share.. 🙏😅
Kami acah-acah backpack ke negara matahari terbit pula kalini.
Percutian ke Tokyo Jepun ni ada pertambahan ahli 😆. First time bawa Afya naik kapal terbang nervous jugeee... Dulu anak sorang. Kalinih 2 anak huhu... Hehehe alhamdulillah kami berempat (Zyzool, Mira, Ayra 4 tahun & Afya 7 bulan) berjaya redah kasi pecah tumit kaki di bandaraya Tokyo Jepun selama 7 hari 6 malam! (serius tak cukup hahaha)
Berikut mira senaraikan sebahagian PERBELANJAAN kami untuk Tokyo, Jepun 2017.
Flight Ticket : Return Ticket RM703 seorang kecuali Afya (Infant) RM250
Penginapan : RM1055.30 (7 hari 6 malam) Purata RM175.88 per night
Pengangkutan : ¥7,500 (~RM281) seorang (Ayra free)
Travel Insurance : RM97.50 satu family
Tokyo Disneyland + Tokyo Disneysea : Dewasa ¥13,200 (~RM494) Kanak-kanak ¥8,600 (~RM323)
Sanrio Puroland : RM73 seorang
Fujiko F. Fujio Museum : Dewasa ¥1,000 (~RM38) Kanak-kanak ¥500 (~RM19)
Tokyo Tower + One Piece : Dewasa ¥2,900 (~RM108) Kanak-kanak ¥900 (~RM34)
Semua tiket Ayra berbayar kali ni sebab dah 4 tahun huhuhu mohon bertabah ayah 💸#zyzooljanganbotakpliss 😅😆. Manakala tiket Afya masih free kecuali tiket kapal terbang hihi
INFO PENTING
1. VISA : Tak perlu mohon visa untuk ke Jepun tapi dalam kapal terbang pramugari/ra akan edarkan DISEMBARKATION CARD & CUSTOMS DECLARATION pada setiap pelancong untuk Visa on Arrival. Tulis dengan lengkap supaya tiada keraguan hohoho..
2. INTERNET : Internet mira beli siap-siap simkad Hello 1010. Kami beli yang 5GB 7 Days. Coverage terbaik dan untuk mira yang heavy user internet nih hihihi 5GB memang cukup. Actually siap beli extra risau tak cukup tapi sepanjang 7 hari tu 3GB je guna rupanya. So ada 1 simkad tak gune lagi nih.. hohoho.. Kat dalam kapal terbang sebelum mendarat Zyzool dah siap-siap masukkan simkad Hello 1010. So touch down DISABLE kan Airplane Mode so kat airport dah boleh dapat signal terus. hehe ouh jangan lupa ON kan DATA ROAMING. Kat tempat kami tinggal ada FREE WIFI. Di Haneda Airport pon ada FREE WIFI. Kat certain train station pon ada FREE WIFI termasuk dalam train.
3. KAD DEBIT/KREDIT : Sebelum ke Jepun cuak jugak kot-kot kad debit/kredit tak diterima di sana sebab pernah baca negara jepun ni cash oriented society dan tak terima kad lebih-lebih lagi ada kes pelancong tipu kad kredit mereka di sana. Tukar cash pulak ciput jer (yeke?🙊).. But don't worry Alhamdulillah kesemua tempat mostly memang accept credit card waima kiosk kecik jual mainan, jajan dan ais krim pon. Sebelum melancong confirmkan kad debit anda boleh digunakan di luar negara.
4. PENGANGKUTAN : Kat sana kami naik train je. Boleh beli tiket untuk setiap perjalanan atau lagi mudah terus beli kad Pasmo/Suica. Pasmo & Suica nih macam Touch & Go la kat Malaysia. Dua-dua sama je IC Card cuma nama je lain sebab syarikat lain-lain. Hasil pembacaan & research dari mereka yang pernah ke jepun maka kami memilih kad Pasmo sebab?? Sebab kalau pulangkan balik kad Pasmo dapat duit baki dalam kad + 500 yen deposit. (tapi tak pulangkan pon sebab nak buat kenangan + valid 10 years.. hehe) Manakala kalau kad Suica ada cas return fee jika duit baki dalam kad melebihi 220 yen. Jelas tak?? huhu Tapi kalau tanya mira, PASMO or SUICA? Mira akan pilih SUICA.. sebab?? rahsia hehehe.. Kalau korang memang nak pergi banyak tempat dalam 1 hari boleh ambil day pass. Yang ni hanya untuk pelancong (kitalah pelancong tu 😅). Ada 24h, 48h, 72h ikut kesesuaian la korang nak pilih yang mana. Tunjukkan passport anda ya. Gunakan tiket pas ni di laluan Tokyo Metro dan Toei Subway sahaja. Selain dari laluan ni guna Pasmo/Suica.
5. PENGINAPAN : Yang nih serius kena booked awal. Kalau makin lambat korang booked makin mahal la atau dapat bilik yang tak bape best atau jauh dari attraction.. hehehe nasib... Ok ni ada satu apps search engine untuk hotel yang best mira nak share dengan korang. Korang bolehlah install apps HotelsCombined.com untuk cari tempat tinggal yang sesuai dengan anggaran bajet korang. Just pilih je range price per night dan HotelsCombined akan senaraikan hotel yang bersesuaian. Pilih hotel pilihan anda dan HotelsCombined banding harga dari Booking, Expedia, Agoda dll. Mudah bukan? Kami booked awal 3 bulan sebelum.. 2 malam pertama Zyzool booked melalui airbnb di area Arakawa-ku. 4 malam terakhir pula kami stay area Tokyo Skytree dengan hanya RM160 semalam. Siap boleh masak, basuh baju, dan ada bath tub lagik.. hihi best-best
6. APPS : Jangan lupa untuk download sesiap MAPS.ME atau google maps apps dan pointkan tempat-tempat bakal korang pergi atau download mana-mana map apps yang korang suka…Install juga apps NAVITIME untuk check train semasa yang korang akan naik. Alhamdulillah memang mudah dan sentiasa di jalan yang benar. hehe. Kalau nak tengok www.HyperDia.com pon boleh juga.. terpulang pada korang yang mana selesa. Kalau pergi ke Tokyo Disneyland/ Tokyo Disneysea bolehlah install apps TDR Alert agar memudahkan perjalanan anda dalam taman tema tersebut.
7. TRAVEL INSURANCE : Lindungilah perjalanan anda dengan travel insurance. hihi.. Yang ni Zyzool belikan travel insurance AXA Smart Traveller VIP. RM97.50 cover untuk kami berempat. Nih pakej untuk 1 family. Insuran ini meliputi trip cancellation, travel delay, missed departure, lost luggage dll. So boleh travel with peace of mind 😊
8. TAMAN TEMA : Actually percutian kali ni memang fokus untuk Ayra. Dulu dia kecik masa pergi Korea, Indonesia & Hong Kong so tak berapa faham.. Tengok gambar, barulah senyum-senyum tanya nih masa Ayra kecik ya ummi? hihi di Hong Kong Disneyland dia ingat tapi terkejut sebab tak sangka jumpa Mickey Mouse dan Sofia the First depan-depan tu yang muka ambil gambar muka macam tak percaya.. hahaha
Tokyo Disney Resort : Pada mulanya nak pilih salah satu je tapi memandang Tokyo Disneysea hanya ada di Jepun sahaja manakala permainan kanak-kanak banyak di Tokyo Disneyland maka terpaksalah kami kerja keras untuk masuk kedua-dua taman tema tersebut. hohohoho.. #zyzoolmohontabah 💸😅. Tiket nih boleh beli kat main entrance tapi kami nak secure tiket confirm dapat so beli kat Disney Store area Shibuya. Beli terus 2 day pass. Kena pilih siap-siap hari pertama dan kedua dan haruslah berturut. Kami pilih Disneysea hari pertama diikuti Disneyland. Makanan boleh bawa masuk just inform HALAL FOOD kat staff yang check tu. Untuk Ayra kami dah siap pakaikan costume Snow White di Disneysea & Princess Belle from Beauty & the Beast di Disneyland.. Untuk dewasa boleh pakai costume pada hari yang ditetapkan musim Halloween. Dan costume tu haruslah tema disney karektar. Selain dari hari tersebut orang dewasa TAK BOLEH pakai costume dalam Tokyo Disney Resort kecuali kanak-kanak. Time kami pergi tu jatuh pada hari orang dewasa boleh pakai costume so jumpe la pakcik pakai outfit Donald Duck, makcik pakai baju Evil Queen (mak tiri Snow White) siap makeup garang & in characterx 😅 dan banyak la lagi karektar seperti Rapunzel, Aurora Sleeping Beauty, Elena of Avalor pon adoo 😱
Tips: Masuk je Tokyo Disneyland/Disneysea minta suami lari ke permainan yang FAST PASS.
Sanrio Puroland : Ayra & Ummi peminat Hello Kitty 😅 so kami decide ke Sanrio Puroland. Tiket ni boleh beli di main entrance. Tapi saja mira nak try beli melalui Klook.com. Harga jauh lebih murah pulak tu. Hanya RM73 seorang berbanding beli di entrance 3,800 yen. Just print email yang Klook.com send untuk tiket masuk. Tiada makanan halal. Kami bawak instant bubur. Just tuangkan air panas dan siap dimakan 😅.. Air panas ada di Baby Room.
Tips: Naik tingkat 2F dulu untuk berjumpe dengan Hello Kitty di Lady Kitty House
Fujiko F. Fujio Museum : Yang ni kalau peminat Doraemon kena pergi nih. Kamilah tu hihi. Tiket tak jual kat entrance. Kena beli siap-siap kat mana-mana kedai Lawson di Jepun. Ada mesin untuk beli tiket Doraemon ni just minta staff Lawson untuk bantu belikan tiket Doraemon tu. Ada 4 waktu pilihan tiket iaitu pukul 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang atau 4 petang. Dan kena masuk paling lambat dalam setengah jam waktu reserve tiket tu. Contoh 10 pagi paling lewat masuk 10:30 pagi.
Tips: Kalau masuk sini pergi tingkat 2 dulu tengok cerita Doraemon sebab awal pagi tak ramai orang.
Tokyo Tower + One Piece : Memandangkan ada peminat One Piece dalam group bekpek kami 😅 so kite beli tiket pakej terus. Hehe.. Boleh beli di main entrance dan terpulang lah pada korang nak naik Tokyo Tower dulu atau layan One Piece dulu. Tak kisah.
Tips: Kumpulkan kesemua stamp dalam One Piece Museum sebanyak 11 stamp dan korang bakal dapat hadiah misteri.
9.TAX FREE : Ok yang ni kalau korang nampak kedai tu TAX FREE jangan lupa bagi passport korang kat kaunter pembayaran. So tak perlu bayar cukai 8% tu dan mereka akan klip dan cop resit barang tanpa cukai yang korang beli tu di passport. Mostly masa nak bayar mereka tanya dulu korang nak tax free ya? Contoh kat Disney Store di kaunter pembayaran dia mintak passport mira dan terus buat record of purchase yang tax free tu. Manakala di Sanrio Puroland korang kena pergi tingkat atas ke kaunter Tax Free untuk tuntut balik duit cukai tu.
10. TANDAS : Kalau nak membuang nih toilet kotor & takde pili air pon tak best kan hehe.. Don't worry tandas di jepun ada automatik cebuk & pengering. hehehe.. Super Toilet ni ada yang siap hangatkan kerusi toilet tu lagik. hehe just tekan je gambar kat control panel tepi toilet tu untuk membersihkan pape yang patut hehe. Kalau anda ada baby, boleh masuk toilet yang ada baby rest. Just letakkan baby di baby rest dan selesaikan urusan anda.. hehehe..
11. SOLAT : Kat area Shibuya ada masjid Tokyo Camii. Di Disneyland boleh tanya kat Guest Information nanti staff kat situ bagi bilik untuk solat. Kat Sanrio Puroland kami solat di tingkat 2 menghala ke lift.. kawasan tu kosong dan area staff. Di Fujiko F. Fujio Museum kami solat dalam baby room. Malam di bilik memasing! 😊
Jangan lupa solat di mana saja anda berada 😊.
Semoga dimurahkan rezeki untuk melihat keindahan negara orang ❤️
Buat masa ni dulu eh, Tokyo sendiri besar hihihi nanti mira update details setiap tempat kami pergi & more gambar dalam blog kami ya
http://zyzoolmiratravel.com
Youtube Channel: http://tiny.cc/ZMT_Channel
Akhir kata, “hujan emas di negeri orang.. 😅😜
Semoga bermanfaat & Salam Maal Hijrah 🙂
pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Tips Bercuti dan Melancong Survival ke Maldives.
Kepulauan Maldives merupakan destinasi percutian idaman bagi ramai orang. Alhamdulillah saya sudah sampai ke sana bagi tujuan percutian dan perniagaan. Berikut adalah tips-tips yang saya mahu kongsikan sebagai panduan dan persediaan mahu bercuti ke Maldives.
1. Rancang perjalanan awal sekurang-kurangnya enam ( 6 ) bulan sebelum tarikh berlepas. Maldvies boleh dikunjungi sepanjang tahun, paling baik antara Oktober hingga April.
2. Cuaca di Maldives panas dan hujan sepanjang tahun. Iklim Tropika di gugusan kepulauan Maldives menjadikan setiap pulau, pantai dan kehidupan dasar laut subur dan cantik sekali seolah tidak pernah terusik.
3. Maldives merupakan sebuah Negara terkecil di Asia dan juga
merupakan sebuah Negara Islam. Dengan kepadatan penduduk di seluruh pulau-pulaunya mencecah 400,000 orang, Maldives bergantung kepada sumber perikanan dan pelancongan sahaja.
4. Male ( disebut MA – LEY ) adalah ibu Negara Maldives. Di Pulau Male inilah terletak pusat pentadbiran, perbankan, ekonomi, masjid Negara dan pasar. Airport terletak di sebuah pulau khas berhampiran Male.
5. Pilih Penerbangan Sri Lankan Air untuk tambang lebih murah berbanding yang lain. Perlu juga selalu membuat semakan harga Singapore Airlines, Malaysia Airlines dan Thai Airways untuk harga promosi. Harga dari RM1300 seorang untuk pergi dan balik dari KLIA ke Male.
6. Pilih resort yang kita suka secara online di www.agoda.com.my. Bayaran menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit boleh diterima di sana. Pastikan salinan tempahan bilik di simpan dengan baik. Pegawai Imegresen Maldives akan minta apabila sampai di sana nanti.
7. Harga resort bergantung kepada bajet dan fasiliti yang kita mahu. Harga resort dari RM100 satu malam. Setiap resort dibina di atas sebuah pulau sahaja. Berhati-hati memilih resort, sekiranya membawa anak-anak kecil, pastikan resort yang dipilih membenarkan anak kecil di bawa bersama. Sesetengah Resort tidak membenarkan kanak-kanak masuk bagi tujuan privasi.
8. Cadangan tempoh percutian paling Ideal dan nyaman adalah sekurang-kurangnya 4 malam di Maldives. Kebiasaanya, saya memilih untuk transit dahulu di hotel sekitar Airport ( kerana ketibaan malam ), Harga dari RM70 satu malam. Esoknya selepas sarapan, saya ke Airport semula untuk memilih Resort ( boleh tawar menawar dengan wakil jualan resort ).
9. Kita akan dibawa menaiki bot laju ataupun Seaplane dari Airport ke Pulau. Biasanya harga bot laju sudah termasuk dalam pakej. Sediakan tips buat pembantu bot. Berikan salam kerana mereka semuanya Muslim belaka. Seaplane perlu ditempah lebih awal, boleh layari www.transmaldivian.com.
10. Terdapat lebih kurang 230 Resort di setiap gugusan pulau Maldives dan lebih kurang 30 buah hotel transit berhampiran Airport untuk dipilih. Berhati-hati juga dengan setiap menu yang dihidang, lebih baik bertanya dahulu sebelum ambil makan.
11. Apabila sudah sampai ke resort di pulau pilihan kita. Aktiviti seterusnya bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh pihak resort. Harga pakej juga tergantung kepada setiap aktiviti dan jarak ke lokasi.
12. Aktiviti Popular di Maldives adalah seperti Snorkeling dan Diving ( percuma sekitar resort ). Perkakas boleh dipinjam atau disewa daripada pihak resort. Pakej memancing, bersiar menaiki bot, bersiar menaiki kapal terbang, melawat ke pulau Male dan pusat kraf di setiap pulau berhampiran adalah sangat menarik dan disyorkan.
13. Matawang tempatan Maldives adalah Rufiyya. Walaubagaimanapun, matawang US Dollar digunakan secara meluas di seluruh Maldives. Tukar sedikit USD sebelum ke sana bagi tujuan memberi tips, membeli cenderamata dan kecemasan. Jangan bawa terlalu banyak wang.
14. Gunakan Kad Debit ( Maybank, CIMB, Bank Islam dll ) bagi tujuan pembayaran pakej aktiviti, makan minum dan caj-caj lain di atas pulau. Tanya kepada pihak resort samada harga dipaparkan itu sudah termasuk 10% Caj Perkhidmatan dan 6% Cukai Kerajaan atau belum.
15. Harga makan dan minum tambahan ( Room Services ) di Maldives agak tinggi kerana bahan mentah kebanyakannya di import dari luar Negara dan perlu dibawa pula ke setiap pulau. Pastikan kita bertanya harga yang jelas bangi mengelakkan “terbeliak biji mata” melihat bil selepas daftar keluar nanti.
16. Mohon bawa ubat-ubatan peribadi sendiri sekiranya perlu. Jarak sesetengah resort ke Hospital atau Klinik di Male agak jauh. Minyak angin, plaster, Minyak kapak, Losyen Kulit, Panadol, Antibiotik, Ubat batuk dan Selsema adalah keperluan ubat asas.
17. Sangat rugi sekiranya kita tidak bersedia dengan kamera yang boleh merakam momen indah di dalam air. Gunakan kamera berkualiti tinggi, kecil, mudah dibawa dan bateri tahan lama seperti GoPro Hero apabila ke sana. Hubungi sahabat saya Tuan Nassry Mardee Ismail IV ( Cikgu E : 019-5459353 ) untuk mendapatkan harga promosi. Sebutkan kod Promosi “ I love Kedai Kamera E-POH” apabilawhatsapp beliau. Confirm dapat harga kasih sayang.
18. Mohon bawa sejadah sendiri dari rumah ke Maldives untuk pengalaman solat di resort dan di atas bot ( ketika beraktiviti ) yang selesa dan lebih khusyuk. Ketenangan dan keindahan ciptaan Allah di Maldives membuatkan kita lebih fresh, bertenaga dan mencurah ilham untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur, bertaqwa dan berbuat lebih banyak kebaikan.
19. Bagi kaki pancing pula, Maldives adalah syurga popping, jigging dan bottom fishing. Dapatkan pakej memancing terus dari resort. Pastikan lesen dikeluarkan bagi mengelakkan di tangkap dan didenda. Memancing tanpa lesen merupakan kesalahan berat di Maldives. Bawa peralatan sendiri dari sini.
20. Akhir kata, buat rancangan awal untuk percutian ke Maldives bagi menjimatkan kos. Setiap pulau dan resort mempunyai keunikan sendiri. Kesemuanya cantik dan indah belaka. Pengalaman ini harus diteroka bergantung bajet dan minat kita. Sesungguhnya Maldives adalah ciptaan dan keindahan yang luarbiasa daripada Tuhan buat kita makhluknya.
Sekiranya Tuan dan CikPuan merasakan perkongsian saya ini bermanfaat dan suka. Mohon Share di facebook masing-masing. Semakin bersemangat untuk saya menulis info ke destinasi lain pula selepas ini. Angan-angan adalah percuma, ia bermula dengan azam dan kesungguhan kita.
Saya selalu mendoakan setiap orang yang membaca, like, komen dan share status untuk dimakbulkan doa mereka dan dipermudahkan usaha mereka untuk bercuti ke Maldives suatu hari nanti. Amin Amin.
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Ikram Al Banjari.
Usahawan Tegar dan Pengembara Bisnes Jalanan.
.
pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Pakej Percutian Ke Turki Murah - YouTube 的美食出口停車場
Jika anda sedang mencari pakej melancong ke Turki, ini yang kami tawarkan dalam pakej Turki kami : Dengan harga kami anda dapat melancong ke ... ... <看更多>
pakej percutian bajet dalam malaysia 在 OFFER #pakej #percutian MURAH #terengganu ... - YouTube 的美食出口停車場
Tawaran pakej Percutian yang berbaloi sepanjang tempoh karnival di adakan. Di Padang Astaka KEMAMAN, Terengganu. ... <看更多>
pakej percutian bajet dalam malaysia 在 Pakej Percutian Bajet Murah - Facebook 的美食出口停車場
Pakej Percutian Bajet Murah, Sungai Petani. 10406 likes · 1 talking about this. Menawarkan PERCUTIAN SUPERB MURAH Dalam dan Luar Negara | Authorised... ... <看更多>