马来西亚何时才能平等、自由地对待每一位公民?
Hari Malaysia meraikan perpaduan nasional dalam masyarakat kita yang berbilang kaum, dan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai apabila ianya bersifat inklusif, berdasarkan saling menghormati, memberi peluang saksama dan memakmurkan seluruh rakyat Malaysia.
Janji untuk Hari Malaysia adalah supaya kita dan anak-anak kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah. Janji itu hanya dapat dipenuhi jika kita bersatu sebagai sebuah negara tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Mereka yang gagal memenuhi janji ini, akan mengalihkan perhatian dan memecahbelahkan kita dengan menggunakan retorik perkauman dan ekstremisme agama.
Rakyat Malaysia harus menyokong mereka yang berusaha ke arah perpaduan nasional. Kita tidak bertengkar sesama sahabat tetapi setiakawan, saling bekerjasama dan saling menyokong.
Kita bersatu di bawah pemimpin bersama dan tidak tamak berebut kuasa dengan rakus. Kita tidak mencari kedudukan kerana politik wang.
Kita kembalikan kuasa kepada rakyat kerana kita menghormati kuasa rakyat. Dan yang lebih penting lagi, kita jaga kepentingan rakyat dan bukannya jaga kepentingan kroni.
Tanah ini milik kita semua, bukan hanya satu kumpulan. Hanya ada Tanah Sabah, Tanah Sarawak dan Tanah Malaysia bagi setiap rakyat Malaysia.
Masa depan adalah milik anak-anak kita, bukan hanya milik satu golongan sahaja. Orang Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun-Murut, Iban, Dayak dan Orang Asli - kita semua adalah anak Malaysia.
Harapan masih ada untuk hari esok yang lebih baik, jika kita bersatu bersama melawan mereka yang ingin merompak masa depan anak-anak kita.
Marilah kita bersatu untuk membentuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat, untuk menjadi pelindung rakyat, pembela demokrasi, perisai untuk keadilan, pedang menentang rasuah, penjaga kekayaan ekonomi dan pemelihara masa depan anak-anak kita.
BERSATU PADU!
SELAMAT HARI MALAYSIA!
LIM GUAN ENG
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「orang asli di sarawak」的推薦目錄:
- 關於orang asli di sarawak 在 Hew Kuan Yau 丘光耀 Facebook 的最讚貼文
- 關於orang asli di sarawak 在 Ayahanda Abdul Rani Kulup Facebook 的最佳解答
- 關於orang asli di sarawak 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
- 關於orang asli di sarawak 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於orang asli di sarawak 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於orang asli di sarawak 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於orang asli di sarawak 在 Borneo Oracle - SIRI 6: ETNIK YANG DIANCAM KEPUPUSAN 的評價
- 關於orang asli di sarawak 在 Wanita Sabah Sarawak, Orang Asli perlu diperkasa - YouTube 的評價
orang asli di sarawak 在 Ayahanda Abdul Rani Kulup Facebook 的最佳解答
Pasukan Risik Gempur (1970-1999)
Ramai generasi masa kini khasnya generasi tentera darat yang sekarang tidak mengenali pasukan penggempur terbaik satu ketika dahulu yang digeruni/ditakuti oleh gerlia komunis. Tidak lain tak bukan ''Unit Combat Inteligence Squad' atau dikenali sebagai Risik Gempur yang diasaskan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Rejimen Renjer (RRD)
Faktor
Pasukan itu ditubuhkan pada awal tahun 1970 ekoran pengganas komunis melakukan keganasan terhadap polis dan tentera serta penindasan orang awam termasuk penduduk orang asli di semenajung dan kaum pribumi di Sarawak. Malah pasukan Infantri tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka bertindak pantas jadi maka Tentera darat tertubuh pasukan Unit Combat Inteligence Squad.
Pasukan
Unit Combat Inteligence Squad atau dikenali sebagai Platun risik gempur bertindak sebagai risik,cari dan musnah,mereka dilatih seperti komando berbanding kompeni biasa. Pasukan tersebut dipecahkan kepada nama platun masing-masing tidak mengira askar melayu ataupun askar renjer,antaranya Tiger Platoon (Platun Harimau),Platun Kilat dan Platun Ngelaban dan banyak nama platun UCIS tidak dicatatkan oleh mana-mana buku sejarah. Pegawai dan anggota yang dipilih berdasarkan kemahiran dan tahap fizikal mental mengikut pemilihan.
Senarai operasi
Kedah & Perak
*Operasi Gubir I&II
*Operasi Sedar
*Operasi Setia
*Operasi Gonzales
*Operasi Iblis
Pahang & Kelantan
*Operasi Hentam Galas
*Operasi Indera
Sarawak
*Operasi Jala Aman
*Operasi Ngayau
Perbatasan
*Gerakan Selamat Sawadee
Wira UCIS
*Kapt Hj Robert Rizal Abdullah PGB
*Lt Muda Abd Razak Husin SP
*Lt Johnson A/k Meling
*Sjn Kanang a/k Langkau PGB,SP
*Ali bin Amit
*PW II Abang Bolhi Doladi KPK
*Mejar KM Michael Riman Bugat PGB
*Kapt Mohan Chandran SP
X Famous
*Rani Kulup a.k.a Raja Report Polis*
Popular Culture
Drama
*Platun Harimau
*Darah Merah Melakar Sejarah
Filem
*Kanang The Iban Warior
*Malay Regiment
Novel
*Platun Harimau s1-s3 karya Pena Celoreng
Sumber Vat 69 - perjuangan semalam
#photoehsan
orang asli di sarawak 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
TEKS UCAPAN
PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET BAHARU KERAJAAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA
9 MAC 2020
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian,
1. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan ikutan sepanjang zaman.
1
2. Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang minggu yang lalu saya telah berpeluang untuk berbincang dengan rakan-rakan pimpinan daripada parti BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS untuk membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah Menteri baharu yang akan saya umumkan pada hari ini.
CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT
3. Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomi global masa kini berada dalam situasi tidak menentu. Perang perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga terkesan dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya turut dirasai oleh negara kita.
4. Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk
2
membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
5. Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
6. Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.
7. Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
3
8. Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan. Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers.
9. Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara. Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.
10. Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa kementerian akan distruktur semula.
11. Antaranya ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian ini dalam struktur yang sedia ada dibebani dengan bidang tugas yang amat besar serta mencabar kerana ianya meliputi pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke pengajian tinggi. Oleh yang demikian saya telah memutuskan untuk mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di
4
samping mengekal dan memperkasakan Kementerian Pendidikan.
12. Dengan ini, KPT akan dapat memberikan fokus kepada sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah dan menengah.
13. Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah negara yang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan agama. Perpaduan yang utuh antara pelbagai kaum merupakan penentu kelangsungan atau survival negara kita. Menyedari hakikat ini, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan.
14. Aspek kelestarian alam sekitar juga penting dalam mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera buat kita semua, anak-anak kita dan generasi akan datang. Sumber-sumber semula jadi di negara kita mesti dipelihara dengan baik. Justeru, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Alam Sekitar akan diwujudkan.
15. Kerajaan juga serius untuk menangani isu-isu pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak. Kabinet saya akan memastikan semangat
5
Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63 akan diterjemah dalam bentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di negeri Sabah dan Sarawak. Justeru, saya akan mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang akan diketuai oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
16. Dengan bertawakkal kepada Allah, mengharapkan bantuanNYA, saya dengan ini akan mengumumkan senarai nama anggota kabinet yang saya pilih dengan satu ijtihad saya untuk kemaslahatan negara. Sedaya mungkin saya dalam pemilihan ini berusaha memenuhi maksud firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 26:
ََُّّۡۡۡ إ ن َخ ۡي َر َم ن ٱ ۡس َت ـ َج ۡر َت ٱ ل َق و ى ٱ لۡ ِم ي ن ِِِ
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH"
17. Sekali lagi pada Allah saya berserah atas ijtihad saya, maka dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong:
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)
PENUTUP
18. Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah umumkan. Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi rakyat dan negara.
19. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan panduan dan mandat kepada saya untuk menentukan barisan kabinet.
20. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam 3 petang di Istana Melawati, Putrajaya.
21. Saya berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada semua anggota kabinet saya untuk menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
So apa pendapat anda semua dengan pengumuman senarai barisan kabinet kerajaan dibawah YAB PM TSMY?
Mohon komen 🙌🏼
orang asli di sarawak 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
orang asli di sarawak 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
orang asli di sarawak 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
orang asli di sarawak 在 Wanita Sabah Sarawak, Orang Asli perlu diperkasa - YouTube 的美食出口停車場
Kerajaan baharu diminta tidak mengenepikan penglibatan wanita di setiap industri di negara ini. ... <看更多>
orang asli di sarawak 在 Borneo Oracle - SIRI 6: ETNIK YANG DIANCAM KEPUPUSAN 的美食出口停車場
Menurut laporan populasi 1988 hanya tinggal 118 orang etnik Tatau di Sarawak. Populasi mereka ramai tertumpu di Daerah Tatau, Bintulu dan juga di Daerah ... ... <看更多>