Assalamualaikum. Berikut ialah khasiat bagi setiap satu asma ul husna yang mana jika kita amalkan, setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeza-beza mengikut apakah hajat yang kita inginkan. Insya Allah...
1. YA RAHMAAN
Yang Maha Pengasih.
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.
2. YA RAHIIM
Yang Maha Penyayang.
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
3. YA MALIK
Raja Yang Maha Berkuasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.
4. YA QUDDUS
Yang Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.
5. YA SALAAM
Yang Maha Sejahtera.
Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.
6. YA MU'MIN
Ya Maha Mengamankan.
Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
7. YA MUHAIMIN
Yang Maha Memelihara.
Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
8. YA 'AZIZ
Yang Maha Perkasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.
9. YA JABBAR
Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.
Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
10. YA MUTAKABBIR
Yang Memiliki Kebesaran.
Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
11. YA KHALIQ
Yang Maha Pencipta.
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.
12. YA BARI'
Yang Maha Merancang.
Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.
13. YA MUSAWWIR
Yang Maha Pembentuk.
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.
14. YA GHAFFAR
Yang Maha Pengampun.
Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.
15. YA QAHHAR
Yang Maha Perkasa.
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
16. YA WAHHAB
Yang Maha Memberi Kurnia.
Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.
17. YA RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.
18. YA FATTAH
Yang Maha Pembuka.
Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
19. YA 'ALIM
Yang Maha Mengetahui.
Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
20. YA QABID
Yang Maha Menyempitkan.
Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
21. YA BASIT
Yang Maha Melapangkan.
Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.
22. YA KHAFID
Yang Maha Merendahkan.
Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
23. YA RAFI'
Yang Maha Mengangkat.
Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
24. YA MU'IZ
Yang Maha Membeningkan.
Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
25. YA MUZIL
Yang Maha Menyesatkan.
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
26. YA SAMI'
Yang Maha Mendengar.
Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.
27. YA BASIR
Yang Maha Melihat.
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
28. YA HAKAM
Yang Maha Melapangkan.
Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.
29. YA 'ADL
Yang Maha Adil
Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.
30. YA LATIF
Yang Maha Lembut
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.
31. YA KHABIR
Yang Maha Berwaspada
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.
32. YA HALIM
Yang Maha Penyantun.
Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.
33. YA 'AZIM
Yang Maha Agung.
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.
34. YA GHAFFUR
Yang Maha Pengampun
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.
35. YA SYAKUR
Yang Maha Mensyukuri.
Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.
36. YA 'ALI
Yang Maha Tinggi
Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.
37. YA KABIR
Yang Maha Besar
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)
38. YA HAFIZ
Yang Maha Penjaga
Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
39. YA MUQIT
Yang Maha Pemberi Kekuatan.
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
40. YA HASIB
Yang Maha Pembuat Perhintungan
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.
41. YA JALIL
Yang Maha Mempunyai Keagungan
Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.
42. YA KARIM
Yang Maha Mulia.
Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
43. YA RAQIB
Yang Maha Mengawasi
Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
44. YA MUJIB
Yang Maha Mengabulkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.
45. YA WASI'
Yang Maha Luas
Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.
46. YA HAKIM
Yang Maha Bijaksana.
Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
47. YA WADUD
Yang Maha Penyiram Kesejukan.
Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.
48. YA MAJID
Yang Maha Penyandang Kemegahan
Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagao ketua keluarga.
49. YA BA'ITH
Yang Maha Membangkitkan
Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
50. YA SYAHID
Yang Maha Menyaksikan
Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.
51. YA HAQ
Yang Maha Besar
Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
52. YA WAKIL
Yang Maha Pemegang Amanah
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.
53. YA QAWI
Yang Maha Kuat
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
54. YA MATIN
Yang Maha Kukuh
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
55. YA WALI
Yang Maha Melindungi
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.
56. YA HAMID
Yang Maha Terpuji
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
57. YA MUHSI
Yang Maha Penghitung.
Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
58. YA MUBDI
Yang Maha Memulakan
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.
59. YA MU'ID
Yang Maha Mengembalikan
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.
60. YA MUHYI
Yang Maha Menghidupkan
Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
61. YA MUMIT
Yang Maha Mematikan.
Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.
62. YA HAYYU
Yang Maha Hidup.
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
63. YA QAYYUM
Yang Maha Menegakkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.
64. YA WAJID
Yang Maha Menemukan
Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
65. YA MAJID
Yang Maha Mulia.
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
66. YA WAHID
Yang Maha Tunggal
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.
67. YA AHAD
Yang Maha Esa
Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.
68. YA SAMAD
Yang Maha Diperlukan.
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.
69. YA QADIR
Yang Maha Menentukan
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.
70. YA MUQTADIR
Yang Maha Berkuasa
Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. YA MUQADDIM
Yang Maha Mendahulukan
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.
72. YA MUAKHKHIR
Yang Maha Mengakhirkan
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.
73. YA AWWAL
Yang Maha Awal
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.
74. YA AKHIR
Yang Maha Akhir
Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.
75. YA ZAHIR
Yang Maha Nyata
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
76. YA BATIN
Yang Maha Ghaib
Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
77. YA WALI
Yang Maha Memberikan
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.
78. YA MUTA'ALI
Yang Maha Meninggikan
Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.
79. YA BARR
Yang Maha Dermawan
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.
80. YA TAWWAB
Yang Maha Penerima Taubat
Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. YA MUNTAQIM
Yang Maha Penyiksa
Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.
82. YA 'AFU
Yang Maha Pemaaf
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. YA RAUF
Yang Maha Pengasih
Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.
84. YA MALIKUL MULK
Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan
Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.
85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM
Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan
Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. YA MUQSIT
Yang Maha Menyeimbangkan.
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. YA JAMI'
Yang Maha Pengumpul
Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. YA GHANI
Yang Maha Kaya.
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. YA MUGNI
Yang Maha Pemberi Kekayaan
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.
90. YA MANI'
Yang Maha Mencegah
Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. YA DARR
Yang Maha Pemberi Derita
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.
92. YA NAFI'
Yang Maha Pemberi Manfaat
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. YA NUR
Yang Maha Bercahaya
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.
94. YA HADI
Yang Maha Pemberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. YA BADI'
Yang Maha Pencipta Keindahan
Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.
96. YA BAQI
Yang Maha Kekal
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.
97. YA WARIS
Yang Maha Pewaris
Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.
98. YA RASHID
Yang Maha Bijaksana
Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.
99. YA SABUR
Yang Maha Sabar
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.
Sekianlah khasiat 99 Asma ul Husna. Amalkanlah. Semoga beroleh kebaikan.
Aamiin...
Wallahu'alam
Kredit: pesan bonda
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「niat solat sunat jumaat」的推薦目錄:
- 關於niat solat sunat jumaat 在 Pai Syahira Facebook 的最佳解答
- 關於niat solat sunat jumaat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於niat solat sunat jumaat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於niat solat sunat jumaat 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於niat solat sunat jumaat 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於niat solat sunat jumaat 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
niat solat sunat jumaat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Bila bicara bab Bidaah, dari dulu lagi saya akan merujuk kepada 4 soalan ini.
Pertama memang Nabi tak buat, tetapi jawab 4 soalan ini, maka InsyaAllah boleh selesai masalah.
1.Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
2.Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)
3.Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)
4.Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)
Empat soalan ini adalah asas ilmu yang semua orang islam perlu tau akan jawapannya untuk setiap ibadat yang kita buat, tak kira sunnah atau bidaah.
Contoh bab solat, akan terjawab 4 soalan ini, iaitu aku solat kerana Allah, ada dalil dalam Al quran yang menunjukkan bahawa solat adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Begitu juga dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Malahan 4 soalan ini tidak tertakluk pada yang Sunnah sahaja, yang Bidaahpun begitu.
Sebagai contoh (masukkan amalan bidaah hasanah) semuanya kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah perintah Allah, ada pendapat ulamak yang membenarkan semua itu, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing.
Faham tak?
Ambil contoh: Baca Qunut.
Okey, Nabi tak buat tapi Mazhab Syafee nak buat, mari jawab soalan ini
1.Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
Ya, saya baca Qunut dalam solat subih kerana Allah
2.Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(ada dalil dan Nas)
Ya, ada Allah benarkan membaca doa Qunut, ada dalil…
3.Jika ini perintah Allah, bagaimana Ijmak Ulamak melaksanakannya?(Sunnah berguru)
Kami ikut Imam Syafee dan muridnnya, dan doa ini pernah dibaca Nabi, kami hafal dan kami baca.
4.Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)
Kami buat di rakaat ke dua solat subuh, jika tertinggal solat tetap sah, sunah sahaja. Tapi kami istiqamahkan secara sunat, bukan secara wajib.
Nampak tak?
Jika Talqin dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, maka dikubur orang main telefon sambil selfie.
Jika Tahlil Arwah dikatakan Bidahan, Amalan itu ditinggalkan, maka dirumah rang mati, masing masing orang main telefon sambil selfie.
Bila Qunut dikatakan bidaah, Amalan itu ditinggalkan, Qunut tidak bergema lagi!
Bila membaca Yasin setiap malam jumaat dikatakan Bidaah, Amalan itu ditinggalkan, maka malam jumaat orang main telefon sambil selfie.
Bila membaca Al Quran tanpa memahami maksud dikatakan sia-sia, Amalan itupun ditinggalkan... danAl Quran tidak bergema lagi!
Bila zikir beramai- ramai sesat, lepas solat masing masing main henset, maka Zikir tidak bergema lagi!
Lalu menanglah tipu daya syaitan
Menghadap telefon dari pagi hingga malam tidak di katakan sesat
Sebaliknya sebarang usaha ke jalan Allah sentiasa ada yang mengatakan sesat dan suruh di tinggalkan.
Lalu jika kamu pasang telinga…
Kamu akan dapati..
Dunia semakin sepi dengan pujian kepada Allah.
Dan Dunia semakin bising dengan ketawa berdekah Syaitan durjana.
Itupun, Jika kamu mahu mendengar.
Take note!
niat solat sunat jumaat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Kenapa orang Islam Bergaduh?
Ada orang bukan islam datang bertanya, mereka keliru dengan orang islam yang bergaduh sesama sendiri, katanya agama islam adalah agama kedamaian, tapi kenapa saling bergaduh, dan saling bunuh membunuh. Rujuk ISIS, Haram Bako dan lain lain pengganas Beragama islam, Kenapa?
Aku toleh kiri kanan, sebab aku bukanlah ustaz ulamak untuk jawab soalan ini dari sudut ilmu dan dalil, tapi sebagai seorang yang dah ada pengalaman penuh beragama islam, dan hidup di kalangan orang islam sejak kecik, toleh lagi kiri kanan, biarlah aku jawab solan ini mengikut sudut pandang aku seorang penganut agama islam yang biasa-biasa.
Jika pembaca lain rasa padangan aku ada yang salah, boleh tegur diruangan komen.
Ok, kisahnya begini, masa aku kecik, arwah ibu aku, selain seorang peniaga kedai runcit, juga seorang guru mengajar kanak kanak membaca Al quran dalam Bahasa arab. Ibu aku juga menggalakkan (paksa sebenarnya) aku dan adik beradik yang lain dengar ceramah agama dari ustaz di masjid antara magrib dan Isyak (sekitar 1 jam), waktu lain, sebagai kanak-kanak, kami main, menonton, baca komik, main lagi, sama macam anak anak seluruh dunia, Cuma setiap hari, kami solat lima waktu, (ambil masa sekitar 10 ke 15 minit), juga setiap hari, belajar mengaji (sekitar setengah jam) kecuali hari cuti sekolah.
Hari Jumaat, kami di wajibkan solat Jumaat di masjid, pakai baju melayu dan datang awal sebab anak Raja akan datang dan bagi RM1 setiap kanak kanak yang datang awal. Sebelum asar, wang tu dah habis kami belanja. Adohai…, hari jumaat adalah hari yang paling seronok, sebab boleh main puas puas lepas solat Jumaat sampai magrib. Biasa kami akan habiskan dengan mandi laut, atau mandi sungai.
Sebelum baligh. Ada sikit pengalaman budak lelaki kena tempuhi iaitu berkhatan. Ada yang takut ada yang berani dan ada yang berlagak berani. So masa kecik dah diajar memilih perasaan waktu hadapi ujian berkhatan. Lepas berkhatan rasa dah dewasa dan bila kahwin baru faham nikmatnya berkhatan ini. Ha ha!
Ok, imbas balik... Bila tiba bulan puasa setahun sekali, kami berpuasa (sebagai kanak-kanak, rasa seronok dengan suasana yang berubah, seronok berbuka dengan juadah best, seronok di benarkan tidur sepanjang hari), dan malam hari, lepas tarawih, seronok makan lepas solat witir, dan seronok dibenarkan bermain di malam hari sepanjang bulan puasa. (main Meriam buluh tu wajib)
Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, dan begitulah rutin hidup normal sebagai seorang islam, bila tiba raya haji, seronok dengan rezeki daging lembu yang melimpah ruah. Siap buat satay tepi pantai bersama rakan sebaya.
Selain itu juga, kami orang islam juga merayakan awal muharam, masak bubuk asyura dan makan ramai ramai, juga sambut maulidul rasul, (hari lahir Nabi) dengar ceramah dan makan sedap, (berarak macam sekarang belum pernah di buat kat kampung kami). Sambut peritiwa israk mikraj(peristiwa asal usul solat 5 waktu) dengan ceramah agama dan makan sedap, sambut 15 syaaban dengan ceramah agama dan makan sedap juga. Happy sahaja kami sebagai orang islam.
Bila ada antara kami yang berkahwin, ada khutbah ringkas untuk penghantin, dan ada makan sedap, di selang dengan budaya sedia ada orang melayu seperti acara silat, kompang, bersanding dan lain lain. Semua happy sahaja, tak ada gaduh gaduh.
Bila ada kematian pulak, kami orang kampung akan bergotong raya uruskan mayat, dari mandikan mayat ke tanam mayat, bacakan Yassin, dan di malam hari, akan ada kenduri tahlil selama tiga malam, makan menu biasa-biasa tapi dah jadi adat. Bukan ajaran islam tapi kami tak ada gaduh gaduhpun, benda ni dah jadi budaya dalam masyarakat melayu.
Jika ada kelahiran anak, akan ada majlis akikah, kenduri makan daging kambing, dua ekoe jika dapat anak lelaki, seeokor jika ada anak perempuan. Begitulah lebih kurang hidup kami orang islam, tak ada gaduh gaduh, hidup aman dan damai.
Waktu itu jugak, ibu bapa kami banyak cerita kesusahan hidup zaman penjajah, zaman perang dunia kedua, zaman tak boleh makan nasi, zaman kena makan ubi sahaja, zaman sekolah tak terurus, yang mana buatkan kami sangat bersyukur hidup di zaman sekarang, bersyukur dapat solat di masjid, bersyukur dapat berpuasa dan makan sedap, bersyukur dapat sambut hari raya, pendek kata Alhamdulillah. Hidup aman damai tak ada nak gaduh-gaduh bab agama.
Sehinggalah di pertengahan 80-an, bila muncul pilihan raya, bila tiba tiba muncul parti mengaku jika tak sokong parti mereka, kita akan jadi kafir. Parti mereka akan bawa ke syurga. Maka muncullah bait bait perbalahan antara kami orang islam.(di kampung aku)
Sebahagian orang kampung masih menyokong Kerajaan dan sebahagian orang kampung menyokong Pembangkang, walaupun mereka semua islam, tapi antara mereka ada yang kafirkan antara satu sama lain, lalu muncul dua masjid sebab konon tak sah solat di masjid kerajaan, muncul orang islam yang tak makan sembelihan parti lain kerana tak halal, muncul laki bini yang bercerai sebab berbeza fahaman politik. (aku tak kenal siapa yang bercerai, aku dengar cerita sahaja, lagipun aku masih budak tak ada lah nak ambik tahu sangat)
Ok, aku masih remaja waktu itu, tapi cukup tak suka bila ada orang islam kafirkan sesama islam, aku yang solat kat masjid kerajaan katanya tak sah sebab imam sokong Umno, Adohai..
Aku masa muda pilih untuk tenggalam dalam dunia rock, metal, hiburan, sebab malas nak layan geng politik dalam kampung, tingkatan tiga aku apply asrama, rasa seronok dapat hijrah tinggalkan kampung. Habis SPM aku terus kerja di KL (Bangi, tapi kira KL jika orang kampung tanya, ha ha) lepas tu dapat masuk IPTA di Kelantan, dan di sinilah aku banyak kembali belajar bab agama.
Ok, kita masuk bab pengenalan, (lor, rupanya tadi baru intro).
Senang cerita, dalam agama islam, mereka dah terpecah kepada dua, satu Sunnah Wal jamaah, (90%)dan satu lagi Syiah.(10%)
Taniah pada orang Islam aliran Sunnah sebab sanggup keluar berdakwah sejak 1400 tahun dahulu ke seluruh dunia hingga aliran ini berkembang sampai ke Malaysia. Aliran Syiah sekitar Iran dan beberapa Negara sahaja, Di Negara luar, memang Syiah dan Sunni ada berperang, tapi di Malaysia tak ada perang dengan Syiah sebab golongan mereka terpencil.
Jika ada ‘ramai’ pun pengikut Syiah kat Malaysia, mereka amalkan Taqiyah, (pura pura sunni), bagi yang tak tahu, antara perbezaan Syiah dan Sunni sebab mereka menolak Kahlifah utama, seperti Abu Bakar, umar, dan Osman dan yakin Saidina Ali sebagai Imam utama dalam mazhab imam 12, dalam Sunni, tak ada sahabat yang orang Syiah sanjung kami maki, tapi dalam Syiah, ada antara mereka caci maki sahabat yang kami sanjung seperti abu bakar dan Umar. Ops, tak boleh cerita penjang sebab aku bukan orang syiah. Tapi aku tetap mencintai Ali dan Husin, dan semua sahabat. Ok lain kali kita cerita bab ini. Sambung bab Sunni bergaduh sesama Sunni dulu…
Ada empat mazhab dalam sunni iaitu Shafee, Maliki, Hambali dan Hanafi. Semua sama dari segi asas cuma ada sikit beza bab cabang namum semua berlapang dada. Tiada gaduh bab perbezaan mazhab dan semua adalah betul.
Balik ke Malaysia, Islam orang Malaysia adalah aliran Sunnah Wal Jamaah, (sunni) bermazhab Shafee.iaitu Islam yang berpegang kepada 4 rujukan:
-Alquran (Kata kata atau Firman Allah)
-Hadis (Kata kata atau Sabda Nabi, semua jenis hadis kecuali hadis palsu)
-Ijmak Ulamak (Pendapat majority di kalangan ulamak berkenaan Al quran dan hadis)
-Qias (Pendapat majority di kalangan ulamak berkenaan hal yang tiada dalam Al quran dan hadis)
Jadi, kisah amalan secara ringkas waktu aku kecil di atas, adalah merujuk kepada 4 sumber di atas, tak ada nak gaduh gaduh, tak ada nak kafirkan sesiapa, hidup aman damai dengan penuh keyukuran atas nikmat merdeka dan nikmat dapat amal ajaran Islam.
Tapi bila aku dewasa, dah ada pulak golongan Wahabi, yang buat orang melayu bergaduh, sebab mereka wahabi pegang dua sahaja.
-Alquran (Kata kata atau Firman Allah)
-Hadis (Kata kata atau Sabda Nabi, tapi Hadis pilihan guru mereka sahaja)
Bila wahabi tolak banyak hadis yang digunakan oleh Imam Mazhab dan ambil hadis terpilih sahaja, buat amalan agama mereka jadi sempit dan mudah kafirkan orang. Itu yang bergaduh dan saling kafir mengkafir.
Sebagai contoh, apa hokum sambul Hari lahir Nabi? Dalam ajaran ustaz Ahli sunnah wal jamaah, kami pegang pada 5 hukum taklifi iaitu:
1) wajib
2) sunat
3) harus
4) makruh
5) haram
Jadi dalam kes sambut hari lahir Nabi, hokum asalnya harus jika tiada perkara haram di dalamnya dan menjadi sunat jika didasari dengan cinta kepada Rasulullah (yakni bukan adat semata-mata) dan seiring dengan amalan sunat seperti berselawat, berceramah kisah Nabi dan lain lain.
Tapi fahaman Wahabi, bila di tanya apa hokum sambut Hari lahir Nabi?
Jawapan mereka: ianya tidak sunnah, tiada Nas, tiada dalil, nabi tak pernah suruh, maka ianya bidaah dan pelakunya adalah ahli neraka kerana melakukan bidaah dalam agama.
Itu yang jadi gaduh tu, adohai…
Padahal, Islam itu agama yang indah, penuh toleransi, bijaksana, tidak mudah menghukum dan bersangka buruk pada umat Islam dan tidak melahirkan ekstrimis atau militant.
Berbeza dengan Wahabi yang sangat sempit ruang hukumnya , mudah hokum orang lain masuk neraka, banyak bersangka buruk pada umat Islam yang tidak sealiran dengannya, tapi sangat bersangka baik pada pengikutnya. Serta melahirkan ekstrimis, militant dan terrorist seperti ISIS dan penghina ulama. Naduzubillah.
Jadi kepada orang bukan islam yang bertanya, kenapa kami saling bergaduh, itulah pasal, pergaduhan ini berpunca bila mereka geng Wahabi tinggalkan Sebahagian hadis, buat mereka menolak Ijmak dan Qias ulamak dari pelbagai mazhab, buat mereka sanggup hokum orang sebagai kafir dan ahli Bidaah, dan dalam politik lah geng ni tolak hadis nasihat pemimpin elok elok, dan ambik hadis separuh separuh, itu yang kat kampung aku dulupun boleh ada dua masjid, haram makan sembelihan penyokong kerajaan, dan kena cerai bini jika sokong parti lain, astarfirullahalazim.
Tapi itu dululah. Sekarang ajaran wahabi dikampung telah ditolak dan kami kembali aman damai dah tak gaduh isu maulud, tahlil, kenduri kahwin dan jemaah dakwah pun dah banyak keluar masuk ajal umat islam jangan bergaduh dan pakat pakat tegakkan sunnah.
Tarik nafas.
Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber, (Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu lebih berhikmah dari geng Wahabi yang hanya rujuk 2 sumber.(al quran dan hadis pilihan). Ustaz kami tak kafirkan mereka, dan suruh kami pujuk mereka kepada dakwah dan tabligh.
Tapi Hamka, katanya keluar berdakwah pun bidaah?, Nabi tak keluar berdakwah tiga hari! Bidaah! Jadi duduk rumah sahajalah, adohai…
Inilah masalahnya bila tolak banyak hadis, tolak ijmak ulamak dan tolak qias, habis tu mereka pergi belajar agama 4 tahun di Univerisiti ada hadis kah?
Ok, panjang jika nak berhujah bab ini, balik kepada penanya soalan, kenapa orang islam saling bergaduh sesama islam.
Jika tadi Wahabi yang menolak mazhab, dalam islam juga ada golongan anti hadis. Mereka ambil Al quran sahaja sebagai rujukan dan tolak semua hadis, tolak semua ijmak Ulamak dan tolak semua Qiyas.
Wah wah wah, meriahnya hidup, antara mereka yang sempat saya berdialog, tidak solat, tidak ke Mekah, tidak puasa, dan islam hanya pada nama sebab katanya solat tu semua rekaan Ulamak. Pergi haji hanya konspirasi wahabi nak kayakan mekah, dan kaabah tu berhala orang islam katanya, Nauzubillah
.
Panjang jika nak ulas, tapi mereka inilah antara yang buatkan orang islam saling bergaduh, yelah, kita nak pergi haji dituduhnya kita nak sembah berhala ciptaan orang arab berbetuk 4 segi, adohai..
Nasihat ustaz kami, dakwah mereka secara lemah lembut, dan ajak mereka kepada dakwah dan Tabligh.
Tapi Hamka, kata anti hadis, keluar berdakwah tak ada cerita detail dalam Al quran?, jadi tak patah berdakwah rumah ke rumah, tak payah solat, tak payah pergi haji sebab tak ada cerita detail, cukup amal Al quran guna nafsu sendiri..
Ok, panjang jika nak berhujah bab ini, tapi sini boleh nampak permainan mereka, tahu nak senang sahaja, Nampak sangat mereka bertuhankan nafsu sebab tafsir Al quran guna nafsu. adohai…,
Balik kepada penanya soalan, Last satu lagi masalah yang timbul, adalah datang dari Orang Islam yang munafik, nampak islam tapi kritik semua, kritik Al quran, tolak hadis, tolak ulamak. Semua tak betul! Adohai.
Mereka tak murtad sebab islam dah membudaya disekeliling mereka tapi hari hari kritik islam hingga sanggup bergaduh sesama islam. Bab munafik ni Allah dah pesan dalam al quran agar hati hati dengan mereka dan hati hati agar tak jadi macam mereka.
Panjang nak cerita tapi aku dah penat,
Benda ni balik kepada basic nafsu manusia, mana lebih mujahadah hidup? Sebagai ahli Sunnah? Wahabi? Anti hadis? Munafik? Atau Atheist?
Secara teorinya, ahli Sunnah wal jamaah yang rujuk 4 sumber, (Al quran, hadis, Ijmak, dan Qiyas) sudah tentu hidup lebih bermujahadah dalam mengamalkan agama tapi tetap bahagia (janji Allah, siapa ingat padanya hati akan tenang) tanpa perlu sibuk kafirkan orang sebaliknya golongan ahli Sunnah wal jamaah inilah yang banyak keluar berdakwah (rujuk gerakan Tabligh) ke seluruh dunia.
Mereka keluar berdakwah untuk jumpa semua orang islam sama ada tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, atau munafik dan murtad, tapi mereka (gerakan tabligh) datang pujuk rayu mereka kepada Islam yang asal.
Secara teori, menjadi geng Wahabi lebih mudah sebab dah tak payah ikut pendapat ulamak tapi hati mereka tak tenang sebab sibuk kafirkan orang, dan sanggup bunuh orang yang tak sependapat dengan mereka. (rujuk pengganas islam yang berfahaman wahabi)
Secara teori juga, golongan anti hadis, hidup lebih mudah dari wahabi sebab dah tak payah ikut mana mana hadis, jadi selamba tak solat, tapi hati tak tenang, sebab tu sanggup datang blog aku dan komen setiap hari tuduh aku syirik sebab sembah kaabah. Adohai..
Secara teori juga, golongan munafik dan murtad lagi senang hidup, tolak semua, tolak Al quran, tolak hadis, tolak ulamak, tapi hati tak tenang sebab mereka ada datang ke blog aku mengaku hati tak tetang dan rasa nak bunuh diri.
Bukan semualah, tapi itulah cerita aku, pengalaman aku berdebat dengan mereka, dan pilihan hidup masing masing.
Aku rasa sampai sini sajer aku cerita kisah orang islam bergaduh sesama islam, ada banyak lagi pecahan, seperti geng sembah kubur, geng solat pakai niat, Nabi palsu dan lain lain, tapi wahabi, anti hadis dan murtad ni yang lantang bersuara di blog aku akhir akhir ni, itu yang aku luang masa tulis untuk sedikit pencerahan.
Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Secara ringkas:
A) Golongan penyokong parti politik pilihan saya sahaja masuk syurga, lagi 72 parti semua masuk neraka, undilah parti pilihan saya jika mahu syurga! tak undi kami, masuk neraka!
B) Golongan Anti hadis daif, (Wahabi) cukup hadis soheh pegangan kami, yang lain semua bidaah, masuk neraka!
C) Golongan Anti semua hadis. Al quran sahaja pegangan kami, siapa sekutukan Al Quran dengan hadis, adalah ahli neraka!
D) Golongan Anti Sahabat Nabi, kecuali Sahabat tertentu pilihan mereka. Siapa sokong sahabat Nabi yang kami benci, mereka ahli neraka! (Syiah)
E) Golongan yang fikir risau terhadap 72 golongan lagi dan berusaha dakwah mereka kepada Sunnah wal Jamaah agar semua selamat dari azap api neraka.
Akhir kata, jika ada masa dan rezeki, akan ada pendakwah Sunnah wal jamaah akan pergi berdakwah rumah korang semua, datang mereka bukan nak kafirkan korang, tapi nak ajak kepada Sunnah Nabi SAW, ajak dengan lemah lembut, insyaAllah.
Korang mungkin akan caci dan maki mereka, atau lari, tapi mereka akan teruskan usaha kerana mereka telah mendapat kemanisan iman dalam kerja dakwah mereka. Jika korang tak nak, mereka akan beredar dengan doa dan sangka baik, InsyaAllah.
Dulu, Allah suruh Nabi Musa Berdakwah kepada Firaun yang mengaku Tuhan, sedangkan Allah Maha Mengetahui bahawa Fiaraun laknatullah akan tetap mati tidak beriman, kerana itulah pilihan hati Firaun, namun di jalanan, ketika Nabi Musa Berdakwah, Seribu ahli sihir Firaun telah masuk Islam. Begitulah berkembangnya ajaran Sunnah wal Jamaah, Jumpa korang tapi korang bangga tak nak, InsyaAllah di jalanan, akan ada yang nak, sebab tu Sunnah Wal Jamaah 90% di dunia ini (rujuk wiki) sebab mereka keluar berdakwah sebagaimana Nabi-Nabi terdahulu keluar berdakwah. Deep nih!
Last,. Sesungguhnya aku sayang korang semua, dan aku setuju Jemaah dakwah datang ketuk pintu rumah korang dan ajak kepada Sunnah. Dalam jamaah dakwah, semua mazhab ada, Hanafi, Maliki, Shafee, Hambali dan lain lain. Mungkin satu hari nanti, Geng Wahabi yang bertaubat, anti hadis yang bertaubat dan geng murtad yang bertaubat serta lain lain fahaman dapat bersatu dalam kerja dakwah dan tabligh, inysAllah.
Kata-kata akhir, menjadi seorang yang hidup beragama Islam Ajaran Sunnah wal jamaah sebenarnya tidak mudah, ianya adalah satu perjuangan yang sukar. Hidup akan selalu di uji kerana itulah maksud hidup. Firman Tuhan: “Jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji.”
Akhir kata, Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' sesama kita. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam fahaman Sunnah Wal Jamaah. Amin.
Lakum Di Nukum wa liyadin.
(dipetik dari blog keretamayat)