[認真想] #在大都等你:張無忌的那個 #明教
.
金庸小說《倚天屠龍記》的張無忌當上了明教教主。明教就是源出摩尼教。根據摩尼教,宇宙是兩個相同而永恒的第一原則的競爭。#上帝和黑暗王子(Prince of Darkness)分別代表精神和物質。前者是光明的、善的,後者則是惡的。所以,靈魂是善的,身體是惡的。
.
兩者都爭逐宇宙的話事權。有趣的是,他們像九十年代的阿仙奴跟曼聯一樣,沒人能壟斷皇者之位,上帝當然不會是全能了。所以,宇宙就恒常在爭鬥之中。
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
manichaeism 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Agama Manichaeisme: Agama Besar Yang Telah Pupus
Manichaeisme adalah sebuah agama yang tumbuh di Parsi pada abad ke 3 M. Ia diasaskan oleh seorang berbangsa Parsi bernama Mani dan juga disebut Manichaeus atau Manes yang lahir pada 216-276 M pada zaman Empayar Sasanid. Agama ini adalah hasil daripada pengaruh yang pelbagai seperti gerakan Babylonian-Aramaic (sebuah gerakan seperti Mazdanisme), Hindu, Yahudi, Kristian, Elcesaites dan tulisan-tulisan keagamaan yang ada di Parsi.
Agama ini juga hasil daripada sinkretis daripada agama Zoroaster di Parsi. Ini kerana beliau mengajar mengenai dualisme yang menggambarkan perjuangan di antara dunia rohani yang baik (cahaya) dengan dunia jahat (dunia material dan kegelapan). Ia adalah hasi pengaruh daripada konsep Ahuramazda dan juga Ahriman di dalam Zoroaster.
Manichaeisme berkembang pesat diantara abad ketiga hingga abad ketujuh dan di kemuncaknya ia membentuk salah satu agama yang paling meluas di dunia. Gereja-gereja Manicheaisme dan kitab-kitab mereka telah sampai sejauh timur China dan juga telah sampai di barat di bawah Empayar Rom.
Manichaeisme telah menjadi saingan sengit kepada agama Kristian yang juga sedang pesat berkembang pada ketika itu. Sebab itulah dalam perjalanan sejarah, agama Manichaes bertahan lebih lama di Timur berbanding di Barat. Akhirnya selepas abad ke-14 M agama ini turut merundum jatuh di selatan China.
Sejarah
Mani dilahirkan pada tahun 216 M di Mesopotamia di bawah pemerintahan Parsi. Pada zaman itu Parsi dikuasai oleh di bawah dinasti Sassanid. Mani sendiri berketurunan Parsi dan beliau memiliki hubungan dengan penguasa Sassanid. Pada zaman beliau, agama Zoroaster dianut oleh kebanyakkan masyarakat Parsi. Akan tetapi Mani dibesarkan dari keluarga yang memeluk sebuah aliran Elcesaite yang juga merupakan ajaran Kristian.
Menurut tulisan Mani di dalam bukunya, beliau mendakwa telah memperolehi wahyu sebanyak dua kali, pertama pada usia dua belas tahun dan kedua pada usia dua puluh empat tahun dan pada ketika itu beliau mula bergiat aktif dengan menyampaikan khutbah membawa ajarannya tersendiri. Pada mulanya ajaranya tidak begitu menarik minat masyarakat di kawasannya. Oleh itu beliau mengambil peluang untuk berhijrah ke timur laut di India dan di sana ajarannya dapat berkembang.[1]
Setelah sekian lama mengembara, pada tahun 242 M beliau kembali semula ke Parsi dan pada ketika itu pengaruh beliau sudah meluas malah Raja Shapur pada ketika itu juga jadi pemeluk ajarannya. Raja Shapur juga mengizinkan Mani untuk menyebarkan dakwahnya di wilayah Parsi. Sekitar tiga puluh tahun kemudian, agama ini terus berkembang di bawah Raja Shapur I dan juga Hormizd I. Dalam tempoh ini Mani menyebarkan agamanya tanpa ada halangan dan beliau mendapat pengikut dengan jumlah yang besar. Dalam tempoh itu juga, utusan-utusan ajaran Mani juga dikirim ke negeri-negeri lain. Pada waktu itu ajaran yang dibawa oleh Mani itu ditentang oleh pemimpin agama Zoroaster.
Pada tahun 276 M, empayar Sassanid dipimpin oleh raja baru yang bernama Raja Bahram I. Pada zaman ini agama Zoroaster mula dihidupkan kembali dengan campur tangan diraja setelah sekian lama agama ini suram disebabkan serangan Alexander The Great ketika perang Yunani- Parsi.
Pada zaman Raja Bahram I, agama Zoroaster mula menjadi agama rasmi di Parsi. Pada zaman inilah Mani ditahan dan dihukum penjara. Setelah mengalami seksaan selama dua puluh enam hari.[2] Mani meninggal dunia antara tahun 276 M.
Setelah Mani meninggal dunia, agama yang beliau bawa terus berkembang sehingga ke barat sampai ke Spanyol manakala di daerah timur pula ajaranya menyapa di bahagian barat Cina. Puncak kegemilangan agama Manichaeisme berada di abad ke 4. Pada zaman itu agama Manichaeisme bersaing sengit dengan perkembangan agama Kristian. Pada awal abad ke 7, Kristian menjadi agama rasmi Rom dan pada ketika itu agama Manichaeisme telah menjunam jatuh dan lenyap di benua Eropah.[3]
Pada awal abad ke 7 agama ini masih lagi bertapak di Mesopotamia. Dari situlah Manichaeisme mula tersebar ke arah Asia Tengah, di Turkistan dan sebelah barat Cina. Di penghujung abad ke-8 agama itu jadi agama resmi Uighur yang membawah sejumlah daerah belahan barat Cina dan Mongolia. Manichaeisme juga berkembang hampir ke seluruh Cina sehingga ke pantai Timur dan Taiwan. Akan tetapi pada waktu itu Islam juga berkembang di wilayah China.
Kemajuan perkembangan Islam di abad ke 7 akhirnya memudarkan agama Manichaesime. Bermula abad ke 8 pada zaman Khalifah Abbasiyah di Baghdad dengan keras membasmi agama Manichaeisme, dengan tempoh yang singkat sahaja agama ini dihilangkan dalam peta Mesopotamia dan Iran. Manakala pada abad ke 9, agama Manichaeisme merosot dengan drastik di Asia Tengah ditambah pula dengan serangan Mongol di abad 13 melenyapkan agama Manichaeisme di China. Akan tetapi menurut, ahli sejarah Marco Polo secara kebetulan masih menjumpai masyarakat yang menganut Manichaeisme di bahagian timur Cina pada tahun 1300.[4]
Kepercayaan
Dalam Manicaeisme percaya kepada adanya Tuhan Bapa dan juga Tuhan Ibu. Tuhan bapa disebut di dalam bahasa Aramaik sebagai Abbā dəRabbūṯā manakala Tuhan Ibu pula disebut dalam bahasa Aramaik Ima de-Khaye. Asas kepada ajaran Mani adalah konsep dualisme. Baik dan jahat. Kuasa baik adalah tuhan dan cahaya manakala kuasa jahat adalah syaitan dan kegelapan. Mereka juga percaya Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang mengembangkan keturunan manusia. Dalam Manicaeisme juga percaya kepada dewa-dewa.
Mani percaya bahawa ajaran Buddha, Zoroaster, dan Jesus tidak lengkap. Beliau adalah orang yang diutuskan untuk melengkapkan ajaran sebelum mereka dan beliau juga mendakwa ajaran yang dibawa olenya itu adalah untuk seluruh dunia.[5] Ahli-ahli sejarah juga banyak membahas mengenai kenyataan Mani yang mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul Jesus Chirst di dalam bukunya The Great.[6] Ini kerana seakan beliau mendakwa diutus sebagai seorang rasul untuk disempurnakan ajaran Jesus sebelum ini. Malah di dalam banyak tulisan Manichaean juga menyatakan Mani adalah penjelmaan semula tokoh agama terdahulu samada Buddha, Krishna, Zoroaster, dan Jesus. Perkara ini juga telah dikritik hebat oleh Saint Augustine (Bishop of Hippo) di dalam buku The Manichean Debate.
Dalam agama Manichaeisme juga dilarang meminum arak dan dilarang memakan daging. Bagi golongan agamawan (pendeta) pula mereka dilarang berkahwin. Manakala orang awam pula dibenarkan untuk berkahwin. Ada dakwaan yang mengatakan ia adalah pengaruh dari Katolik.
Kitab Suci
Menurut ahli sejarah Mani telah menulis sebanyak tujuh buah buku. Hampir kesemua buku dan tulisannya telah dimusnahkan disebabkan pembanterasan agama ini dari pelbagai pihak. Hanya terdapat beberapa terjemahan yang berpecah-pecah yang dapat diselamatkan. Manichaeisme percaya enam buah daripadanya telah ditulis dalam Aramaik (Syria) dan salah satunya yang kekal ada adalah ditulis dalam bahasa Parsi iaitu kitab Shabuhragan. Menurut Duncan Greenless di dalam bukunya The Gospel of The Prophet Mani ada menyenaraikan buku-buku yang ditulis oleh Mani antaranya:
1) Kitab Shabuhragan ditulis oleh Mani pada zaman empayar Sassanid dan dihadiahkan kepada raja Shapur I. Manakala al Biruni menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.
2) The Great yang dikenali sebagai Destur Mani atau undang-undang Mani.
3) The Treasure of Life.
4) The Book of Mysteries.
5) The Pragmateia.
6) The Book of Giants serpihan asal ditemui di Qumran dan Turpan.
7) The Book of Letters.[7]
Selain daripada tujuh buah kitab suci Manichaeisme terdapat juga risalah-risalah lain yang turut disandarkan kepada Mani antaranya adalah kitab Ardahang dan juga kitab Kephalaia turut dikatakan sebahagian daripada kitab suci Manichaeisme.
Komentar
Agama Manichaeisme juga diketegorikan sebagai agama sinkretis kerana ia memiliki pelbagai pengaruh dari agama lain dan juga tulisan-tulisan spiritual di Babilon. Ia adalah sebuah agama yang cepat tersebar dan cepat pupus. Tidak dinafikan perkembangan awal agama ini begitu hebat. Ia berkembang di timur dan barat hanya dalam masa yang singkat. Ia diketegorikan sebagai salah satu agama yang terbesar suatu ketika dahulu. Oleh disebabkan penentangan kepada agama Manichaeisme juga begitu hebat menyebabkan ia merosak dengan teruk kerana mereka berdepan dengan perkembangan Kristian dan juga Islam. Islam dan Kristian pada abad ke 7 hingga abad ke 13 sedang berkembang dengan pesat sehingga menenggelamkan tradisi Manichaeisme di timur dan barat.
Sebagai contoh di Barat terdapat seorang paderi Kristian bernama Saint Augustine yang asalnya beliau menganut agama Manichaeisme selama sembilan tahun. Oleh kerana tekanan dari pihak Kristian di Barat, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan agama lamanya dan menganut Kristian. Setelah itu beliau banyak mengkritik hebat agama lamanya. Beliau dianggap orang yang bertanggunjawab yang mengkritik dan menjatuhkan fahaman Manichaeisme di Barat. Beliau banyak menulis mengenai gerakan agamanya dahulu malah turut memperlekehkan Mani di dalam bukunya. Tulisan beliau terdapat dalam himpunan buku The Manichean Debate.
Adapaun Ibnu Hazm al Andalusi di dalam bukunya al Fasl fi al Milal wa al Ahwa' wa al Nihal mengkelaskan agama ini sebagai agama ahli kitab dan memberi kemungkinan bahawa Mani adalah seorang nabi. Hasil pemerhatian kami melihat cara pembawakan Mani adalah lebih bersifat sinkretisme dan agama seperti itu bukanlah dari ajaran wahyu. Tidak semua tokoh agama sebelum nabi Muhammad itu adalah nabi atau rasul kerana realiti pada hari ini tanpa wahyu pun manusia tetap mencipta agama palsu dan sikap ini juga sentiasa wujud dari zaman berzaman.
Nota kaki:
_____________________________________
[1] Lihat Michael H. Hart, (1992). The 100: A Ranking of The Most Influential Persons In History, Citadel Press, New York, hlm 410
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Ibid hlm 411
[5] Lihat John Kevin Coyle, (2009). Manichaeism and Its Legacy, Brill, Boston, hlm 42
[6] Lihat Duncan Greenless , (2007). The Gospel of The Prophet Mani, The Book of Tree, San Diego, California, hlm 158
[7] Lihat Ibid hlm 157-180.
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
manichaeism 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
manichaeism 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
manichaeism 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
manichaeism 在 Manichaeism | Definition, Beliefs, History, & Facts | Britannica 的相關結果
Manichaeism, dualistic religious movement founded in Persia in the 3rd century CE by Mani, who was known as the 'Apostle of Light.' Although Manichaeism was ... ... <看更多>
manichaeism 在 Manichaeism (Manichaeanism) - 摩尼教 - 國家教育研究院雙語 ... 的相關結果
摩尼教 · Manichaeism (Manichaeanism) · 名詞解釋: 摩尼教是波斯人摩尼(Mani, 216~276)在西元三世紀時所創的宗教。其教義綜合了佛教、基督教和祅教(Zoroastrianism又稱 ... ... <看更多>
manichaeism 在 摩尼教- 維基百科,自由的百科全書 的相關結果
摩尼教(英語:Manichaeism)又稱作牟尼教、明教,為公元三世紀中葉波斯先知摩尼所創立。這是一種將祆教(瑣羅亞斯德教)與基督教、佛教混合而成的哲學體系,屬於典型 ... ... <看更多>