KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 5)
Saya dah buat segala2nya di Kuwait bagi cuba mendapat visa kepada isteri saya. Kerap saya berjumpa dengan rakan2 ahli parlimen & menteri Kuwait bagi meminta tolong.
"Maaf sahabatku. Urusan visa bukan lagi urusan kerajaan atau menteri. Ia adalah kuasa mutlak Raja." Kuwait dalam ancaman Iran. Ini jawapan yang 'tidak adil' kepada usaha, semangat & pengorbanan saya. Unfair.
Saya juga gagal mendapat tempat belajar di program Masters Syariah walaupun cukup semua syarat sebab saya bukan anak bumi Kuwait atau Negara Teluk. Saya hanya anak Kedah.
Saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Gembira sangat memijak kaki di bumi bertuah Malaysia di bulan Disember 1988. Lagi gembira dapat melihat wajah isteri yang sudah lama ditinggalkan. Remuk rasa hati. Ada yang pengalaman kena tinggalkan isteri kerana tugas & kerja?
Ahh...saya sudah bekeluarga. Saya kena bekerja. Bukan nak bergantung kepada abah & emak. Lagipun saya dah tamat belajar ijazah pertama. Saya terus mohon kerja guru sementara di Maktab Mahmud, Alor Star. Saya juga memohon bekerja sebagai pengajar di Akademi Islam, Universiti Malaysia.
Saya dapat kerja di Maktab Mahmud di awal tahun 1989. Gaji sekitar RM800 sebulan sambil menunggu keputusan dari UM. Saya diberikan amanah mengajar Nahu di Tingkatan 2 Maktab Mahmud (Banat @ Puteri) & juga Balaghah di Tingkatan 6 Rendah.
Saya amat seronok ajar anak2 muda bahasa Arab. Banyak ilmu & tips yang saya dapat sewaktu saya bekerja sebagai pengkaji bahasa Arab di Kuwait saya curahkan kepada pelajar2 saya. Saya dapat lihat di wajah mereka kegembiraan. Indah & mudahnya bahasa Arab.
Saya tinggal di rumah abah & emak (foto dikepilkan). Sebuah rumah papan di sebelah sawah padi. Saya tidak ada kenderaan ke tempat kerja. Ust Radhi, bekas pelajar Kuwait yang juga bekerja di Maktab Mahmud yang menyewa rumah di Teluk Chengai, datang jemput & hantar saya di rumah dengan motorsikal setiap hari bekerja. Hebat jasa beliau kepada saya. Tak akan saya lupa sampai bila2.
Hati berkocak setiap masa mendoakan supaya permohonan kerja saya di UM diterima. Saya ingin ambil cabaran baru. Cabaran menara gading.
(foto bersama isteri di Istanbul 2017).
MDB
同時也有600部Youtube影片,追蹤數超過11萬的網紅Frugal Outdoors & Camping,也在其Youtube影片中提到,Kisah ke-2 pengalaman misteri sewaktu bercamping di muara sungai yang sunyi, jauh dari penempatan manusia pada tahun 2018. Jom Follow/Like Social Med...
「malaysia islam」的推薦目錄:
- 關於malaysia islam 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於malaysia islam 在 ROTIKAYA Facebook 的精選貼文
- 關於malaysia islam 在 Facebook 的最佳解答
- 關於malaysia islam 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最佳解答
- 關於malaysia islam 在 Shukri Vlogs Youtube 的最佳貼文
- 關於malaysia islam 在 Aida Azlin Youtube 的精選貼文
malaysia islam 在 ROTIKAYA Facebook 的精選貼文
Beliau dikenali sebagai pendakwah selebriti dari Turki yang membawakan isu-isu Islam dan Sains.
malaysia islam 在 Facebook 的最佳解答
Dalam sejarah Islam, ada kisah romantic dari Raja Islam yang mungkin kita terlepas pandang.
Bayangkan di malam hari, di tengah padang pasir, ada pasangan kekasih sedang berjalan pulang ke rumah sambal melihat keindahan bintang bintang di langit.
Di wajah mereka ada tanda kepuasan menjadi hamba Allah kerana mereka baru pulang dari berkhidmat kepada rakyat.
Alkisahnya, Raja orang islam ini, di malam hari akan buat rondaan dengan berpakaian seperti rakyat, untuk melihat sendiri masalah rakyat.
Di jalanan, sewaktu meronda, Raja orang islam ini tiba tina ternampak di tengah padang pasir ada khemah yang baru di dirikan, rasa ingin tahu siapakah pemilik khemah itu, Si Raja mendekati.
Di luar khemah ada seorang lelaki yang sedang susah hati, kerana dari dalam khemah terdengar suara perempuan menjerit kesakitan.
Si Raja mendekati lelaki itu dan bertanya khabar, tapi lelaki itu bagaitahu: Jangan sibuk jaga tepi kain orang.
Si Raja bertanya siapakah dalam khemah? Kata lelaki itu isterinya nak bersalin tapi tiada siapa nak bantu.
Si Raja tanya ada Wanita lain tak dalam khemah? Katanya isteri sorang sahaja, dan mereka adalah musafir yang ada hajat untuk bertemu Raja bagi minta sedikit bantuan kewangan.
Raja terus berlari balik rumah, dan ceritakan masalah rakyat kepada si isteri.
Terus isteri berkemas dengan bawa gandum, minyak, periuk dan lain lain keperluan.
Kemudian mereka berdua meredah kepekatan malam berlari ke tengag padang pasir untuk bantu musafir tadi.
Sampai sana, isteri Raja masuk bantu isteri musafir dan raja pulak, hidupkan api, letak periuk, letak air, letak gandum, letak minyak, dan kacau sampai masak. Kelihatan asap asap keluar dari janggut Raja sewaktu si Raja mmebesarkan api dengan cara meniup kuat kuat.
Tak lama kemudian, terdengar suara bayi menangis memecah sunyi, dan isteri raja berkata dengan kuat:
“Wahai Raja orang islam, bagitahu temanmu, tahniah sebab dapat baby boy!”
Terus musafir kat luar tu terkejut dan gelisah kerana orang yang dia halau awal tadi adalah seorang Raja, kemudian Raja datang lagi bantu masak manakala isteri raja bantu isterinya bersalin.
Tapi Raja menenangkannya, jangan risau, tak perlu takut pada saya.
Esok, datang jumpa saya, akan saya berikan bantuan yang sepatutnya.
Raja kemudian hulurkan makanan ke dalam khemah untuk di makan oleh isteri musafir.
Bila semua selesai, raja dan isterinya pulang ke rumah dengan wajah berseri-seri kerana telah dipilih oleh Allah, untuk tunaikan hak rakyat dengan tangan sendiri.
Rupanya bukan malam itu sahaja Raja buat begitu, malam yang lain, ada kisah raja sewaktu sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Raja kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.
Terus Raja berlari pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun ada orang menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh raja Islam dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Raja sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut saksi yang melihat Raja memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Raja orang Islam, ketika keluarga itu makan, Raja lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka menangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
Wah…, wujud lagikah Raja berjiwa rakyat macam ni?
Siapakah nama Raja orang islam ini?
Alkisahnya, Namanya adalah Saidina Umar, jajahan takluknya sangat besar dan kebanyakkannya kekal sampai sekarang dan Namanya termasuk dalam senarai sejarah barat sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Jadi kepada semua pemimpin di Malaysia, ada tak yang bercita cita nak jadi pemimpin macam Saidina Umar?
Pemimpin berjiwa rakyat?
Hari tu pernah dengar pemimpin DAP nak jadi macam Saidina Umar, tapi janji politik ni, adohai..
Akhir kata…
Setiap orang akan ditanya tentang hak orang bawahannya, jika tidak di tunaikan, azab akhirat menanti kerana mahkamah Allah sangat adil, sungguh seorang ibu akan di tanya tentang hak anak anak, seorang suami akan di tanya tentang hak anak anak seta hak bini bini, seorang majikan akan di tanya tentang hak pekerja, seorang pemimpin akan ditanya tentang hak rakyat.
Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
Fikir fikirkan lah.
Woha!
Hamka (Kereta Mayat) 2021, 24 Sept.
malaysia islam 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最佳解答
Kisah ke-2 pengalaman misteri sewaktu bercamping di muara sungai yang sunyi, jauh dari penempatan manusia pada tahun 2018.
Jom Follow/Like Social Media F.O.C:
Di Facebook: https://web.facebook.com/FCampM/
Di Intagram: https://www.instagram.com/frugal_outdoors_camping/?hl=en
Kedai Shopee F.O.C https://shopee.com.my/sham_foc?categoryId=130&itemId=3873836477
Untuk Business/Review/send me your product deal via email frugaloutdoorchannel@gmail.com
FAQ (soalan popular & jawapan)
1) Q: Tent yg FOC pakai sekarang
A: Naturehike Cloud Up 2 (https://shopee.com.my/Naturehike-Cloud-Up-2-Person-Tent-Free-Standing-Ultralight-Camping-Tent-i.129217730.2134224500)
2) Q: Flysheet yg FOC pakai sekarang
A: Hisea 3x3 meter (tak dijual lagi sekarang,company stop production)
3) Q: Guna kamera apa
A: Canon 200D (kit lens & canon 50mm + GoPro Hero 6 & 7)
4) Q: Guna motor apa
A: Bajaj/Modenas V15 (dah modi@custom,kos RM3200+) (DAH JUAL)
5) Q: Tak takut hantu ke
A: Ajaran Islam tak suruh takut hantu,percaya wujud je geng hehe
6) Q: Pernah kena ganggu/jumpa hantu?
A: Ada 2 kisah misteri sahaja(dah di ceritakan dalam video lepas), selain dari itu tiada pengalaman lain @ jumpa hantu depan2.
7) Q: Boleh join?
A: Tak janji boleh (tak plan trip biasa last minit suka2 hati je on)
8) Q: Macam tengok arah Kiblat
A: Ada jual kompas Kiblat atau boleh guna aplikasi di HP
9) Q: Macam mana berak/kencing
A: Tempat xda toilet guna konsep korek&kambus,cuci guna air sungai/laut
10) Q: Nama alat nyalakan api gores-gores tu apa
A: Ferro Rod (https://shopee.com.my/Ferro-Rod-Fire-Starter-F.O.C-i.283444682.6744637782)
11) Q: Kasut boot yang digunakan
A: Altama Maritime Assault Mid Cut (https://www.facebook.com/Original-SWAT-Malaysia-192432156259)
12) Q: Seluar outdoor yang dipakai
A: Mahameru Survival Soul (Indonesia) xda jual kat Malaysia.
13) Q: Abg ni solat tak??
A: Kalau tak solat,tak ingat Tuhan kau ingat aku berani ke camping sorang-sorang tu hihi ( tak semua benda nak kena tunjuk kan)
14) Q: Harga kayak biru FOC
A: RM1000,model basic S.O.T kayak,seller MAG,boleh ke group ni kalau nk beli https://www.facebook.com/groups/2474750919427088/?ref=bookmarks
#campingmalaysia #horrorstory #wildcamping
malaysia islam 在 Shukri Vlogs Youtube 的最佳貼文
‼️SEMBOYAN PERTAHANKAN 5 RIDER FOODPANDA YANG DITAHAN KERANA BELA ISLAM‼️
#hinaallah
#hinaagamaislam
#semboyanmalaysia
#riderfoodpandamengamuk
#isuhinaagama
#dibelasahfoodpanda
#dibelasahfoodpandakeranahinaislam
#foodpandamengamuk
#riderfoodpanda
#riderturunpadang
#sungaiway
#isuhinaagama
#janganmainagama
malaysia islam 在 Aida Azlin Youtube 的精選貼文
Share with me your answer to the question I asked on the Video in the comments section! Can't wait to read them! :)
Subscribe to my Tuesday Love Letters: aidaazlin.com