Pulang ke Jerai (Siri I) - Diari
Semalam aku letih & lesu. Seawal pagi aku menongkah arus trafik untuk ke UIAM. Aku kena pengerusikan AGM untuk UIAM sebagai sebuah syarikat. Wakil2 kerajaan Malaysia & beberapa negara ahli hadir untuk mesyuarat jam 10 pagi.
Jam 1130 pagi, aku kena berada di Hotel Ritz Carlton di Bukit Bintang untuk acara pertukaran MOU antara Myfinb & KSI disaksikan oleh YB Menteri Kesihatan. Semput nafas & sendat dada.
Aku sempat sampai jam 1115 pagi. Muka ku senyum tapi dadaku berombak besar. Siapa tahu urat saraf aku berbelit. Namun, ada sedikit hiburan hati sebab besok aku akan pulang ke negeri tempat kelahiran ku. Malam akan bermalam di puncak Jerai setinggi 1217 meter daripada paras laut. Semasa menunggu acara MOU, mindaku kembara pulang ke Jerai. Nama aku disebut untuk tampil ke atas pentas. Projek MOU ini adalah kajian kesihatan umum menggunakan analisa data raya dan A.I. Lamunan & imbauan ruh aku ke Gunung Jerai terpancung serta merta.
Selepas acara di Ritz Carlton, ada ruang mencari Kurta di kawasan Chow Kit. Ada majlis kenduri kahwin di hujung minggu nanti. Kena pakai tema Punjabi.
Di sebelah petang, bermesyuarat dengan ikon negara Tan Sri Dr Jamilah Mahmood & suaminya Dato' Dr Ashar. Minda aku kembali sarat & padat setelah ringan dengan shoping baju Kurta.
Senja hampir menjelma di KL. Ada jemputan untuk majlis perpisahan beberapa ahli lembaga pengarah Labuan FSA. Aku juga salah seorang ahli. Ada tanggungjawab untuk meraikan mereka yang telah menyumbang bakti. Ingatkan pukul 9 malam habis. Jam 1030 malam baru habis. Sejurus naik kereta, aku kena layan whatsapp call dengan Korea sampai pukul 12 tengah malam.
Isteri & anak bungsu sudah siap pakaian mereka untuk ke Jerai besok hari. Aku masih tercunggap2 nak siapkan pakaian. Jerai adalah cuti keluarga besar kami. Anak menantu dan cucunda2.
"Besok ada meeting lagi ke?", tanya isteri ku dengan nada sindir. Jam sudah 1230 pagi.
Memang aku terkenal sebagai seorang yang tidak pandai memberikan satu masa khas untuk keluarga. Dalam percutian, ada lagi kerja.
Pernah aku tinggalkan keluarga di luar negara semasa bercuti untuk balik mesyuarat sekejap.
Aku belum berubah (sambung)
MDB
Search