1) Status FB anda kelihatan marah2 dan bergaduh dgn seseorang, boleh ceritakan dr mula apa yg berlaku?
Semua yg berlaku tercetus susulan kes sumpah laknat SA, yang juga akibat perbuatan RS. Saya begitu terkilan dengan perbuatan RS yang suka melaga-lagakan rakan artis, memaki hamun dan mengata orang terutama artis2, dengan nama2 yg menjengkilkan. Saya sendiri pernah digelarkan Artis Propa & Artis Plastik beberapa kali oleh RS. Tetapi saya tidak pernah menyimpan dendam denganya. Kerana secara realitinya dengan RS, kita kena tahan bergurau kasar dan mencarut dan sebagainya, itulah perangai sebenar dia dan kita sebagai kawan harus menerima watak RS. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah rapat dengan RS, mereka tentu akan setuju dengan saya. Adakalanya gurauan RS terlalu melampau sehingga dia sanggup berbogel depan kami demi untuk bergurau dan melawak. Ini bukanlah fitnah! Tanyalah sesiapa sahaja yg pernah mengenali RS
Kembali kepada kes SA - RS tadi, saya tidak berpuashati dengan apa yg dilakukan oleh RS. Dia langsung tidak mengaku bersalah dan berbangga dengan perbuatannya di live facebook...jadi saya telah komen beberapa ayat di facebook kak SA dan mengelar RS “Bapuk Tua”.
Adakah RS terpukul dengan panggilan itu? Setelah dia mengelarkan kak SA dengan pelbagai nama termasuk Artis Haprak & Artis Sendu...Adakah RS tumbang dengan gelaran Bapuk Tua yg saya berikan? Seperti juga RS yg sentiasa berbangga dgn ayat ‘saya tidak sebut nama...saya tak sebut sesiapa’, saya juga tidak menyebut nama RS. Kenapa dia harus ‘menggelupur seperti ikan sepat’?
Saya pun ‘tidak sebut nama dia’. Susulan kenyataan saya, dia telah mula membuat video live dengan menghentam saya. Pada mulanya saya hanya berdiam diri kerana RS bukanlah taraf saya bak kata rakan artis saya, “Ifa cuba U jangan layan RS tu...U dah taraf pemenang ABP Berita Harian, sama ke dengan taraf emcee bawah kolong / flat?” Betul juga katanya. Tetapi apabila saya tidak respon pada kata2 caciannya, dia mula mengugut untuk mendedahkan kisah silam saya.
2) Anda seakan dimalukan dengan kisah2 silam, apa perasaan anda satu dunia tahu kisah2 yg tidak sepatutnya didedahkan?
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh RS kebanyakkannya adalah fitnah. Saya tidak terkesan pun, cuma saya pelik memikirkan apa motif RS untuk membuka kisah2 lama sebelum saya kenal dengan suami saya. Ayat RS yang berbunyi “ooh...kau cakap aku melacur? Habis kau tak melacur?” Maknanya RS mengaku yang dia adalah seorang pelacur? Saya tidak pernah menuduh dia serang pelacur sebelum ini. Nama2 yg disebut oleh RS itu, sebanyak 2 nama, adalah bekas teman lelaki saya. Apa masalah engkau? RS nampak ke apa yang saya lakukan dgn bekas teman lelaki saya? Adakah saya tidak boleh berkawan dengan lelaki lain sewaktu itu? Adakah setiap kali seseorang itu ber’dating’, akan berakhir diranjang? Apakah pemikiran yang dipunyai oleh ‘bapuk’ yang bernama RS? Saya masih bujang ketika itu dan belum mengenali suami saya. Kalau Roslan mengaku dia melacur, janganlah menuduh orang lain juga pelacur.
Isu kedua yg dibangkitkan RS ialah SMS saya dgn seorang bekas pelakon. Untuk pengetahuan semua, RS pernah mempunyai hati atau jatuh cinta dengan pelakon lelaki tersebut. Semua rakan2, termasuk rakan media tahu perkara ini (sudah pastilah akan dinafikan). Kami tidak mendedahkan perangai sebenar RS. Pelakon lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap RS, kecuali kawan biasa. SMS yg dimaksudkan oleh RS sebenarnya hanyalah ‘gurauan’ kami untuk mengenakan RS. Saya dan rakan2 telah saling membalas sms dgn pelakon tersebut, yang juga rakan saya, dan akhirnya SMS itu ditunjukkan kepada Roslan Shah. Tujuannya adalah untuk membuat Roslan cemburu. Tak ada perasaan langsung antara kami berdua, kami tidak pernah menelefon antara satu sama lain & tidak pernah berjumpa langsung di luar. Rakan saya tahu perkara ini. Suami saya juga tahu perkara ini dan suami saya juga berkawan dengan pelakon tersebut. Perkara ini boleh dibuktikan oleh semua pihak yg terlibat. Sebenarnya rakan saya ingin keluar dari bayangan dan kelompok RS. Sekarang beliau sudah pun berkahwin dan bahagia dengan pasangan wanitanya. Dan akhirnya, RS tidak dijemput lagsung untuk majlis perkahwinan pelakon tadi.
Itu yang membuat saya terkedu dengan RS. Apa motif dia? Kenapa sanggup ke tahap itu untuk menjatuhkan saya? Tidakkah dia sedar dia juga melibatkan orang lain dalam proses menjatuhkan kredibiliti saya. Adakah RS begitu terdesak sehingga sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain?
Isu ketiga yang dibangkitkan oleh RS ialah saya suka bergaduh dengan artis lain. Sebanyak 7 nama disebut. Saya akui mungkin ada perselisihan antara beberapa artis, atas dasar kerja atau sebagainya. Tetapi kami tidak pernah bawa perkara ini ke media sosial mahupun media massa ( kecuali 2 nama yg tidak dapat dielakkan ). Antara nama yg dipetik oleh RS ialah Amelina dan Didie Alias. Saya tidak mempunyai masalah dgn mereka. Saya masih berhubung dan berkawan dengan Amelina. Saya kenal Amelina & Didie Alias jauh lebih lama dari saya mengenali RS, sebelum RS datang menyemak dalam industri hiburan. RS hanya mengenali mereka dari luaran, tetapi menggunakan nama2 artis ini untuk meraih populariti. Apakah RS sengaja cuba melaga2 kan kami? Walau apa pun sebabnya kami masih ada rasa hormat dan tahu batas-batas perikemanusian. Tetapi seperti apa yang RS lakukan, sangat TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!!!
Isu keempat yang dibangkitkan oleh RS ialah saya mengungkit hutang lama yang sudah dibayar. Perkara ini telah lama berlalu, di mana RS pernah berada dlm kesusahan dan selalu meminjam wang dari kami. Tetapi bila diminta, ada yang sudah dibayar dan ada yg masih belum dibayar. Mungkin RS terlupa atau terlepas pandang. Masih ada hutang yang belum berbayar! Kami pernah bertekak tentang perkara ini dengan RS akhirnya, saya & suami bersetuju untuk melupuskan sahaja hutang tersebut. Dan hubungan kami & RS baik seperti biasa. Untuk pengetahuan RS, bukan anda seorang sahaja yang berhutang duit dengan saya, tetapi ramai lagi yang berhutang dgn saya. Tetapi saya tidak seperti yg digambarkan oleh RS, kami tidak pernah meminta apa yang kami pinjamkan pada orang lain, dan orang2 ini masih baik dengan kami sehingga sekarang. Tanyalah mereka. Selagi kami mampu tak mengapa. Allah akan beri rezeki lebih kepada kami sekeluarga.
Isu kelima...saya memaki PA saya di depan orang ramai. Bukankah RS juga memaki PA saya itu didepan orang ramai sehingga dia di ‘banned’ oleh sebuah akhbar tempatan (Harian Metro). Kejadian berlaku semasa road tour akhbar tersebut, beberapa tahun yang lalu. Untuk pengetahuan RS, PA saya masih bekerja dengan saya sehingga hari ini. PA yang sama, cuma saya ada tambahan seorang lagi PA. Mereka tidak ada masalah dgn saya. Saya tidak selalu bertukar2 PA, berpuluh kali seperti RS. Disamping mencari PA, dia juga mencari PA yg boleh di ‘makan’, yg tak boleh, akan disingkirkan.
Isu keenam ialah mengapa saya tidak mendapat atau dipanggil semula ke Jakarta, untuk menjadi komentator dalam Dangdut Akademi Asia 3. Alasan yang diberikan RS adalah kerana ‘hati saya busuk’. Sebab itulah saya hanya mendapat satu musim sahaja iaitu musim ke-2. Kalau begitu, bagaimana pula dengan Amelina? Amelina hanya dipanggil utk musim pertama. Dan tidak dipanggil untuk musim kedua. Adakah Amelina juga ‘berhati busuk’? Bagaimana pula dgn Inul atau Dewi Persik yg hanya muncul di musim kedua? Adakah mereka juga ‘berhati busuk’?
RS tidak berada disana dan tidak tahu permainan politik yang berlaku di sana. Kenapa RS, yang kononnya berhati mulia, tidak di jemput mewakili Singapura sebagai komentator? Bukankah anda artis popular di Singapura?
Saya juga dikatakan telah komen di FB mengatakan ‘RS datang merempat cari rezeki di Malaysia’...Untuk pengetahuan semua saya tidak pernah komen ayat sebegitu di FB. Saya juga tidak pernah buat sebarang posting di FB mengenai RS, kemudian memadam post tersebut di FB. Adakah ayat2 yg di ‘screen shot’ itu benar2 sahih atau sekadar di edit oleh orang lain?
Saya sayangkan Singapura dan saya sedar, saya juga pernah mencari nafkah disana. Saya pernah berlakon di TV Singapura, menjadi pengacara untuk program konsert live di Mediacorp, dan berniaga di Singapura. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia, sanggup mewakili Singapura dlm rancangan Maharajalawak Mega (Astro) musim pertama. Walaupun pada mulanya kami dikecam, tetapi dengan berkat usaha dan bantuan, saya dan kumpulan saya iaitu kumpulan ‘SYOK’ berjaya sampai ke FINAL! Kenapa RS yang mempunyai kerakyatan Singapura, tidak pernah mewakili Singapura? Kemudian RS boleh memperlekehkan saya tentang Singapura? Pernahkah RS mewakili Singapura dan mengharumkan nama Singapura di peringkat antarabangsa? Sudah tentulah tidak...
Isu ketujuh. Saya dituduh mempersendakan ibu RS. Bukankah saya dan keluarga saya pernah melawat ibu RS dirumahnya. Apakah motif RS? Memang betul saya ada bercakap ayat seperti yang disebut oleh RS, tetapi kenapa tidak petik kata2 saya sepenuhnya. Ayat saya berbunyi begini,( selepas RS berjaya menjual semua sambal hitamnya ), “Wahhh dah kayalah kau...Ok lepas ni kau belilah pampers untuk mak kau banyak2...jangan habiskan duit pada jantan je” itu ayat saya yg sepenuhnya. Kenapa tidak dihabiskan ayat itu? Apa motif RS menuduh saya menghina Ibunya? Memang hak RS nak menunjuk dia menjaga ibunya di Media Sosial, tapi tak perlulah sehingga menimbulkan perasaan meraih simpati. Semua orang menjaga ibu masing2, semua orang sayang Ibu mereka, ada yang menjaga Ibu mereka, lebih sempurna dari RA. Tetapi orang tak menunjuk2 atau meraih simpati di media sosial.
RS juga suka berbangga dengan ayat ‘sentiasa membantu Artis Malaysia berniaga di Singapura, membawa Artis2 masuk ke Singapura dengan ikhlas’. Sebenarnya bagi setiap artis Malaysia yang diperkenalkan oleh RS untuk berniaga di sana, dia akan mendapat satu booth percuma untuk berniaga. Jadi anda fikirlah sendiri, adakah RS benar2 ikhlas membawa artis Malaysia ke sana? Atau ada habuan ‘percuma’ untuknya.
3) Kenapa perlu ‘teman’ anda itu mengungkit kisah silam org, tidakkah ia boleh menjatuhkan fitnah dan aib? Komen sikit...
Bagi saya, ini adalah satu taktik jijik, yang paling rendah dan paling ‘BANGSAT’ untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang. Adakah dia telah kehabisan idea untuk menyerang saya? Tidak ada cara dan ruang lainkah untuk RS menjatuhkan saya? Begitu terdesakkah RS mahu mengaut ‘followers’ atau peminat di alam maya? Semenjak RS rajin bermain ‘live’ di IG atau Facebook, saya perhatikan dia mempunyai satu taktik kotor untuk meraih peminat. Caranya ialah dengan bercerita tentang kisah hidup orang lain terutamanya gosip tentang artis2. Kemudian dia akan menyuruh penonton utk ‘Share & Love’. Itulah ayat yg diulang2 olehnya. Dengan cara ini RS dapat menarik orang ramai ke media sosialnya, yg tak seberapa ramai pengikutnya itu. Kalau bercerita tentang kerjaya sendiri, sudah pastilah tidak dapat menarik peminat2 baru, kerana hidupnya tiada yang menarik. Hanya job2 emcee sendu yang murah harganya, menjual sambal hitam ( yg dibuat oleh orang dari Ampang KL dan hanya ditampal sticker murahan ), kisah menjaga ibunya...itu sajalah yang mampu di lakukan oleh insan RS. Jadi dengan bercerita buruk mengenai artis lain, penonton FBnya bertambah.
RS ‘sangat jarang’ muncul di kaca TV atau radio Singapura, apatah lagi di Malaysia. RS tidak bernaung dibawah sebarang syarikat muzik di Malaysia mahupun Singapura, tidak ada album rakaman di Malaysia, cuma single yang dirakam secara ‘syok sendiri’. Jadi bagaimanakah dia boleh digelar seorang artis?
4) Bagaimana perasaan suami apabila kisah2 silam anda didedahkan, tidakkan ia menggugat rumah tangga anda?
Suami saya sangat mengenali perangai RS. Sudah biasa dengan gurauan kasar dan ‘ayat2 pondan’ RS. Pernah duduk satu rumah dengan RS. Jadi beliau tidak terkejut dengan apa yg RS lakukan. Cuma suami rasa terkilan, dan mempersoalkan, tidakkah RS mengenangkan wajah suami saya dan anak2 saya ketika mengeluarkan kata2 tersebut? Suami saya kenal RS sejak dia mula ingin menapak di Malaysia. RS pula mengenali anak2 saya, kakak sejak umur 2 tahun. Dan Aqili sejak dilahirkan...sejak baby. Tergamak dia mengatakan ‘Aqili pun dah macam pondan aku tengok’, dan ‘aku doakan Aqili jadi pondan bila besar nanti’...itulah kata2 yang lebih berbisa dari tuduhan yang dilemparkan pada saya. Aqili dan kakak sangat terkilan dan sangat sedih dengan tindakan RS yang mereka kenal dan hormat sejak lahir.
Tindakan RS sedikit pun tidak menggoncang rumah tangga kami & kami menjadi lebih rapat menghadapi segala dugaan dan kata nista yang dilemparkan oleh RS.
Memang betul kata RS, saya dikelilingi oleh golongan lembut, pondan, bapuk atau maknyah, tetapi saya hormat dan sayang mereka semua. Bagi saya merekalah yang banyak membantu saya dlm segala bidang. Merekalah golongan yang sangat kreatif dan sangat professional dalam industri ini. Saya berkawan dengan ramai ‘golongan lembut’ dan mereka sangat berjaya dalam kehidupan mereka, saya kagum dan tidak pernah memperkecilkan mereka.
Jadi apa motif RS yg mengatakan saya menghina golongan ini?
Saya sendiri digelarkan ‘Mak Hayam Besar’ oleh golongan ini, dan bagi saya itu adalah satu penghormatan dan saya terima gelaran tersebut dengan hati yang terbuka.
Untuk pengetahuan semua, RS sendiri mempromosikan ‘bedak’ jualannya dgn ayat ‘boleh digunakan oleh semua golongan...lelaki, perempuan, pondan, bapuk, pengkid dan tomboy’. Itu ayat yg dikeluarkan oleh RS ( ada video yg boleh membuktikan perkara ini ) Jadi salahkah saya mengelarkan beliau ‘Bapuk Tua’??? Memang RS mengaku dia adalah seorang Bapuk ( juga ada video yang membuktikan perkara ini ), dan memang dia dah Tua. Jadi fitnahkah apa yang saya katakan?
5) Anda berdua dikatakan sudah bersahabat lama, berbelas2 tahun berkawan, apabila jadi sebegini, tidakkah boleh berunding lagi?
Tiada apa yang perlu dirundingkan lagi, dia boleh buang persahabatan kami begitu saja, dan dia cuba menjatuhkan saya dalam masa yang sama. Saya sebenarnya memang dah lama menjauhkan diri dari RS Saya mengelak dari berjumpa dia, dan tidak mahu berada dalam kelompok RS. Sudah hampir dua tahun saya menjauhkan diri. Sampai bila saya hendak duduk dalam kelompok negatif seperti RS ? Tak ada perubahan dalam hidup, masih ditakuk lama, tak ada kemajuan, ambil show dengan bayaran murah, sentiasa iri hati dgn kejayaan orang lain. Sentiasa mengutuk dan menghina orang, sentiasa gila jantan. Buat penat saya ikut rombongan merisik dan bertunang untuk RS. Akhirnya putus dan diaibkan tunangnya itu.
Antara ayat yg selalu digunakan oleh RS ketika bertemu dgn org yg lebih berjaya darinya adalah ‘kereta kau dah habis bayar ke? Kereta aku dah habis bayar’.
Memanglah benar ayat itu, tetapi RS sedar atau tidak dia pakai kereta apa? Kami pakai kereta apa? Kalau setakat kereta kecil dan kereta lama macam RS tu, saya boleh beli 10, dan saya bayar cash.
Kenapa selalu mempertikaikan harta orang lain? Akhirnya bila dia tak boleh menandingi orang lain, ayatnya adalah ‘Semua itu tak kekal, Hanya sementara, Mati juga yang pasti’. Kalau macam tu memang tak perlu dipertikaikan lagi lah.
RS juga mempertikaikan kemenangan saya dalam ABPBH dua tahun berturut, dalam Kategori ‘Artis Versatile Popular’. Katanya anugerah ABPBH adalah ‘award sampah’. Katanya orang tak heran pun pasal ABPBH. Saya dituduh ‘beli paper sendiri, undi sendiri’. Saya ingin menyatakan, ABPBH adalah antara majlis anugerah yg terawal di Malaysia dan kekal berprestij sehingga sekarang!
Kalau boleh ‘undi sendiri’ kenapa RS tidak cuba mengundi diri sendiri? Cuba beli paper satu lori dan undi diri sendiri, nak tengok RS boleh menang atau tidak?Jawapannya tidak! Kerana kemenangan artis haruslah secara kolektif, diundi oleh peminat satu Malaysia, dan mana mungkin seorang atau sepuluh orang mampu menandingi ratusan ribu undian peminat dari seluruh Malaysia.
Apa perlunya rakan yang suka memburukkan saya pada pengajur? Rakan yang suka menikam dari belakang. Ada penganjur yang pernah memberitahu saya, RS memburukkan saya untuk mendapatkan job. Tetapi saya tak melatah dan bersabar. Pada saya jika penganjur ingin membuat event yang berkualiti, carilah pengacara yg berkualiti. Bukan pengacara murahan yang merosakkan majlis dengan mencarut, berkelakuan lucah, mengaibkan penonton, bercakap merapu, buat lawak bodoh, menyanyi sumbang mambang. Menyanyi lagu yang sama dari dulu sampai sekarang. Perkara ini akan mencacatkan majlis anda. Tak perlu ambil saya, ramai lagi artis yang benar2 berbakat di Malaysia mahupun Singapura. Tak semua orang suka kita dan kita pun tak perlu suka semua orang. Pilih mana yang kita nak suka dan sentiasa bergaul dgn orang2 positif. Jadi, adakah saya perlukan seorang sahabat seperti RS?
6) Anda berdua sudah matang, kenapa perlu berbalas2 komen dan meluahkan kemarahan dlm laman sosial. Ada yg menganggap anda berdua mencari publisiti murahan dan berperangai seperti kebudak-budakan?
Perlukah saya mencari publisiti murahan? Saya terpaksa membalas kenyataan melampau RS setelah saya tahu beliau akan mengeluarkan kenyataan di Media Massa. Saya hanya mempertahankan diri dan maruah saya. Itu adalah fitrah kejadian manusia yg normal. Apabila diserang pertahankan diri. Saya juga mempunyai cerita buruk mengenai latar belakang RS. Semua cerita mengenai RS ada dalam poket saya. Tetapi berbeza dengan RS yang hanya bercakap seorang diri, saya mempunyai rakan2 yang sanggup bercerita tentang rahsia & keburukan RS. Semua termasuk gambar dan bukti. Mereka dengan rela hati telah menghubungi saya, dan sanggup bercerita siapakah sebenarnya manusia yang bernama RS.
Tetapi adakah saya sampai ke tahap itu? Tidak. Saya bukanlah ‘BANGSAT’ seperti RS yang sanggup mengaibkan orang lain hanya demi ‘SHARE, LIKE DAN LOVE’.
7) Apa tindakan anda skrg, adakah berbalas2 serangan memuas hati anda? Tidakkah ia boleh memburukkan lagi keadaan?
Saya sebenarnya belum mula menyerang RS di media sosial. Anda boleh semak IG atau facebook saya. Saya hanya ada satu atau dua post yg menyindir, itu sahaja. Tetapi RS dan peminat2nya berterusan menghina & mengaibkan saya di media sosial nya. Saya sedar, tujuan RS adalah untuk menaikkan followers nya di Media Sosial. Sbb itu saya tidak mahu melayan pada mulanya. Bagi RS semua peminat saya adalah ‘Bodoh...Barua...Hamba Abdi yang menggagung - agungkan saya ( disebut dalam video live ). Bagaimana pula peminat yg menyokong RS? Apa motif RS berkata begitu?
😎 Apa tindakan anda menghentikan semua kata2 nista dan buruk yg kini tersebar? Lambat laut org akan percaya, tidakkah anda takut?
Saya fikir kejadian yang berlaku antara RS & Kak SA telah menyedarkan RS, tetapi sangkaan saya meleset. RS sedikit pun tidak berubah, malah terus menggunakkan media sosialnya untuk menjatuhkan orang lain. Berbangga dengan apa yang dilakukan, RS telah berkata dalam videonya ( selepas kejadian Kak SA ), dia akan menjadi popular seperti ‘Michael Jackson’. RS menjadi semakin ghairah & rakus demi meraih followers. Adakah memadai dengan hanya ‘tidak menyebut nama’ RS boleh terlepas dan terus mengaibkan semua orang di alam maya? Sebelum ini Kak SA. Mangsa terbaru adalah saya. Dan selepas saya, siapa pula?
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過4,580的網紅alanreborn79,也在其Youtube影片中提到,With over 18million and 24million followers in IG and Weibo respectively, let’s explore the secrets to Jackson Wang’s success. For those not familiar...
「jackson wang ig followers」的推薦目錄:
jackson wang ig followers 在 alanreborn79 Youtube 的最佳解答
With over 18million and 24million followers in IG and Weibo respectively, let’s explore the secrets to Jackson Wang’s success.
For those not familiar with Jackson, he's a member of the K-pop band, Got7, however, he's also found success as a solo artist, becoming the highest charting Chinese artist on the Billboard 200 with his first solo album “Mirrors”, which he debuted in November 2019. His solo hit “Fendiman” was ranked no. 1 in the US iTunes charts, making him the 1st ever Chinese to receive such an honour.
Obviously, he’s really talented, he can sing, rap, dance and he’s got the charismatic looks but there’s definitely something more that makes him so unique.
What's your favourite song, in terms of the Music Video, Lyrics, Dance Choreography?
* Papillon
* 100 Ways
* Dawn of us
* Okay
* Bullet To The Heart
* Fendiman
* Titanic
* Oxygen
* Different Game
* Dway
#JacksonWang #GOT7 #Teamwang #王嘉爾 #왕가이
This video is only used for commentary purposes. Copyright Disclaimer Under Section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for "fair use" for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing. Non-profit, educational or personal use tips the balance in favor of fair use.
Please subscribe to my channel
https://www.youtube.com/alankong1979
Instagram: @alanreborn79
Facebook: https://www.facebook.com/alan.kong1
Medium: https://alanreborn79.medium.com