JAGALAH AURAT KAKI
Bila seorang wanita memakai stokin tidak menjadikan dia seorang yang alim. Ini kerana kaki juga adalah aurat, antara anggota wajib memang patut ditutup.
Kaki adalah aurat yang sering diabaikan oleh kaum hawa. Maka berstokin lah, tidak sempurna istilah menutup aurat jika hanya tutup separuh separuh sahaja. Lagipun bila kita solat mesti tutup kaki dan jika ternampak hukum solat jadi tidak sah.
Maka pakailah pakaian seperti mana kamu mahu melaksanakan solat, kerana dalam solat perlu menutup aurat dengan sempurna.
Semoga kita Istiqamah.
Kredit: Zai Zakiah
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
hukum menutup aurat 在 Facebook 的最佳貼文
Tanya sama itu HUD HUD.
Hud hud ni adalah seekor burung pelatuk yang boleh terbang bebas ke sana kemari dengan riang gembira menyusur angin lalu hingap sesuka hati sambil bersiul siul seloka riang,
Alkisahnya, pada zaman dahulu.. Ada seorang Nabi yang sangat hebat akan kerajaannya, yang mana mampu menundukkan jin dan semua binatang, juga boleh perintahkan angin dan segala jenis makhluk untuk berbakti kepadanya, malahan boleh berdialog dengan binatang, itulah kerajaan Nabi Sulaiman a.s ,
Pendek cerita, Setelah Nabi Sulaiman a.s membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji, maka berpergianlah baginda meneruskan perjalannya ke Yaman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman , baginda memanggil burung hud-hud untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.
Tapi burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak datang segera…,
Menjelang kemurkaan Nabi Sulaiman a.s. lantas mengancam akan hukum burung Hud-hud yang tidak hadir itu jika tiada alasan yang kukuh..
Arakian, tibalah burung Hud-hud yang lambat tiba itu didepan Nabi Sulaiman lalu berkata sambil menundukkan kepala ketakutan:
"Ketika saya terbang, saya telah menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh Tuan. Saya telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang Permasuri. Saya melihat seorang Queen itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Saya melihat ratu dan rakyatnya bersujud kepada matahari dikala terbit dan terbenam..”
Lalu nabi Sulaiman a.s berkata kepada Hud-hud:
"Baiklah, kali ini saya ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini penting, maka sekarang saya perintahkan engkau pergi hantar suratku kepada Queen itu dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."
Hud-hud pun terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman a.s tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Lantas terkejut manusia si ratu melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.
Sungguh kurang ajar, manusia ke binatang punya kerja ni?
Bila Ratu melihat ke atas tak nampak apa apapun.
Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi:
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."
Pendek cerita, Ratu Balqis akhirnya tunduk kepada Nabi Sulaiman a.s yang mempunyai kerajaan yang luas ke atas manusia , Jin dan binatang-binatang, itupun setelah salah seorang pengikut nabi sulaiman a.s menunjukkan kekuatannya mengalihkan istana tahta Ratu Balqis dalam sekerdip kelipan mata…
Pling!
Saya tamatkan cerita Hud hud, Nabi dan Ratu itu, sebab the rest is history
Persoalanya di sini adalah, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?
Bagi saya, Soalannya berbunyi begini:
Kepada burung HUD HUD..
Kenapa engkau yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah di perintah oleh Nabi Sulaiman untuk berjumpa dengan ratu Balqis menyampaikan perutusan baginda? Padahal sepatutnya Nabi sulaiman perintahkan JIN Ifrit yang boleh terbang sekelip mata, tapi kenapa syuruh kau? Kenapa Nabi sulaiman tak suruh tenteranya yang jauh lebih hebat dari kau untuk pergi jumpa Ratu balqis, kenapa Baginda suruh kau yang kecik dan lemah ini, kenapa?
Kenapa?
Tak faham saya!
Maka saya pun bertanya kepada BUZNAMA-(berita dari ustaz yang saya tak ingat nama)
Jawapanya adalah:
Apabila seseorang itu ada fikir risau atas nasib seseorang yang lain, terutamanya nasib mereka di akhirat kelak, maka Allah akan ambil KERJA darinya, atau Allah akan ‘guna’kan orang yang ada fikir risau ini sebagai asbab hidayat..
Dalam kes ini, walaupun seekor burung hud hud yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah, tapi oleh kerana si burung ini ada fikir risau atas ummat, yang mana bila melihat satu kaum yang menyembah matahari maka dia lekas lepas bagitahu kepada raja Sulamain a.s, maka di sini, Allah telah gunakan burung hud hud lagi sekali untuk hantar surat kepada Balqis kerana hanya burung hud hud yang layak dengan tugas itu kerana KERJA akan di ambil dari Allah ke atas makhluknya bila ada fikir risau, bukan di ukur daripada bakat dan kelayakkan..
Sebab tu jika kita rujuk sejarah sahabat Nabi SAW, kebanyakkan sahabat datang dari golongan hamba abdi, orang miskin dan musafir, kenapa?
Kenapa Allah tak pilih Abu jahal atau Abu lahab yang lebih berpengaruh untuk Bantu Nabi SAW?
Jawapan:-Kerana mereka (Abu jahal atau Abu lahab) takde fikir risau macam bilal RA, macam sumayah RA dan lain lain sahabat,
Begitulah adilnya Allah, untuk memajukan agama, semua orang layak buat dakwah dengan syarat ada fikir risau atas ummat..
Malah dalam perang khandak, Huzaifah telah di tugaskan sebagai pengintip pada malam yang sejuk, sedangkan beliau takde baju menutup badan, yang ada hanya kain menutup aurat,
Di sini jelas menunjukkan Allah akan GUNA kita untuk Bantu AGAMA Allah, hanya apabila kita ada fikir risau atas ummat tak kira apapun status korang..
Walaupun korang seorang hamba abdi, seorang pekerja kilang, bekas penagih dadah, bukan ustaz atau ulamak, seorang penyanyi, penulis, doesn't matter what, asalkan korang ada fikir risau atas ummat, sedih melihat ummat derhaka kepada ALLAh, maka di saat itu ALLAH akan GUNAKAN korang untuk Bantu Agama Allah.. insyAllah..
Macam burung HUD HUD yang ada fikir risau melihat Ratu Balqis dan rakyatnya menyembah matahari, maka Allah akan GUNA burung ini sebagai ASBAB hidayat dan Allah telah rakam peristiwa ini dalam kitab yang paling mulia, iaitu Al Quran yang akan di baca oleh manusia dan jin sampai hari kiamat, dan menurut BUZNAMA itu lagi, burung hud hud itu kelak di akhirat akan bertukar menjadi manusia dan dapat masuk shurga lalu bersetubuh dengan bidadari!! subhanAllah..
Jadi renung diri, Burung HUD HUD yang kecil pun Allah pilih untuk ambik kerja agama kerana ada fikir risau atas ummat, sedangkan kita, macam macam bakat ada, usahkan dipilih Allah untuk berdakwah, solat berjemaah pun tak terpilih.
Adohai...
Malulah korang pada burung Hud Hud yang namanya disebut dalam Al quran.
Now shame on you. (and me too)
Woha!
hukum menutup aurat 在 Facebook 的精選貼文
❤️🤲🏻 Kesimpulan banyak perbincangan tentang subjek mangsa rogol dan kesalahan. Bukan untuk menunding jari. Bukan untuk menyalahkan Sesiapa atau sesuatu.
Hanya untuk mencari penyelesaian yang BERNAS dan logik untuk Apply di dunia sekarang ni. Meminta satu kaum menutup aurat tidak mungkin berlaku ...TETAPI meminta kaum lelaki jangan melihat kalau tergugat, jangan layari porn, mencabul merosakkan wanita dan kanak2 adalah logik , boleh dilakukan dan ianya adalah undang2 setiap negara di dunia.
So..Lelaki dan perempuan lets:
-jaga nafsu sendiri. Jaga aurat sendiri.
-Tanggung dosa sendiri,
-jangan persalahkan orang lain bila dah langgar Hukum Allah.
-terima balasan di dunia dan akhirat -Tanpa cuba menyalahkan orang lain.
Ingat: pornografi penyebab utama menaikkan nafsu dan mendorong kaum lelaki utk Tidak menghormati kaum wanita dan merosakkan kaum wanita dan kanak2. So- stop porn. Lebih senang untuk lelaki Berhenti layari porn dari Meminta Satu dunia tutup aurat. Itu adalah satu kenyataan. Effects of Porn:
https://youtu.be/4eJu7dW60bM
Juga: kebanyakkan kes mencabul dan merogol sedih tapi benar- dilakukan oleh seseorang yang waras, yang kenal mangsa. Jangan salahkan dadah atau arak. Salahkan diri sendiri. Mangsa tetap mangsa.
So- guys: just lower your gaze kalau nampak aurat dan nafsu tu tergoda sebab..maaflah... dunia ni penuh godaan. 😌 Get professional help if you feel you cant control yourself or if You are a victim.
Ladies: lets respect ourselves and not put ourselves in positions of compromise. Say NO loud and clear. Get professional help if you are a victim.
Main pont: ingat..nafsu itu bukan alasan untuk jenayah seperti mencabul dan merogol. Pilihan di tangan setiap individu.
InsyaAllah..our world can be a safer place for women and men and children. Thank you for your opinions and discussion.
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. 🥰❤️👍🏻