UMNO (Baru) hilang semangat perjuangan bela Melayu
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam membangkitkan tentang ‘UMNO yang hilang’.
Beliau meluahkan kekecewaan tentang apa yang berlaku dalam UMNO sejak ia ditubuhkan semula di bawah entiti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ‘UMNO asal’ diharamkan pada 1988.
Secara ringkasnya, tokoh politik veteran yang lebih mesra dengan gelaran Ku Li itu berpandangan, UMNO yang ada sekarang tidak sama dengan UMNO yang ditubuhkan oleh Almarhum Datuk Onn Jaafar pada 11 Mei 1946.
UMNO yang asal memang benar-benar memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.
Kesan penjajahan selama 446 tahun menyebabkan orang Melayu hilang kuasa sehingga menjadi melukut di tepi gantang di tanah air sendiri.
Melihat kepada nasib anak bangsa yang menyedihkan itu, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO asal iaitu Datuk Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein dan Almarhum Tun Hussein Onn untuk menebus maruah orang Melayu yang tercalar.
Mereka semua sangat komited dalam menjayakan misi mulia itu sehingga sanggup mengetepikan status bangsawan semata-mata untuk membela nasib orang Melayu melalui UMNO.
Segala-galanya berubah apabila UMNO berada di bawah cengkaman Dr Mahathir mulai 28 Jun 1981 hingga 31 Oktober 2003 di mana parti orang kampung itu mula beransur-ansur menampilkan imej korporat dan elitis.
Ramai yang mula melihat UMNO sebagai lubuk duit. Lebih tinggi jawatan dalam parti, lebih besar habuan yang bakal diterima.
Perkembangan yang kurang sihat itu telah mengakibatkan gejala perebutan kuasa yang parah dalam UMNO sehingga membawa kepada episod pengharaman parti terbesar orang Melayu tersebut pada 4 Februari 1988.
Dr Mahathir seterusnya menubuhkan UMNO (Baru) yang lama-kelamaan disebut sebagai UMNO sahaja. Mereka yang malas mengkaji sejarah mungkin terkeliru sehingga menyangka ia adalah parti yang sama dengan yang ditubuhkan oleh Datuk Onn.
Malangnya UMNO (Baru) yang masih kekal sehingga hari ini sudah lari daripada matlamat perjuangan asal iaitu membela nasib orang Melayu dan bumiputera yang semakin tercicir dalam arus pembangunan negara yang pesat.
Ramai pemimpin UMNO lebih berminat untuk memenuhkan kantung sendiri kerana bagi mereka, wang adalah kuasa. Mereka memerlukan wang yang banyak untuk merebut atau mempertahankan jawatan dalam parti.
Akibatnya, sebahagian besar kepimpinan UMNO di segenap peringkat tidak lagi diisi oleh mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian dan Pusat seolah-olah menjadi milik mutlak mereka yang kaya-raya dan mempunyai kabel besar.
Golongan muda yang berpendidikan tinggi tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam parti jika mereka bukan berasal dari keluarga yang kaya dan berpengaruh.
Jika mereka masuk UMNO, peranan mereka hanyalah sekadar sebagai ahli jawatankuasa biasa di peringkat cawangan yang khidmat mereka cuma diperlukan untuk mengangkat barang dan menguruskan mesyuarat.
Ada juga permohonan keahlian daripada mereka yang berkelulusan tinggi ‘diperam’ oleh ketua cawangan yang takut kedudukan mereka akan terancam.
Lama-kelamaan, generasi intelektual muda Melayu semakin tidak akrab dengan UMNO dan ramai yang memilih untuk menceburi politik bersama PAS, PKR malah DAP.
UMNO pula mengalami ketandusan cerdik pandai di peringkat akar umbi dan situasi ini menyebabkan mereka mudah dimanipulasi oleh pucuk pimpinan yang lebih berminat mengejar agenda peribadi.
Rakyat termasuk orang Melayu sendiri sudah mulai hilang keyakinan terhadap UMNO (Baru) yang dilihat masih belum insaf selepas menerima tamparan yang amat pedih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keadaan semakin buruk di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan gagal mengembalikan reputasi UMNO yang tercalar serta memberi hala tuju yang jelas terhadap parti.
Ramai yang berharap agar pemimpin-pemimpin UMNO yang lain khususnya Datuk Seri Mohamad Hasan bertindak segera untuk membaiki segala kepincangan dalam parti dan membebaskannya daripada penguasaan kluster mahkamah.
Namun apa yang diharapkan itu masih belum berlaku. Sedangkan masa semakin suntuk kerana PRU-15 dijangka akan diadakan seawal-awalnya tahun depan.
Mungkin Ku Li sangat bimbang melihat apa yang berlaku dalam UMNO sekarang sehingga mendorong beliau meluahkan hasrat untuk menghidupkan semula UMNO asal.
Kita tidak pasti sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu atau melancarkan gerakan pemulihan dalam UMNO. Semuanya masih samar-samar lagi.
Apa yang pasti, gelombang penolakan terhadap kluster mahkamah sudah bermula. Jika mereka masih bersikap angkuh dan enggan menerima kenyataan, kelak UMNO akan menerima padahnya.
https://wartarakyat.com.my
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過25萬的網紅Berita Harian Online,也在其Youtube影片中提到,[LIVE] Sidang media Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran berhubung perkembangan t...
「dewan negara」的推薦目錄:
- 關於dewan negara 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
- 關於dewan negara 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
- 關於dewan negara 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最讚貼文
- 關於dewan negara 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳貼文
- 關於dewan negara 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
- 關於dewan negara 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳解答
- 關於dewan negara 在 Dewan Rakyat & Dewan Negara - YouTube 的評價
dewan negara 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
UMNO 1946 masih wujud dan pengharaman parti 1988 adalah TIDAK SAH. Ini antara mesej penting YBM Tengku Razaleigh sampaikan tadi dalam dewan Rakyat.
UMNO perlu kembali ke landasan yang asal. Tujuan dan matlamat nya menyatupadukan bangsa telah terhenti semenjak UMNO Baharu ditubuhkan oleh Tun Mahathir.
Perjuangan yang belum selesai demi Agama Bangsa dan Negara.
dewan negara 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最讚貼文
Ketika menjawab soalan daripada YB Sungai Siput pagi tadi, saya telah menjelaskan bahawa setakat 2020, jumlah katil di hospital seluruh negara adalah sebanyak 65,508 buah, meningkat berbanding 55,952 pada 2016.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai kadar penggunaan katil (BOR) yang tinggi.
Sementara itu, dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, KKM memastikan perkhidmatan kesihatan bagi kes bukan COVID-19 tidak terabai dengan memanjangkan waktu operasi klinik pakar/ dewan bedah selepas waktu pejabat dan mengoptimumkan penggunaan hospital-hospital bukan pakar serta Hospital Angkatan Tentera Malaysia.
Selain itu, KKM juga bertindak memobilisasi pakar-pakar KKM dan swasta ke hospital yang tiada perkhidmatan kepakaran; melaksanakan penyumberluaran perkhidmatan kepada hospital swasta; menyediakan perkhidmatan maya termasuk ’virtual clinic’ dan meneliti kebolehlaksanaan penyediaan hospital khas non-COVID-19 untuk prosedur tertangguh.
Semoga usaha kita semua dipermudahkan dalam menghadapi tempoh pandemik ini.
dewan negara 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳貼文
[LIVE] Sidang media Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran berhubung perkembangan terkini rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.
#METROTV
#BHTV
#NSTTV
dewan negara 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah terlepas peluang untuk jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8 selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya dalam tempoh setahun lebih menjadi pemerintah negara...
#AnwarIbrahim #PerdanaMenteriKe8
dewan negara 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳解答
Warisan Anak Kecil Main Api
Penulis Senikata dan Lirik Oleh Tan Sri Nordin Kardi, (Pensyarah UPSI)
"Bait-bait sebuah lagu lama yang menuntut kesedaran mengenai kesan persengketaan yang boleh membawa kehancuran negara"
#Warisan #AnakKecilMainApi #AmzChannel
Mohon support channel #MohdIkramAmz
Jangan lupa untuk "SUBSCRIBE" dan "TEKAN TOMBOL LOCENG" untuk mendapatkan update terbaru dari channel ini serta "SHARE" dan tinggalkan "KOMEN". Mohon rakan-rakan untuk tidak "SKIP ADS" bagi membantu saya mengembangkan lagi channel ini di masa hadapan. Semoga rakan-rakan semua sentiansa dimurahkan rezeki. Terima kasih...
...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku...
Im "CARDOCK YOUTUBER TEAM" ??
Youtubers Group Links???
We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
Laman media sosial saya : -
Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
dewan negara 在 Dewan Rakyat & Dewan Negara - YouTube 的美食出口停車場
Share your videos with friends, family, and the world. ... <看更多>