Dalam sejarah Islam, ada kisah romantic dari Raja Islam yang mungkin kita terlepas pandang.
Bayangkan di malam hari, di tengah padang pasir, ada pasangan kekasih sedang berjalan pulang ke rumah sambal melihat keindahan bintang bintang di langit.
Di wajah mereka ada tanda kepuasan menjadi hamba Allah kerana mereka baru pulang dari berkhidmat kepada rakyat.
Alkisahnya, Raja orang islam ini, di malam hari akan buat rondaan dengan berpakaian seperti rakyat, untuk melihat sendiri masalah rakyat.
Di jalanan, sewaktu meronda, Raja orang islam ini tiba tina ternampak di tengah padang pasir ada khemah yang baru di dirikan, rasa ingin tahu siapakah pemilik khemah itu, Si Raja mendekati.
Di luar khemah ada seorang lelaki yang sedang susah hati, kerana dari dalam khemah terdengar suara perempuan menjerit kesakitan.
Si Raja mendekati lelaki itu dan bertanya khabar, tapi lelaki itu bagaitahu: Jangan sibuk jaga tepi kain orang.
Si Raja bertanya siapakah dalam khemah? Kata lelaki itu isterinya nak bersalin tapi tiada siapa nak bantu.
Si Raja tanya ada Wanita lain tak dalam khemah? Katanya isteri sorang sahaja, dan mereka adalah musafir yang ada hajat untuk bertemu Raja bagi minta sedikit bantuan kewangan.
Raja terus berlari balik rumah, dan ceritakan masalah rakyat kepada si isteri.
Terus isteri berkemas dengan bawa gandum, minyak, periuk dan lain lain keperluan.
Kemudian mereka berdua meredah kepekatan malam berlari ke tengag padang pasir untuk bantu musafir tadi.
Sampai sana, isteri Raja masuk bantu isteri musafir dan raja pulak, hidupkan api, letak periuk, letak air, letak gandum, letak minyak, dan kacau sampai masak. Kelihatan asap asap keluar dari janggut Raja sewaktu si Raja mmebesarkan api dengan cara meniup kuat kuat.
Tak lama kemudian, terdengar suara bayi menangis memecah sunyi, dan isteri raja berkata dengan kuat:
“Wahai Raja orang islam, bagitahu temanmu, tahniah sebab dapat baby boy!”
Terus musafir kat luar tu terkejut dan gelisah kerana orang yang dia halau awal tadi adalah seorang Raja, kemudian Raja datang lagi bantu masak manakala isteri raja bantu isterinya bersalin.
Tapi Raja menenangkannya, jangan risau, tak perlu takut pada saya.
Esok, datang jumpa saya, akan saya berikan bantuan yang sepatutnya.
Raja kemudian hulurkan makanan ke dalam khemah untuk di makan oleh isteri musafir.
Bila semua selesai, raja dan isterinya pulang ke rumah dengan wajah berseri-seri kerana telah dipilih oleh Allah, untuk tunaikan hak rakyat dengan tangan sendiri.
Rupanya bukan malam itu sahaja Raja buat begitu, malam yang lain, ada kisah raja sewaktu sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Raja kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.
Terus Raja berlari pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun ada orang menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh raja Islam dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Raja sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut saksi yang melihat Raja memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Raja orang Islam, ketika keluarga itu makan, Raja lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka menangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
Wah…, wujud lagikah Raja berjiwa rakyat macam ni?
Siapakah nama Raja orang islam ini?
Alkisahnya, Namanya adalah Saidina Umar, jajahan takluknya sangat besar dan kebanyakkannya kekal sampai sekarang dan Namanya termasuk dalam senarai sejarah barat sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Jadi kepada semua pemimpin di Malaysia, ada tak yang bercita cita nak jadi pemimpin macam Saidina Umar?
Pemimpin berjiwa rakyat?
Hari tu pernah dengar pemimpin DAP nak jadi macam Saidina Umar, tapi janji politik ni, adohai..
Akhir kata…
Setiap orang akan ditanya tentang hak orang bawahannya, jika tidak di tunaikan, azab akhirat menanti kerana mahkamah Allah sangat adil, sungguh seorang ibu akan di tanya tentang hak anak anak, seorang suami akan di tanya tentang hak anak anak seta hak bini bini, seorang majikan akan di tanya tentang hak pekerja, seorang pemimpin akan ditanya tentang hak rakyat.
Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
Fikir fikirkan lah.
Woha!
Hamka (Kereta Mayat) 2021, 24 Sept.
同時也有41部Youtube影片,追蹤數超過6,750的網紅Shukri Vlogs,也在其Youtube影片中提到,DERITA, SUDAH LUMPUH, DIBUANG PULA DI LRT? MENYEDIHKAN. Itulah yang dapat digambarkan keadaan seekor si comel yang ditinggalkan di sebuah LRT dalam k...
derita 在 Facebook 的最佳解答
Khabar dari Palestina:
Tawanan Hijazi Al-Qawasmi mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya yang derita diuji barah sebelum ditangkap oleh pasukan penjajah di Hebron
derita 在 Facebook 的精選貼文
Selamat berbuka puasa buat semua 🤲🤲🤲
Puasa itu nikmat yang tembus sampai ke lubuk jiwa 🌹
Hapuslah segala derita lama. Jelmalah kekuatan baharu demi tenang yang bermakna.
derita 在 Shukri Vlogs Youtube 的最讚貼文
DERITA, SUDAH LUMPUH, DIBUANG PULA DI LRT?
MENYEDIHKAN. Itulah yang dapat digambarkan keadaan seekor si comel yang ditinggalkan di sebuah LRT dalam keadaan yang menyayat hati. Hanya mengharapkan simpati demi meneruskan kelangsungan hidupnya.
?Ikuti Kisah Penuh MAT DAN yang Istimewa Ini Video Di Atas. SELAMAT MENONTON?
#kucinglumpuh
#shukrivlog
#kucingdibuang
#straycat
#kucingjalanan
#straycatmalaysia
#kelabpencintakucingmalaysia
#pencintakucing
#kucinglumpuhdibuang
derita 在 shiekh baseer official Youtube 的最佳解答
saya cuba2 sajja
kalau ngam dengarlah selalu
untuk awak .
sila pergi
jauh lagi dri sini
simpan rahsia kita
ku penat dengar cerita
yang ku sangka
kau cari dusta
dusta yg aku cipta
rasa duka rasa bahagia
nyaman didalam perlukannya
bercinta dgn aku yg gila
memang main jiwa
tiada terluka
tapi hanya derita terseksa
dalam bahagia
dalam bahaya .
mungkin .
#shiekhbaseer #sudahlah #sudahlah2.0
#remix #2021 #covid19 #bmw