PENDEDAHAN: Bukti Usaha Dakyah Untuk Memurtadkan Pelajar Kita [Siri 3]
Dr Yoo Chong Young adalah penggerak utama ajaran Unification Church di Malaysia. Beliau sudah bertapak lebih 11 tahun di Malaysia semata-mata untuk menyebarluaskan ajaran ketuanya Sun Myung Moon atau dikenali Father Moon.
Di dalam pendedahan siri ini akan mengetegahkan apa yang berlaku sebenarnya disebalik penglibatan mereka di dalam badan-badan kerajaan dan NGO di Malaysia. Ada dua situasi, pertama adalah mendedahkan apa yang berlaku di Korea Selatan bersama dengan pelajar Malaysia dan kedua adalah pendedahan ucapan misionari Unification Church di Malaysia.
Apa Yang Berlaku Di Korea Selatan?
Seperti disebut di dalam siri yang lepas, terdapat satu program yang telah berlansung di Universiti-Universiti tempatan iaitu program Students for Peace Leadership Conference. Program ini digerakkan oleh sebuah badan besar di bawah agama Unification Church iaitu Women’s Federation for World Peace (WFWP). Antara Universiti yang telah menjadi sasaran program ini adalah Universiti Malaysia Terengganu pada 30 April 2018, Universiti Putra Malaysia pada 10 Mac 2018, Universiti Sains Malaysia pada 6 Oktober 2018. Dan mungkin akan ada lagi susulannya memandangkan mereka mensasarkan 13 Universiti di Malaysia.
Salah satu carannya adalah di dalam program tersebut, Women’s Federation for World Peace (WFWP) akan memberi anugerah ‘Youth Ambassadors for Peace’ kepada mana-mana pimpinan mahasiswa atau mahasiswi dari lain-lain Universiti di Malaysia dan pelajar yang mendapat anugerah itu, dia boleh mengajak beberapa orang rakan yang lain untuk menghadiri program “Student Leadership Conference & Exploring Korean Development and Culture Tour”. Yang mana program tersebut akan diadakan di Korea Selatan (dan akan dibuat juga di Hawaii). Peserta hanya perlu menyediakan pembelanjaan tiket penerbangan sahaja manakala yang lain-lain akan ditanggung oleh Women’s Federation for World Peace (WFWP).
Antara pelajar Universiti yang terlibat di dalam program ke Korea Selatan adalah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL).
Program itu berlangsung selama seminggu bermula 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018 bertempat di YongPyeong Ski Resort, Korea Selatan. Apa yang berlaku selama seminggu itu adalah:
1) Pelajar-pelajar didedahkan tentang ideologi Father Moon dan Unification Church.
2) Pelajar-pelajar dipaparkan video dan testimoni pimpinan seluruh dunia mengenai Father Moon.
3) Pelajar diberikan buku pendakyahan Unification Church tulisan Dr Yoo Chong Young sendiri bertajuk True Parents and World Peace.
4) Pelajar didedahkan tentang Mass Weeding dan idealogi Unification Church berkenaan perkahwinan dan juga kekeluargaan.
5) Pelajar didoktrinkan supaya “mengagungkan” Father Moon sehingga ketika saat sebelum makan juga pelajar diajar untuk menyebut “Father Moon” bagi menggantikan “Cheers”.
6) Pelajar disuruh mengangkat ikrar dan bersumpah untuk mengiktiraf Father Moon dan Mother Moon sebagai Heavenly Parent dan menunaikan 3 Great Blessing. Pada waktu itu berlaku ketegangan kerana ramai yang protes untuk melakukannya.
7) Pelajar Malaysia dibawa ke Istana Unification Church bernama Cheon Jeong Gung Peace Museum and Meeting Center yang berada di pendalam di atas bukit. Istana berwarna putih itu digelarkan sebagai “Vatican of the East”. Pelajar dilarang membawa sebarang kamera atau telifon pintar ke dalam istana tersebut. Di dalam istana tersebut terdapat barang peninggalan Father Moon seperti baju, kasut, paparan legasi sepanjang hidupnya dan sebagainya.
8) Semasa berada di Istana tersebut pelajar disuruh untuk melakukan upacara tunduk hormat pada sebuah tempat yang dianggap suci oleh Unification Church dan ada pelajar muslim juga terlibat.
9) Pelajar juga ditawarkan untuk membawa balik kitab suci Unification Church itu “Divine Principle”.
Semua pendedahan ini kami memiliki bukti berbentuk gambar, video dan juga saksi dari peserta yang telah menghadiri program tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa agenda mereka adalah untuk merekrut keahlian dari pelajar-pelajar Malaysia untuk menerima agama Unification Church. Memandangkan mereka tahu jika hal ini dilakukan di Malaysia maka mereka melanggar Perlembagaan Malaysia perkara 11 (4) iaitu:
“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam”
Oleh itu, mereka memilih untuk menghantar pelajar Malaysia ke Korea Selatan untuk mengelak dari terikat dengan peraturan tersebut untuk mendoktrin agama mereka kepada pelajar-pelajar Malaysia.
Apa Dakyah Unification Church Di Malaysia?
Di bahagian ini pula akan mendedahkan teks dan juga program yang telah diusahakan oleh agama Unification Church di Malaysia. Hal ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri.
1) Ucapan Dr Yoo Chong Young di program Students for Peace Leadership Conference yang diadakan di Universiti Putra Malaysia, pada 10 Mac 2018, yang dihadiri oleh majoriti pelajar Muslim. Ucapan ini diambil daripada buku tulisan beliau sendiri di dalam buku True Parents And World Peace:[1]
a) Beliau membawa cerita berkenaan petanda bahawa Father Moon adalah Sang Penyelamat di zaman sekarang berdasarkan kisah Sir Anthony Brooke yang sanggup ke Korea Selatan untuk mencari Sun Myung Moon:
“Fifty-three years ago, Anthony Brooke received a revelation from above when he was half awake and half asleep. God told him in the vision of the night: A living saint, the Peace Messiah has appeared in the land of the Rising Sun in a Far-Eastern country. Then, on 24 March 1964, he went to Korea”
Sebelum Anthony Brooke tiba di Korea, dikatakan beliau beranggapan kehadiran sang penyelamat di “land of the rising sun in a far eastern country” di dalam mimpi itu adalah Jepun lalu beliau ke Jepun. Selama di Jepun dikatakan beliau tidak menemukan seorang pun pendeta yang dimaksudkan itu sehinggalah seorang Professor di Eh Hwa Women University menulis surat kepada Anthony Brooke bahawa tanah matahari terbit itu bukan Jepun tetapi Korea. Lalu Dr Yoo memetik ayat Bible:
“May I refer to Revelation 7:2 “I saw another angel ascending from the east, having the seal of the living God”
Berdasarkan ayat ini, seolah-oleh menunjukkan bahawa Father Moon itu merupakan ‘malaikat’ dari timur itu. Walhal sambungan kepada ayat itu berbicara konteks yang sangat berbeza.
Mimpi tersebut menjadi tanda aras kepada Dr Yoo bahawa ia sedang merujuk kepada Father Moon di Korea. Dan beliau menyambung:
“Finally, after meeting Father Moon in Seoul in a shabby humble house at Chung Pa Dong, Anthony Brooke testified Father Moon as the Peace Saint, Peace Messiah and King of Peace. Anthony Brooke said: “I had seen Father Moon’s face in my vision”. Fortunately, I (Dr. Yoo) also heard his testimony at that time.”
Setelah itu Dr Yoo menekankan dengan ingin melogikkan bahawa benar mimpi itu adalah dari Tuhan sehingga membawa Anthony Brooke sampai ke Korea untuk bertemu dengan sang penyelamat baru.
b) Dr Yoo juga menjelaskan bahawa salah satu misi Father Moon (Unification Church) adalah untuk membangkitkan tamadun baru yang aman dikenali sebagai Pacific Rim Era. Yang mana ia adalah tamadun yang dikuasai oleh lingkaran Pacific bermula Santiago (Chile) ke Las Vegas (US) ke Anchorage (Alaska) ke Jepun ke Korea ke Malaysia dan ke Wellington (New Zealand). Beliau berucap:
“Long ago, Father Moon foresaw the pattern of how human culture will be developing during the different eras. Therefore, he declared, “With the rise of the Pasific Rim Era, a new civilization of peace is beginning!” It is Father Moon’s ferevent desire that all of us living around the Pasific Rim can unite and play a more active role in bringing about peace and harmony to our world.”
“I would like to encourage all of you, Ambassadors for Peace here in Malaysia to work together to bring about peace and true family culture in our world!”
“I believe UPM will be another volcano and starting point of Peace for Malaysia and the World. Could you please wake up from the deep sleep? Open your spiritual eyes and then you will see the new world.”
Sememangnya antara kawasan lingkaran Pasific ini menjadi fokus bertapak kukuhnya gerakkan keagamaan ini. Di tengah-tengah pula terletakknya kepulauan Hawaii dan disitu juga merupakan kawasan yang sangat aktif mereka melakukan dakyah. Malah ahli parlimen Malaysia juga pernah dihantar oleh Universal Peace Federation untuk menghadiri persidangan di sana.[2] Selain itu, ada ura-ura mereka juga merancang akan membuat program Leadership Conference bersama dengan Mahasiswa Malaysia di Hawaii yang akan digunakan pelajar Malaysia yang telah menghadiri di Korea pada awal Ogos lalu untuk menguruskan program di Hawaii.
Dr Yoo melabelkan sesiapa yang melibatkan diri ke dalam misi Unification ini dengan gelaran Ambassadors of Peace agar dilihat lebih harmoni.
2) Ucapan dari anak Sun Myung Moon iaitu Dr. Hyun Jin Preston Moon dalam program Global Peace Convention pada 5-8 Disember, 2013, di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengasas kepada Global Peace Foundation dan di Malaysia juga memiliki cawangannya di Petaling Jaya. Ucapan beliau bertema “Unity in Diversity: Building Social Cohesion for Sustainable Peace through Universal Aspirations, Principles, and Values”. Program ini dihadiri oleh ahli perniagaan, pimpinan negara, dan ahli akedemik dalam dan luar negara.[3] Ada beberapa perkara yang beliau sebut:
“We all aspire to establish peace on earth, to recognize the value of human life, to recognize the importance of individual responsibility in living according to the laws of nature and heaven and of the individual conscience in guiding us to do so, and to realize that we are truly ONE FAMILY UNDER GOD”
“I believe that vision is the simple yet profound idea that all people, regardless of race, nationality, religion, or culture, are members of ONE FAMILY UNDER GOD.”
“You have all gathered here because you share the hope of a peaceful world rooted in the vision of ONE FAMILY UNDER GOD.”
“Let us determine that it is not they who will determine the future, but it is us that share this common vision to build ONE FAMILY UNDER GOD, to put our mark in this very crucial moment in human history, and shape the future of humanity.”
“This is a solemn moment. But I cannot leave without giving a challenge. This is a big, big challenge that I am proposing here today: Will you become owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and make it a living reality for future generations? If you do, please stand up.”
“I want to share with you a Korean word: “Aju”. My father (Sun Myung Moon) explained that this word has tremendous meaning to it, because it means that “I will take ownership over it,” not somebody else. “Peace will start with me. I will be the peacemaker.” So could we say together, “Aju!”? [Aju!] Louder, could we say, together, “Aju!”? [Aju!]
“Will you be owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and carry this message and the large mantle that is present before us to the world as the true peacemakers of this century? Will you do that? Yes or no? [Aju!]”
Konsep One Family Under God ini merupakan konsep di dalam Unification Church. Ia dikenali sebagai legasi terakhir Sun Myung Moon. Ia dibahaskan di dalam laman sesawang mereka di bawah tajuk “One Family Under God Is Dr. Sun Myung Moon’s Lasting Legacy” ada menyebut bahawa Father Moon itu adalah bapa rohani bagi semua, semua adalah anak-anaknya, dan semua adalah satu keluarga.[4]
Ini kerana menurut akidah Unification Church, Father Moon dan Mother Moon adalah Ibubapa Syurgawi (Heavenly Parent) dan mereka itu Ibubapa sejati (True Parent) jelmaan Adam dan Hawa yang ketiga di dunia. Oleh itu mereka mengajak untuk menerima konsep fahaman mereka supaya berada di dalam satu keluarga yang dinaungi oleh Father Moon dan Mother Moon di bawah ‘tuhan Father Moon’. Malah pengikut Unification Church ada menulis buku bertajuk One Family Under God: The Life of Sun Myung Moon.
Agenda yang dibawa oleh Dr Hyun Jin Moon ini secara terang mempromosi idea ini kepada rakyat Malaysia. Malah di sebuah halaman di Facebook bernama Dr. Hyun Jin Preston Moon terdapat posting pada 29 Mac 2012 sekeping gambar Dr Hyun Jin Moon bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India dan dipercayai program tersebut diadakan di Kuala Lumpur. Status tersebut menulis “Dr. Hyun Jin Moon speaking to 2,000 students from 10 universities and colleges in Malaysia.” Dan semua pelajar memakai baju bertulis “One Family Under God Aju!”[5]
Kebanyakkan aktiviti yang dilakukan mereka ini sememangnya menuju kepada pendakyahan kepada agama Unification Church. Sebenarnya masih banyak lagi program mereka yang berjalan setiap bulan.
Jika dilihat kepada hasil daripada kesemua kes di atas ini, ternyata mereka telah melanggar Undang-Undang Malaysia iaitu Perlembagaan Malaysia Perkara 11 (4) dan juga Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor (1988) di bawah:
Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.
Seksyen 6. Kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.
Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.
Selain itu masih banyak lagi program yang melibatkan agama Unification Church yang ada maklumat bersama kami. Ramai pihak yang tidak sedar tentang kehadiran mereka dan juga usaha mereka untuk melebarkan sayap di Malaysia. Faktor-faktor itu sudah kami bincangkan di dalam artikel sebelum ini (Siri 2).
Kesimpulan
Masyarakat Malaysia hendaklah sedar dan peka akan kehadiran agama baru yang makin halus melebarkan dakyahnya di Malaysia. Unification Church ini jelas adalah sebuah agama baru yang membina ketaksuban kepada pengikut mereka sebagai nabi baru. Mereka memiliki dana yang sangat besar dalam mengerakkan program dan usaha pendakyahan di seluruh dunia.
Untuk mengetahui apa ajaran yang dibawa dan bagaimana ia tiba di Malaysia baca di:
Siri 1:https://bit.ly/2IbN5KJ
Siri 2: https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/1899256933518617?__tn__=K-R
Nota akhir:
____________________________
[1] http://familyfedihq.org/2018/03/malaysia-students-for-peace-leadership-conference/
[2] http://www.upf.org/peace-education-and-human-development/peace-education-reports/6140-malaysian-parliamentarians-attend-conference-in-hawaii
[3] https://www.hyunjinmoon.com/dr-moon-calls-cooperation-among-faiths-secure-lasting-peace-2/?fbclid=IwAR2WDN5poXoavTHkxBukKq4VcfEXx0_sPN-nnVTKg-WrAz5OERod07dBBZM
[4] http://www.upf.org/peace-education-and-human-development/peace-education-reports/4696-one-family-under-god-is-dr-sun-myung-moons-lasting-legacy
[5] https://www.facebook.com/hyunjinpmoon/photos/a.375720979117850/375720982451183/?type=3&theater
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過28萬的網紅FUZZ CHANNEL,也在其Youtube影片中提到,Berdasarkan ura-ura terkini, terdapat laporan bahawa Apple takkan bagi charger dalam kotak jualan iPhone 12 nanti. Dalam video ni aku kongsikan pandan...
「dan no ura」的推薦目錄:
- 關於dan no ura 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於dan no ura 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
- 關於dan no ura 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
- 關於dan no ura 在 FUZZ CHANNEL Youtube 的最佳貼文
- 關於dan no ura 在 Dan Lok Youtube 的最佳貼文
- 關於dan no ura 在 The Naval Battle of... - Samurai History & Culture Japan 的評價
- 關於dan no ura 在 Pomysły z tablicy Dan-no-ura: 11 的評價
dan no ura 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
SEDAPNYA ” … puji si suami sambil menambah nasi goreng buat kali kedua.
Tersenyum si isteri melihat si suami makan dengan penuh selera.
Mak kata nak ‘ikat’ suami kena ‘ikat’ perutnya ……
“Ada AJINOMOTO, yang tak pandai masak pun boleh jadi chef “
Opsss.
Teruskan membaca posting ini jika nak tahu kaitan AJINOMOTO dengan saham.
AJI-NO-MOTO® tu nama jenama.
Bahan penambah perasa AJI-NO-MOTO® tu namanya MSG. Ajinomoto Malaysia Berhad pula adalah syarikat pengeluar bagi jenama AJI-NO-MOTO®
Pasti ramai kenal dengan jenama yang berasal dari Jepun ini.
Berdekad lamanya orang duk kata bahawa MSG berbahaya dan beri banyak kesan sampingan kepada badan seperti mengakibatkan keguguran rambut, sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kanser.
Ada pula yang kata semua ini hanya mitos kerana tiada bukti saintifik yang menyokong.
Mana satu yang betul ni?
Tempoh hari siap boleh viral AJI-NO-MOTO® boleh dibuat baja tanaman!
Pelik juga, jika betul AJI-NO-MOTO® ini berbahaya bagaimana jumlah jualan Ajinomoto Malaysia Bhd boleh meningkat setiap tahun? :
2012 – RM 324,652 juta
2013 – RM 332,908 juta
2014 – RM 345,351 juta
2015 – RM 340,376 juta
2016 – RM 400,201 juta
2017 - RM 433,741 juta
Sebenarnya tak pelik sangat sebab AJI-NO-MOTO® sudah menjadi bahan wajib hampir setiap rumah atau restoran di Malaysia.
Ini termasuklah digunakan dalam ribuan produk (processed food).
Jadi, bahaya atau tidak MSG ni? Tepuk dada tanya selera.
Paling penting jangan diambil secara berlebihan.
Kalau nak tahu selain AJI-NO-MOTO®…., AJI-SHIO®, SERI-AJI® & TUMIX® juga adalah produk keluaran Ajinomoto Malaysia Bhd.
Eh, jangan salah faham, posting ini bukannya nak promosikan AJI-NO-MOTO® tetapi nak memberi contoh bahawa ini adalah antara saham syarikat patuh syariah yang mencatat keuntungan TINGGI bagi tempoh 2014 – 2017.
Diam tak diam, Ajinomoto Malaysia Bhd telah tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia sejak 1987!!
PERGERAKAN HARGA SAHAM AJINOMOTO®
Disember 2014 – RM 5.50
Disember 2015 – RM 9.00
Disember 2016 - RM 14.00
Disember 2017 - RM 21.00
Kenaikan –> RM 7.00 sesaham (tempoh 2016-2017)
Contoh:
1) 31 Disember 2014 : Anda mengambil keputusan MEMBELI saham Ajinomoto Malaysia Bhd sebanyak 1,000 unit
Maka modal yang perlu dikeluarkan adalah:
RM 5.50 x 100 unit x 10 = RM 5,550
2) 31 Disember 2017: Anda mengambil keputusan MENJUAL kesemua 1,000 unit saham Ajinomoto Malaysia Bhd
Maka keuntungan yang diperolehi adalah:
RM 21.00 x 100 unit x 10 = RM 21,000
RM 21,000 – RM 5,500 = RM 15,500 +/- (UNTUNG)
Pulangan lebih kurang 181%…. Cukup tak? Atau masih selesa dengan pulangan 7-8% setahun?
Itu jika kita beli 1,000 unit saham sahaja.
Jika mampu beli 10,000 unit saham Ajinomoto tetap dapat pulangan 181% tetapi untung RM 155,000.00 la jadinya ( __Fuh!!__ )
Oh ya, harga saham Ajinomoto sekarang (Disember 2017 sudah menjadi RM21.20
“WOW, BESTNYA. MACAM MANA HARGA SAHAM TU BOLEH MEROKET?“
Pelaburan saham = perniagaan.
Logik mudah, katakan tiba-tiba Ajinomoto Malaysia Bhd asyik rugi setiap tahun dan berura-ura nak tutup operasi mereka di Malaysia, rasa-rasa harga saham tadi akan meroket juga atau merudum jatuh?
Sebab itu kita perlu tahu apa yang kita buat.
Sebelum membeli saham sesuatu syarikat, wajib kaji segenap aspek perniagaan tersebut.
“OH MACAM TU RUPANYA….TAPI MACAM MAHAL JE HARGA SAHAM AJINOMOTO?“
Mahal ke?
Hmmm… Masa harga murah dulu pun kita tak beli jugak!
Isunya bukan modal, tetapi bila anda nak libatkan diri untuk mula melabur? Ini hanya sekadar contoh, ada lebih 686. syarikat patuh syariah lain yang tersenarai di Bursa Malaysia yang boleh tuan puan pilih.
Saham-saham patuh syariah yang harga di bawah RM3.00 juga banyak.
“BOLEH KE ORANG BIASA MACAM KITA NI BELI SAHAM AJINOMOTO ? “
Sudah tentu boleh!
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab anda sendiri)
dan no ura 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
“ SEDAPNYA ” ... puji si suami sambil menambah nasi goreng buat kali kedua.
Tersenyum si isteri melihat si suami makan dengan penuh selera.
Mak kata nak 'ikat' suami kena 'ikat' perutnya ......
.
_“ Ada AJINOMOTO, yang tak pandai masak pun boleh jadi chef _ “
Opsss.
Teruskan membaca posting ini jika nak tahu kaitan AJINOMOTO dengan saham.
AJI-NO-MOTO® tu nama jenama.
Bahan penambah perasa AJI-NO-MOTO® tu namanya MSG.
Ajinomoto Malaysia Berhad pula adalah syarikat pengeluar bagi jenama AJI-NO-MOTO®
Pasti ramai kenal dengan jenama yang berasal dari Jepun ini.
Berdekad lamanya orang duk kata bahawa MSG berbahaya dan beri banyak kesan sampingan kepada badan seperti mengakibatkan keguguran rambut, sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kanser.
Ada pula yang kata semua ini hanya mitos kerana tiada bukti saintifik yang menyokong.
Mana satu yang betul ni?
Tempoh hari siap boleh viral AJI-NO-MOTO® boleh dibuat baja tanaman!
Pelik juga, jika betul AJI-NO-MOTO® ini berbahaya bagaimana jumlah jualan Ajinomoto Malaysia Bhd boleh meningkat setiap tahun? :
2012 - RM 324,652 juta
2013 - RM 332,908 juta
2014 - RM 345,351 juta
2015 - RM 340,376 juta
2016 - RM 400,201 juta
.
Sebenarnya tak pelik sangat sebab AJI-NO-MOTO® sudah menjadi bahan wajib hampir setiap rumah atau restoran di Malaysia. Ini termasuklah digunakan dalam ribuan produk (processed food).
Jadi, bahaya atau tidak MSG ni? Tepuk dada tanya selera.
Paling penting jangan diambil secara berlebihan.
Kalau nak tahu selain AJI-NO-MOTO®...., AJI-SHIO®, SERI-AJI® & TUMIX® juga adalah produk keluaran Ajinomoto Malaysia Bhd.
.
Eh, jangan salah faham, posting ini bukannya nak promosikan AJI-NO-MOTO® tetapi nak memberi contoh bahawa ini adalah antara saham syarikat patuh syariah yang mencatat keuntungan TINGGI bagi tempoh 2014 - 2015.
Diam tak diam, Ajinomoto Malaysia Bhd telah tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia sejak 1987 !
.
PERGERAKAN HARGA SAHAM AJINOMOTO®
Disember 2014 - RM 5.50
Disember 2015 - RM 9.00
Kenaikan --> RM 3.50
Contoh:
1) 31 Disember 2014 : Anda mengambil keputusan MEMBELI saham Ajinomoto Malaysia Bhd sebanyak 1,000 unit
Maka modal yang perlu dikeluarkan adalah:
RM 5.50 x 100 unit x 10 = RM 5,550
2) 31 Disember 2015 : Anda mengambil keputusan MENJUAL kesemua 1,000 unit saham Ajinomoto Malaysia Bhd
Maka keuntungan yang diperolehi adalah:
RM 9.00 x 100 unit x 10 = RM 9,000
RM 9,000 - RM 5,500 = RM 3,500 +/- (UNTUNG)
.
Pulangan lebih kurang 64% .... Cukup tak? Atau masih selesa dengan pulangan 7-8% setahun? :)
Itu jika kita beli 1,000 unit saham sahaja.
Jika mampu beli 10,000 unit saham Ajinomoto tetap dapat pulangan 64% tetapi untung RM 35,000 la jadinya ( __Fuh!!__ )
Oh ya, harga saham Ajinomoto sekarang (Oktober 2016) sudah menjadi RM 13.70 :)
.
_“ WOW, BESTNYA. MACAM MANA HARGA SAHAM TU BOLEH MEROKET ? “ _
Pelaburan saham = perniagaan.
Logik mudah, katakan tiba-tiba Ajinomoto Malaysia Bhd asyik rugi setiap tahun dan berura-ura nak tutup operasi mereka di Malaysia, rasa-rasa harga saham tadi akan meroket juga atau merudum jatuh?
Sebab itu kita perlu tahu apa yang kita buat.
Sebelum membeli saham sesuatu syarikat, wajib kaji segenap aspek perniagaan tersebut.
_“ OH MACAM TU RUPANYA....TAPI MACAM MAHAL JE HARGA SAHAM AJINOMOTO ? _ “
Mahal ke?
Hmmm... Masa harga murah dulu pun kita tak beli jugak!
Isunya bukan modal, tetapi bila anda nak libatkan diri untuk mula melabur? Ini hanya sekadar contoh, ada lebih 600 syarikat patuh syariah lain yang tersenarai di Bursa Malaysia yang boleh tuan puan pilih.
Saham-saham patuh syariah yang harga di bawah RM 1 juga banyak.
.
.
_“ BOLEH KE ORANG BIASA MACAM KITA NI BELI SAHAM AJINOMOTO ? “ _
.
Sudah tentu boleh!
Tetapi sabar. Jangan terburu-buru.........
Belajar, belajar & belajar dulu sebelum membuat sebarang pelaburan kerana wang anda hanya akan melebur jika melabur tanpa ILMU.
Inilah masa yang terbaik untuk BELAJAR.
(-) Belajar melihat peluang di sebalik kerisauan orang lain.
(-) Belajar menggandakan wang kita dengan betul.
(-) Belajar menjana pendapatan di pasaran saham Bursa Malaysia.
(-) Belajar bagaimana mudahnya nak jual beli saham.
(-) Belajar bagaimana mula melabur dengan modal yang rendah.
(-) Belajar memilih saham-saham yang berpotensi.
(-) Belajar membuang mentaliti lapuk : HARAM-SUSAH-TIADA MASA
Ayuh bangkit perkasakan ekonomi melalui pelaburan saham.
Ayuh hadir belajar di Seminar Labur Saham!
Alhamdulillah __100% PERCUMA__ tajaan Asri Ahmad Academy dengan kerjasama BursaMKTPLC dan Islamic Capital Market, Bursa Malaysia
.
=======
DI MANA ? :
=======
UTARA
+ Alor Setar: 4 Nov 2016
+ Penang: 5 Nov 2016
PANTAI TIMUR
+ Kota Bharu: 11 Nov 2016
LEMBAH KLANG
+ Wisma MCA, KL: 6 Nov 2016
+ Shah Alam: 12 Nov 2016
Alternatif pelaburan yang betul dan selamat sudah laaama ada. Kita saja yang tidak rebut peluang.
Nak tunggu dan lihat lagi ke?
.
.
.
Daftar segera di www.asriahmadacademy.com
Daftar segera di www.asriahmadacademy.com
Daftar segera di www.asriahmadacademy.com
#MentorSaham
#BursaMKTPLC
#IslamicCapitalMarket Bursa Malaysia
Gambar ihsan : Ajinomoto Malaysia
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham atau sekuriti mana patut dibeli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
dan no ura 在 FUZZ CHANNEL Youtube 的最佳貼文
Berdasarkan ura-ura terkini, terdapat laporan bahawa Apple takkan bagi charger dalam kotak jualan iPhone 12 nanti. Dalam video ni aku kongsikan pandangan aku.
Instagram : https://instagram.com/thefaizzainal
Instagram 2 : https://instagram.com/fuzz.my
Twitter : https://twitter.com/thefaizzainal
Facebook : https://facebook.com/fuzz.my
Web : https://fuzz.my
ALATAN FAIZ GUNA DALAM VIDEO
KAMERA 1 = https://t.productlink.io/a14c6h
KAMERA 2 = https://t.productlink.io/a141oq3
LENS = https://t.productlink.io/a14c6i
BOOM MIC = https://t.productlink.io/a14c6k
CLIP MIC = https://t.productlink.io/a14c6j
WIRELESS MIC = https://t.productlink.io/a141oq4
SOFT BOX LIGHT = https://t.productlink.io/a14c6l
LED TUBE LIGHT = https://t.productlink.io/a141oq5
TRIPOD = https://t.productlink.io/a1412j4
SLIDER = https://t.productlink.io/a1412j3
BUSINESS INQUIRIES
EMAIL : thefaizzainal@gmail.com
dan no ura 在 Dan Lok Youtube 的最佳貼文
Find out 10 Crazy Things You Can Buy In China. It's not what you think. Watch until the end to discover these crazy things.
★☆★BONUS FOR A LIMITED TIME★☆★
You can download Dan Lok's best-selling book F.U. Money for FREE:
http://10crazythings.danlok.link
★☆★ SUBSCRIBE TO DAN'S YOUTUBE CHANNEL NOW ★☆★
https://www.youtube.com/user/vanentrepreneurgroup?sub_confirmation=1
★☆★REGISTER FOR THE EXCLUSIVE WEBINAR★☆★
HOW TO MARKET TO CHINA'S RICH
https://marketingtoaffluentchinese.com/webinar
Check out these Top Trending Playlist:
1.) Decode China:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLEmTTOfet46PZtIer4ffGp7CNRcLP45wM
2.) The Art of High Ticket Sales - https://www.youtube.com/playlist?list=PLEmTTOfet46NufVkPfYhpUJAD1OBoQEEd
3.) Millionaire Mindset - https://www.youtube.com/playlist?list=PLEmTTOfet46O591glMGzRMoHaIJB-bQiq
Dan Lok, a.k.a. The King of High-Ticket Sales is one of the highest-paid and most respected consultants in the luxury and “high-ticket” space.
Dan is the creator of High-Ticket Millions Methodology™, the world's most advanced system for getting high-end clients and commanding high fees with no resistance.
Dan works exclusively with coaches, consultants, thought leaders and other service professionals who want a more sustainable, leveraged lifestyle and business through High-Ticket programs and Equity Income.
Dan is one of the rare keynote speakers and business consultants that actually owns a portfolio of highly profitable business ventures.
Not only he is a two times TEDx opening speaker, he's also an international best-selling author of over 12 books and the host of Shoulders of Titans show.
Dan's availability is extremely limited. As such, he's very selective and he is expensive (although it will be FAR less expensive than staying where you are).
Many of his clients are seeing a positive return on their investments in days, not months.
But if you think your business might benefit from one-on-one interaction with Dan, visit http://danlok.com
Or consider becoming a member of his high-level mastermind for experts: http://www.danlokinnercircle.com
★☆★ WANT TO OWN DAN'S BOOKS? ★☆★
http://www.amazon.com/Dan-Lok/e/B002BLXW1K
★☆★ NEED SOLID ADVICE? ★☆★
Request a call with Dan:
https://clarity.fm/danlok
★☆★ JOIN DAN'S PRIVATE FB GROUP FOR CONSULTANTS & COACHES ★☆★
Apply here:
https://www.facebook.com/groups/highticketconsulting/
Dan hangs out there quite a bit.
★☆★ CONNECT WITH DAN ON SOCIAL MEDIA ★☆★
Blog: http://www.danlok.com/blog/
Podcast: http://www.shouldersoftitans.com/
FB Group: https://www.facebook.com/groups/highticketconsulting/
Twitter: https://twitter.com/danthemanlok
Instagram: https://www.instagram.com/danlok/
YouTube: https://www.youtube.com/user/vanentrepreneurgroup
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/danlok
Meetup: http://www.meetup.com/Vancouver-Entrepreneurs-Group-Business-Network/
Amazon: http://www.amazon.com/Dan-Lok/e/B002BLXW1K
This video is about 10 Crazy Things You Can Buy In China
https://youtu.be/0vWxDsX-URA
https://youtu.be/0vWxDsX-URA
dan no ura 在 Pomysły z tablicy Dan-no-ura: 11 的美食出口停車場
2020-12-08 - Odkryj należącą do użytkownika Menthu tablicę „Dan-no-ura” na Pintereście. ... <看更多>
dan no ura 在 The Naval Battle of... - Samurai History & Culture Japan 的美食出口停車場
The Naval Battle of Dan-no-Ura was fought on this day April 25, 1185. Minamoto no Yoshitsune's fleet defeated the naval forces of the Taira clan in... ... <看更多>