Walau jahat mana pun diri ini, solat jangan lupa dan improve kan diri untuk solat diawal waktu. Kita tak tahu penghujung hidup kita macam mana nanti. Sama2 kita saling mengingati antara satu sama lain❤️
.
Teguran Allah ada bermacam macam cara. Tepuk dada tanya diri anda. Salam jumaat semua❤️❤️
.
Untuk rujukkan yang lebih sahih mungkin korang boleh rujuk pasa yang pakar. Terima kasih awak untuk video ini❤️
.
🎥: farahhhlah
.
#salamjumaat #dbilique
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,?PERJELASAN DAN PENERANGAN SANTAI MENGENAI SIHIR DAN BOMOH SIAM DARIPADA USTAZ TOK SINGA DAN USTAZ SYUKRI. MAKLUMAN!!! ➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖ VIDEO INI TELA...
cara solat jumaat 在 Facebook 的最佳解答
Setelah berminggu minggu PKPD, hari ni dah habis, dan dapatlah jiran jiran korang pergi Solat berjemaah di surau. Alhamdulillah..
Sungguh mereka yang pergi solat berjemaah, telah di beri dengan lima nikmat yang besar!
Apa itu lima nikmat yang besar?
1-Masa lapang
2-Sumber rezeki
3-Kesihatan
4-Berkeluarga
5-Beragama.
Kenapa lima ini nikmat yang besar?
Jom bedah nikmat dan fahami lima keperluan asas ini.
(1) Masa lapang.
Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, sibuk memanjang dengan kerja tak habis, sakit tak sihat, cari harta tak kaya jugak, bayar hutang makih bertambah, oh sungguh sibuk macam hamba abdi, macam tawanan perang kena kerah buat jambatan, maka bersyukurlah jika ada masa lapang sebab jika tiada masa lapang maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk skill dalam seni, untuk lepak tenangkan diri, ohh.., hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi. Sungguh memiliki masa lapang adalah Nikmat hidup!
(2) Sumber Rezeki
Bayangkan jika kita tanpa sumber rezeki? hidup miskin, angat susah, bersama hutang keliling pinggan, aduh… kita langsung takde skill yang boleh menjana incone.. sungguh menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, meminta minta itu haram, sungguh dalam rukun islam ada dua tempat perlu pada harta, Zakat dan Hajii, maka fahamlah kita bahawa menjadi kaya itu tidak haram.., jadi tolong usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dalam hadis bagitahu, tangan memberi lebih baik dari tangan menerima, Sungguh dengan wang yang banyak kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh mendapat penderitaan tanpa membelipun. Fahamlah, memiliki sumber rezeki, adalah antara nikmat hidup terbesar!
(3) Kesihatan.
Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah?, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, maka telah hilang nikamt hidup, sebab itu Sihat adalah antara Nikmat hidup terbesar!
(4). Keluarga
Bayangkan jika kita hidup tanpa Keluarga atau tanpa cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati. Antara nikmat besar dalam hidup, ada keluarga yang saling sayang menyangi!
(5) Agama
Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar atau teori konspirasi dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita dan teori konspirasi takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih kepada Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
“KEJAP ABANG KERETAMAYAT? MANA DALIL 5 NIKMAT NI NIKMAT YANG BESAR?”
Nak dalil? Ada, rujuk Hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah (5) lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa (1)sihat sebelum sakit. Masa (2)kaya sebelum datangnya masa sempit. (3)Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. (4)Masa mudamu sebelum datang masa tua dan (5)Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Dari Hadis ini, dapatlah faham bahawa hidup ini ada 5 nikmat hidup!
1. Hidup sebelum mati, Nikmat AGAMA... Apa sahaja waktu hidup kita gunakan untuk agama, akan bagi kesan pada Akhirat!
2. Muda sebelum tua, Nikmat berKELUARGA, maka masa muda hargai mak ayah, hargai semua orang yang kita sayang, sebab bila kita tua semua itu jadi kenangan, hargai anak isteri, sebelum kita semua jadi tua. Hargai kawan sebelum mereka tua.
3. Sihat sebelum sakit.. Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, lidah boleh mengecap, kulit boleh merasa, kaki boleh melangkah, tangan boleh mencapai, syukur.
4. Kaya sebelum miskin, ini adalah SUMBER REZEKI.. duit ada dalam poket, makanan atas meja. Tidak meminta minta. Alhamdulillah
5. Lapang sebelum sibuk, Alhamdulillah bila ada MASA LAPANG.. boleh buat apa kita suka. Menulis, membaca? Terpulang.. enjoy the silence.
Jadi lima nikmat hidup ini buakn saya reka, Nabi yang bagitahu lima keperluan asas dalam menentukan kebahagiaan hidup. Dan sekarang saya cerita tentang jiran anda yang pergi solat berjemaah, yakinlah mereka telah dapat lima nikmat hidup!
Ada hadis bagitahu jika tengok orang ke masjid, yakinlah mereka benar benar beriman.
Bila beriman, yakinlah mereka ahli syurga!
Jom kita siasat, 5 nikmat ahli syurga ni secara terperinci.
Pertama, mereka ada masa lapang.
Macam saya cakap tadi, memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat berjemaah, alhamdulillah.
Habis bab masa lapang..
Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.
Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli surau tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.
Korang pulak yang kaya raya, kereta besar serba baru tapi gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA al istidraj, macam seekor tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi hakikatnya bala kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!
Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima (5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-
Nikmat kesihatan.
Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid, berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang ni, Alhamdulillah.
Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH, keluarga islam!
Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang macam sebuah keluarga, alhamdulillah.
Perasan tak? Orang yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, Nampak buruk AJK masjid, Nampak buruk budak tabligh, dan suka tuduh orang riak, padahal dia yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah dengan sangka orang riak padahal dia tak faham apa itu shiar islam. Hampeh!
Baik, last! Dan Nikmat kelima yang diperolehi oleh ahli syurga, adalah nikmat dapat Shiarkan Islam, ini bukan riak, sebab memang Nabi suruh kita Shiar(wujudkan suasana agama) hingga Nabi pesan, Azan kena tempat tinggi agar satu kampung boleh dengar, lepas tu Nabi pesan pergi masjid pakai baju solat dari rumah, ambik wudhu siap siap, setiap langkahan pahala dapat, darjat naik, dan dosa di ampunkan, lepas tu datang awal, dan bila balik lalu jalan lain, sebarkan salam. Itulah Shiarkan islam, bukan riak yer? Tapi Shiar kerana Allah!
Dan korang pulak yang duduk rumah, ternampak orang surau pergi balik ke masjid, jangan tuduh mereka riak, sebab Nabi ada pesanan untuk korang iaitu:
“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman kerana Allah Ta’ala berfirman, Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Jadi ingat tu, Nabi pesan pada korang yang Nampak ahli surau supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?
Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?, sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid, tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..
Eh? Tadi saya cakap nikmat ahli surau ada (5) lima, iaitu diberi (1) masa lapang, (2)rezeki berkat, (3)kesihatan, (4) kasih sayang dan (5)Nikmat menzahirkan iman, saya kena tambah satu lagi nikmat iaitu mereka semua dapat (6)saksi saksi yang akan sokong mereka ke syurga iaitu koranglah, jiran mereka, tahniah!
Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.
Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih korang semua yang jadi saksi!
Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?
Woha!
Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan solat dirumah akan dapat pahala sama macam lelaki. Jadi kepada wanita. Galakkan lelaki ke masjid. Alhamdulillah
cara solat jumaat 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 30)
Anak burung Rajawali sudah berani mengepak sayapnya. Tiba2 datang keyakinan diri bagi terbang tinggi di udara.
Inilah objektif pendidikan & kursus serta seminar. Mesti ada kesan peningkatan segera (immediate). Setelah tamat 5 hari berseminar dari pagi ke petang, saya & Almarhum Dr Zainuddin Jaafar membuat rancangan menziarah beberapa bandar utama di Andalusia.
Sebelum itu, di petang hari Jumaat, hari terakhir seminar, saya sempat mengeluh dengan seorang rakan dari Maghribi. "Saya dah tak makan nasi & daging selama 5 hari."
"Kenapa tak beritahu saya," jawabnya.
"Di sini banyak kedai makan Maghribi," jawabnya lagi.
Saya dan Almarhum Dr Zainuddin (tak ingat samada Dato' Dr Munir Yaakob bersama kami atau tidak) terus pantas menuju ke bandar Granada & lorong yang ada kedai makanan Maghribi. Semuanya diorder. Kami makan dengan 'lahap' sekali. Lupa sekejap diskusi sarjana Orientalis & Islam tentang antrapologi keadilan, pengaruh sosiologi & psiki dalam fatwa ulamak2 Islam, pengurusan kelestarian sungai, tanah dan keharmonian masyarkat & pelbagai isu lain.
Mungkin ini 'meal' kami yang paling banyak di makan. Halal. Sedap. Sesuai dengan selera. Kekenyangan, kami berjalan kaki balik ke hotel. Indah sekali berjalan di bandar ini yang masih mengekalkan reka bentuk Andalusia.
Di hari Sabtu, kami pergi melawat beberapa bandar di sekitar. Antaranya kami singgah di bandar Cordoba (Qurtubah). Imam al-Qurtubi penulis kitab tafsir hukum al-Quran yang paling komprehensif pernah tinggal & berkarya di sini.
Kami juga singgah di bandar & mesjid di mana Imam Ibn Hazm pernah tinggal. Mesjidnya indah sekali (foto saya hilang). Mesjid Haram di Mekah banyak mengambil reka bentuk dalaman masjid ini. Di belakang Mesjid, ada taman besar. Hijau. Boleh juga buat tempat solat. Masjid & taman tidak terpisah di Andalusia. Di Malaysia, konsep ini amat jarang. Kenapa tidak adakan taman dalam kawasan Masjid? Nampak tenang & segar.
Reka bentuk paling menarik cara minbar dibuat. Apabila berkhutbah, semua dapat dengar w/pun pembesar suara belum ada. Tingkap dibuat dari pelbagai bahan & warna bagi mengawal pelbagai suhu.
Sains & agama tidak terpisah jua.
MDB
cara solat jumaat 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
?PERJELASAN DAN PENERANGAN SANTAI MENGENAI SIHIR DAN BOMOH SIAM DARIPADA USTAZ TOK SINGA DAN USTAZ SYUKRI.
MAKLUMAN!!!
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
VIDEO INI TELAH MENDAPAT KEBENARAN DARI USTAZ TOK SINGA SENDIRI UNTUK DISIARKAN DI YOUTUBE CHANNEL SAYA. MANA2 INDIVIDU YANG MEMBUAT SALINAN TANPA KEBENARAN ADALAH DILARANG SESAMA SEKALI.⛔
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Tok Singa : Rawatan Dan Pertahanan Islam Ruqyah As Sunnah
Merawat Sihir, Santau, Saka, Penyakit Ain, Kanser, Bekam, Urutan Dan Lain-Lain
Dibuka setiap hari lepas solat insyak...Cuti Khamis malam Jumaat sahaja...Yang berhajat boleh hubungi atau whatsapp Ustaz Tok Singa terus insyaAllah...
Perubatan mengunakan kaedah Al Quran dan hadis...Tidak ada unsur2 kesyirikan...
Bayaran : Seikhlas hati pesakit
No 11, Lorong Murai Jaya 5, Taman Murai Jaya 14100 Simpang Ampat Pulau Pinang..
1-19, Lorong Murai Jaya 5
1-19, Lorong Murai Jaya 5, Taman Murai Jaya, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang
https://maps.app.goo.gl/JqvgCjrpEukDSe4fA
Hubungi : Ustaz Muhamad Firdaus @ Tok Singa - 0146177467
❇Edit by AmZ❇
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Untuk tidak terlepas video atau artikel terbaru, anda dialu-alukan untuk "SUBSCRIBE" channel saya dan jangan lupa klik tanda lonceng untuk mendapatkan "NOTIFICATION" terkini terus kepada anda. Jika anda suka video ini klik "LIKE" yer.
Laman media sosial saya : -
Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK