KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 5)
Saya dah buat segala2nya di Kuwait bagi cuba mendapat visa kepada isteri saya. Kerap saya berjumpa dengan rakan2 ahli parlimen & menteri Kuwait bagi meminta tolong.
"Maaf sahabatku. Urusan visa bukan lagi urusan kerajaan atau menteri. Ia adalah kuasa mutlak Raja." Kuwait dalam ancaman Iran. Ini jawapan yang 'tidak adil' kepada usaha, semangat & pengorbanan saya. Unfair.
Saya juga gagal mendapat tempat belajar di program Masters Syariah walaupun cukup semua syarat sebab saya bukan anak bumi Kuwait atau Negara Teluk. Saya hanya anak Kedah.
Saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Gembira sangat memijak kaki di bumi bertuah Malaysia di bulan Disember 1988. Lagi gembira dapat melihat wajah isteri yang sudah lama ditinggalkan. Remuk rasa hati. Ada yang pengalaman kena tinggalkan isteri kerana tugas & kerja?
Ahh...saya sudah bekeluarga. Saya kena bekerja. Bukan nak bergantung kepada abah & emak. Lagipun saya dah tamat belajar ijazah pertama. Saya terus mohon kerja guru sementara di Maktab Mahmud, Alor Star. Saya juga memohon bekerja sebagai pengajar di Akademi Islam, Universiti Malaysia.
Saya dapat kerja di Maktab Mahmud di awal tahun 1989. Gaji sekitar RM800 sebulan sambil menunggu keputusan dari UM. Saya diberikan amanah mengajar Nahu di Tingkatan 2 Maktab Mahmud (Banat @ Puteri) & juga Balaghah di Tingkatan 6 Rendah.
Saya amat seronok ajar anak2 muda bahasa Arab. Banyak ilmu & tips yang saya dapat sewaktu saya bekerja sebagai pengkaji bahasa Arab di Kuwait saya curahkan kepada pelajar2 saya. Saya dapat lihat di wajah mereka kegembiraan. Indah & mudahnya bahasa Arab.
Saya tinggal di rumah abah & emak (foto dikepilkan). Sebuah rumah papan di sebelah sawah padi. Saya tidak ada kenderaan ke tempat kerja. Ust Radhi, bekas pelajar Kuwait yang juga bekerja di Maktab Mahmud yang menyewa rumah di Teluk Chengai, datang jemput & hantar saya di rumah dengan motorsikal setiap hari bekerja. Hebat jasa beliau kepada saya. Tak akan saya lupa sampai bila2.
Hati berkocak setiap masa mendoakan supaya permohonan kerja saya di UM diterima. Saya ingin ambil cabaran baru. Cabaran menara gading.
(foto bersama isteri di Istanbul 2017).
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
banat 在 寰雨膠事錄 國際新聞 Gaus.ee 台 Facebook 的最讚貼文
邊個又話要幫巴勒斯坦發聲? :0)
banat 在 Heliza Helmi Facebook 的最佳貼文
Muslimin muslimat yang dihormati sekalian, kami menjemput anda untuk bersama PELAJAR TAHFIZ menyertai MAJLIS KHATAM ALQURAN DOA UNTUK MALAYSIA yang akan diadakan pada ;
In syaa Allah
Setiap Jumaat Sabtu Ahad
Masa : 8:00 malam
Tempat : FB Live Madrasah Darul Kubra
Perkumpulan kita menghadiahkan bacaan al-Quran dengan niat khusus :
1. Semoga Allah memberikan kesembuhan sempurna kepada para pesakit dan diangkat penularan pandemik yg berleluasa terutama di Malaysia.
2. Semoga Allah beri perlindungan, pertolongan, kesabaran dan ketabahan kepada semua Frontliners
3. Semoga Allah melindungi semua rakyat Malaysia dari jangkitan.
4. Semoga Allah merahmati semua rakyat Malaysia yg telah pergi disebabkan pandemik ini.
Moga usaha ini menjadi saksi baik untuk kita di akhirat kelak. Amin
#MadrasahDarulKubra
#MadrasahAsuhJohor
#MadrasahAsuhPerak
#AkademiAlQuranPerak
🤍 Platform Majlis
FB live : Madrasah Darul Kubra - banat
https://www.facebook.com/DarulKubraBanat/