*RESEPI KARI AYAM PEKAT*👩🍳
Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
Kuah kari ayam pekat seperti ini pasti sedap dimakan dengan roti jala. huhuhu...
Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Sumber : Kuali Mama
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Rasaflix,也在其Youtube影片中提到,Buat peminat roti jala, boleh la buat roti jala ros ni..bahan untuk membuat jala bunga rose ni sama jer tau dengan roti jala biasa cuma beza warna dan...
bahan roti jala 在 Facebook 的最讚貼文
Anda rasa susah ke untuk buat Kari Ayam? Semestinya TIDAK SUSAH pun! Mari cuba Resepi mudah ini, cicah dengan Roti Jala pun sedap jugak kan? 😍
BAHAN-BAHAN KARI AYAM
Serbuk Kari Ayam
Serbuk Cili
300g Ayam Dada
Semangkuk Kecil Air Asam Jawa
3 Tangkai Daun Kari
4 Biji Ubi Kentang
8 Biji Bawang Kecil
4 Biji Bawang Putih
2 sudu Minyak Sapi
Semangkuk Kecil Santan
Garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN KUAH KARI
1️⃣ Hiriskan 8 biji bawang kecil dan 4 Biji bawang putih dengan halus
1️⃣ Potongkan ubi kentang dan ayam mengikut potongan dadu kecil.
CARA-CARA MEMASAK KUAH KARI
1️⃣ Letakkan 2 Sudu Minyak Sapi apabila kuali sudah panas
2️⃣ Masukkan bahan-bahan yang dipotong tadi untuk menumis.
3️⃣ Kemudian, masukkan tiga tangkai daun kari dan gaul perlahan-lahan sehingga aroma mula naik.
4️⃣ Masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili mengikut citarasa dan tahap kepedasan anda.
5️⃣ Setelah pecah minyak, masukkan ayam yang dipotong dadu dan gaulkan sehingga sebati
6️⃣ Masukkan sedikit garam mengikut citarasa anda.
7️⃣ Seterusnya, masukkan santan cair dan gaul sehingga mendidih.
8️⃣ Masukkan ubi kentang yang dipotong dadu dan masak sehingga ia empuk.
9️⃣ Akhir sekali, masukkan air asam.
Selamat mencuba & selamat berhujung minggu! ✨
bahan roti jala 在 Facebook 的精選貼文
Ada Lauk Kari Ayam tapi jemu makan dengan Nasi? Haa...mari cuba gandingkan dengan Roti Jala pula, senang sahaja untuk dibuat di dapur anda sendiri 😆
BAHAN-BAHAN ROTI JALA
3.5 Cawan Santan Cair
3 Sudu Kecil Kunyit
3 Cawan Tepung Gandum
Sebiji Telur
1 Sudu Kecil Garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN ROTI JALA
1️⃣ Masukkan 3.5 cawan santan cair ke dalam pengisar.
2️⃣ Kemudian, masukkan 3 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam.
3️⃣ Seterusnya, masukkan 3 cawan tepung gandum serta 1 biji telur dan kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
CARA-CARA MEMASAK ROTI JALA
1️⃣ Panaskan kuali dan sapu minyak masak dengan menggunakan daun pandan.
2️⃣ Kemudian, masukkan bahan bancuhan yang dikisar tadi ke dalam botol yang khas untuk membuat roti jala.
3️⃣ Seterusnya, putarkan bahan bancuhan dalam botol tersebut ke dalam kuali yang dipanaskan.
4️⃣ Ulang putar roti jala tersebut mengikut bancuhan adunan yang dibancuh.
5️⃣ Setelah siap, lipat roti jala tersebut mengikut cara anda tersendiri..
Selamat Mencuba!
bahan roti jala 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Buat peminat roti jala, boleh la buat roti jala ros ni..bahan untuk membuat jala bunga rose ni sama jer tau dengan roti jala biasa cuma beza warna dan cara tirai tu je. Jom try buat..
Resepi Roti Jala Ros & Kari Ayam | Rose Net Crepes & Chicken Curry Recipe
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Roti Jala Ros & Kari Ayam
Bahan-bahan (Roti Jala)
1 cwn tepung gandum
1 sk garam
1 biji telur
1/2 cwn air
1/2 cwn susu segar
1 sk pewarna merah jambu
1 sk pewarna hijau
Bahan-bahan (Kari Ayam)
1 biji kentang (dipotong dadu)
500 gm isi ayam (dipotong kecil)
1/2 cwn minyak masak
200 ml santan
1/2 cwn air (ikut kepekatan kuah)
1/2 sb garam
1/4 cwn air limau nipis
8 sb rempah kari daging
2 sb serbuk cili
sedikit air
Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit air
Bahan-bahan untuk ditumis
2 tangkai daun kari
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 buah pelaga
1 biji bawang merah (dihiris)
Nota: Bancuh rempah kari terdahulu sebelum masak untuk mendapatkan kepekatan kuah kari sekata.
Cara memasak (Roti Jala)
1. Masukkan tepung gandum, telur, air, susu dan garam ke dalam pengisar.
2. Kisar bahan-bahan sehingga halus.
3. Bahagikan adunan tersebut ke dalam dua mangkuk.
4. Warnakan setiap satu adunan dengan pewarna merah jambu dan hijau. Masukkan adunan merah jambu ke dalam botol picit dan adunan hijau ke dalam piping bag.
5. Panaskan non-stick pan dengan api perlahan. Picit adunan merah membentuk garisan melintang. Kemudian, lakarkan garisan berombak. Titiskan tiga titis adunan hijau di bahagian atas garisan berombak membentuk daun.
6. Biarkan selama 1-2 minit atau sehingga adunan masak.
7. Angkat dan gulung menjadi bentuk bunga ros.
Cara memasak (Kari Ayam)
1. Bancuh rempah kari dan serbuk cili dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2. Kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia bersama air sehingga lumat.
3. Panaskan minyak, tumiskan daun kari, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bawang merah sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan kisar dan kacau seketika sehingga kekuningan.
5. Masukkan pes kari. Teruskan menumis hingga pecah minyak (tambahkan air jika terlalu kering untuk elak daripada jadi hangit).
6. Masukkan ayam dan kentang.
7. Kacau seketika selama 2-3 minit dan tambahkan air limau nipis. Masak sehingga ubi kentang dan ayam menjadi empuk.
8. Tambahkan santan dan perasakan dengan garam. Tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Rose Net Crepes & Chicken Curry
Ingredients (Net Crepes)
1 cup of all-purpose flour
1 tsp of salt
1 nos egg
1/2 cup of water
1/2 cup of fresh milk
1 tsp of pink food coloring
1 tsp of green food coloring
Ingredients (Chicken Curry)
1 potato (diced)
500 gm chicken fillet (cut into small pieces)
1/2 cup of cooking oil
200 ml coconut milk
1/2 cup of water (according to the gravy consistency)
1/2 tbsp of salt
1/4 cup of key lime juice
8 tbsp of meat curry powder
2 tbsp of chili powder
bit of water
Ingredients for grinding
4 onions
4 cloves of garlic
1 inch ginger
bit of water
Ingredients for saute
2 stalks of curry leaves
2 cinnamon sticks
2 star anise
3 cardamoms
1 onion (sliced)
Note: Make the curry powder paste first before cooking to get an even curry gravy consistency.
Cooking methods (Net Crepes)
1. Put all-purpose flour, egg, water, milk and salt in a blender.
2. Blend all ingredients until smooth in texture.
3. Divide the batter into two bowls.
4. Color each batter with pink and green food coloring. Pour pink batter into a squeeze bottle and green batter into a piping bag.
5. Heat non-stick pan to low heat. Squeeze pink batter forming horizontal line. Then, draw wavy line. Drop three dots of green batter at the top of wavy line to forming leaves.
6. Let it be for 1-2 minutes or until fully cooked.
7. Remove and roll to rose shape.
Cooking methods (Chicken Curry)
1. Mix curry powder and chili powder with bit of water to make a paste.
2. Grind garlic, onion, and ginger with water until smooth.
3. Heat the oil, saute curry leaves, cinnamon sticks, cardamoms, star anise and onion until fragrant.
4. Add in grinded ingredients and stir for a while until golden.
5. Add in curry paste. Continue sauteing until the oil separates (add water if it is too dry to avoid burnt).
6. Add in chicken pieces and potatoes.
7. Stir for about 2-3 minutes and add in key lime juice. Cook until potatoes and chicken are tender.
8. Add in coconut milk and season with salt. Bring to a boil and it is ready to be served.
Resepi Kari Ayam, boleh tonton disini : https://youtu.be/1yAzYEtKGMU
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#roti #kari #ayam #rotijala #kariayam
#kisahdunia #rasaflix
#dapoqmanis #mr_lovva #makenon #nntaca #kdboom #nrsalnaz
bahan roti jala 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Dapatkan bekalan makanan anda seperti ikan, ayam, daging, udang, rempah dan lain-lain di PFF Frozen Food Distributor
FREE DELIVERY di seluruh Lembah Klang untuk tempahan RM 200 ke atas.
Borang tempahan PFF » https://bit.ly/2VUKSH9
Facebook : https://www.facebook.com/Pfffrozen/
Instagram : https://www.instagram.com/panglimapff/
Bahan-bahan untuk Roti Jala:-
? Tepung Gandum
? Serbuk Kunyit
? Santan
? Telur
? Garam
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (santan, serbuk kunyit, sedikit garam, tepung gandum dan telur)
Kisar sehingga semua bahan sebati. Masukkan bahan ke dalam bekas acuan roti jala.
Sapukan sedikit mentega di atas kuali. Lepas menjala, terus angkat dan menggulung.
Bahan-bahan untuk Kari Ayam:-
? Dada Ayam 2 bahagian
? Serbuk Kari
? Serbuk Cili
? Bawang Kecil 5 ulas
? Bawang Putih 3 ulas
? Halia 1 inci
? Ubi Kentang 3 biji
? Daun Kari
? Asam Jawa
? Minyak Sapi (Ghee)
? Santan
Cara-cara:-
Potong bawang kecil, bawang putih dan halia dengan halus. Ubi kentang pula dipotong dadu. Dan dada ayam dipotong kecil.
Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumiskan kesemua bawang sehingga naik bau. Masukkan daun kari dan kacau sebati.
Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air. Masukkan paste yang telah dibancuh. Kacau hingga semua sebati.
Apabila dah naik bau, masukkan daging ayam. Kacau sehingga semua sebati. Kemudian masukkan santan yang sudah dicampurkan air. Tambah sedikit garam untuk perasa.
Akhir sekali, masukkan ubi kentang dan tunggu sehingga masak.
Panglima Frozen Food atau lebih dikenali sebagai PFF merupakan pemborong dan peruncit untuk makanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sumber protein berkualiti tinggi dijual disana. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PFF menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat-tempat berdekatan. Tempah barangan anda bersama PFF sekarang.
?Lokasi » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Waktu Operasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan » Isnin hingga Sabtu - 9 pagi hingga 5 petang
Ahad - 9 pagi hingga 1.30 petang
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..