Unplanned 2020 - Untuk Orang yang Tak Suka Baca
Setahun Punya Cerita.
Ceritanya begini...
Lepas aku habis internship tahun lepas (November 2019), aku ambil keputusan untuk join satu program sukarelawan yang KBS anjurkan. Program MYCorps Misi 8 2.0 Asia Selatan. Mulanya aku isi dengan fikiran dapat pun ok tak dapat pun ok. Lepas aku isi tu aku join MRA Sabah pergi misi bantuan banjir di Kudat. Eh! “Anda terpilih untuk menyertai bla bla bla”. Balik ja dari Kudat ke Tawau. Esoknya aku terbang dari Tawau ke KL. Aku dilatih selama 1 bulan dalam program MYCorps. Bermacam modul aku jumpa. Best!
Habis training, aku patutnya dihantar ke India dengan team yang aku baru kenal masa training. Tapi team-team yang sepatutnya ke India terkandas 2 minggu sebab Visa tak lepas. 2 minggu tu aku dengan kawan-kawan manfaatkan untuk terus kumpul dana projek untuk bawa pergi negara misi. Hampir tiap hari kami turun di jalanan dengan bekal tabung dan kata-kata sakti minta sumbangan. Adakala sampai ke subuh kami berjalan di sekitar KL.
Hampir 2 minggu buntu tak deploy ke negara misi. Keputusannya? 3 team ke India yang terkandas dihantar ke Nepal dan Bangladesh. Team aku ke Nepal. Agak gembira sebab memang itu negara pilihanku pertama. Dengan harapan nampaklah banjaran Himalaya. Sampai sana jam 2-3 pagi. Nampak apa tak tau banjaran tu. Gelap! Tapi rileks.. Esok masih ada. Ya! Esoknya berkabus, dan esok tu lah juga kami bergerak ke kawasan yang sejauh 8 jam perjalanan dari Kathmandu. Jalan bukit-bukit. Bengkang-bengkok. View lawa. Tapi bukan Himalaya lah.
Macam2 projek kami buat di sana. Setiap hari kerja tanpa cuti walaupun sabtu ahad dengan harapan boleh ambil cuti di penghujung misi menikmati keindahan Nepal. Asalnya 2 bulan ke negara misi jadi 1 bulan 2 minggu. Tiba-tiba Covid. PKP diumumkan di Malaysia. Kami masih di Nepal. Ada sesetengah projek masih running. Selagi belum dapat keputusan daripada orang atas kami lanjut ja projek. Esoknya 19 Mac kedutaan Malaysia di Nepal maklumkan 20 Mac Nepal akan “lockdown”. Malam tu juga kami pack barang dan buat emergency evacuation keesokan harinya.
Jam 6 pagi, dengan kurang tidur selesaikan apa yang patut semalaman. Sarapan tak sempat. Kami terus ke Kathmandu untuk ambil the last flight from Kathmandu to Nepal. Dengan fizikal yang kurang baik, jalan bengkang bengkok. Mabuknya bukan main. 5 kali muntah. Aku duduk di depan bersebelah dengan driver orang Nepal. Asal aku muntah aku keluar kepala dari kereta. Abang tu pandaaaaaang ja. No stop. We are late. Kami berhenti pun untuk makan tengah hari ja di restoran entah di mana. Janji halal.
Sampai Nepal petang guys. Berkabus. Ya! Himalaya menghampakan aku. Lagi! Kami tunggu di Airport untuk Team Nepal yang lain sampai. Ada yang ambil masa 20 jam untuk sampai Airport dari kampung pedalaman. Risau kami time tu entahlah. Dengan orang sana menganggap kami penyebar Covid. Kami digelar Covid kalau berjalan di kampung-kampung sebab kami dari Malaysia. Muka-muka asia. Last flight dibantu oleh kedutaan. Alhamdulillah. Kami sampai di KL.
Kami kuarantin 2 minggu di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Mabuk aku 1 minggu baru rasa macam segar balik. Kuarantin pertama di IYC dalam bosan ada seronok. Makan cukup. Fasiliti cukup. Tidur kadang lebih dari cukup. Wifi laju. Aircond ada. Katil selesa. Nikmat apa lagi yang kau dustakan. Yang tiada adalah kebebasan. Betullah bebas tu sangat berharga. Macam-macam benda kami buat di sana, dari yang normal sampai yang tak normal. Dari perbincangan meja tentang negara dengan serius hingga ke belajar jutsu air, api, angin dengan tanah. Hebat!
2 minggu lepas tu, aku mahu rasa bebas dan mahu rasa berguna. Sebab 2 minggu kuarantin macam tiada guna. Aku ajak kawan baik yang aku kenal daripada MYCorps pergi jadi sukarelawan NGO Malaysian Relief Agency. Kebetulan rumahnya dekat dengan gudang barang MRA. Kerja kami angkut barang. Packing barang. Distribute barang. Barang makanan lah. Bukan barang terlarang. Berapa hari kami di sana, kami dapat berita kurang menyenangkan. Kawan-kawan yang masih ada di IYC bagitau ada satu orang positif. Tapi bukan dari kalangan kami. Mereka group lain yang dianggap berisiko dan dikuarantin satu bangunan dengan kami. Tapi kami tak pernah jumpa. Walhal nampak kelibat pun tak pernah sebab mereka tak boleh masuk kawasan kami, kami tak boleh masuk kawasan mereka.
Tapi kami dikehendaki buat swab test. Swab test pertama dihidung (Negatif). Perit! Mata berair dan bermulalah kuarantin kali kedua di rumah si kawan selama 2 minggu. Di dalam satu bilik yang tidak besar, cukup-cukup dua orang hidup. Kadang situlah masak dengan stove kecil. Situlah tidur. Situlah bercerita. Sampai satu tahap, kami kehabisan cerita untuk dicerita. Siap ada satu hari yang si kawan ada, tapi suara sehari tu tiada. Masing-masing buat hal masing-masing. Di sinilah juga aku merasa down sebab memikir masa depan. Apa jadi dengan dunia. Aku tiada duit, macam mana balik Sabah sebab tiket sudah cancel dan tiada upcoming flight ke Sabah. Aku baru habis belajar macam mana mahu cari kerja dalam keadaan ekonomi jatuh.
Tapi di situlah kawan-kawan yang di IYC memulakan satu gerakan yang bukan biasa-biasa. 8foraid. Yang bermula untuk menghabiskan sisa baju fundraising untuk ke negara misi jadi kutipan dana untuk membantu frontliners. Ya! Mereka menjadi sukarelawan tanpa turun padang. Daripada bilik kuarantin. Sukarelawan online. Kami yang di rumah pun turut serta memberi sokongan. Daripada beberapa ratus, jadi ribu-ribu terkumpul. Mereka mula dengan membuat PPE untuk frontliners. Buat live session di IG bercerita tentang kesukarelawanan. Inilah yang sedikit sebanyak mengisi masa kami di rumah.
Sebelum habis 2 minggu kuarantin, kami dikehendaki buat saringan kali kedua (Negatif). Hasilnya sama.. dihidung.. perit. Selesai dua minggu, kami mula turun padang dengan inisiatif 8foraid agihkan pek makanan kepada keluarga memerlukan. Tapi kami tak kerap keluar. Risau juga risiko jangkitan. Aku? Masih fikir cara balik Sabah. Akhirnya aku jumpa jalan. Hasil claim tiket yang cancel, sudah boleh pakai. Sekarang tinggal tunggu flight open ke Sabah dan tarikh sesuai. Aku tinggal lagi 2 minggu di rumah kawan menunggu masa pulang. Total satu bulan di rumahnya. Bukan biasa-biasa. Aku berterima kasih dengan si kawan menumpangkan atap.
Aku ambil flight transit KL-KK-Tawau. Tiba di KK, disambut dengan pegawai kesihatan. Ya! Swab kali ketiga! (Negatif).Sebab surat swab kali pertama dan kedua sudah expired. Dalam hatiku, “Tenang! Ini perkara biasa!” Hahahahahahahah. Ya! Masih perit di hidung.
Plan mahu bermalam di KKIA menanti flight esok. Tapi pegawai kesihatan offer bermalam di pusat kuarantin Kompleks Sukan. Esok mereka hantar untuk kejar flight ke Tawau. Bagai mengantuk disorong bantal. Makan pun free. Tidur pun dikatil, kalau di KKIA? Lantai. Ada transport pulang-balik. Ya nikmat apa lagi yang kau dustakan. Disitulah aku bertemu abang-abang se-daerah. Tak kenal tapi kita berkenalan ja. Mereka terkejut dengar ceritaku berliku.
Esok? Checkout. Fly ke Tawau. Disambut lagi pegawai kesihatan. Macam main badminton. Disambut terus. Ya! Kuarantin lagi kali ketiga. Apalah nasib. Tapi kalini tempat kuarantin lebih kepada suasana flat dan kampung-kampung. Ada orang yang masuk lagi awal dari aku di situ. Mereka seakan ada ketua kampung yang mengurus hal-hal kebajikan dalam bangunan kuarantin. Bila masa makan akan ada open table waktu tu. Makan sama-sama. Waktu tu aku pegang jawatan technician kampung baiki plug-plug rosak di kediaman kami. Baiki lampu. Masing-masing ada tugas. Enjoy! Tapi aku kuarantin 8 hari sebab result swab kali ketiga awal keluar memandangkan aku swab di KK. Kalau yang swab di Tawau, testnya kena hantar di KK. Aku bye awal kepada warga kampung. Hahahahaha.
Keluar ja dari kuarantin ketiga, aku balik rumah dan reset hidup. Entah apalah mahu dibuat. Aku pun buatlah pilot projek hydroponic. Waktu ni rasa bosan di rumah dan Malaysia dapat flatten the curve. Aku join lagi MRA Sabah buat misi sukarelawan kebakaran di Tawau, Kebakaran di Semporna dengan Banjir di Kota Belud. Lepas aku tengok pilot projek hydroponic jadi aku pun teruskan dalam skala yang lagi besar sampai sekarang masih dalam proses membina sistem. Banyak juga masalahnya. Dana. Isu-isu remeh. In shaa allah cuba disiapkan dalam tahun ni.
Aku join pula program majlis belia sabah di KK untuk belajar sikit pasal demokrasi. Adalah sedikit input dari segi pengetahuan. Juga input makan free dengan tidur hotel. Eh!? Lepastu aku join pula MRA Sabah dalam Projek Pusat Komuniti & Penyelidikan di Pulau Mabul. Kami berkampung di Pulau Mabul selama 5 hari untuk jadi sukarelawan buat general health screening dan bantu dalam penyelidikan pihak UMS. Di situlah aku start tertarik masuk pulau-pulau yang ada di Semporna.
Selesai itu, aku kembali ke KL untuk hadir Ignition Night MYCorps yang sepatutnya diadakan lepas habis misi. Tapi ditangguhkan sampai wabak reda. Boleh lah jumpa kawan-kawan MYCorps balik cerita pasal aktiviti kuarantin dan tiba-tiba projek akan datang. Kebetulan masa ni MYCorps Intermission 2.0 sedang dirancang oleh KBS. Mula lah semua excited cerita tentang projek. Seminggu aku di KL luangkan sedikit masa di sana dengan kawan-kawan. Balik ja Tawau aku mula merancang projek dengan team yang kami sendiri pilih. Kami setuju untuk Recce Projek Pulau Selakan, Semporna memandangkan kawan sudah pernah buat thesis di sana dan tahu serba sedikit tentang Pulau Selakan.
Beberapa minggu lepas tu team NGO Outbox datang ke Tawau untuk projek Kotak Bahagia mereka. Aku turut serta membantu sukarelawan yang membawa harapan untuk membantu orang di tempatku. Takkan lah orang datang kita tengok ja. Aku pun assist mana yang mampu. Walaupun mungkin waktu mereka datang tu agak kurang tepat sebab kebetulan PRN Sabah sedang rancak dan ramai orang salah faham niat baik mereka ni. Tapi Alhamdulillah projek mereka berjaya dan ada yang belum move on. Harap mereka baca. Beberapa hari lepastu, team aku berkumpul di Sabah untuk recce projek di Pulau Selakan di bawah MYCorps Intermission 2.0. Di sinilah juga kempen PRN Sabah giat berjalan.
Kami ke Pulau Selakan untuk recce tempat dan potential projek. Team aku setuju untuk buat projek air untuk 200 penduduk kampung di sana. In Shaa Allah lepas wabak ni reda kami teruskan. Apapun di sini aku pun mula risau dengan keadaan Covid sampai aku risau mahu balik rumah. Lepas ja Team aku balik ke semenanjung. Aku bertapa beberapa hari di rumah sebab risau mahu keluar. Tiba-tiba kita digelombang penularan Covid-19 yang ketiga. Kes di Sabah meningkat. Kawan-kawan di MRA Sabah mula giat atur langkah membantu apa yang mereka boleh sebagai sukarelawan. Kali ni aku ambil keputusan alang-alang kalau mahu bantu kita keluar rumah terus jadi sukarelawan frontliners. Buat masa ni, kami bantu Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau untuk buat saringan Covid-19 bersasar. Cuma bantu untuk pendaftaran, tapi merasa pakai suit PPE yang panas tu.
Baru aku rasa besarnya pengorbanan frontliners selama ni. Tak balik rumah. Tak jumpa keluarga. Pakai suit PPE panas. Mungkin ada yang stress. Kurang rehat. Frontliners kita memang awesome. Kami juga buka Tabung Covid-19 2.0 menggantikan tabung pertama time PKP dulu dan sekarang tengah bersedia untuk menghantar 2000 pek makanan kepada keluarga yang memerlukan. Juga set PPE akan dihantar ke hospital-hospital bahagian Tawau serta tempat-tempat yang memerlukan. Apapun jadi yang penting ikhlas. Rakyat Malaysia pun ramai yang bantu bagi sumbangan dan aku yakin mereka semua ikhlas. Kita saling membantu dalam keadaan yang saling susah. Adakah yang baca? Apa pendapat kamu?
P/s: menunggu swab ke-4
Ada lagi 2 bulan lebih sikit Tahun 2020 ku. Semoga bermanfaat. Aamiin.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「badminton live free」的推薦目錄:
badminton live free 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
Anda nak tahu? Ini 5 Sebab Ramai Usahawan Bisnes Mereka Tutup, Tukar-tukar Bisnes atau Struggle Tidak Buat Banyak Sales dan Duit?
1. Mereka sebenarnya tidak pasti atau tidak tahu pun tentang “game” bisnes yang sebenar
Macam orang nak main badminton, tapi tak tahu main. Tak tahu peraturan atau rules of the game. Tak tahu cam mana yang dikira markah score. Tak tahu nak pegang racket badminton pun.
2. Mereka bisnes ikut-ikutan. Tengok orang lain buat, mereka buat... tapi tak jadi...
Seronok tengok orang lain berniaga dan berjaya, mereka mahu menjadi seperti mereka tetapi tidak mahu ikut steps mereka yang berjaya.
Umpama orang nak daki gunung, mereka nampak ada track dan ada orang lain yang dah biasa turun naik ikut track tu... Tapi mereka pilih jalan susah... cuba nak buat track sendiri... Orang lain mungkin ambil masa 2-3 jam sampai atas, anda mungkin end up sesat 2-3 hari atau dibaham rimau...
3. Mereka nak bisnes hanya nak bisnes “geli-geli”... Bukan nak bina serious business. Ini betul terutamanya mereka yang kerja makan gaji sambil berniaga! Mereka sayangkan pencen yang mereka dapat bila pencen umur 56 nanti, di mana gaji mereka tinggal separuh sahaja sedangkan kos hidup mereka makin meningkat...
Mereka rasa “secure”... Tapi “secure” ke?
4. Mereka nak jadi usahawan yang capai juta-juta tapi mereka tidak mahu dibimbing untuk capai juta-juta tersebut. Mereka rasa mereka boleh “cuba” sendiri...
Mereka lupa yang masa berjalan, kos sara hidup semakin meningkat, tanggungjawab meningkat... Dan mereka tidak banyak masa untuk “cuba” sendiri...
Mereka nak buat tindakan dalam kepastian.
5. Kebanyakkan usahawan tahu 9/10 rezeki adalah dari perniagaan, tapi kenapa kebanyakkan usahawan bisnes tak buat duit yang banyak? Kadang-kadang makan gaji lebih banyak dari income business mereka...
Kenapa? Sebab mereka bukan setakat bodoh (Tidak ada ilmu) marketing tetapi mereka suka tekan FBAds dan tekan “boost bodoh”...
Ramai anak didik Titan saya berkongsi baru-baru ini dalam Titan Summit 2020 seperti Founder Faith Fleur - Siti Mariam, Founder Mamasab Bakery - Nor Sabrina (Mamasab) yang mampu buat sales RM2.8 juta sebulan dan RM6 juta lebih sebulan pada bulan April dan selama dibimbing oleh saya...
Mereka diajar menguasai Zero Kos Marketing. Mereka tidak guna FBAds seperti ramai orang... Yang guna FBAds tu ada jualan RM6 juta sebulan?
Mamasab buat jualan lebih RM15 juta tahun 2019. Puan Halimah yang tidak sekolah kecuali sekolah RichWorks pun mampu capai jualan lebih RM18 juta tahun 2019...
Anda?
Anda kerja atau berniaga beberapa keturunan pun belum tentu capai RM18 juta setahun jika tiada ilmu dan guidance yang betul!
Saya pun tak faham.
Saya percaya ramai orang yang berniaga even dari kosong, jika komited nak dibimbing Insha Allah boleh capai tahap usahawan yang mampu buat juta-juta sepertimana anak didik saya...
Tapi masalahnya apa? Ramai lebih sayangkan kerja dia dan alasan mereka tidak ada masa nak belajar... Tidak mampu nak belajar tapi mereka mampu rugi dalam bisnes bertahun-tahun.
Itulah sikap utama yang membezakan mereka yang berjaya dengan tidak atau belum...
Anda lebih sanggup buang masa, buang duit habiskan tukar-tukar bisnes atau stuck pada tahap yang sama dari buat tindakan belajar sekarang!!
Hakak Maneh Pekasam Daging bekas kerani sekolah pun boleh capai beberapa juta sales tahun lepas dan tahun ini ketika PKP April jualan capai RM632K... PKP kot?
Mesti ada ilmu dan formula yang mereka ini tahu dibandingkan ramai di luar sana!
Sampai bila nak hidup biasa-biasa Sis?
Sibuk nak Raya beli tudung, beli itu ini... Hutang keliling pinggang... Macam bisnes tapi tak buat duit...
Sampai bila?
Sampai bila nak hidup dan bisnes pada tahap kewangan yang sama?
Tak teringin ke buat perubahan sekarang?
Jika anda boleh ubah sekarang nasib diri, keluarga dan capai Kebebasan Masa, Kewangan dan Bebas Buat Pilihan dengan bina bisnes dengan berjaya bila ada bimbingan yang betul... Kenapa nak tunggu 2021?
Anda ada keinginan yang tinggi nak capai 1st million tahun ini juga Insha Allah?
Sanggup dibimbing sekarang sampai anda dapat berhenti kerja dan bina bisnes tahap beberapa juta setahun?
Nak ubah hidup sekarang?
Dan sanggup dibimbing?
Komited sekarang!
Saya nak bimbing dan bina 1,000 usahawan dan jutawan baru untuk 2020 ini!
It’s Now or Never!
Jangan tangguhkan kejayaan anda Sis!
Love,
Dr Azizan Osman
MenThor
P/S:
Kepada yang bakal belajar dalam sesi online MMM - Millionaire Marketing Mastery bermula Jumaat ini (8-10 Mei 2020), pastikan 100% komited dari mula sampai habis!
Semua Titan yang anda tonton di Titan Summit 2020, peningkatan jualan mereka selepas MMM ini!
Tinggal 3-hari sahaja lagi! Klik link ini richworks.com/titansummit2020-program untuk peluang anda ditaja sponsorship RM10,000 dari RichWorks untuk hadir ke program Millionaire Marketing Mastery sekarang.
Sponsorship ini hanya ditawarkan semasa Titan Summit 2020, tapi kami nak bantu anda yang tak berkesempatan join untuk rebut peluang ini sekarang!
Do you want to know? This is 5 because many of their business entrepreneurs are closed, business changes or struggle don't do much sales and money?
1. They are actually not sure or don't even know about the real business "game"
Like people want to play badminton, but don't know how to play. Don't know the rules or rules of the game. Don't know how the score marks are. I don't know how to hold a badminton racket.
2. Their business is following. Look at other people doing it, they do it... but it doesn't happen...
It's nice to see other people do business and succeed, they want to be like them but don't want to follow their successful steps.
It's like people who want to climb the mountain, they see there's a track and there are other people who are used to going down according to the track... but they choose the hard way... try to make your own track... others may take 2-3 hours Up to the top, you might end up lost 2-3 days or a tiger's in...
3. They want business just want to do business "disgusting"... not to build serious business. This is right especially those who work on their wages while doing business! They love the pension they get when they retire at age 56, where their salary is half only while their cost of life is increasing...
They feel " secure "... but " secure " to?
4. They want to be entrepreneurs who reach millions but they don't want to be guided to achieve the million. They think they can "try" themselves...
They forget that time is running, the cost of living is increasing, responsibility increases... and they don't have much time to "try" themselves...
They want to do action in certainty.
5. Most entrepreneurs know that 9/10 provisions are from business, but why most business entrepreneurs don't make a lot of money? Sometimes eating more salary than their income business...
Why? Because they are not just stupid (no knowledge) marketing but they like to press fbads and press "stupid boost"...
Many of my titan students shared recently in Titan Summit 2020 like founder faith fleur - siti Mariam, founder mamasab bakery - nor Sabrina (Mamasab) who can do a sales of Rm2. 8 million a month and rm6 million more than a month on the month April and as long as I'm guided by me...
They are taught to dominate zero cost marketing. They don't use fbads like many people... those who use fbads are selling rm6 million a month?
Mamasab is selling over rm15 million year 2019. Mrs Halimah who is not in school except school school can also achieve sales over rm18 million year 2019...
You?
You work or do business even a few generations don't necessarily reach rm18 million a year if there is no proper knowledge and guidance!
I don't understand either.
I believe a lot of people who do business even from empty, if committed to being guided insha Allah can achieve the level of entrepreneurs who can make millions like my students...
But what is the problem? Many love their work more and their excuses don't have time to learn... can't afford to learn but they are able to lose in business for years.
That's the main attitude that separates those who succeed with no or yet...
You are more willing to waste your time, waste your money, finish changing your business or stuck at the same level of learning now!!
Hakak Maneh Pickled Meat Ex-school clerk can also achieve a few million sales last year and this year when pkp April sales reached Rm632k... maybe it's pkp?
There must be knowledge and formula that these people know compared to many out there!
Until when do you want to live a normal life, sis?
Busy buying hijab, buying this... debt around the waist... like business but doesn't make money...
Until when?
Until when do you want to live and business at the same financial level?
Don't you want to make a change now?
If you can change now the fate of yourself, family and achieve freedom of time, finance and free to make choices by building a business successfully when there is a right guidance... why wait 2021?
Do you have a high desire to achieve the 1st million this year too insha Allah?
Willing to be guided now until you can stop working and build a business of a few million a year?
Want to change life now?
And willing to be guided?
Committed now!
I want to guide and build 1,000 new entrepreneurs and millionaires for this 2020!
It’s Now or Never!
Don't delay your success sis!
Love,
Dr Azizan Osman
Menthor
P / s:
To those who are about to learn in mmm - Millionaire Marketing Mastery session starts this Friday (8-10 may 2020), make sure 100 % is committed from start to finish!
All The Titans you watch at Titan Summit 2020, their sales increase after this mmm!
Only 3 days left! Click this link richworks.com/titansummit2020-program for your chance to be sponsored by sponsorship rm10, 000 from richworks to attend the millionaire marketing program program now.
This sponsorship is only offered during Titan Summit 2020, but we want to help you who do not have the chance to join to take this opportunity now!Translated
badminton live free 在 王子維 / Wang Tzu Wei Facebook 的最佳解答
☄️亞洲運動會羽球個人賽☄️
第一輪子維的對手是來自越南🇻🇳阮進明🔥
📌比賽時間:8/24 約下午2:50
📌比賽場地:Court 1
📌比賽資訊:https://goo.gl/SoZTQc
📌比賽直播:https://eltaott.tv/free/index/110/6
子維加油ㄚ😉
☄️2018 Jakarta Asian Games Men's Single Badminton☄️
For the first round, Tzu Wei's opponent is Nguyen Tien Minh from Vietnam.
📌 Match Time:8/24 at around 2:50
📌 Match Location:Court 1
📌 Competition Information:https://goo.gl/SoZTQc
📌 Live Streaming:https://eltaott.tv/free/index/110/6
Let's go, Tzu Wei!