Resepi Set Nasi Minyak
Nasi minyak ramai orang suka makan tiap Kali kenduri,mesti rindukan NK makan nasi minyak..,malah,sekarang musim PKP,kenduri pula perlu ditangguhkan,Yang teringin Nak makan nasi
minyak..boleh la Cuba masak dirumah,saya sertakan RESEPI NASI MINYAK & DAGING MASAK HITAM & ACAR TUMIS
👩🏻🍳👩🏻🍳Beras basmati 5 pot
Susu Cair =1 cawan
Bawang merah 5 biji dihiris halus
Bawang putih 3 biji dihiris halus
Halia 2cm dihiris/atau ditumbuk
Serai 1 batang (dikatok)
Bunga lawang 1 biji
Buah pelaga 3 biji
Kayu Manis 1 batang kecil
Bunga cengkih 3 biji
Minyak sapi 2@3 sudu besar
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(hujung sudu)
Garam Dan serbuk perasa(agak2)
✨✨rendamkan beras basmati selama 30-45 minit Dan toskan
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air
👩🏼🍳👩🏻🍳🐐RESEPI DAGING MASAK HITAM🐄
Bahan bahan
1 kg daging(direbus sehingga empuk)
Kacang peas Dalam tin 4@5 sudu besar(jika suka)
Kismis 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar
½botol kecil kicap Manis(cap kipas udang saya Guna)
1 batang serai dikatok
Daun kari 2 batang
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
Gula pasir@gula Melaka 3 sudu besar
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
Air rebusan daging 4 senduk
Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih
Caranya
1)panaskan minyak,Dan masukkan daun kari, serai,bawang Yang dihiris,Bunga lawang,buah pelaga,Bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga Naik bau atau sedikit kekuningan
2.masukkan bahan Yang dikisar Dan masak sehingga pecah minyak Dan masak
3.apabila Sudah pecah minyak,masukkan serbuk Kari,Dan serbuk sup.(masak seketika)
4.masukkan air asam jawa 1 sudu besar
5.masukkan kicap Manis Dan air rebusan daging(4 senduk) Dan masukkan sekali daging Yang telah direbus
6.masukkan kismis ,kacang peas Dan masakkn agak sedikit kering ..(Kalo suka.berkuah Pon tak pe)
7.perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam,Dan serbuk perasa(Rasakan secukup rasa Yang dimahukan)
8.siap dihidang...
👩🏻🍳👩🏻🍳RESEPI ACAR TIMUN BERTUMIS
Timun 1 biji(dipotong)
Lobak merah 1 biji(dipotong)
Bawang kecil 15 biji
Bawang putih 15 biji
Halia 2 cm dihiris halus2
Biji sawi 1 sudu besar
Cili kisar 3 sudu besar
Rempah Kari ikan 1 sudu besar
Gula melaka 1 sudu besar
Gula putih 1 sudu besar
Kismis 2 sudu besar
2 sudu besar cuka
Garam(agak
Serbuk perasa
Daun kari 1 batang
Minyak masak 3 sudu besar
Caranya
1.panaskan minyak masak,Dan masukkan biji sawi dam daun kari
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak,
3.Masukkan serbuk Kari Dan masak seketika
4.masukkan ,halia,bawang kecil Dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan)
5.apabila Sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa,Dan kismis...
6.masukkan lobak merah Dan timun..masak lembut sehingga masak ..
P/s=sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam ,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur,..atau ikut Yang disukai😍😍
Resepi: Nurul Ateekah
同時也有56部Youtube影片,追蹤數超過370的網紅iamfuzy,也在其Youtube影片中提到,Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah Bahan-bahan 5 cawan beras - sebaiknya beras yang jenis kurang kanji 2 sudu teh serbuk kunyit Gar...
「ayam masak hitam」的推薦目錄:
- 關於ayam masak hitam 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ayam masak hitam 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於ayam masak hitam 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於ayam masak hitam 在 iamfuzy Youtube 的最佳貼文
- 關於ayam masak hitam 在 @sazalisamad Youtube 的最佳貼文
- 關於ayam masak hitam 在 Afzalsukasuki Youtube 的最讚貼文
- 關於ayam masak hitam 在 Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah - Pinterest 的評價
- 關於ayam masak hitam 在 Viral Oh Viral - Resepi Ayam Masak Lada Hitam Paling... 的評價
ayam masak hitam 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
RESEPI YEE MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Kredit Resepi ini kpd Nor Azlindawati Salha Baharudin
ayam masak hitam 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Nak share resepi talam western sedap menjilat jari♥️ Special sebab semua buat sendiri😆 Betul2 homemade ye geng yang pentingg sonang je
♥️Ayam bahagian chicken chop
Perap dengan tepung bestari tambah air 30minit ni nak bagi rasa dia serap dalam ayam
Nak goreng ayam kena salut dengan tepung, campuran tepung 2 senduk bestari spicy, 1 senduk tepung gandum, 1 senduk tepung jagung nanti dapat kriuk2, goreng dengan minyak penuh dan api panas
*tips goreng dalam kuali kecik.
♥️Mashed Potato
Rebus 3 biji kentang
Dah lembut lenyekkan dengan suku cawan susu kotak( rahsia kentang gebus)
Perasakan dengan garam, lada hitam n lada putih
♥️Kuah chicken chop
Yang ni sedap gila rasa dia ala ala kuah bege prosperty haha
Panaskan mentega 2 sudu
Tumis sebiji bawang holand yang dipotong dadu
Dah naik bau masuk tepung gandum 2 sudu
Masukkan air 2 cawan
Kiub ayam 1
Sos cili 2 sudu
Sos tomato 2 sudu
Lada hitam tumbuk kasar 2 sudu
Kicap 1 sudu
Dah siap masak blendkan semua bahan n masak kejap nanti kuah ni jadi pekat tau
♥️Coleslow
Blend kubis n carrot pakai magic blender kalau xde kena cincang nipis
Perasakan dengan susu kotak, mayonis
Tambah gula sikit n lemon
Sejukkan dalam peti
♥️Kuah Spagethi Bolognese Sihat
Tibber nak buah kuah sendiri. Xnak pakai kuah tin
Rebus 5 biji tomato 10min
Buang kulit tomato, blend bg halus dengan air
Tumis 1 biji bawang holland potong dadu 5 ulas garlic
Nak tambah ayam sikit boleh
Masuk tomato dah blend
Garam, gula sikit n oregano
Done. Semua homemade tapi puas hati sebab sedap n sihat. Untuk ayam kalau ada yang xsuka deep fry skip step kedua terus masuk airfryer ayam yg dah perap♥️ Selamat mencubaa
Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah
ayam masak hitam 在 iamfuzy Youtube 的最佳貼文
Resepi Nasi Lemak Kuning Ala Utara Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan
5 cawan beras - sebaiknya beras yang jenis kurang kanji
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan - dipotong 3
Bahan Tumisan
4 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntunm bunga lawang
10 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1/2 sudu besar biji lada hitam
1 helai pandan - digunting dalam 4 inci
Cara memasaknya:
1. Rendam beras dalam 30 minit, basuh dan toskan atau boleh biarkan didalam periuk nasi dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan untuk tumis hingga bawang kekuningan dan naik bau
3. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk nasi, masukkan serbuk kunyit serta garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan daun pandan pun boleh. Masak seperti memasak nasi seperti biasa. Siap!
Nota : Kalau di Kerpan, kampung en suami, nasi lemak ni dijual dengan harga RM150 berlaukan ayam sambal tanpa lain-lain tambahan dan dibungkus.
Nak tahu resepi sepenuhnya boleh jengah di https://www.dapursweetsourleyra.com/2021/05/resepi-nasi-lemak-kuning-ala-utara.html
ayam masak hitam 在 @sazalisamad Youtube 的最佳貼文
CHEF SABRINA HANI AYAM MASAK KUNYIT & SOTONG REBUS VERSI DIET
FOLLOW SAZALI SAMAD DI
IG : https://www.instagram.com/sazali.samad
FB : https://www.facebook.com/sazalisamad.academy
web : https://www.sazalisamad.com/
EMAIL (BUSSINESS)
[email protected]
#Sazalisamad #AyamMAsakKunyit #SotongRebus
ayam masak hitam 在 Afzalsukasuki Youtube 的最讚貼文
"Alhamdulillah. Bernafas balik kami bila catering dan majlis perkahwinan dibenarkan semula", ujar Fajar, owner Fajmie Catering.
Yup sebahagian pengusaha katering dan wedding planner kembali menarik nafas lega bila tempahan2 utk majlis perkahwinan kembali rancak. Syukur alhamdulillah ☺️?
Semalam aku ke Gombak bagi memenuhi permintaan tuan Fajar Rd utk shoot video majlis perkahwinan under pakej perkahwinan dorang ?
Bak kata puan isteri, memang takleh move on betul ngan menu daging masak hitam FajMie Catering ni weh. Lembut dan empuk daging dia. Kitorang bnyak ratah lauk2 pauk dia je. Ada lauk ayam masak merah, lemak nenas ikan masi malah klu korang nak add on side menu macam laksa dan kuih muih pun boleh ??
Dorg tak hanya fokus pada menu2 pengantin je (nasi beriyani/nasi minyak) tapi ada gak menu masakn kampung. Fajmie Catering juga menyediakan full package kenduri perkahwinan dari andaman, fotographer, PA sistem, MC majlis, kanopi, dewan, pelamin dan banyak lagi.
Klu korang plan nak buat sebarang kenduri atau majlis perkahwinan, boleh WA tuan Fajar ye. Harga memang thorbaekkk dia bagi ??
http://www.wasap.my/+60182887982/nakcatering
#BotakMakan
#foodreview
#kitasapot
ayam masak hitam 在 Viral Oh Viral - Resepi Ayam Masak Lada Hitam Paling... 的美食出口停車場
Resepi Ayam Masak Lada Hitam Paling Sodapp Untuk berbuka puasa Bahan-Bahan: 5 ketul ayam 6 ulas bawang merah – ditumbuk 2 ulas bawang putih – ditumbuk... ... <看更多>
ayam masak hitam 在 Resepi Ayam Masak Hitam Simple dan Mudah - Pinterest 的美食出口停車場
hari ini saya mencuba memasak resepi ayam masak hitam. masakan ini sangat sesuai bila dimakan bersama tomato dan nasi briyani. bila anda tidak tahu cara ... ... <看更多>