“Saya dah sihat. Saya kena balik. Kalau saya tak balik sekarang, saya takut kena sakit jantung pula. Sebab banyak sangat kejutan yang saya terima sejak saya duduk kat sini.”
“Eh... Kau ni. Mentang-mentang ni hospital ayah kau, bukan semua pekerja ayah kau, kau boleh arah-arah macam tu aje... Doktor tu! Bukan kawan kau!” Khaira tegur aku.
“Dia... Bakal abang ipar yang aku tak tahu!”
“What?!!!” Khaira terkejut.
“Dan... Dia dah boleh kena tarik lesen sebab bocorkan maklumat pesakit! Tak pasal mummy dah on the way, kau tau tak...”
Dr. Asytar menggaru kepalanya...
“Saya tak bermaksud nak bocorkan tapi... Awak tu adik Rose dan dia sangat sayangkan awak. Kalau saya tak beritahu dia, dia akan marahkan saya. Hmmm... Macam ni. Boleh kalau nak discharge. Dengan satu syarat...”
“Apa syaratnya?”
“Saya minta maaf sebab tak perkenalkan diri daripada awal lagi. Saya dapat arahan daripada CEO hati saya supaya jangan memandai-mandai tak ikut arahan, nanti kena audit. Audit akaun saya okey tapi kalau audit hati... Susah nak pujuk. Sudi tak... Jadi adik ipar saya? Saya janji... Saya akan sign borang discharge tu sekarang juga.”
Dr. Asytar tersenyum.
Haih...
Terus tak jadi nak marah!
Sekali lagi...
Perempuan memang cepat cairlah!
Macam manalah Kak Rose dapat dia ni?
“Doktor... Doktor ada adik lebih tak?”
Sekali...
Khaira menyampuk.
“Eh...” Aku menyiku lengan Khaira yang berdiri tegak sebelah katil aku.
“Bukan untuk aku. Tapi, kau la...”
“Hesy...”
Dan...
Kami ketawa.
Tapi ketawa kami terhenti apabila...
Ada seseorang yang aku tak nak jumpa...
Muncul depan pintu.
“Dr. Asytar...”
“Ya, Dato’ Effan.”
“Update please.”
#JODOHTERSALAHALAMAT
「aje audit」的推薦目錄:
- 關於aje audit 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於aje audit 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
- 關於aje audit 在 Syamnuriezmil Facebook 的最讚貼文
- 關於aje audit 在 aje rje的評價和優惠,PTT和商品老實說的推薦 的評價
- 關於aje audit 在 Le Directeur Général de l'Agence Judiciaire de l'Etat AJE était ... 的評價
- 關於aje audit 在 Mastering AJE MCQ's for the CPA Exam (5 examples) 的評價
aje audit 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
TIPS BIJAK MENYIMPAN!
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ok baik.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI - (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Kredit : Hilmi Jailani.
aje audit 在 Syamnuriezmil Facebook 的最讚貼文
"How's work?"
"Okey..."
"Kata nak pi visit awai, sampai tak dan nak sarapan. Pi visit ka?"
"Pi... Pi dengan Ai. Dia pi tengok client buat mi sanggui. Nay pi tengok client buat perabot. Dekat BM."
Haih...
Lagu mana nak habaq ni...
Lagu mana nak buat halal proposal.
Kalau loan proposal tu...
Laju aje aku tenyeh!
"Tadi kan..."
"Awat?"
"Ada satu set bilik tidoq ni. Lawa sangat. Owner tu boleh bagi diskaun kalau Nay nak beli. Diskaun banyak pula tu. Kat luaq tak dapat lagu tu. Dekat 30 persen tau!"
"So, belilah kalau Nay rasa okey. Tapi, boleh ka kalau beli dengan diskaun yang banyak lagu tu? Tak kena SPRM ka apa ka? Akta bank ka? Sat lagi naya... Kena penjara. Denda nak ikat jamin tu lagi mahai daripada diskaun yang Nay dapat tau... Kena cek dulu!"
Aku...
Rasa nak tepuk dahi aku ke dashboard dah masa tu!
"Itulahhh... Itulahhh..."
"Itulah apa?"
"Itulah kalau calon suami tu orang audit! Semua benda dia nak ikut polisi dan prosedur. Aku kata dah... Jangan cari calon suami lagu ni. Tapi... Itulah. Itulahhh...!!!"
Eh...
"Dah tu... Apa next plan hang, Ai?"
#ProposalHalalUntukDia
aje audit 在 Mastering AJE MCQ's for the CPA Exam (5 examples) 的美食出口停車場

You absolutely need to understand adjusting journal entries for the CPA exam. This video walks you through 5 example MCQs on adjusting ... ... <看更多>
aje audit 在 Le Directeur Général de l'Agence Judiciaire de l'Etat AJE était ... 的美食出口停車場
Le Directeur Général de l'Agence Judiciaire de l'Etat AJE était ce ... to the Department of National Defense audit conducted by the General ... ... <看更多>